Thursday, December 10, 2009

Tak Payah Tanya!

~Oit, jgn tnyala! jgn kaco ku!

Assalamualaikum wbt..


Salam sayyidul ayyam..

satgi nak balik kampung hubby. iA sok adik ipaq bongsu nak kawen. SELAMAT PENGANTIN BARU k..jadi lebih matang, rajin dan solehah..


entry kalini just nak recall back soalan-soalan lazim dalam hidup yg mesti akan ditanya kepada kita bila mencapai umur tertentu.


1) Masa kecik2 dulu

- Dah berapa tahun ni? comelnya..pandainya..


2) Masa darjah 6

- dapat berapa A UPSR?

- nak masuk sekolah mana nanti?


3) Masa PMR

- dapat berapa A PMR?


4) Masa SPM

- dapat berapa A SPM?

- nam sambung kat mana?


5) Bila dah dapat masuk U

- dapat U mana?

- kos apa?


6) Dah habis bljr

- bila nak keja?

- mintak keja mana?


7) Bila dah keja

- bila nak kawen?


8) Bila dah kawen

- bila nak dapat baby?

- dah berisi ka?

- dah lekat ka belum?

- dah mengandung ka?


Yg saya nak highlight kan ialah soalan ke-8. Ramai lelaki dan perempuan selalu tnya soalan tu tanpa rasa malu pada isteri orang or suami org. padahal soalan tu terlalu personal. tak kisah apa jawapnnya. yang penting, soalan tu tak patut ditanya oleh bukan mahram pada suami or isteri org. kalau lelaki tnya pada lelaki, its ok. kalau pompuan tnya pada pompuan pun xdak mslh.


tp yg plg tak ptt, lelaki p tanya pada pompuan or pompuan tnya lelaki. kita ptt ada rasa malu utk sewenang-wenangnya bertanya begitu kerana ia secara tak langsung berkaitan hal bilik tidur orang. tetap tak cantik. lainla kalau kita tgk perut org tu dah besar, dan dah confirm dia pregnant, bolehla tnya pada org yg terdekat dgnnya kalau nak tau bila due date dsbg. kot-kot la nak prepare hadiah..hihi..


pada hubby saya plak, lg senang. kalau ternmpk perut besar tu, mengandungla tu. tak payah tau lebih2. bila dah kempis perut dan bawak baby, dah bersalin la tu. apa nak sibuk2.


btw, saya hargai pertanyaan daripada shbt2 pompuan yg caring psl saya. tp saya harap agar tiada lg soalan yg 'memalukan' tu daripada kaum adam yg bukan mahram dgn saya. its too personal.


apa-apapun, doakanlah agar ada permata islam yang bakal lahir daripada keluarga kami. terima kasih byk2 danmohon maaf ya kalau ada yg marah atas teguran direct ni.


wslm.


bintubahariyah

11/12/2009

1232 pm

TSB

Sunday, December 06, 2009

Dajal Dah Sampai? Biaq Btoi?


Assalamualaikum wbt.

Maaf buat hubby, ej, kak fiza dan semua kalau2 ternanti-nanti blog ni diupdate. Lama dah buat taktau kat dia sampai bila sedar dan sebulan kosong. Yg bulan 11 busy dgn sekolah. maklumla baru ja nak jadi cikgi. Dah cuti sekolah plak, charger plak rosak. Baru ni baru p pc fair kat pisa nak beli yg baru. Ingatkan kena keluaq rm70 dah. Alhmdulillah tak jadi sbb yg rosak kabel ja. Dari rm70 boleh turun jadi rm8..hihi..syukur..tula kan, Allah lapangkan rezki hamba Dia dgn 10001 cara..bukan kena tunggu banyak duit baru nak kata Allah murahkan rezki saja. Dengan mengurangkan nilai perbelanjaan pun murah rezki namanya tu. Hihih..

Dalam entry kali ni, saya lebih suka nak cakap pasal sebuah buku yg saya baru habis baca bertajuk “Kemunculan Dajal dan Ya’juj dan Ma’juj” karangan maulana Muhammad Ali yg bangchu saya bagi pinjam baru ni.

Secara keseluruhannya, saya kurang best dgn pengolahan dan bahasa yang digunakan. Byk silap tatabahasa (maklumla bekas pemantun negeri kedah yg cukup menjaga bahasa…HAHA) mungkin penulis ni terjemah buku dari bahasa arab ke bahasa melayu kot. Mungkin jugak takdak editor yg buat semakan seblum buku ni diterbitkan. Tp isi kandungan dia mmg mantap dan membuatkan kita sendiri tak sangka apa yg selamanya ni kita percaya sebenarnya Cuma kiasan saja. Ok, saya akan bg point2 penting jela dari buku ni. Takkan nak tulis balik. Kalau nak baca betul2, beli sendiri jela..^_^

Siapa dajal?

Dalam hadith ada suruh kit abaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah al-Kahfi dan kita dijamin selamat dari fitnah dajjal. Kenapa ayat2 tu? Cuba kita cek balik erti ayat2 tu. Semuanya bercakap pasal bangsa nasrani yang kata Allah ada anak, yg sukakan kebendaan.

Maksud dajal dikatakan sebagai penipu. Maksudnya, dajal menipu manusia dgn kebendaan dan keindahan duniawi. Dajal ni bukan hanya seorang manusia. Tp ialah sekumpulan manusia atau bangsa. Kalau kita fikir ikut logic akal, sempatka seorang manusia nak p jalan kat semua tempat di muka bumi ni kecuali mekah dan madinah untuk ajak org ikut dia?

Saya rasa lebih mudah utk saya terangkan maksud semua benda yg berkaitan dgn dajal, ya’juj ma’juj dan maksud hadith2 nabi yg lebih kepada perumpamaan.

DAJAL = BANGSA NASRANI (bukan seorang manusia)
BERMATA 1 = HANYA MELIHAT DUNIA, TIDAK MELIHAT AKHIRAT
MATA KANAN BUTA= BUTA AKHIRAT
MATA KIRI BERSINAR BAGAI BINTANG = MELIHAT KEINDAHAN DUNIAWI
MENGALIR BAGAIKAN AIR = PERNAH BERJALAN DI SEMUA TEMPAT DI SELURUH DUNIA KECUALI MEKAH DAN MADINAH (kafir diharamkan masuk 2 tempat ni)
PERGERAKAN LAJU BAGAIKAN AWAN DITIUP ANGIN = KAPAL TERBANG, ROKET
BUMI AKAN DIGULUNG UNTUKNYA = BERGERAK SANGAT PANTAS HINGGA BUMI TERASA KECIL UNTUKNYA
IA AKAN MENGGENGGAM AWAN DI TANGAN KANANNYA = TERBANG MENEMBUS DAN DI ATAS AWAN
MENDAHULUI MATAHARI DI TEMPAT TERBENAMNYA = KAPALTERBANG TERBANG LEBIH CEPAT DARI JALANNYA MATAHARI (orang yang berangkat di timur pada pagi akan sampai di barat seblum matahari terbenam)
LAUTAN HANYA SEDALAM MATAKAKI DAJAL = KAPAL SELAM
KELEDAI DAJAL YANG MEMPUNYAI TELINGA YANG BERJARAK 20 YARD ANTARA KEDUANYA = KERETAPI YANG PANJANG
DAJAL MENGELUARKAN KEKAYAAN BUMI = SEMUA MINERAL BUMI DIAMBIL BANGSA NASRANI TETAPI BANGSA LAIN HNYA MENJADI BURUH.
SAHABAT DAJAL HIDUP SENANG, MUSUH DAJAL SENGSARA = SAPA YANG IKUT DAJAL MESTI KAYA RAYA SEDANGKAN ORANG YANG MEMUSUHINYA NAK MAKAN PUN SUSAH.
DAJAL MENYERUPAI ROH IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL = ADA BANTUAN JIN KAFIR DAN SETAN DI SEBALIKNYA KERANA JIN DAN SYAITAN BOLEH MENIRU RUPA MANUSIA DAN MUNCUL UNTUK BERCAKAP-CAKAP DGN MANUSIA (SPIRITISM)
YAHUDI ADALAH TENTERA DAJAL = YAHUDI PENGIKUT DAJAL KERANA MEREKA KAYA-RAYA UNTUK BANTU BANGSA NASRANI MENCAPAI MATLAMAT MENGUASAI DUNIA.
ANAK LUAR NIKAH = TENTERA DAJAL JUGAK SBB DAJAL MENGGALAKKAN SEKS LUAR NIKAH DAN PERGAULAN BEBAS.
LEKAKI MENJADI WANITA DAN SEBALIKNYA = BANGSA NASRANI MENGAJAR BUDAYA PEREMPUAN BERAMBUT PENDEK, PAKAI SELUAR DAN MENGAJAR LELAKI MEMAKAI BAJU KETAT, BERAMBUT PANJANG DSBG.
PENYEMBUHAN AJAIB = DOKTOR YANG BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT PELIK SEKARANG INI.
YA’JUJ MA’JUJ = KUASA POLITIK DAJAL
MATAHARI TERBIT DI BARAT = CAHAYA ISLAM AKAN MULA BERSINAR DI BARAT, DIANUTI RAMAI ORANG EROPAH.

Dah baca semua maksud ni, paham dak? Saya nak terus buat kesimpulan..dajal ni bukan seorang manusia ja. Tak logic sangatla seorang manusia nak buat semua benda yg dajal tu buat..cth pling senang, camna dia nak p semua tempat di dunia ni nak ajak orang jadi kafir? Kalaula satu tempat tu sejam, dia perlu beratus tahun utk sampai ke semua tempat. Mana dia dan. Lani umur 70 pun kira dah tak berapa kuat dah.


Apa yang nabi bgtau tu semua daripada ilmu kerohanian baginda yang sangat hebat yg Allah bagi kat baginda. Semua tu perumpaan yang nak suruh kita fikir. Kalaula betul dajal tu mmg manusia bermata 1 dan menepati semua ciri dajal, takkanla kita tak kenal dia dan masih nak ikut dia? Tp bila dia mai dalam bentuk bangsa ni, ramai tak orang lani yg ikut dia? Ramai kan? Sebab dia bg kemewahan dan dunia kepada manusia lani. So, sedar tak sedar dah ramai pun yg ikut dia secara langsung (murtad) dan tak langsung (hiburan, gay, homoseks, lesbian, taknak solat, posa dsbg)..

Kalau ya’juj ma’juj plak, kuasa politik amerika lani. Mana ada kuasa lain dapat lawan depa? Adaka? PBB pun hok depa la. Majlis keselamatan mana ada orang islam. OIC? Ni patung ja. Tunggul. Tak leh nak lawan langsung si kafir tu. Mmg tak boleh. Kita tak mampu sampai suatu masa Nabi Isa turun berhujah dgn kafir, sedarkan depa balik pasal kesilapan depa selama ni.

Selama ni saya sendiri tak terfikir lgsg pasal semua ni. Mana logic kalau dajal tu mcm tu betul2. lani kan kita byk ikut logic akal…erm, maknanya dajal tu dah lama mai..dah lama dok ada di sekeliling kita. Kita ja yg tak perasan dan terus dok ikut dia lagi kan? Na’uzubillah..

Matahari pun dah lama dok terbit kot barat. Bumi pun dah jadik mcm2 ketidakstabilan lani. Mmg tak lama dah nak kiamat ni..semua tanda tu dah ada depan mata kita. Wallahua’alam…

P/S: kalau ada papa yg perlu dibincangkan, jangan ,malu jangan segan..mari kita berdiskusi. insyaAllah..=)

Friday, October 30, 2009

Iklan Air Asia Kurang Sopan

Assalamualaikum wbt.

23/10 bru ni saya dpt msg drp nadia, shbt baik saya:

"Lupa, tadi nak bagitau nad baca komen gayah pasal iklan airasia kat Berita Harian =). Bagus tindakan gayah tu. Nad tak pernah tgk lg iklan tu. Tapi baca komen gayah tu memang tak bagus iklan tu. Iklan lani banyak pelik2."

