Tuesday, June 26, 2007

Sahabat..

Dialog shbt yang 4 di smkay...

Wan: Gayah, mai la dok dekat kami 3 ni(yang dok melekat 3 ekor tu)...

Nefah: tak sejuk ka? mai kita berhimpit sama2...

Nadia: Cepat gayah..lepas ni kita nak pisah dah..mai share haba...

Gayah:ha, nak p la..tapi nak jalan payah..kena kengkang...sabaq2...


Sahabat...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti
menangis...
mungkin aku boleh menangis bersamamu...
tapi tak leh ramai sgt..
nanti habih airmata aku...

Sahabat...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..
tapi..
mungkin aku akan berlari bersama kau..

agar masalah kau boleh selesai...
tapi jangan laju sangat lari..
tak larat aku nak kejar..

Sahabat..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasihkau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun

x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai
diri kau sendiri...

Sahabat..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu
bapa kau..
tapi..
terimalah segala ketentuan Allah...

dan belajar untuk cintai mereka..

Sahabat..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau
suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...
tetapi..
cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih
soleh/solehah...

tetapi Sahabat...
jika suatu hari aku
berdiam diri..
aku tidak membalas messagemu..
aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..
aku mungkin perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi didunia ini...............

jadi andai ini suratan buatku
doakan kesejahteraanku di dunia abadi
kerana mungkin doa kalian mampu
menemani aku dialam yg berbeza itu..

Apapun Sahabat..
segalanya ketentuan
Illahi buat kita yg bernama manusia..
carilah,kecapilah manisnya mahabah fillah yg Allah utuskan dlm
persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh
dimata..
dekat dalam munajatku padaNya..


Kata2 yg indah ni dihantaq oleh sern...makasih sern..ukhwah fillah...gyh nak tujukan jugak buat erina, rumate ku yg paling mantap, buat rakan study, niknurbaiti, shida, aisyah, ijat, min, aisyahsamad,soba, sarah, fiza, san semua kwn2 usm..buat nazlina ya'ini(lin) yg bersahabat sejak dari kmk, buat shbt2 yg telah disebutkan dlm dialog di atas, nefah, wan ruwaida, nadia...ukhwah kita berempat dan bersama yg lain akan kubawa hingga ke alam sana...insyaAllah...................slmsyg....=)