Monday, June 30, 2008

Barisan MPP Pro-M

Mohd Azahari bin Abu Bakar




Nurul Izzati Zamuri










Nur Mastura Mansor




Nur Harizam Abd Majid











Siti Rogayah Bahari











Inilah Barisan MPP Pro-Mahasiswa

Friday, June 13, 2008

Memorandum MPP ProM utk TNC HEP tersyg..

~Masjid USM~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Memo yang dihantar kepada ayahanda Prof Omar Osman..

MEMORANDUM TERBUKA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM / PRO-MAHASISWABERHUBUNG MALAM CITRAWARNA

PADA 21-22 MAC 2008

Kepada:
Y. Brs. Profesor Madya Omar Osman
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia

Jumaat, 28 Mac 2008.Pejabat Hal Ehwal Pelajar USM

PENDAHULUAN

Kami, Barisan MPP Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia sangat prihatin dan peduli pada isu-isu kebajikan mahasiswa; termasuk Malam Citrawarna baru-baru ini. Segelintir mahasiswa yang terlibat telah berjumpa dan merungut kepada kami tentang perkara di atas.Kami pada asasnya sangat komited dengan program-program kebudayaan Malaysia, terutama program-program yang mampu menjana kecemerlangan mahasiswa selaras dengan visi dan misi Universiti.Walaupun demikian, Malam citrawarna tersebut dilihat kurang mempamerkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia dan ciri-ciri aspirasi universiti itu sendiri.Bagi kami, mahasiswa patut digalakkan berpartisipasi dengan program-program rasmi universiti. Namun, program-progam tersebut mestilah berlandaskan prinsip keintelektualan mahasiswa dan universiti. Justeru, kami barisan MPP pro mahasiswa sebulat suara ingin menggesa pihak universiti supaya menilai semula penganjuran Malam Citrawarna samada ia memenuhi aspirasi kebudayaan dan hasrat universiti dalam melestarikan integrasi kaum dalam kalangan warga universiti.

PENDIRIAN TERHADAP MALAM CITRAWARNA

Seperti mana yang kita sedia maklum, latihan malam citrawarna amat membebankan mahasiswa kerana mereka telah mula berlatih seawal jam 9 malam dan hanya akan tamat latihan sekitar jam 3 hingga 4 pagi.Selain itu, terdapat juga mahasiswa yang diugut tidak akan diberikan hak penginapan desasiswa sekiranya tidak memberikan komitmen terhadap program ini.Suka diingatkan di sini bahawa Malam Citrawarna ini juga masih dalam periodisasi umat Islam menyambut Maulidurasul sedangkan realiti yang berlaku dalam penganjuran citrawarna tersebut menunjukkan penggiat dan penonton bergaul bebas. Maka, penganjuran ini dilihat telah menyentuh sensitiviti umat Islam sekaligus imej murni universiti akan dipandang serong kerana rata-rata pentadbir universiti adalah beragama Islam.Kami juga berpendirian bahawa penganjuran citrawarna ini hanya memfokuskan kepada kecemerlangan jasmani dan mengabaikan tiga lagi aspek penting dalam pembentukan modal insan yang holistik, iaitu emosi, rohani dan intelek. Hal ini secara tidak langsung telah mempamerkan kepincangan dalam usaha memanifestasikan hasrat murni universiti dalam menghasilkan modal insan berkualiti.Justeru, kami berpendirian bahawa Malam Citrawarna ini adalah kurang rasional dan perlu dikaji semula. Kami amat khuatir akan prestasi akademik penggerak dan juga peserta program tersebut. Fenomena ini juga boleh mencalarkan imej universiti pada pandangan mata masyarakat dan ibu bapa.

TUNTUTAN KAMI, MPP USM PRO MAHASISWA:

1. Mengkaji semula tujuan asal dan implikasinya terhadap pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa.
2. Universiti perlu menjelaskan pendirian rasmi Universiti terhadap program tersebut terhadap memorandum ini.
3. Universiti juga perlu mengeluarkan satu garis panduan pempiawaian program dengan mengambil kira kepentingan budaya, agama, keintelektualan dan realiti kebajikan mahasiswa itu sendiri.
4. Menuntut universiti menubuhkan jawatankuasa pemantau program-program universiti dan MPP pro Mahasiswa sedia untuk mengisi keanggotaan jawatankuasa tersebut demi menjaga kesejahteraan kampus sejahtera.