Erm, sbnrnya saya tak sangka pun surat tu keluar. hantar hari khamis, jumaat dah keluar dan tak diberitahu apa2 pun oleh pihak BH. Apa-apapun saya bersyukur sbb BH tak pandang enteng isu ini walaupun dengan hanya menyiarkan surat pembaca (bukan hasil inisiatif wartawan sendiri)

Saya nak letak link di sini, tp dah terlmbt sbb iklan berita bertarikh 23/10 dah dipindahkan. so, saya boleh letak isi kandungan terus jela.

IKLAN AIR ASIA KURANG SESUAI

SAYA menonton iklan terkini AirAsia di televisyen. Malangnya, iklan itu ada unsur tidak sopan. Adegan mengejutkan saya ialah apabila budak lelaki, Isaac digambarkan sangat gembira menceritakan pengalaman dikelilingi pramugari berpakaian seksi.

Lebih memalukan, punggung dan dada pramugari diberi fokus dan dikatakan ‘hebat’. Iklan ini selain merendahkan martabat wanita, mendedah unsur lucah kepada kanak-kanak dan contoh pendidikan seks yang tidak kena pada tempat serta mengelirukan.

Iklan ini harus ditukar segera jika AirAsia menghargai pelanggan yang masih mementingkan adab.

BINTUBAHARIYAH,
Pulau Pinang.

*Depa edit skt surat ni. tajuk tu asalnya Kurang Sopan tapi diganti dgn Kurang Sesuai. Yang lain tu depa ambik point2 yang penting ja utk meringkaskan lagi penulisan.

Sehari lepas surat tu keluar, saya tgk semula iklan tu dgn harapan dapat tunjuk pada mak dan anak-anak saudara saya tentang ketidaksopanan iklan tersebut. tapi nampaknya airasia dah segera bertindak. 2 part yang paling ketara pada bahagian badan pramugarinya sudah dibuang. cuma ada 1 part ja lagi yang masih dirasakan 'sesuai' oleh pihak mereka.

Di samping itu, ada juga beberapa laman weblog yg turut memberi komen tidak setuju dgn iklan tersebut.

Terima kasih saya ucapkan kepada BH kerana menyiarkan surat saya. Secara tak langsung, perkara salah yang makin dianggap biasa tidak dibiar menjadi budaya. Terima kasih jugak buat airasia yang terus mengambil tindakan yang sepatutnya walaupun tidak secara total.

Terima kasih jugak buat Nad sahabat saya yang alert pasal ni. Kalau Nad tak habaq, confirm Gayah taktau punya. hihi..

Dan TQ sgt utk hubby sbb bg galakan utk Yah tulis surat tu. Siap jadi editor lagi. hihi..

K la, any comment, boleh terus kita bincangkan kat sini..

Bintubahariyah,
931 pm
30/10/2005
TSB

Wednesday, October 21, 2009

Belasan tahun dahulu..


Assalamualaikum wbt..


Alhmdulillah, hari ini saya dan hubby dan femly masih diberi peluang nak menikmati kehidupan dgn umur yang entah berapa baki lagi yang masih ada. Mungkin ada shbt yg tertanya-tanya kenapa takdak posting baru? selain sibuk dgn kehidupan berkeluarga stelah bertambah ahli ni, saya sbnrnya sedang rancak memerhati dan menganalisa apa jua yg terjadi di sekeliling saya. Bersama hubby, banyak saya belajar ttg kehidupan. walaupun saya masih masuk kategori 'mudi', saya beruntung mendapat hubby yg sudah pun masuk kategori dewasa.


Kami sering meluangkan masa menonton tv bersama untuk bersantai-santai. dari situ, perbincangan hangat sering kami kemukakan dan akhirnya masing-masing dapat membuat kesimpulan yang satu.


Baru-baru ini kami menonton kisah artis kumpulan elite. saya peminat lagu elite suatu ketika dulu. Dalam belasan tahun dahulu, saya masih kanak-kanak, hubby saya pula sebaya mereka..Dalam tempoh itu, kami masing-masing melalui proses kehidupan yang sebenarnya menjadi pilihan sendiri.


Kami cuba membuat perbandingan, apa yg lebih baik pada diri kami setelah belasan tahun itu berlalu dan apa pula yg ada pada semua ahli kump tersebut. Di sana, tertanam rasa kesyukuran kepada Allah..


Apa yang jadi pada semua ahli kump Elite?


Tiada apa yang berubah dalam hidup mereka. masih dalam jalan hidup yang agama tidak iktiraf sbg landasan yang betul. Masih dgn pakaian yang tidak lengkap melindungi segenap aurat. kehidupan berkeluarga pula diuji dgn pelbagai pancaroba dan semuanya pernah mempunyai sejarah yang menyedihkan (na'uzubillah utk saya dan hubby dan kita yang lain). Masih mencari rezeki, mengumpul harta dunia dgn cara yang sama, yang tidak menepati syaro'. cukupla huraian saya sedemikian. lalu apakah kebaikan yang dapat kita lihat sepnjang usia mereka yang sebelumnya? adakah benar hidup lebih baik dari semalam? itu yang dapat kami simpulkan dripada apa yg dilihat.


Dan kami pula bersyukur kepada Allah dan mohon agar dilindungi diri kami daripada menjadi lebih buruk daripada diri kami yang skrg dalam belasan tahun nnt. kami berdoa agar semua artis-artis di Malaysia kembali insaf, semoga hidup kita semua lebih baik. muhasabahlah diri. apakah bekalan kita utk bertemuNya? Kalau belum ada, cepat sediakan. kalau sgt sedikit, cepat banyakkan, kalau telah banyak, perelokkan semuanya..


Tugas kita dgn Tuhan kita tidak pernah selesai kerana hutang kita padaNya tidakkan bisa berbayar sampai bila-bila.

Kumpulan elite hanyalah contoh dalam tulisan saya ini. Semoga Allah yang berkuasa membolak-balikkann hati, terus menetapkan hati kita dalam agamaNya..semoga tidak diuji seperti mereka..semoga dicampakkan keinsafan dalam hati kita dan hati semua hambaNya..semoga terselamat kita semua daripada azab api nerakaNya..ameen..


bintubahariyah,

22/10/09

1048 am,

TSB.

Tuesday, September 15, 2009

Suka Baik ka Suka xBaik?


Assalamualaikum wbt.

‘Allahumma anta rabbi lailahailla anta kholaqtani wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, a’uzubika minsyarrima shona’tu abu u laka bini’matika ‘alaiya wa abu u bizanbi faghfirli fainnahu la yaghfiruzzunuba illa anta..’

Malam ni 25 Ramadhan dah..Adakah Ramadhan saya kalini lebih baik dari yg tahun2 lepas?? Atau senang ckp, adakah saya jadi manusia yang lebih baik? Alhamdulillah, banyak peningkatan yang saya dapat rasa dari sudut hubungan sesame keluarga, manusia..tp saya tahu saya perlu berusaha untuk menjadi lebih baik dari sudut hubungan saya dgn Allah dan Nabi..bila saya tgk suami..jauh berbeza dgn saya..mmg saya perlu contohi dia..saya tahu itu..dan mmg patut seorang suami menjadi contoh buat isterinya kerana dia secara fitrahnya dijadikan sebagai imam..yah ucapkan tahniah kat abg sbb berjaya jugak capai target abg utk ramadhan ni..Yah tak larat lg nak ikut..maapla..huhu..semoga Allah makbulkan semua doa abg..moga tahun2 depan kita jadi lebih baik..ameen..

Eh, kenapa yg dok cakap pasai baik2, nak jadi baik, nak jadi lebih baik ni? Saya teringat entry terbaru junior merangkap mantan YDP PMIUSM 2 tahun berturut-turut, adik Asyraf..bertajuk ‘Camna nak jadi baik ek?’ katanya secara fitrahnya manusia ni dijadikan sukakan kebaikan..dan inilah yg selalu saya dgr waktu sekolah dulu..

Situasi 1

2 minggu lepas saya ada ziarah jiran saya, Kak Ayu saya panggil. Dia ada anak laki 2org. Masa saya pi tu, anak dia yang bongsu tgh main game bola sepak.
Saya tanya dia, “yang pakai jersi kaler oren tu sapa?”.
Dia jawab, “Jahat”

Nak tergelak pun ada…haha..bukannya dia lawan streetfihgter..lawan bola ja..tp dia boleh label yg pasukan lawan tu sbg ‘jahat’. Kalau dah yg tu jahat, maknanya dia nak kata yg pasukan dia baikla kan? Peristiwa ni dgn jelasnya membuktikan kepada kita manusia tu diciptakan bersama sifat yg sukakan kebaikan dan ingin menjadi baik..

Situasi 2

Pernah dak anda tgk apa-apa cerita kat TV? Tak pun baca novel pasal kisah hidup manusia. Pernah dak? Mestila pernah kan..bohong dosa..biasanya cerita-cerita, drama-drama tu semua mesti ada watak yg baik dan watak jahat. Antagonis or protagonist. Biasanya anda sokong watak yang mana? Jahat ka baik? Saya yakin 99.99% yang sedang baca pertanyaan saya ni akan jawab anda sokong watak baik. Betul x? 0.01% tu kalau ada pun mungkin sokong watak jahat bukan sbb dia jahat, tp mungkin sbb factor lain spti watak jahat tu lawa ka..tak pun dia masih ada sifat baik ka..dan apa2 saja yg baik jugak..tp bukan sbb dia jahat..

Sekarang anda percaya tak yang anda, tak kirala sokong parti mana pun, mesti nakkan kebaikan? Sejahat-jahat manusia, jauh di sudut hatinya ttp nakkan kebaikan sekurang2nya utk diri dia sendiri. Dan kalau ada org jahat yg terus melakukan kejahatan, semua berpunca daripada hati yang dah mati..sbb dia taknak dgr kata hati dia yg masih bersih suatu ketika dulu..

Marilah kita berdoa supaya Allah jadikan kita manusia yg lebih baik setiap hari, agar kebaikan kita bertambah setiap hari..dan agar hari-hari yang dilalui tak pernah membuatkan kita menyesal di sana nnti..ameen..

Saki baki ramadhan yang ada ni..jom kita perbanyakkan bacaan penghulu istighfar mcm yang tertaip kat atas entry ni..semoga Allah ampunkan dosa kita, keluar ramadhan menjadi seperti baby yang baru lahir, terampunkan semua dosa kita, terlepas dari seksaan api nerakaNya..


Ya Allah..jadikan aku dan zuriatku mendirikan solat..jadikan hidup dan matiku, seluruh ahli keluargaku, guru-guru dan sahabat-sahabatku dirahmati, diberkati, diampuni, dipimpini sehingga hidup dan mati kami hanya keranaMu ya Allah..ameen..
..bintubahariyah..
..25 Ramadhan 1430h..
..Alor Setar..

Tuesday, September 08, 2009

Salam Eid Fitri..


~Sila klik utk paparan yg lbih jelas..walaupun agak awal, saja post siap2..takut takdan dah pasni..nak balik kampung dah..iA..k, slmt menghayati saki baki ramadhan ni..moga kita terlepas dari seksaan api nerakaNya..ameen..

Saturday, August 22, 2009

Assalamualaikum Ramadhan!

~Selamat berpuasa semua..drp saya yg comel..hihi..

Assalamualaikum ramadhan..
23 tahun dalam hidupku kau datang silih berganti,
Serasa begitu singkat,
Saat demi saat,
Adakah bisa benar aku menghargaimu?

16 tahun lalu,
Aku mula bertatih belajar berpuasa,
Tak sampai jam 1,
Aku merengek minta nak buka puasa..
Tapi lama-lama aku Berjaya,
Melengkapkan 1 hari dalam berpuasa..

Menjangkau darjah 5,
Mula kenal solat tarawih,
Bergetar lutut nak selesaikan 23,
Berpeluh-peluh menanti,
Bilakah akan selesai rakaatku ini?
Tapi lama-lama, best pun ada..

Masuk sekolah asrama,
Hari pertama daftar dalam bulan puasa,
Berbuka tanpa rasa apa-apa..
Tak macam kwn2 yg menangis teringatkan keluarga,
Aku pulak cool saja..
Maklumla, anak dara mak yg kuat jiwa..(wktu tu ja..)

