Monday, August 27, 2007

Kenapa perlu berzikir?















Hai manusia..bertasbihla..sbb aku pun bertasbih..walaupun aku ni bukan kucing yang cik gayah cerita tu..tp aku ni adik beradik kucing tu jugak..kami ni satu keturunan..Allah jugak yg pelbagaikan keturunan kami ni...Subhanallah, almhamdulillah, lailahaillallah, allahuakbar, lahaulawalaquwwataillabillah..=)


erm, cik gayah ni mmg suka keturunan aku..terutamanya kucing..aku yg garang ni pun dia suka!berani tul dia ni..mgkinla sbb aku ni comey..Allah jugak yg bagi tu..subhanallah..erm, byk sbb aku nk kena zikir kat Allah ni..lebih2 lagila hampa semua duhai manusia2...so, berzikirlah..aku pun dah penat membebel ni..bye..
video

Assalamualaikum wbt..alhmdulillah, dpt jugak sikit masa utk menulis setelah agak lama teman menyunyikan diri..hehe..

Erm, teman nak bercerita sikit utk posting kali ni..

“Semua yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah…”

Al-isra’, 44

Lepas baca ayat ni dan byk lgi ayat yg camni dlm alQuran, teman teringat masa sekolah dulu. Kat surau lepas isyak waktu imam dok baca doa..tak pasti sapa imam waktu tu. Mgkin antara pimpinan pengawas atau badar sekolah.

Erm, utk pengetahuan semua, kat surau agama yan tu dulu ada sekor kucing ‘pompuan’ berbulu putih tampok oren, comey toi! Mlm tu dia jalan2 cam besa dlm surau. Waktu kami wirid dia dok main2 sekor dia..syok ja dia..dia dok depan teman waktu tu..tu yg teman tau..hehe..then waktu nak doa, kedudukan dia yg dok telentang waktu main tadi terus jadi keras camtu jugak, dgn kaki depan dia mcm dok tadah tngan ke atas, atau dgn erti kata lain mcm dok doa la..ish, tu pun xpaham lagi ka??=) dia dok keras camtu sampai habis doa..doa dahla pnjg..subhanallah...and lepas habis je doa tu baru dia bergerak balik..subhanallah..kucing tu dah buktikan dia pun bertasbih dan berdoa kepada Allah...

Ish, malu pulak rasa kat dia..insaf2...alhmdulillah…

Ni crita lama dah..waktu sekolah lagi..dah bertahun2 teman tinggalkan..tp kucing tu mmg bg kenangan la kat teman..tq puan kucing..xtaula dia dah jadi camna lani..mungkin tggal keturunan dia ja kot kat smkay tu..nntila, kalau ada masa teman pi melawat pewaris2 puan kucing ya...

So, nak kena bg pengajaranla...penah dak kome dgr ada kajian terbaru pasal bunyi denyutan jntung kita yang sebenarnya bukan bunyi lup dup..tp RUB RUB RUB..Rub tu dlm bhs arab bermaksud Tuhan..masyaAllah...uppa-upanya nadi kita pun tak berhenti berzikir, ingat kat Allah..tp kita???????????????????????????????????????????????

Erm, tepuk dada tnya iman..tak payah tepuk pun takpa..gosok pun dah cukup..teman dok nasihat diri sendiri ni sebenarnya..lani lalai ja..dok nyanyi ja selalu..tp nasyidla..tapi even nasyid..bukankah lebih aula kita ingat Allah..sebut nama Allah...ucapkan Alhamdulillah...selawat...erm, sama2 kita kena peringat diri ni..makin kita berumur, act kita dah tak lama..tak lama dah nak mati ni...

Lani pulak accident ja..tak sejuk lg 1 berita, ada pulak nahas terbaru..tak kirala darat..udara pun ada accident gak..laut pun belambak..astaghfirullah...

Kita pun xtau bila nak jumpa Allah..harini nisfu Sya’ban kan? Kita mintak doa kat Allah agar Allah pnjgkn umo kita dalm keberkatan, murahkan rezeki yg halal..dan kalau Allah nak matikan kita suatu hari nnti..moga Allah ambil kita dalm keimanan...iA, kalau kita amalkan zikir yg byk..mg kita dapat mati dlm iman yg diharapkan...keperluan berzikir tu sentiasa ada pada setiap ketika..

Erm, ada satu cerita lg..pasal kisah dlm syurga..

Sorang lelaki ni dah msuk syurga dan dia suka sgt2 mkn pisang..pisang kat syurga ni toksah kata la mcm dunia.. yg dunia punya pun dah nikmat, xtaula nak kata camna yg di syurga punya..so, dia ni punyala makan sambil kulit pisang tu dia buang ke belakang...makan punya makan sampai kulit yg dicampak ke blkg tu dah stinggi gunung!! Dia terus khusyuk makan sampaila tiba2 ada satu pisang jatuh dari atas..erm, dah pisang jugak, dia pun bantai ja..tp nak tau apa jadi? Rasa pisang tu berjuta2 kali gnda sedapnya dari pisang dia....!!! so, dia pun tnya la kat Allah, mai mana pisang ni?? Allah kata pisang tu dari syurga di atas kamu (syurga yg tinggi 1 darjat dari syurga yg dia dok). Pastu dia tnya apa amlan org di syurga atas tu sampai boleh makan pisang yg sedapnya sampai mcm tu?? Allah jawab...DIA LEBIH SATU UCAPAN LAILAHAILLAH DARI KAMU..subhanallah...satu ja!

Erm, fikirla sendirik..takkan tak paham jugak lagi..clear cerita ni...

Wallahu’alam..kalau teman salah, mohon betulkan ya...=)

Wassalam...


Bintubahariyah,

11.11 am

15 Sya’ban 1428..

Friday, August 10, 2007

Ya Allah..perkenankanlah..


Ya Allah… Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah… Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah… Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah… Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah… Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah… Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah… Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah… Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.
Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah… Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaianku dan dirinya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya.

Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah… Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah… Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah… Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Ampunilah segala ketelanjuran dan perbuatan kami yg menimbulkan kemurkaanMu secara sedar ataupun tidak...

Amiinnn....