Justeru, kami Barisan kepimpinan MPP Pro mahasiswa menaruh harapan yang tinggi agar tuntutan kami ini dipertimbangkan, seterusnya dilaksanakan demi memelihara nama baik universiti dan kebajikan pelajar itu sendiri. Kami juga bersedia pada bila-bila masa untuk berbincang mengenai kebajikan mahasiswa dan kepentingan universiti.

Sekian, terima kasih.

“PRO MAHASISWA SEDIA MEMIMPIN”
“WE UNITE FOR STUDENT’S AGENDA”

Disediakan oleh,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO MAHASISWA USM
SESSI 2007/2008

salam. memo ni..walaupun dah lambat sgt baru disiarkan..huhu...ayahda omar, kami nak jumpa ayahda lagi..rindu rasanya..
utk shbtku mhsswa USM yg tercinta..
kita sama2 berjuang. ingat balik tujuan kita..
jgn takut pada sesuatu yg tidak berkuasa apa pun.
ingat balik sabda nabi, kalau mereka berkumpul utk menghilangkan sesuatu darimu, ianya takkan hilang melainkan dgn izin Allah. jika mereka berkumpul utk memberikan sesuatu kpdmu, engkau takkan mendapatkannya tanpa izin Allah..
ingat, bukan ajal, maut, jodoh pertemuan ja di tngn Allah...semuanya di tgn Allah..
kalau kita tgh jalan2 dgn awek or pakwe kita, tiba2 tersepak batu, tu pun dari Allah. kalau kita dok syok menari utk citrawarna tu, tiba2 hujan turun, tu pun dari ALlah..
kalau kita dah prepare utk masuk exam, tiba2 ja blurr, tu pun daripada Allah. kalau kita plan nak balik kampung hari raya haji target sampai kul 2 ptg. tiba2 bas penuh, tiket takdak, bas rosak, semua daripdaNya..
dan semuanya daripada Allah..susah ka senang..semuanya merupakan bentuk2 ujian utk kita..so, apa yg anda takut pada makhluk yg sememangnya tak berkuasa satu apa pun bila segala nikmat yg Allah pinjamkan padanya ditarik balik????

wallahua'lam

bintubahariyah,
414 pm
13 jun 2008
alor star, kedah.

“Desperate Housewife” ~Ada pengajaran..

~Anak menakan maksu dgn kwn2 dia waktu pertndingan nasyid Pasti..omey tul..lagu intifadhoh lagi depa nasyid..heheh..syafiq, anak menakan maksu, no 2 dari kanan tukang tarik part yg tinggi2..heheh..insyaAllah, anak2 soleh solehah nii..~

“Desperate Housewife” ~Ada pengajaran.

Assalamualaikum wbt.

Hari selasa baru-baru ni, sy ada tgk gambar “desperate housewife”. Tapi tgk sekerat ja sbb ada gmbr lain yg lebih menarik di tv lain. Erm, ada pengajaran rupanya. Episode kali cerita pasal housewife2 yg pi gereja setiap minggu. Kira alim la depa ni. Tp ada plak sorg housewife ni yg tak penah p gereja sejak kecil. Tp hari tu dia rasa terpanggil nak pi. Bila dia cakap kat suami dia, suami dia takmau pi. Dia kata dah bosan sejak kecik kena paksa p church. Husband dia bg alas an anak2 depa pun tak perlu p gereja sbb depa dah kenal sapa jesus dsbg. So, anak laki dia menyampuk cakap dia tahu sapa jesus, “Jesus ialah pembantu santa claus!” hahah..terus si husband kata depa kena pi church mulai hari tu. Huhu..tu anak2 org putih, yg kafir pada Allah. Kita org Islam, anak2 kita camna? Kenal nabi? Kenal Allah? Kita nak mengajar anak2 tak perlu dan tak wajib pun bawak anak2 ke masjid. Kat sekolah ada la jugak sikit silibus agama..tp tak cukup. Boleh jugak hantaq anak2 pi belajar baca quran dgn tok guru kat kampong macam mak ayah saya buat kat saya adik-beradik. Saya dgn bangchu, mak hantaq ngaji dgn tok jang kat depan rumah. Arwah tok jang dah pegi lama dah. Semoga Allah cucuri rahmatNya utk tok jang tersyg yg dah byk berjasa dlm hidup saya dan bgchu. Al-Fatihah utk tok jang.