Tahun pertama di puncak menara gading,
Berbelas hari puasa, diserang penyakit ntah apa-apa,
Sakit perut berbisa-bisa,
Muntah-muntah tak keluar apa,
Berguling-guling di katil mcm org gila.
Pusat kesihatan tutup,
Pak guard bawak p ke klinik saja,
Doctor klinik tgk keadaan nmpk kronik,
Dia suspect appendix,
Takdan apa-apa,
Terus transfer ke hospital besar..
Mujurla takdak apa-apa..
Puncanya Cuma kurang air..
Tula pengjaran cukup bermakna..

Tahun 3 di USM di bulan ramadhan,
Demam tak kebah-kebah,
Hari ke-5 baru p cek,
Doctor terkejut suhu 38.6 degree,
Terus buat blood test,
Terus kena masuk air garam..
Rupanya kena denggi kali kedua..
Alhmdulillah, selamat jua akhirnya..

Tahun ini,
Ramadhan pertama bersama suami,
Mak jugak ada bersama di sini,
Senangnya hati..
Cuma tak pasti lagi,
Bentuk ujian apakah pula selepas ini,
Semoga semuanya membawa keberkatan
Memberi kesempatan
Merebut impian setiap insan,
Terlepas daripada seksaan api neraka..ameen..


Assalamualaikum Ramadhan,
Semoga engkau bukan yg terakhir utkku,
Bukan yg terakhir utk ibuku, jua utk suamiku
Dan bukan jua utk seluruh ahli keluargaku…

Mohon maaf pada suami, mak, keluarga mertua, abg2, guru-guru, sahabat handai dan seluruh insane yg mengenali diri ini..
..bintubahariyah..
..2 ramadhan..
..3 pg..
..TSB..

Sunday, August 16, 2009

Konvo: Saya tak rasa papa pun..

Assalamualaikum wbt.


Minggu lepas sibuk btoi dgn konvo. sblm tu pi kelantan, jalan2 cari bisnes. apapun takdan nak prepare utk konvo. sbnrnya saya mmg takdak hati pun nak konvo. tahun lepas lg dah cakap kat mak, 'adik takmau konvo la mak..' huhu..mak pun ok ja. bukan ada apa pun dgn konvo. sktpun saya tak rasa bersohor pun. habis tu, cmna boleh p konvo jugak ni kak?

Lepas Kahwin

"Yah takmau konvo la abg.."

"Awat lak?"

"Takdak hati la..bukan ada apa pun dgn konvo tu..setakat nak ambik scroll ja, tak payahla nak buang2 duit lak.."

"Tau dak sejarah konvokesyen?"

"Taktau."

"Konvokesyen pertama di dunia dibuat kat universiti al-azhar tau? Depa buat utk menghargai ahli-ahli ilmuan islam..ha..asai konvo dari islam..cuma jubah tu ja bukan yg islam punya.."

"Tu ka? tak penah tau lak."

"So, abg nak tgk yah konvo..isteri abg ni..abg bangga tau dgn isteri abg nii.."

"Erm..malaihnya.."

"Abg nak yah konvo gak k?"

"Erm..."

Finally, jadi jugak konvo. cik abg ambik cuti la nak p jugak. bos dia pun ucap tahniah. hihi..
Punya saya tak siap papa, kasut hitam pun baru p beli 2hari sblm konvo, baju pun baru cari kat tapak konvo tu sendiri. cik abg punya pasal, konvo jugakla saya. yg ptg, saya dah buat dia bangga dgn saya..mcm tu jugak dgn mak..tak konvo pun, mak dah senang hati dgn anak pompuan tunggal sorg nii..alhmdulillah..


Waktu dalam dewan

Lepas dah habis ambik kat NC, saya pun straight jela jalan ke depan. tp tiba2 dgr suara org ucap tahniah kuat jugakla..tak kalih pun la..maklumla waktu tu kira skema la..risau gak topi jatuh. pastu, jalan laju-laju dan sesampai saja di tempat duduk, topi terus nak tercbut! haha...mmg lawak..kwn2 sebelah, shida dan wan pun kalut tolong buang jarum semua..haha..nasibla tak jatuh atas stage tu..buat mayuya...huhu..

Dah pasang balik topi, baru teringat ucapan tahniah tu..sapa ek? usha punya usha atas stage tu, rupanya Dr. Omar Osman yg wish..TNC HEP..erm, mmg dia tak lupala org yg rajin p 'ziarah' dia kat HEP waktu jadi MPP dulu..hihi..by the way, makasih byk nae Dr Omar..saya tak perasan..
Ni saya upload skt gmbr konvo. yg best sgt pun time konvo, dpt jumpa ramai shbt, adik, dan senior..depa pakat2 turun..



~Ni tak cukup semua pun lagi ni..ramai lagi yg tak mai..


~Dgn suami dan Hayat..budak ni minat sungguh kat suami saya..abg baca doa apa la tu..? Trm ksih abg bg bunga cantik tu kat yah..mayuya ms dapat tu..bukan senang nak jumpa bunga kaler biru tu..hihihi..




~Pandai Kak sarah dan mas menyelit ek? elok2 ja..ingat dgn soba dan aisyah ja..gmbr ni sweet sgtla..=)



~Time ni byk sgt kamera..yam mesti dok tgk kamera ustaz amir tu..hihi..




~Dgn Sern dan Reen (my rumate..) depa ni la tukang boh pin kat jubah yg besaq tu..siap dapat hadiah lagi depa bagi..terharu la..huhuh..

~Dgn ayu dan azni..

~Dgn adik Mashi dan adik Shaq..

~Ni gmbr pre konvo..ct habsah, azni, nik dan cik gayah..

~ Budak 86 yg mai ptg tu cuma kita ja kan? Kumbang bukan seekor..hihi..sbb ada lg kumbang yg tlg ambik gmbr ni..

~Gmbq ni mmg cun.. tp kita silap ambik port ni..cuba tgk kat atas tu..dia tulis selamat datang pelajar baru..kita ni pelajar tua dah...huhu..

Dahla kot...byk lg sbnrnya, tp malas dah nak upload..semoga ilmu kita semua diberkati Allah, bermakna utk kehidupan dunia akhirat kita..dan, semoga kita termasuk dalam golongan yg mendapat naungan pada hari yg tiada pertolongan melainkan pertolongan daripada Allah semata..
..bintubahariyah..
..4.37..
..18/8/09..
..TSB..

Wednesday, August 05, 2009

Barang Rampasan tu P ke Mana ek?


Assalamualaikum wbt.


Baru ja tgk MHI pg ni. ckp pasal brg tiruan. adala dia tunjuk brg org kena rampas.

yg sblm2 ni pun selalu ja dgr brita kastam rampas mercunla, ayamla, gula la, alat2 elektrikla..apa mcm lani la..semuala yg diseludupla..yg tak ori la..yg cetak rompakla mcm cd2, vcd yg harganya tak mainla ratus2 nii..semua area2 puluh2 ribu..


Satu menda yg sy heran menaq ni..depa buat apa dgn brg yg dah dirampas tu? dgr kata depa amik guna sendiri..WA btoi ka dak. tp apa yg depa boleh buat? takkan nak lupus kot? bernilai tu! xretila kalau lupuskan trus..ish2..sapa tau depa buat apa ek?


Heh, entry ni just nak tnya soalan tu ja. tak dak apa pun..sapa ada tau sikit2 info, share la kat sini..kot2 la berguna suatu masa nanti pada sapa2 yg berkenaan..(berguna kot mana pun xtau sbnrnya..hihi)


k la, borak2 kosong ja..isi masa lapang kejap. wsslm.


..bintubahariyah..

..6/8/09..

..TSB..

Thursday, July 30, 2009

Saya Risau H1N1

~Hah, baru nak bom aku ka? dulu2 nak biak aku sgt..tak ikut ckp Allah..lani bhgian pernafasan aku dah mula buat virus best2 baru hmpa nak bom aku..tak jadi apa dah..aku lepaskan virus tu smua kat udara dah..hahaha..padan muka angpa..

Assalamualaikum wbt..
Harini Upsi lak tutup..semalam jumpa akak2 nisak penang, depa ckp sekolah islah pun tutup sminggu. kem2 PLKN pun sama..semua pakat2 tutup..semuanya dah tutup lani..

Shbt2 usm, reen, dahlia, wani dan sern pun dok demam2, muntah2..buat saya risau..adik ipar saya yg dok upsi pun demam tak larat nak bangun. dia kena kuarantin kat rumah abg ipar kat KL lani..tp iA demam urat je kot. cumanya, saya risau..

Bila semua kelihatan ribut taufan mcm ni, xdak apa pun dpt jamin kita selamat melainkan Allah..Dia ja dapat lindungi kita drp segala bahaya dunia akhirat. Masa nila smakin terbukti kuasa Allah..

Pg tadi masa sarapan, saya cakap kat suami, mintak-mintakla Allah tak bg org yg tak makan babi, ternak babi kena H1N1 ni..tp abg saya cakap bala Allah ni tak kenal sapa..semua kena..huhu..Dia kata kat kilang dia, cina pun dok makan babi tu buat taktau ja dalam kilang tu walaupun lani dok sibuk2 psl H1N1 ni..

Erm, kami ada p dgr kuliah agama baru ni..ustaz ni bagi doa utk mintak pada Allah nak elakkan segala benda yg tak elok jadi pada kita..sama2 kita amalkan..iA..

"A'uzubikalimatillahitaammatimin syarrimakholaq"

Maksudnya: Aku berlindung pada kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhlukNya..

Ni doa dalam mathurat. Kita baca ni bagi yakinla kat Allah..iA kita berserah diri sepenuh hati padaNya..minta perlindunganNya drp kejahatan virus-virus yg juga makhlukNya dan juga tenteraNya..

Semoga Allah lindungi kita drp segala bala yg kita sndiri tak mmpu nak cegah puncanya..ameen...

..bintubahariyah..
..31/7/09 (2 bulan cukup saya jadi isteri)..
..TSB..

Wednesday, July 29, 2009

Sekitar Julai 2009

Assalamualaikum wbt.

Entry kalini just nak share bbrp kisah manis yg dah Allah izinkan terjadi dalam bulan 7 ni. memandangkan blog ni pun mcm sunyi ja dan saya dah lama tak kluar idea nak menulis, kita tgk gmbq dahla..


Ok, stat dgn pic ni..ni 2 org anak menakan saya yg dok kat pahang. yg kakak tu namanya nur alya amira dan yg kecik tu mohammad hadif. depa ni anak bgmat dan kakna..baru ja p tidoq rumah depa awal bulan haritu..bolehla lepas rindu kat mak..kakya ni baru kena kerat rambut dgn tok dia..dia suka sungguh dodoi adik dia dgn selawat..baru 2 tahun sebulan, dah pndai selwat..siap ada taranum lg..hihi..pandai bgmat ajaq. yg si kecik tu, mmg kecik..comey sgt..baru lahir bulan 6 baru ni..kira sbln lebih la baru..geram sggh kat dia..


Tgk next pic lak...ni cik abg tgh dok asyik kena urut kat mata..spek mata suria perkasa hitam ni bergegaq-gegaq tau..ni sambil dok atas kerusi sambil kaki kami diurut dgn mesin refleksologi..dia dok lena la tu..hihi..sapa2 nak try free ja, p kat tesco extra tepi usm tu..takyah beli pun takpa, dpt urut 5/10 min pun dah ckp nak regangkan otot2..


Kita tgk pic ni lak..ha...nila shbt usm yg 1st yg mai baitul ilmi kami ni..mas, zati, yasha dan raden..4 org je. ingatkan depa nak mai dalam 10org..punyala kanda gayah dan kanda afzan siapkan laksa, kopok lekor, cucuq cempedak dan teh china. bykla buat. last2 bg la depa bawak balik laksa tu skt..nak hrp kami 2, mmg 2 hari la baru habis..by the way, trm kasih byk2 ya shbt..pasni kena mai lagi..shbt2 lain pun maila nae..hbq bila, kita plan baik punya noo..iA..




Ada lagi gmbq nii..masa ni kami kat teluk bayu..pg2 buta lg ni..matahari pun tak naik habis g..joging2 sehatkan badan..pastu, rehat kat batu-batu ni..cik abg ni amik kayu tu tang mana ntah. buat2la belakon mcm hero..hihi..pastu dia buat meditasi reiki..then, kami makan2 sarapan kopok lekor dan roti telur sambil tgk pantai..tenang hati..alhmdulillah..



Ada lg? ada...cuba teka ni sapa ni? hihi...akhirnya jumpa dpn mata dgn ayahda azizan ni..tegezut..waktu ni kami p expo kerjaya..ustaz zahran kawan abg saya pun tak ketinggalan. saja ja pi tgk peluang kerjaya baru..tup2 pakcik zizan sampai jadi VIP..dia rasmi expo ni..waa..berbaloi jugak sampai ke kulim..dpt tgk dekat2 pemimpin kesayangan saya ni..=)


Okla, dah habis kot. tu je pic yg smpt sy snap..nnt2 kalau ada lg, saya share lg iA..

k la, nak p masak lak. bye..wassalam..

..bintubahariyah..

..30/7/09..

..TSB..

Thursday, July 16, 2009

Baca Doa Pastu Menari




Assalamualaikum wbt..

Sebelum masuk kepada tajuk posting kalini, sy nak rakamkan jutaan terima kasih pada suami yg susah payah jaga saya waktu saya demam ni..pg tadi terjaga dari tidur, suami tgh usap kepala, dahi, leher..dia cakap panas..bila saya bangun, dia kata blkg badan sgt panas..risau muka dia..pagi tadi, dia yg sediakan sarapan utk saya..dia tak bg saya buat papa..ubat pun dia sediakan dan paksa saya minum sampai muntah2..huhuhu..pastu dia dah tak paksa minum ubat tu dah..roti saya pun dia yg tlg habiskan..sgt tak lalu makan..
semalam suami buat rawatan urutan dgn air kat kaki..saya kata, "Kesian kat abg..". Dia cakap, "Yah kan isteri abg..kalau bukan isteri abg, taubat abg tak buat camni.."

Terima kasih byk2 ya abg..yah syg abang..abang dah buktikan yang yah beruntung dapat abang..moga berterusan..ameen..

ok, masuk pada topik saya tu..pasaipa nak baca doa pastu menari-nari lak? baca doa tu kan bagus..menari tu sebaliknya (kalau tak kena tempat, situasi)..

saya bercakap atas dasar sbg org yg selalu mengikuti program-program di universiti dulu..apa saja keramaian yg dibuat, majlis ke apa ka yg kebanyakannya dibuat oleh pihak universiti dan sesetengah persatuan, mesti ada 2 benda yg bertentangan ni. mula-mula baca doa bukan main. pastu ka mulala menari-nari, menyanyi-nyanyi. tak payahla ckp universiti, artis2 tu dah tentulah. buat kenduri, baca doa punyala..jemput ustad2 yg hebat2 lak tu. pastu, pakat2 nyanyi dan menari..apa tu?

dulu saya selalu cakap, yang putih tak boleh bercampur dgn yg hitam. dia akan jadi warna coklat. kan dah tak suci..macam tu jugak, yg baik tak boleh bercampur dgn yg jahat..mesti jadi bahat..ni tak, baca doa sikit punyala, mintak ampun dah kat Allah, mintak Allah berkati majlis dan sebagainya..tp pastu buat benda yg Allah tak suka lak. adoila..camnala Allah nak makbulkan doa..camnala nak dapat berkat tu..

saya ckp ni, saya pesan kat diri sendiri..nak buat apa2 keramaian pasni, jgn dok biaq bercampuq habis semua..benda ni sbnrnya mcm takleh nak kata apa dah. macam dah jadi budaya dah. mesti ada doa, nyanyi dan tari. mesti selalu camtu. payahlah nak jumpa yg tak bercmpur melainkn dianjurkan oleh pihak yg tegas dgn agama..contohnya PMIUSM..hihi..nak jugak promote tu..=)

erm, dahla..paham2la..point saya jelas dah dgn huraian yg pendek dan ringkas ni..jgn sampai kita terlibat dgn propaganda ibilis dan syaitan sudahla..insyaAllah..mudah-mudahan..

k, wallahua'lam..wslm..


..bintubahariyah..
..16.7.09..
..TSB..

Tuesday, June 30, 2009

Merpati 2 Kaki Joli?

~Gambar ni ''dicuri' dari blog pmiusm..hihi..jgn mrh ye adik2..~

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dah sebulan jadi isteri org..utk cik abg lak, dah sebulan jadi cuami org..dan dalam sebulan ni, hidup kami lebih tenang, tenteram, damai..mula2 tu mmg kami terpaksa melalui fasa 'cultural shock' seketika..(sbnrnya bukan seketika, tp ckp sebulan kami terkejut. hihi..) mujur byk toleransi drp suami, memahami dan cuba sedaya upaya memberikan yg terbaik. Pastinya kalau ikut logik akal, semua tu tak mudah terjadi..kerana kami tak penah mengenali sebelum ni. Alhmdulillah, seolah-olah miracle, lepas kawen tu rasa mcm dah kenal bertahun2 walaupun pada hakikatnya baru kenal melalui sms waktu bertunang tu ja. Percaya atau tak, kami msg2 msh mcm tak percaya dah jadi suami isteri..ishk2..percayalah..dah kawen dahla..

Semalam kami sambut ulgbulan pernikahan bersama. Matematik rupanya cik abg ni..hihi..mmg dia terer mate pun..tp ni matematik lain. matematik yg mmg digemari semua perempuan..dia sms ckp suruh bersiap2 nak dinner kat luaq..bila tnya nak p mana, dia ckp secret..hihi...(sbrnya I dah tau la abg..I buat2 taktau ja..)

Kami maghrib bersama di rumah dan keluar menuju ke Queenbay..g makan kat restoran yg sy tak penah jejak pun spnjg hidup ni..sedap sgt tp mahal..(abg, yah tak mintak dah pasni)..trm ksih byk2 ya abg!

Mungkin sesuai digelar org yg masih hangat bercinta mcm kami ni sbg MERPATI 2 SEJOLI..tp apa bezanya pula dgn MERPATI 2 KAKI JOLI?

sambung cerita...

Dah sudah makan dan beli green tea kat kak cina bermata bundar yg sempat saya puji kecantikan matanya, kami pun berhajat nak pulang..dan masa nila kami nampak byk sgt merpati 2 kaki joli kat tepi2 teluk permaisuri ni..

Boleh kata semua bench yg ada kat sepanjang pesisir teluk ni ada saja merpati2 ini..saya istighfar pnjg dan suami hnya berdiam diri..terus menyusuri laluan tersebut, suami ckp,

"Kalau waktu cuti, lg byk kat tempat2 nii",sambil tunjuk kat tempat yg lebih kelam tanpa bangku.

"Kalau jadi tsunami kat sini pun mmg tak heran", jawab saya.

"Awatla pencegah maksiat tak mai tangkap?", sy mula mempersoalkan kerja mereka yg berwajib. hihi..ni tgh marahla ni..

"Tak larat dah nak tangkap..", tenang ja suami jwb.

"Tangkap basah terusla..", saya jwb sambil dalam hati kata kesian plak kat mak bapak depa..malu takdak dah la kalau kena tgkap basah..

"Yang penting, kita dah selamat syg..alhmdulillah..syukur sgt..", bijak suami sy menenangkan keadaan..


Kisah jiran saya

Pagi ni waktu sarapan bersama, sy ngadu kat suami rajin dgr suara org laki dok ketuk pintu rumah jiran. jiran2 ni semua pompuan, tggl ramai2..kemarin dgr laki tu siap dok mandi lagi (bilik air dekat dgn bilik kami, siap boleh dgr anak2 dara rumah tu dok nyanyi mcm2 lagu lagi, heh). dan pagi tadi pun dgr jugak sora laki.

Abg pun keluarla tgk. kebetulan, jiran rumah sebelah rumah anak2 dara ni dah kena tangkap basah..rumah ni rumah anak teruna lak. dia bawak masuk anak dara dalam rumah dia..kenala ambush pg tadi..suami tgk ja la..ntah2 laki tu kata suami sy yg report. huhu..takuit jugak, kot2 dia mai balas dendam kat saya time suami p keja..mintak simpangla...

Tu yg best pasal taman ni. Org akan segera report kalau ada weird thing happen. sbb tu awal2 lg suami dah p bgtau kat pejabat penduduk ttg status kami berdua..kalau tak, dah masuk lokapla kami ni..hihi..

Sepasang lagi MERPATI 2 KAKI JOLI ditangkap..Itula kisah yg dekat sgt dgn saya..baru smlm ckp psl tgkap basah, pg ni Allah tunjuk betul2 tepi hidung saya..bukan cerita ni nak mengaibkan..sbb pembaca2 SH pun tak kenal sapa orgnya (sy sendiri pun tak kenal, muka pun tak penah tgk)..sy berkongsi cerita ni nak kita sama2 muhasabah diri dan amik pengajaran..

Jadi, pilihlah, nak jadi MERPATI 2 SEJOLI ka MERPATI 2 KAKI JOLI? Only U determine yourself!hihi..alhmdulillah..Allah bg kekuatan utk kami memilih yg pertama..kwn2 lak?

Wallahua'alam..

..bintubahariyah..
..1143 am..
..1 Julai 2009..
..TSB..

Sunday, June 28, 2009

Ulat buku


Assalamualaikum wbt.


Camna boleh wujud istilah ulat buku ha? kalau pun nak gmbrkan org yg suka bc buku, kenapa ulat yg dipilih? kenapa bukan cacing ka, kalajengking ka, kancil ka, tupai ka, ladybird ka dan apa2 yg lain? dahla ulat tu mcm nak gmbrkan suka makan..mcm org yg makan buku lak. huhu..

aik, ni awat tiba2 ja pi persoal perumpamaan melayu ni? kena saman dgn DBP kang, cik abg gak yg susah hati..hihi..


Sbnrnya, entry kali ni nak ckp psl buku ja..psl minat membaca..saya ni sejak kecik lagi, bila ditanya apa hobi? saya mesti jawab membaca..(walaupun kdg2 ja suka bca)..dan kebanyakan kanak2 di sekolah lani pun, mesti akan tulis 'membaca' dalam buku rekod pencapaian mereka..ala, I tau la..I ni kan nak jadik cikgu..iA...hihi..

Sebenarnya kcik2 dulu suka bc mjlh ujang ja..bila masuk sek men, tak minatla bc buku selain buku akademik. masuk mtrik dan U, jadi rajin bc buku bila bgchu selalu bawak balik buku2 baru yg best2..dia beli kat mahasiswashop kat usm..


Waktu mula2 pindah rumah baru yg suami sewakan utk khidupan berdua kami, memang terkejut bukak2 pintu nmpk menimbun buku2 kat sudut rumah. Bila dok kemas rumah dan susun buku, boleh kata lebih 200 naskhah buku yg mcm2 jenis dimiliki oleh suami (ni kata ganti diri ketiga, so kena guna ayat pasif sedemikian..hihi)..suami mintak diasingkan kepada 3 bahagian waktu nak susun tu ikut tingkat2..


1) Atas sekali = buku2 agama, kitab2 lama, kitab2 baru, tafsir dan yg agama2 jela semua..

2) Motivasi dan ilmiah = byk sgtla..tak larat nak cerita kat sini..utk wanita, lelaki, tulisan

Dr. HM Tuah, Dr. Fazilah Kamsah, Ust. Hasrizal dan ramai lg..

3) English and etc = byk btoi buku org putih, novel2 pun ada..buku ayurveda pun ada..herba dan mcm2la..cik abg mmg minat sgt bab2 herba dan rawatan tradisional ni..cik abg ni pandai mengurut..sapa sakit2 sendi, urat ka apa ka, contact ja suami..hihi..iA..dia boleh cuba membantu..(takpa ka saya promote2 ni, abg?)


Tula buku2 abg saya..tmbh pulak dgn buku saya..jadi lebih2 lagi la koleksi buku kami..saya pulak jenis yg suka sgt bc kisah2 perang ni..tulisan yg sy sgt2 la cinta, karya pakcik Abdul Latip Talib: Novel Sejarah Islam..antara buku yg dah pun saya khatam:


1) Salahudin Penakluk Jerusalem (pinjam kat farhana, trm ksih farhana)

2) Khalid Mengejar Syahid (pinjam kat sufi, trm kasih dik..)