Erm, cakap pasal silibus sekolah, teringat waktu saya jadi cikgu ganti tuisyen beberapa bulan yang lalu. Tunggu punya tunggu, adala 4 org ja anak murid yang sudi mai. Semua muslimin. Okla tu daripada takdak lgsg. Kena ajar m3 tajuk transformasi form 5. actually, kena bg soklan ja. Tak payah ajar kata cikgu asal kelas tu. Dia siap dah fotostat dah soklan utk anak2 murid dia. Legala jugak sbb cikgu siti ni bukan pro dalam m3. bidang cikgu bio and chem.. itu kalau bg iA la..

Anak murid 1st yg dtg tu bersongkok lagi. Ingatkan cikgu tuisyen gak ms mula2 tgk. Tinggi betul. Bagus budak ni. Masuk kelas ja smntara tggu kwn2 dia, dia bukak mathurat, bc pelan2. heh. Sejuk hati cikgu tgk dia. Pastu dtgla tiga org lagi. Sorg tu pakai cap. Dok sebelah yg pakai kepiah ni. Baru ja sampai dah tunjuk benda apa ntah kat kwn yg dtg sama2 dgn dia, kaler kuning. Cikgu suruhla simpan dan mintak depa bc doa. So, mulala nak ngajar. Bg ja soklan tu. Tp tgk2 mcm tak focus plak. Satu apa pun tak tulis kat ketas. kosong ja. Yg si songkok ni dah jauh tggl kwn2 dia. So, reti tak reti cikgu ct ni kenala jugak mengajar. Dah ajar byk kali pun dok tak paham situ la. Pastu dok main2. kuku pun ada taruh pnjg. Then, tak tahan dah punya pasal, cikgu pun menyatakan kesedihan tgk anak2 Islam ni jadi cmni. ~Sesi tazkirah bermula la..~ cerita2 syurga, nabi, semua keluar. Lebih setengah jam jugak rasanya. Yg sedihnya, bila tnya pasal kisah nabi Nuh pun, tak tahu apa kisahnya, terbalik dgn kisah nabi lain. Sedih…sedih…ni kisah nabi Nuh pun fail, cikgu pun tanyala pasal solat, cukup ke tak? Alhmdulillah, yg bersongkok tu mmg cukup. Yg lain, kurang sikit…kena lagi tazkirah. Lagi terukla kali ni. Nak cerita isinya pnjg sgt pulak. Sampai merah mata2. alhmdulillah, syukur sgt sbb ada peluang sampaikan dakwah camtu. Semoga ada la yg depa bawak balik hari tu. Semoga kuatla hati depa nak berubah. Bukan taknak, bukan tak sedar, Cuma byk sgt tekanan luar yg tak membina. Cikgu pun dah pesan, kalau kwn2 cabar dan perli2 bila depa nak berubah, abaikan. Yg nak dapat kebaikan, bukan depa tp kita. Kena matang dah. Dah boleh jadi bapak budak dah. Sampai solat pun tak ckp lg ni camna kan? Huhu….anak2 murid cikgu…cikgu ni ganti ja. Bkn boleh survey every week..lepas ni pi LM, camnala pulak…

Okla cerita psal tu, ada lg cerita pasal desperate housewife yg boleh jadi iktibar utk kita semua. Ada sorg lagi housewife yg mmg “alim” plak p jumpa dgn father. Dia ckp nak kawen lain. Father tu terkejut sbb suami dia baru ja mati 2minggu. Pastu dia kata dia dah lama kawan dgn Carlos (org yg dia baru nak kawen ni), beberapa bulan sblm husband dia mati. Maknanya dia curangla. Father tu terkejut sgt. Then dia cakap dia mmg seorang pengikut yg jahat dan dia pujuk gak paderi tu kawenkan dia dgn carlos. Paderi terpksa kata boleh dan suruh dia janji akan setia dgn Carlos sampai mati. Dia janji. Then, bila nak kluar dari church tu, dia ckp kat paderi tu, kalau dia curang lagi dgn suami dia, dia akan tukar agama. Then paderi tu kata thank you sambil tersenyum. Huhu….