3) Abu Bakar Sahabat Setia

4) Abu Ubaidah Penakluk Parsi

5) Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel (Senior hadiahkan sempena hari lahir, trm kasih byk2..=)

6) Ikramah b. Abu Jahal (tak ingat tajuk sampai habis)


Yg baru ja sy beli di pasar malam bersama suami minggu lepas ada 3 sekaligus..huhu..takpala kluar duit lebih skt..buku punya psl..


1) Umar al-Khattab Reformis Dunia Islam (tgh dok baca)

2) Ali b. Abi Talib Mutiara Ilmu Islam

3) Tariq Menang ataupun Syahid


Saya sgt suka tulisan pakcik latip ni. bahasa dia ringan..jalan cerita dia tak berkias2..direct to d point dan dia membuatkan kita mcm ada kat zaman shbt2..mcm kisah khalid mengejar syahid, rasa mcm dok berperang sekali ja dgn pahlawan2 islam..


Saya dok nak cari buku Thalhah lak pasni..herm, buku2 yg suami pun takdan nak bc lagi..waktu kawen dlu pun, hantarannya buku bertajuk 'Aisyah, Keanggunan Sejati' pun tak baca lg..


Bak kata suami, "Baca No. 2, yg penting koleksi..dapat tgk buku2 yg cmni pun dah rasa tenang hati.."

Tak hairanla, kalau jumpa ja kedai buku2 kat mn2 pun, itula yg diterpa dulu..belek2 ja apa yg ada walaupun tak beli..


Abg, nak kategorikan abg dalam ulat buku ka apa buku ni? hihi..


Jomla kita pakat2 minat membaca..tak rugi pun..duit yg kita laburkan utk buku, sikitpun tak rugi..bgmat pun penah kata, beli buku, kluar duit byk mana pun takpa..dripada kita dok top-up 10-10-10-30 tu, baik jimatkan duit..credit tu bila habis, bukan nmpk brg pun..tp bila beli buku, duit habis pun brg ada depan mata..btul x? btul x apa yg sy kata ni?


Lg 1, pasni dinasihatkan kalau nak tukar2 hadiah waktu jamuan perpisahan ka apa, tak payhla dok beli menda2 frame ka, kotak2 pensil ka, bunga ka dan sewaktu dgnnya..tp hadiahkanlah buku..tukaq2 buku..mcm kami buat waktu liqa' 86 tahun lepas..sy dpt buku tajuk "Peranan Wanita pada Zaman Rasulullah SAW"..Min bg..best sgt2..tq min!

Kalu kita tak mampu nak amalkan pun, at least kita dapat gak saham bila org yg bc buku yg kita hadiahkan tu amalkan ilmu yg dia dapat daripada buku tu..


p/s: Make sure buku yg dibeli tu ilmiah jugakla walaupun sikit ja ilmiahnya..asalkan ilmiah gak..krgkanla beli mjlh2 yg pelek2 lani..(pesanan ringkas ni dibawakan khas utk saya dan semua remaja-remaji di luar sana)



Meh2 beli buku, hadiahkan buku dan bacalah buku..

..bintubahariyah..

..640 pm..

..28.6.09..

..Bayan Lepas..

Monday, June 22, 2009

Ahmad Hanaffi Sidqi b. Ahmad Faizal

~Adik dan bangchu pd hari para wali saya nak serahkan tgjungjawab pada insan lain...

Assalamualaikum wbt.


13hb dilahirkan ke dunia..namun, matanya terpejam rapat sbb lemas sewaktu dilahirkan..shingga ke 19hb dia ditempatkan di ICU GH Penang..semakin hari, harapan kami terutama bangchu dan kak kinah makin berbunga..sbb ada proggression yg baik. badannya sudah bertukar warna dari biru sbb kekurangan oksigen ke merah dan ke warna kulit asal dia dijadikan Allah, putih melepak. muka dia lebih mcm bangchu dan kulit dia ikut kak kinah..


Indah sekali nama diberi..AHMAD HANAFFI SIDQI B. AHMAD FAIZAL..


Hari-hari seterusnya memudarkan harapan kami dan hanya pada Allah kami memohon agar segalanya yg terbaik utk Hanaffi dan mak dan ayahnya..

Akhirnya, Allah katakan nak simpan Hanaffi utk mak dan ayahnya di syurga..


19hb Jun 2009 jam 1130 pg..Hanaffi mungkin dah pun berjumpa dgn Nabhan, sepupu dia (anak cikzai dan chik midah)..juga dgn abg2 saya yg tak sempat pun saya jumpa sbb sy tak lahir pun lagi waktu tu..abg zainal, abg ismail dan abg khairi..


TAKZIAH utk Bgchu dan Kak Kinah drp adik, bgjan, mak dan seluruh ahli keluarga kita..

Semoga bgchu dan kakkinah tabah hadapi semua ni..

Bgchu jg kak kinah, jgn biar kak kinah lonely..sbb takut setan kacau dia dan bisik yg bukan2..IA, bila bgchu dan kak kinah berjaya lalui ujian yg hebat ni, naiklah darjat kalian di sisi Allah..


Adik, bgjan, mak dan semua berpuas hati dpt ada dekat dgn bgchu dan kak kinah saat diperlukan..Byk benar hikmahnya adik ditakdirkan berjodoh dgn bgjan..makin terasa hikmahnya lepas mcm2 yg dh jadi ni..yg kita tak jangkakan dan rancangkan pun..


P/S: Adik syg sgt kat bgchu..adik doakan ada pengganti Hanaffi tak lama lgi..bukan sorg, bahkan biar lebih ramai lg...bak kata bgjan, " Cuba lagi, Bangchu!" hhihihi...



Salam syg,

Adik..

23 Jun 2009

TSB


Wednesday, June 17, 2009

Ciumlah..


Assalamualaikum wbt..


Jgn rasa geli geleman yer dgn tajuk tu...sbnrnya nak ckp psl cium tgn mak ayah dan org2 yg lebih dewasa drp kita...


Saya selalu tgk org laki payah sgt nak cium tgn mak ayah waktu balik kampung..geram jugak kdg2 tu..dgn mak ayah sendiri pun nak malu..tak kena tempat malu camtu..


Alhamdulillah, selama saya hidup ni, sy tak pernah salam dgn mak ayah tanpa cium tgn..sejak masuk sekolah menengah, rajin cium pipi, dahi, hidung..semua kat muka mak saya cium..bgchu pun sama..dan alhmdulillah, abg2 lain pun tiru..kalau dulu mungkin depa segan..tp tak dah lani..masa bla lagi nak cium mak kalau bukan waktu mak masih ada?


Bila kita buat cmtu, yg pertamanya mak akan rasa bahagia sgt..sy sgt kagum dgn suami sy..baru kawen jer, dah cium pipi mak..sy tgk mak pun rasa terharu..tak sangka sgt suami dah tunjukkan syg pada mak saya sebegitu rupa..alhmdulillah..mungkin berkat ilmu dan imannya..abg, terima kasih dah membahagiakan mak..


Saya dah kehilangan ayah 12 tahun yg lalu..sepanjang tempoh tu, saya rindu sgt ayah..bila tgk ayh shbt2..rasa best sgt bila bygkan sy pun dapat kasih mcm tu..terbayang kalaula saya pun ada ayah lg..


Alhamdulillah..hajat hati nak jadi anak angkat ayah mertua saya sendiri seblum kenal dgn suami sy seblum ni nmpknya dimakbulkan Allah...bahkan Allah bg lebih drp tu..dapat jadi ayah betul..bukan lg ayah angkat..sentuh pun tak btl wudhuk..sdgkan dgn suami sendiri pun batal..dan dapat juga mak baru yg cukup berbudi bahasa dan sygkan saya..


Kesempatan ni saya tak lepaskan..mak ayah pun jadi mangsa saya lepaskan sayang dan rindu saya..kat ayah pun saya sayang pipinya..seronok sgt rasanya dapat ayah..


Kepada semua shbt2 di luar sana, sapa kata jatuh maruah kita, jatuh ego kita bila kita cium tgn dan sayang mak ayah kita? sapa kata? semua tu jauh sekali..bahkan, martabat kita lebih tinggi, darjat kita meningkat berganda..

Nak ego pun pada sapa? kat mak ayah yg melahirkan dan membesarkan kita pun nak tunjuk ego? Kalau depa picit hidung kita pas lahirkan kita, nak kata apa? ishk2...mcm emosi ja tulisan ni..hihi...main2 ja..

Sbnrnya nak ckp elok2 ni..ciumla tgn dan pipi mak ayah kita..bahkan pada mereka yg lebih berusia daripada kita..mereka akan rasa benar-benar dihormati dan disayangi..


Percayalah, dgn hanya mencium tgn dan pipi mereka bbrp saat tu kita dah pun berjaya memberi kebahagiaan yg tak dapat nak digambarkan pada mereka..tak best ka kalau berjaya buat mereka bahagia? Bukankah kebahagiaan tu akan hinggap pada kita terlebih dahulu sblm pergi pada org yg kita cuba bahagiakan? tak pecaya, try dulu..pastu tgk apa yg jadi..hihi...


erm, okla..nak g bersiap..abg dah nak balik keja tu..semoga perkongsian sikit pada harini bantu kita jadi manusia yg lebih baik sehari ke sehari..


maaf andai ada salah silap ya...

Wallahua'lam..


..bintubahariyah..

..6.06 pm..

..17 Jun 2009..

..TSB..


Saturday, June 13, 2009

13 Jun 2009


Assalamualaikum wbt..

Banyak sgt berita dalam hidup saya pada hari ini...gembira, sedih juga, risau pun ada, bahagia juga..

Berita pertama: Hari ini hari pertama saya menyambut hari lahir suami..tp kami tak buat benda yang luar biasa..saya masih berjiwa keanakan..tak pandaila nak buat papa..tp kami dah melalui hari ni dgn penuh bermakna..walaupun sekadar jalan-jalan di roadwalk, beli air tebu, g makan kenduri kwn suami, g pasar malam, makan bersama dan pergi mengaji kitab tafsir nurul ihsan kat tabung haji...tu jer..tp dah cukup membahagiakan sy..

abg, sekali lagi, selamat hari lahir..ayang mintak maaf byk2 andai sepanjang 15 hari ayg jadi isteri abg, abg ada terkecik hati dgn kata2 ayang or terasa papa la..maaf kalau msak tak sedap..maaf atas segalanya ya abg?
Berita kedua: jam 3.43 pg tadi, sy terima msg daripada shbt sejati...nazifah...katanya abah nefah dah takdak..baru meninggal. nefah pun takdan jumpa..

dan saya tersedar dan bca msg tu pada jam 4 pagi..terkejut sgt..innalillah wa inna ilaihi roojiuun...

nefah, gyh takkan boleh lupa..dulu arwah mama nefah takdak, hari lahir gyh 4 tahun lalu..harini, arwah abah pulak pergi pada hari lahir suami gyh..mana kita sangka Allah berkehendak begini kan?

nefah, moga tabah hati tak berbelah bg..wan dah tau ke belum? nefah jgn bimbang ya..gyh, wan dan nadia selalu ada utk nefah iA..anything, every single thing, u can put trust on us to share with..kami sayang nefah so much! fillah...iA..

Berita ketiga: kak kinah dah selamat melahirkan sorg bayi comel..kak kinah ni isteri bgchu..abg saya yang ke-6..tarikh lahir yg sama dgn suami..tp.............

Allah takdirkan bayi kak kinah dan bangchu kurang sihat..lemas sewaktu bersalin...gembira tp sedih dan bimbang...baby masih di ICU..guna bantuan pernafasan..tlg doakan baby bgchu dan kak kinah selamat ya...

Erm...13 Jun 2009..mmg byk berita sedih dan gembira utk saya, suami, keluarga dan sahabat...

Semoga sekeping hati yang menjadi blog peribadi diri saya ini terus menjadi saksi kisah suka dan duka hidup saya di samping dapat memberi perkongsian yang berguna kepada sahabat2 yang berhati mulia..


13 Jun 2009..melakar sejarah lagi..

..bintubahariyah..

..TSB..

Thursday, June 11, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang…

~Saat akhir jadi bujang..lepas solat sunat tahiyyatul masjid..off hs nak g akad nikah..bbrp tapak ja lg..picture ni abg sgt suka kan? =.=

Assalamualykum wbt..
Buat Suami, Raja Hati, Kekasih yang kucintai, Mohammad Afzan B. Amir Hamzah, Selamat Ulang Tahun Kelahiran..walaupun esok, yah nak jadi org pertama yang ucapkan pada abg..