Dalam islam, ada ka ulama’ kita senyum dan ucap syukran bila ada org islam yg jahat nak murtad? Na’uzubillah.. Itu bukan ajaran kita. Benci camna pun kita pd saudara seislam kita, kita masih kena syg dia sbg satu asset Islam. Tanpa seorang daripada dia, kuranglah seorang utk bersama-sama kita di dalam syurga nnt. Kita kena ingat, muslim, jahat camna pun, yg mengucap 2 kalimah syahadah dgn hatinya yg tulus tempat akhrnya pastilah di syurga. Kalau kita balik pada desperate housewife tadi, dia senang ja kata nak kluar agama bila dia tak boleh nak setia dgn Carlos tu. Agak2 pasaipa dia boleh berani cakap tak boleh setia camtu? Sbb agama dia tak ajar pun tujuan sebuah perkahwinan mcm agama kita. Dia walaupun boleh dikatakan alim, akhirnya tak dpt nak bg jaminan dan agamanya dijadikan cagaran. Na’uzubillah..agama kita sebaliknya tak penah ajar penganutnya jadi mcm tu dan buat mcm tu. Sbb Islam is the best. Kalau pompuan tadi nak masuk Islam takpa jugak. Sbb terang2 agama dia mmg salah. Tp kalau kita yg dah ada dlm agama sbnr, yg menjamin kebahagiaan dunia akhirat ni nak tukar2 agama, kita dah takdak pilihan yg lebih baik dari agma ini. Apa pun jadi, kembalilah kepada Allah.

Erm, sbg akhirnya, kita hayatilah sabda nabi ni:

“Engkau memegang pso penting dari pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos (terlepas) dari pengawasanmu”

Wallahu’alam. Bye..=)

Bintubahariyah,

12 June 2008, 0910 pm,

Alor Star, Kedah

Monday, June 09, 2008

Minyak: Pemimpin Tak Lestari

Apa kaitan kucing ni dgn minyak dan pemimpin dan lestari? entahla..huhu..hiasan ja nii..sbb comey..=)

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama bebenor tak update blog ni. bercuti punya pasal. alhmdulillah, dah buat byk sgt benda spnjg cuti ni. naik flight pun dah, beli mutiara pun dah, dah dapat keluarga angkat 2 buah sekaligus masa pi sabah baru2 ni, UMS pun dah pi tgk, UPM pun dah pi, anak2 sedara pun dah jumpa semua, melawat harimau, singa, zirafah dan lain2 lagi kat zoo ipoh pun sampai 2 kali dalam masa 2 mnggu, berkelah kat tgh laut, teman mak, dan mcm2 lagi..

di samping tu, tak kurang jugak dgn kursus dan program-prgm yg menjamu selera roh yang kelaparan..so, nak cerita la sikit pasal sustainability leadership yg saya dah pi kat perak bulan 4 yg lalu. even dah agak lewat, takpala..kira halal la..=)

sblm nak pi lagi detail, penah dak entum tau pasal lestari ni? apaka mendanya lestari ni? kalau dulu teman selalu guna waktu berpantun. maklumla, pemantun negeri waktu sekolah dulu. tp lani dah tak reti..

lestari ni kalau nk ikut yg teman paham, sesuatu yg kekal, mapan dan mcm lebih kurang abadi la jugak. kalau pembangunan lestari, ia bermaksud, kita nak membangun dgn menggunakan sumber2 alam yg ada kat dunia ni, dan dalam masa yg sama tak abaikan generasi akan datang. maksud kata, kita taruhla kat cucu-cucu kita sama. dia jugak merupakan pembangunan yg dianjurkan islam. tak membazir mcm setan. amik cth mudah, tebang balak, tanam balik. kita guna balak tu utk buat perabot ka dsbgnya dan kita bg jugak anak cucu kita boleh tebang yg baru nnt. kot2 depa nak buat laptop pakai kayu ka..hehe..

actually, pmbangunan lestari ni tak terhad utk persekitaran ja. perlunya ada lestari dari segi sosial, ekonmi, politik, budaya dan kesihatan. kalau mcm sosial tu, cara kita bergaul pun dikira lestari ka dak. yg dok jadi kes zina dsbg tu ertinya tak sustain la. mcm tu gak dgn gejala maknyah. lembut tu takpa, dah semulajadi. tp kalau sampai nak tukar jantina dan buat kerja maksiat tu, mmg dah tak sustain la. dari segi ekonomi plak, kita amik ja cth penggunaan air dan lektrik yg melampau banyak. dahla bazir satu hal, kena bayaq byk satu hal lagi. tak cukup dgn tu, environment pun terjejas. nabi pun dah ajar kita, nak amik wudhuk tu, pakai segelas air pun dah ckp sbnrnya. nak habaq kata, tak payah membazir, supaya sustain. tp mai kat kita, masa nak boh ubat gigi kat berus gigi pun bleh biaq ayaq dok terbuka camtu ja...cuba tgk sekali kalau takdak ayaq, apa la yg nak jadi no?

herm, tgk dari sudut kesihatan plak, yg dok merokok tu, mmg tak sehatla bila dah tua..dahla dok bakaq duit. ekonomi tak sustain, kesihatan tak sustain. yg boleh hidup lama, jadi hidup sat. mmg la ajal maut kat tgn Allah. tp Allah pun tak suruh kita sengaja bunuh diri. siap tak boleh cium bau syurga lagi kalau bunuh diri. herm..entahla..

apa lagi? sustain dari sudut politik plak. pemimpin, mentadbir negara secara adil. tak amik duit rakyat utk kekayaan sendiri, tak tipu dan kelirukan rakyat, tak naikkan harga minyak sesuka hati, tak jadikan rakyat mangsa sbb kesalahan sndiri, dan mcm2 lagi la. erm, kalau sblknya, rakyat pun nak mencari kembali kelestarian, mcm2la yg akan rakyat buat. mujurla rakyat lani dah tak buta mcm yg pemimpin yang tak sustain harapkan..

erm, cakap bab minyak ni, mmg menyakitkan hati betoi. hari yg akhir harga minyak belum dinaikkan, ptg tu sy ada kat perak, rumah mak mertua abg. on the way nak balik, kami tgk semua stesen minyak penuh. sedih sgt rasa. kesiannya kat rakyat...huhu..lepas ni harga barang lain pun akan naik sbb kos penghantaran tinggi. yg nak kawen tu, lagi kesian. harga anak dara lagila melambung tggi..jgn sampai meningkat kes zina sudahla..tp mungkin itula yg akan berlaku..kes jenayah lain, mcm mencuri dan merompak pasti akan bertmbh. rakyat akan mengalami kesempitan hidup yg bertmbh2...kalau yg dah kaya tu, mgkin tak rasa sgt. tp yg susah akan terus susah. sapa antaranya? mestila gol student...kebykn pakai kenderaan..dahla duit dipinjam. nak bayar kena pakai sistem riba plak..pastu duit nak makan pun bertmbh. kesian..

semoga kelestarian akan utk semua aspek akan jadi agenda kita semua lepas ni..nak lestari hidup, pilihlah pemimpin yg mengamalkan kelestarian dalam hidupnya..insyaAllah, hidup kita pun akan lestari sama sbb pemimpin yg baik itu ada berkatnya..=)

okla, cukup dulu tulisan lestari ni utk mengasah fikiran teman yg dah lama sepi dari mengarang dan moga adala sikit manfaat utk kita semua..

wslm.

bintubahariyah
532 pm
9 jun 2008.