Abg, sampai harini kita masih tak sangka dgn jodoh kita ni kan? Teringat saat mula kita terserempak di kedai makan berkat hujung tahun lepas. Mula-mula yah nmpk sorg perempuan bertudung labuh tgh makan dgn abg..dalam hati ni cakap, mesti suami isteri..bila dah sampai dekat baru perasan rupa-rupanya wanita solehah tu shbt baik yah sendiri..kak hidayah..hehe..

Masa tu, yah cuma nmpk abg sekilas..khusyuknya abg menaip resume utk kak day..

Then, masa berlalu…kak day tnyakan ya utk abg…walaupun pada mulanya abg dah yah tolak, tp nyata, Allah nak yah pertimbangkan abg lagi dgn segala benda yg jadi lepas tu..Alhamdulillah, lepas yah istikhoroh btul2 mintak petunjuk Allah, yah dah ada keputusan lepas solat asar pada suatu hari..walaupun ms tu belum dapat tgk gmbr abg…dan 10hb januari, kak day declarekan yang kita sudah stuju menjadi teman sehidup semati.. TQ K.day!

12hb kita sms nak kenal dan tahu chemistry masing-masing..14hb abg balik bgtau mak ayah psl kita..16hb mak ayah datang risik ayg di rumah..26 hb yang kebetulan hari gerhana bulan dan hari raya cina, kita dah jadi tunangan…segalanya berlaku begitu pantas kan abg?

Dalam tempoh bertunang selama 4 bulan 4 hari, kita masing-masing cuba mengelak dari cakap telefon apatah lagi berjumpa. Sampai mak-mak, ayah, abg2 semua hairan..betul ke kita nak kawen ni? Siap suruh kita kol lagi..tp alhmdulillah..Dia jaga kita kan?
Teringat waktu abg nak bagi kad jmputan kawen dulu, adhoc sgt..tp takmau jugak jumpa. Yah mintak abg bagi kad tu pada ust nizam suami kak norma..then, di sekolah kak norma bg pada yah..alhmdulillah…=)

Erm, byk sgt kenangan mujahadah kita kan abg? Dan paling nikmat sekali, waktu akad tu, kita tak gemuruh lgsg..sgt tenang walaupun yah lupa bawak ic..tapi tenang sgt..segala urusan begitu lancar dan serasa Allah sukakan jodoh kita..mudah2an Dia terus jaga kita dan seluruh ahli keluarga kita kan abg? Amen…

Masa dah sah jadi suami isteri tu, rasa mcm dah lama kenal. Walaupun tak pernah kenal pun sblm ni..tula first time yah berpndangan dgn abg, dgr suara abg dan tgk senyum abg yg mak suka sgt tu. Waktu bertunang dulu pun, mengendap abg kot tingkap ja..kak-kak yah yg tlg tunjuk abg yg mana..pun begitu, tak kekok lgsg bila tgl dgn abg..tak takut lgsg dgn abg..bahkan yah sangat rindukan abg setiap kali abg pegi keja..ternanti-nanti jam 6 ptg nak sambut abg balik..

Alhamdulillah…Allah dah bagi kita kecap nikmat rumahtangga selepas mujahadah kita buat bersungguh-sungguh nak dpt redhaNya..

Terima kasih yah utk abg sbb bantu yah jaga hubungan kita..lerailah segala fitnah org pada kita selama ni kan abg? Semoga jodoh kita kekal hingga ke syurgaNya..

Selamat Ulang Tahun Sayang….

“I LOVE U”
p/s: Jom tingkatkan amalan ya abg...lg setahun umur nak dekat dgn kematian...=.=


Permaisuri Hatimu,
..Bintubahariyah..
..12 Jun 2009..
..TSB..

Wednesday, June 10, 2009

Terharu sgt! Terima Kasih Byk2 ya..=)

~Hairan, walaupun tak pernah bertentang mata, xpernah dengar suara, apatah lagi berjumpa walaupun dgn mahram, tapi yang ada hanya ketenangan saat ini, jauh sekali rasa gemuruh...



~First time bertentang mata dgnnya..alhamdulillah..mujahadah kami berjaya..terimakasih ya Allah..=)


Bismillah walhamdulillah wassolatuwassalamu ‘ala rasulillah..

Assalamualaikum wbt..
Dah lama benar tidak ku ziarah sekeping hati ini.. Apa khabar agaknya semua ahli ziarah ya? Semoga sehat walafiat dan hidup lebih ceria, lebih baik dari sehari ke sehari..

Kini, sudah 13 hari saya bergelar Puan..ya Puan Ct Rogayah..alhamdulillah, hari-hari yang telah berlalu benar-benar bermakna..byk pengertian hidup sudah mula saya fahami sedikit demi sedikit.

Teringat kata-kata mak, “Mak takdan nak ajaq adik byk benda..dulu naik tingkatan 1, masuk asrama agama yan sampai tingkatan 5. Pastu, sambung plak belajar di matrik kedah, balik jarang-jarang sekali walaupun dekat. Tak lama pas matrik, masuk plak USM 4 tahun. Dah habis belajar, gaya nak dok lama sikit kat rumah, orang soleh masuk mintak pulak..mana mak dan nak ajar byk benda…”

Betul sgt kata mak, byk sgt yg saya baru nak belajar..terutamanya pengurusan hidup berkeluarga..Alhamdulillah, Allah hadiahkan suami yang sangat baik, understanding, sgt tidak cerewet, sgt meringankan..paling penting, suami cuba yang terbaik utk membahagiakan saya..TERIMA KASIH YA ABG..=.=

Belum mahu cerita panjang pasal pernikahan saya dan suami di sini..insyaAllah akan saya coretkan selepas ini..

Yang penting sekali dalam post kali ni, saya dan suami nak rakamkan jutaan terima kasih kepada shbt2 yang hadir dari jauh, siap buat konvoi lagi…kedatangan mmg unexpected! Tp saya dan suami sgt terharu…betul2 terharu…

Mula sekali, kedatangn shbt sejati ke majlis akad nikah kami, wan ruwaida, nazifah dan kak yong…awai betoi depa sampai…heheh…ada kisah lawak waktu majlis akad tu kan? Shhhyyyuuuuu….jgn habaq kat sapa2 lagi…heheh…nefah, waktu tunang dulu pun sampai jugak ke rumah..gyh terharu sgtla…=)

Then, di rumah, sampai pulak shbt terbaikku sejak matrik dgn mak dan makcik, nazlina…dia baru ja sembuh dari operation..lin, terima kasih byk2…aku takdan nak sembg pnjg dgn hg…tahniah aku ucapkan atas pertunangan hg baru ni..mintak maaf sgt2 tak boleh pi...huhuhu...iA, kenduri hg tahun depan, aku pujuk abg aku bawak pi nae? insyaAllah...=)

Waktu dok make over yg tak over lgsg depan meja make up tu, kak norma dan naufal masuk…heheh..best2…

Then, waktu keluar nak sambut abg, surprisingly, my students sampai! Shee Ying, Ee Wan, Aik Ming dan Calvin. Depa mai dgn mak Ee Wan..terharu sungguh. Jauh tu! Dr Simpang Empat Penang lagi..dah la taktau rumah.. makasih yer my dear students..

Pastu, waktu dok makan tu, Nampak dikmah tersyg dok melambai-lambai..dia bg isyarat nak balik dah…ishk2…terkilan sgt sbb tak dpt nak jumpa dia…dikmah…terima kasih byk2 nae…smpai jugak ke rumah kak gayah..=)
Pas makan jumpa wawa, shbt sek rendah yang mai dgn adik dan kak una..wawa, thnks mai jugak tgk aku kawen weh...dah lama sgt kita tak jumpa kan? moga hg pun bkl berteman pasni cpt2 skt..rindu zmn kanak2 rebina kita kan?

Then, sampai pulak kwn2 sek agama yan..depa konvoi ramai betoi..yg puteri, izat, dura, nora dan nadiah mai. Yang laki, tak tertulis nama depa..siap tggu sampai petang lagi..aku nak mintak maaf byk2 jugak kat hmpa, geng yg mai ptg tu tak dan nak jumpa..aku tak pegang hs..aku tak perasan…tp aku cukup terharula hmpa sudi mai ramai2…terharu sgt..terima kasih byk2 nae..

Nadia sampai lmbt skit sbb tggu mak dia balik keja..tp sampai jugak..dan akhirnya kita dapat amik gmbar ber4 lagi sekali..wan pun dah fly ke Scotland..gyh sedih sgt..tp gyh sykur sgt kita dpt jugak jumpa..walaupun takdan nak sembg lama…nad, nefah, kita doakan wan selamat kat sana ya…kita doakan agar dapat jumpa lagi lepas ni..dan semoga ukhwah fillah ni terus menyatukan kita sampai ke akhirat dan menjadi saksi utk kita menempah syurgaNya…wan, take care tau…betul2 syg kat wan….

Tiba-tiba ja ternmpk kelibat 2 org shbt LM, ct faridah dan adelah...hihi...sampai jugak org ganu dgn jitra ni...trm kasih byk2 ya...=)

Then, geng2 sekolah rendah ku…heheh..mardziyah, naemah, kaki la, asma, ahda pun mai dgn adik dia, mona pun smpai gak…alhmdulillah..sampai jugak hmpa..mas fad bg hadiah dgn naemah tp badannya tak kesampaian ke rumah saya hari tu…takpa..trm kasih tau…nnt panggil aku p makan kenduri hampa lak tau…
Ayu yg baru kawen pun ada sampai gak dgn husband dia..ni cucu tok imam yang nikahkan saya..hehe..comeyla ayu...suka tgk..suami ayu mcm cina ja..=)

Tak lama pastu, rombongan erina dan shbt2 pun sampai…ish, rindu betul! Sapa yang sampai ek? Reen, sern, wani, ira, nad, aisyah, bid pun sampai gak…heheh..best! ada picture kita..lepas dah rindu..depa ni dok jauh2 ni…berkumpul kat usm nak mai rumah saya..terharula…bila lagi nak masak sama2 ek? Sampai berasap CG tu. Hihi…

Perjumpaan pertama kami hanyalah ketika nak ambil lessen keta 3 tahun yg lalu..tp alhmdulillah, kekal shbt sampai hariini…nama shbt ni, fasehah..comel orgnya..dia mai dgn adik dan mak ayahnya…mula2 katanya takmau mai dah..tup2 sampai! Heheh…makasih ya shbt…trm kasih byk2..

Junior2 matrik pun sampai gak..depa jadi wakil..mardhiah dan shah dan jugak jannah…tula first time jumpa mardhiah dan shah..selama ni dok chatting je..hehe..tomey rupanya adik2 ni..dgn jannah selalu dah jumpa..kan jannah? Makasih byk2 ya mai…=)

Yg surprise lagi, kwn 1 lecture waktu matrik dulu yg dah lama lost contact, pun sampai..2 org bakal doctor..sapa ek? Heheh…Am dgn Daniel..depa ni available lagi kot? Tak sgka la…trm kasih byk2la nae…=)

Dalam dok kalut2 tu, rombongan shbt ukhwah fillah pun sampai…ramai sgt…dari USM Penang…betul2 terkejut…ramai sgt…zura, zati (siap nangis lagi tu), wana, pinat, sufi, tim, azni, su, ju, farah, kak nini, dalila, jannah. Muslimin pun mai jugak…afzan yang org tersilap kata calon suami sy..hehe..ihsan, hisyam, bismi, hisyam lee dan afiq..

Ptg skit dah, kak ija, kak aja, kak mirah, kak sarah, min dan laila pun sampai..depa ni jauh2 gak ni..mas dgn shaq pun sampai dah agak lewat..boleh kata tetamu terkhir gak la…makasih byk2 la nae…ana syg entum semua..sungguh2 ana terharu dgn khadiran entum…

Shbt matrik, Nadia jadi tetamu terakhir pada hari tu..tak sempat nak makan dan minum pun…terkilan sgt…trm kasih nad mai jugak dgn mak..nnt mai la lagi..takdan nak bual pnjg haritu…

Kak ani, kak ani dan pakcik harun, staf sek yg saya praktikal pun mai…ustazah asma pensyarah matrik pun mai dgn suami dan femly…trm ksih..jumpa lagi kita kan ustazah…nnt nak mintak tips2 jadi isteri solehah mcm ustazah la ek…=)

Kepada shbt2 yang tidak berkesempatan hadir dan masih tidak lupa wish pada kami, tidak putus berdoa utk kami, jutaan terima kasih jua utk kalian..tak lupa pada yg kol, msg, emel, ym dan sebagainya..ramai sgt yg wish..terima kasih..paling penting sbnrnya, doa kalian yg menghubungkan kita walaupun jauh di mata...=)

Ramai lagi adik beradik yang mai…kalau ada yg saya tak tersebut nama di sini..mintak maaf byk2 ya…apa2pun, kehadiran entum semua benar2 buat sya dan suami terharu…semoga doa kalian agar rumahtangga yg dibina ni berkekalan dan berbahagia sampai akhir hayat dimakbulkan Allah..

Mintak maaf jugak kalau ada yg tak kena salah silap kami di pihak penganjur sepnjang kehadiran shbt2 semua…tp hrpnya semua kenyangla nae? Hehe..

Terima kasih sekali lagi…

p/s: Walaupun sudah berteman, namun yakinlah bahawa perkahwinan itu bukanlah bertujuan memutuskan bahkan ianya menambahkan eratnya persahabatan..andai perkahwinan itu membawa sesuatu yang sebaliknya, pasangan tersebut wajiblah bermuhasabah kembali..kerana bukan tujuan sebuah perkahwinan andai mencederakan silaturrahim yang sedia terbina..
Semoga persahabatan kita semua takkan pernah terlerai berasbabkan perkahwinan saya ini ya? tlg ingatkan saya andai ada tersalah...=)

..Bintubahariyah..
..11 Jun 2009..
..Penang..

Thursday, May 14, 2009

Namanya Mohd Afzan b. Amir Hamzah

~Bunga ni melambangkan afzan gadis melayu..heheh..

Assalamualaikum wbt.

Nampaknya ramai yg salah faham ttg bakal suami saya..ramai yg ingat dia putera pmi usm..afzan yg turut bertanding mpp sidang 07/08. maaf ya dik, kesian awak sbb terpksa menepis ucapan tahniah kepada awak sendiri..heheh..tidak kurang jugak yg dok tnya pada saya sendiri adakah calonnya mohd afzan pmi? ishk2...nasib baik depa tak tnya afzan gadis melayu ka? hehe..maaf yer abg shbtku..melawak ja..

Nama bakal suami saya ialah Mohd Afzan b. Amir Hamzah..manakala nama afzan pmi ialah Mohd Afzan b. Sharom..dah tertukarla..afzan pmi ni adik sy..manakala afzan amir pula lebih matang umurnya daripada saya..

erm, cukupla bgtau nama ayah..dah jelas kot. so, kepada sapa2 yang simpan hati pada afzan sharom, jgn susah hati..anda masih belum melepas..nnt cpt2 p masuk baitul muslim melamar dia nae..hihi..main2 ja..=.=

ok, kepada semua yg bakal hadir sy doakan prjlnn kalian selamat datang dan pulang..smoga mjlis lebih diberkati Allah dgn kdtngn insan-insan berhati ikhlas seperti kalian.. IA sy nntikan di rumah.

doakan jugak agar saya dan keluarga diberi kesihatan utk memberikan yg terbaik pd majlis tersebut. semoga 2 minggu berbaki masih memberi masa utk kesembuhan diri ini..iA..

ok, papapun, sy masih ada masa 2 minggu utk gelaran CIK! =.=

syukran dan wssalam..

..masih CIK bintubahariyah..
..alor setar..
..15.5.09..

Sunday, May 10, 2009

Jemputan Walimatul 'Urus













Assalamualaikum wbt..saya dgn berbesar hati nak mintak sila semua shbt yg mengenali diri dan diriku mengenali dirimu utk dtg ke majlis walimah saya dgn bakal suami di kedah pada 30 mei 2009. maklumat lanjutboleh rujuk pada kad-kad yg dah saya lampirkan. klik utk melihat paparan yang lebih jelas. semoga dgn kehadiran shbt2 dan doa kalian yang tidak dapat hadir, akan menambahkan keberkatan yang diharapkan dalam majlis tersebut. Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat. syukran. wslm.




cik bintubahariyah,

11 mei 2009,

Kedah.


Sekolah Pertama

~4 Alfa yang ceria..~

Assalamualaikumwbt..

Apa kabar sekeping hati? Hehe..tnya hati sendiri pulak dah..
Alhamdulillah, hati sendiri sehat..hati ahli2 ziarah? Moga2 sehat jugak la ya...

Erm, dah lama tak berblog. Sibuk dgn mcm2 hal. Walaupun dah habis LM. Cakap pasal LM ni, teringat kat anak2 murid saya..yg saya ajar, yg saya sayang, yang pernah saya tegur, yg pernah saya marah, yang pernah saya rajuk, yang pernah buat saya bahagia, yang pernah buat saya rasa bangga menjadi seorang pendidik, yang pernah juga buat saya rasa taknak jadi guru selamanya…heheh..mcm-macamla feeling waktu LM dulu. Ada ja ketikanya, rasa nak keluar sekolah cepat2..tp bila dahkeluar sekolah ni, rindu pulak dah rasanya pada semua..

4 ALFA

This is my bio class. 3 times i have been observed with this class. The 1st time, students were very cooperative, but im not doing very well. The second time is the best. Students and I were doing very excellent. But, the final 1, I feel very sad of the performance where both my students and I were not very good even though I got the highest marks. Never mind, after that, the sadness had gone and what comes through is the happiness…TQ for my students for your effort to help me in my LM. I know, all of you really support me.

Guo How, Aik Ming, Ying Hong, Kuma, Szu Liang, Ching Seng, Vei Zhung, Chen Chun, Xue Heng, Shee Ying, Kishalrni, Ming Hern, Manglesh, Fen Hui, Tinita, Ee Wan, Riscita, Pei San, Shaymala, Thava, Hui Ying, Zhi Ying, Leck Zhi, Joelyn, Jolyn, Min Er…

Take good care of yourself, your IQ, your attitude, your health, your mood, your communication and everything. Guo How and Ming Hern, please help your friends to understand biology well but please don’t just let them copy your work. But help then to understand each and every word that they should understand. Paying attention in your Ko-K does not mean you free to forget your study. Replace back your time that you have used for Ko-K to study and revise the things that you have been left before.

Erm, so how’s your choral speaking and drama? No one tell me either you can go to national level or not? Have you forget me already? Huhu…

Ok, I will wait for you in my house on 30th Mei 2009..come aaa…=)

2 GEMILANG

Kelas ni saya ajar sains. Kalau kelas 4 alfa tadi Cuma ada kaum cina dan india, tp dalam kelas 2G ni mmg ada semua. Melayu cina dan india. Ada mcm2 background mcm ni, mcm2 kerenah yg sangat merunsingkan perlu saya layan. Masing2 ada group pulak tu. Ada 36 orang semuanya. Apa-apapun, kerenah budak-budak mmgla mcm2..

Cikgu harap awak semua boleh berubah menjadi lebih dewasa, berfikir lebih matang, dan sedar hakikat yang awak semua sudahpun tingkatan 2. segala leteran cikgu, nasihat, teguran, gelak tawa, tangis sendu yang dah kita lalui bersama, ambil sebagai pengajaran. Ingat lagi tak, nasihat cikgu yang terakhir dulu? Ingat lagi salam peluk kita tak kisah apa jua kaum? Semua cikgu sayang..jgn lupa sampaikan berita gembira pada cikgu dalam result awak dalam semua exam nnti ya? Take care my dear students..

BUDAK-BUDAK ASRAMA

Ni semua anak-anak yang baik..suka dgr nasihat, tazkirah. Suka bertnya kalau ada msalah. Alhmdulillah, ramai yang dah byk tunjukkan perubahan positif terutama bab-bab akhlak. Cikgu berdoa agar awak semua berubah kerana faham tujuan perubahan itu perlu dilakukan, dan buat kerana takutkan Allah dan harapkan ganjaran Allah di sana..bukan sebab cikgu, bukan sebab ibu, bukan sebab sapa2..ya?
K, kalau ada kesempatan, maila rumah cikgu ya? iA kita jumpa lagi..take care..

KESELURUHANNYA

Alhmdulillah, byk sangat pengalman berharga sepanjang LM. Terima kasih kepada kak sya, e, azi, ct, adelah (rakan-rakan seLM), kak normah sekeluarga yg selalu bg nasihat dan buat gyh tenang hati, byk bantu gayah dalam persiapan perkhwinan mentally and physically.. kak hafni yg sll teman gyh makan, kak jun, kakaya, kak syu (kanda kandi kandu) tersayang...terima kasih bg pinjam dapuq utk gyh msk megi, sayur, cabai,bawang...heheh...gyh tunggu semua mai kedah nnt nae...

Buat kak aini, kak aida, kak syuk, kak gie, dan semua cikgu2 smkmi, gyh ucapkan makasih byk2 bantu gyh dan kawan2 selama kami di sana..

Buat Kak Ani, Kak Mimi, Kak Ani, Kak Zah, Pakcik Harun, Pakcik Daud, Pakcik Non dan semua kakitangan sekolah..makasih byk2 nae...jgnla lupakan kami walaupun dah ada pengganti dari UUM...huhuh...

Terima kasih jugak kepada pihak pentadbir sekolah yang bg kami menumpang tinggal di asrama sekolah tanpa sebarang bayaran. Maaf utk semua salah silap kami yang masih baru belajar.

TERIMA KASIH SMK MUTIARA IMPIAN!

Cik Siti Rogayah,
Guru Pelatih USM,
11.5.2009.

Thursday, April 23, 2009

Bingkisan utk Wan Ruwaida

Assalamualaikum wbt..

Semalam mimpi sorang shbt..namanya WAN RUWAIDA..
mimpi wan dah nak fly ke scotland..sayunya hati ni..
pagi ni msg wan..menyatakan rsa rindu padanya..

dan dapat reply lebih krg macam ni bunyinya..
"gayah doakan wan ya..wan harap wan kuat. takut berubah bila tgk suasana baru di sana nnt..tapi wan harap wan kuat"

bingkisan ringkas ni khas utk wan tersyg..

wan, bykkan berdoa ya syg..tepislah semua perasaan2 tu..sbb sahih sekali ia dtg dari syaitan. dia nk buat wan rasa kurang yakin pada Allah. bukankah di mana2 pun kita berpijak, kita tetap menapak di atas bumi milikNya?
gyh ingin sekali berpesan agar wan terus istiqamah dgn segala ibadah dan amalan wan selama di malaysia ni..bawak ke sana, sebatikan dalam diri..
jgn lupa bawak bekalan buku2 ilmiah yang mmg biala baca boleh mendekatkan kita kepadaNya ke sana..baca setiap waktu terluang..

carilah usrah di sana..andai tiada, wan adakan utk diri dan shbt2..jadilah pelopor..sbb usrah iA, dapat menjamin ketetapan hati di jalanNya..

wan,
Gayah, nad, nefah...kami semua sgt sygkan wan..kerana Allah..
Persahabatan kita sejak di smkay moga kekal sampai ke akhirat.
jgn lupa katil kita yg 4 tahun menjadi saksi persahabatn kita tu..

keep in touch with us my dearie..

iA, jumpa di kenduri gyh nnt ya wan?

sungguh daku sgt menyayangi ukhwah ini dan daku sgt menghargai dirimu...

salam syg,
Gayah,
24/4/09.
12 tghari..

Hepy besdate utk SERN!

Assalamualaikum wbt..

Nak ucap selamat hari lahir buat shbt yg disayangi..SERN..heheh..
Semalam dgr kata ada org buat surprise kat dia..sygnya gyh takdak..masa reen hantaq msg tu pun dh dibuai mimpi..huhu..

anyway gyh doakan sern berbahagia dunia akhirat, yg paling ptg, dapat suami soleh...heheh..=)

p/s: gyh tunggu sern, reen, ira, basit, wani, dahlia, ayu dan kakna di rumah nnt 30.5 iA...kalau takmai gyh nangis tau..huhu...jgnlah biarkan diriku menangis di hari bahagia itu..=.=

luv,
gayah..
24/4/09
smkmi..

Monday, April 20, 2009

Untukmu Sekeping Hati


Assalamualaikum wbt..


Semoga tiada lagi benci,

semoga tiada lagi dendam,

semoga tiada lagi benci,

semoga tiada lagi penyesalan..


moga yang akan selalu hadir,

hanya senyuman,

hanya kegembiraan,

hanya kebahagiaan..


Buat diri ini,

dan dirimu jua..


keikhlasan yang ditanam,

tiada lain yang akan berbuah,

melainkan ketanangan..


pasrahlah hati utk menerima didikan..

alangkah bertuahnya insan,

andai tarbiyyah berpanjangan,

dtg secara langsung daripada Tuhan..


lambang sebuah jiwa,

yang sedang nikmat dalam ketaqwaan,

bila beryukur dalam senang,

bersabar dalam gelombang,

meyakini akan sebuah janji,

yang pahit, pasti akan manis jua akhirnya..


Untukmu sekeping hati,

Semoga terus thabat dalam jalan ini..

Ameen..
Ikhlas,
Bintubahariyah,
21 April 2009,
SMKMI.

Tuesday, April 07, 2009

Analisis kritikal: Media dan Rancangan Realiti TV

Analisis kritikal: Media dan Rancangan Realiti TV

Tanyalah anak-anak hari ini, siapa yang tidak tahu apa itu Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in a Million, Bintang RTM, Bintang Klasik, Mentor, Bintang Kecil, Sehati Berdansa, Geng Starz, U think U Can Dance?, My Starz LG, dan Raja Lawak.? Dan mungkin juga ada lagi rancangan reality TV yang lain yang tidak mampu untuk saya senaraikan di sini.

Hari ini saya meminta bantuan anak-anak murid saya untuk menyenaraikan program-program berunsur hiburan dan agama. Banyak sekali rancangan hiburan berjaya disenaraikan tetapi untuk rancangan yang berunsur ilmu hanyalah beberapa jenis sahaja. Antaranya hanyalah Akademi Al-Quran, Gadis Melayu, Akademi Nasyid, Cari Menantu dan Tilawah al-Quran sahaja. Bukan salah anak-anak murid saya yang kurang tahu tentang rancangan berunsur agama, tetapi hakikatnya memang ianya tidak wujud sebanyak rancangan berunsur hiburan!

Ligat otak saya berfikir, apakah peranan media dewasa ini hanyalah untuk memberikan hiburan melampau yang tidak sudah-sudah kepada masyarakat? Saya ambil contoh yang cukup mudah. Seawal usia anak-anak kecil yang masih berada di sekolah rendah, yang masih tidak tahu mengaji al-Quran, tidak kenal siapa Rasul dan Allah, sudah pun diajar untuk menjadi bintang melalui rancangan Bintang Kecil. Bagi anak-anak muda remaja pula yang masih perlukan bimbingan untuk menjadi bintang, ada tersedia ‘mentor-mentor’ di TV3 dan Akademi Fantasia. Bagi mereka yang agak matang pula dan ingin menjadi bintang-bintang berkerlipan di angkasa, ada Malaysian Idol, One in a Million, Geng Starz, Bintang RTM, Bintang Klasik dan My Starz LG. Tidak cukup dengan itu, bagi mereka yang tidaklah bersuara merdu tetapi pandai menari, ada lagi ruang yang tersedia untuk tetap menjadi popular iaitu U Think U Can Dance?, Sehati Berdansa dan yang terbaru, Sayang, U Can Dance! Bagi mereka yang pandai membuat lawak pula, Raja Lawak tidak terkecuali.

Nah! Habis sudah semuanya. Pihak televisyen masing-masing berlumba-lumba ‘mambantu’ rakyat Malaysia yang ingin mengejar populariti. Apa lagi yang ada untuk pencinta-pencinta ilmu? Yang tinggal hanyalah 4 hingga 5 sahaja program reality yang boleh dijadikan manfaat. Sebab itu, tidak hairanlah jumlah penonton Akademi Nasyid, Akademi al-Quran, Gadis Melayu dan Cari Menantu mencecah jutaan orang. Nyata dan terbukti, masyarakat sedang dahagakan rancangan-rancangan ilmiah yang mendidik jiwa dan sesuai dengan identiti timur yang penuh kesopanan.

Manfaat Program Realiti TV

Ya, tidak dinafikan program-program hiburan tersebut masih ada manfaatnya. Saya boleh berikan 2 manfaat utama. Pertama sekali kepada mereka yang ingin menjadi popular tersebut. Kalau nasib menyebelahi diri, mereka akan menang dan mendapat kenikmatan material yang melimpah ruah dalam sekelip mata sahaja. Dan yang paling penting, rakyat Malaysia mengenali mereka. Daripada orang biasa, terus menjadi orang yang luar daripada kenormalan.
Kedua, kepada pihak penganjur. Program-program reality TV biasanya mengharapkan undian daripada penonton. Contoh yang paling mudah, AF UNDI MAWI. Jadi, peminat-peminat Mawi pun berpusu-pusulah menghantar undian. Akhirnya, Mawi ditakdirkan menang, dapat hadiah bermacam-macam, berjuta-juta. Tapi pengundinya pula dapat apa? Adakah Mawi memberikan sekurang-kurangnya RM 10 kepada pengundinya sebagai tanda terima kasih? TIADA! Bagi pihak penganjur pula, nilai yang mereka korbankan sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang hanyalah sebesar kuman jika hendak dibandingkan dengan nilai yang mereka berjaya kumpulkan daripada undian SMS peminat-peminat tersebut.

Yang Tidak Enak

Walaupun saya belum menyatakan dengan jelas akan perkara-perkara yang kurang enak pada program realiti yang berbentuk hiburan ini, sudah ada seorang pelajar saya yang berbangsa India menyuarakan, “Berlaku PEMBAZIRAN, cikgu.” Ya, tepat sekali. Ini salah satunya yang paling dekat terkena pada orang yang murah kredit untuk mengundi bakal artis kesayangan mereka. Seperti huraian di atas, samada manusia yang mereka minati itu menang atau kalah, duit mereka tetap habis dan mereka tidak mendapat sebarang kelebihan daripada artis-artis tersebut.

Apabila kita tinjau dari sudut pakaian, sudah pasti ramai yang bersetuju dengan saya bahawa tiada pakaian mereka yang menjalani program reality tv ini boleh dimasukkan dalam kategori menutup aurat secara sempurna bahkan mereka ini berpakaian (maaf saya katakan di sini) seperti bertelanjang! Saya memetik hadith Rasulullah yang menyatakan perempuan akhir zaman, berpakaian tetapi seperti bertelanjang. Tidak perlu saya memberi definisi menutup aurat dengan sempurna di sini kerana saya yakin pembaca-pembaca sudah jelas dengan panduan yang Pencipta kita lampirkan dalam Surah An-Nur Ayat 31.

Namun, di sini saya ingin menyatakan kekhuatiran saya yang teramat, melihat corak pemakaian bakal-bakal artis yang bakal dipuja oleh kebanyakan masyarakat khususnya remaja. Pakaian mereka terlalu singkat, jarang, ketat dan menjolok bola mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Pendek kata, mereka beraksi di pentas dengan penuh seksi dan membangkitkan keghairahan kaum lelaki. Saya tidak pasti kenapa perlu memilih pakaian seumpama ini. Adakah untuk memancing undi kaum lelaki yang memamg mudah terpancing dengan keseksian wanita? Satu persoalan yang mungkin merupakan jawapan. Tetapi saya yakin, jawapan sebenar ialah pasti ada yang pincang pada hiburan yang melampau tanpa fesyen yang pelik-pelik dan mengghairahkan ini.

Pakej hiburan melampau hanya akan lengkap bila hadirnya pakaian yang, “WOW! Seksi dan menggairahkan”, suara yang sengaja dimerdukan, tarian yang mempesonakan dan keakraban antara peserta-peserta program tanpa mengira harta, keturunan, rupa dan yang paling penting, JANTINA. Lantas, pasti ada yang tak kena andai tiada adegan peluk-memeluk, cium-mencium sambil menangisi kawan-kawan yang tersingkir tanpa mengira lelaki atau perempuan. Adakah amalan ini selari dengan budaya timur tradisi turun-temurun, zaman-berzaman kita?

Ikutan yang Tidak Kena

Mereka yang menyertai rancangan-rancangan seumpama ini kerap kali akan mendapat popularity yang segera dan pasti akan menjadi ikutan anak-anak muda yang sedang mencari identity. Semua tindak-tanduk, gerak-geri, kata-kata, imej, personality dan segala-galanya akan menjadi panduan remaja masa kini yang mempersetankan halal dan haram serta baik atau buruk. Maka, lahirlah generasi baru yang jauh daripada nilai-nilai murni yang pernah diterapkan oleh nenek moyang dahulu. Ikon-ikon yang sama sekali tidak mendidik ini akhirnya mewujudkan ‘krisis nilai’ dalam jiwa ahli masyarakat muda hari ini. Krisis nilai inilah merupakan punca utama runtuhnya akhlak dan moral. Mereka tidak mampu membezakan yang baik dan buruk, yang halal dan haram kerana contoh mereka yang di depan mata sendiri, pincang dalam membuat perbandingan tersebut.

Teringat zaman persekolahan dahulu, terlalu kerap isu keruntuhan akhlak dan moral dibincangkan hatta seringkali menjadi tajuk utama dalam karangan Bahasa Melayu kertas 2. Isi utama yang kerapkali saya lontarkan ialah kurangnya didikan agama, didikan ibu bapa dan pengaruh media massa. Tiap kali menulis, saya dengan sepenuh hati berharap agar pihak-pihak yang terlibat mengambil berat akan kritikan yang dilontarkan sehingga akhirnya mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gejala keruntuhan sahsiah ini. Namun, nyata sekali, apa yang telah saya dan semua pelajar sezaman saya utarakan hanya tinggal catatan di kertas yang akhirnya dikitar semula.

Kita harus sedar, fenomena krisis nilai yang dapat kita saksikan secara langsung hari ini memungkinkan masa depan negara dalam beberapa tahun akan datang hanya bisa dipimpin oleh mereka yang lemah akhlak serta emosi dan rendah tahap inteleknya. Bolehkah anda bayangkan apakah akan terjadi pada Malaysia 20 tahun akan datang? Bersungguh-sungguh saya katakan di sini, SAYA SANGAT KHUATIR!

Murid-murid saya

Kini saya sudah pun mula dikenali dgn panggilan ‘cikgu’ ataupun ‘ustazah’ dan juga ‘teacher’. Saya mempunyai ramai anak murid yang sejak dari dalam perut lagi sudah mendengar lagu-lagu di televisyen, astro, radio dan sebagainya. Keluar saja ke alam dunia, sambil bertumbuh dan membesar, mereka terus-menerus terdedah dengan rancangan-rancangan sebegini. Lantas, apakah hati mereka terisi dengan didikan? Apakah jiwa mereka bisa membangun? Usahlah dikatakan cukup dengan apa yang dipelajari di sekolah kerana subjek agama dan moral secara puratanya hanya ada 2-3 jam sahaja seminggu. Jiwa tidak akan mampu dilentur dalam masa yang sebegini singkat. Apatah lagi persekitaran mereka langsung tidak membantu untuk membentuk peribadi yang mulia.

Peranan media

Di sini, saya ingin menyeru pihak yang paling bertanggungjawab dalam hal ini iaitu media massa agar kalian menginsafi diri. Kejarlah keuntungan dengan cara menang-menang bukan anda sahaja yang mendapat manfaat tetapi mengakibatkan masyarakat akhirnya menuju satu fasa yang melemahkan. Tidak salah untuk melahirkan mereka yang berbakat kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan dan merupakan fitrah dalam diri insan. Namun, sejauhmana pembawaan seni itu ke arah kebaikan atau keburukan, pasti akan dipersoalkan suatu masa nanti. Janganlah kerana untung berganda hari ini akhirnya menjadi punca kita semua mengalami kerugian pada suatu masa yang akan datang. Sementara masih belum terlambat, jalankan peranan anda yang sebenar!
Bintubahariyah,
8 April 2009,
Pulau Pinang.