Thursday, April 23, 2009

Bingkisan utk Wan Ruwaida

Assalamualaikum wbt..

Semalam mimpi sorang shbt..namanya WAN RUWAIDA..
mimpi wan dah nak fly ke scotland..sayunya hati ni..
pagi ni msg wan..menyatakan rsa rindu padanya..

dan dapat reply lebih krg macam ni bunyinya..
"gayah doakan wan ya..wan harap wan kuat. takut berubah bila tgk suasana baru di sana nnt..tapi wan harap wan kuat"

bingkisan ringkas ni khas utk wan tersyg..

wan, bykkan berdoa ya syg..tepislah semua perasaan2 tu..sbb sahih sekali ia dtg dari syaitan. dia nk buat wan rasa kurang yakin pada Allah. bukankah di mana2 pun kita berpijak, kita tetap menapak di atas bumi milikNya?
gyh ingin sekali berpesan agar wan terus istiqamah dgn segala ibadah dan amalan wan selama di malaysia ni..bawak ke sana, sebatikan dalam diri..
jgn lupa bawak bekalan buku2 ilmiah yang mmg biala baca boleh mendekatkan kita kepadaNya ke sana..baca setiap waktu terluang..

carilah usrah di sana..andai tiada, wan adakan utk diri dan shbt2..jadilah pelopor..sbb usrah iA, dapat menjamin ketetapan hati di jalanNya..

wan,
Gayah, nad, nefah...kami semua sgt sygkan wan..kerana Allah..
Persahabatan kita sejak di smkay moga kekal sampai ke akhirat.
jgn lupa katil kita yg 4 tahun menjadi saksi persahabatn kita tu..

keep in touch with us my dearie..

iA, jumpa di kenduri gyh nnt ya wan?

sungguh daku sgt menyayangi ukhwah ini dan daku sgt menghargai dirimu...

salam syg,
Gayah,
24/4/09.
12 tghari..

Hepy besdate utk SERN!

Assalamualaikum wbt..

Nak ucap selamat hari lahir buat shbt yg disayangi..SERN..heheh..
Semalam dgr kata ada org buat surprise kat dia..sygnya gyh takdak..masa reen hantaq msg tu pun dh dibuai mimpi..huhu..

anyway gyh doakan sern berbahagia dunia akhirat, yg paling ptg, dapat suami soleh...heheh..=)

p/s: gyh tunggu sern, reen, ira, basit, wani, dahlia, ayu dan kakna di rumah nnt 30.5 iA...kalau takmai gyh nangis tau..huhu...jgnlah biarkan diriku menangis di hari bahagia itu..=.=

luv,
gayah..
24/4/09
smkmi..

Monday, April 20, 2009

Untukmu Sekeping Hati


Assalamualaikum wbt..


Semoga tiada lagi benci,

semoga tiada lagi dendam,

semoga tiada lagi benci,

semoga tiada lagi penyesalan..


moga yang akan selalu hadir,

hanya senyuman,

hanya kegembiraan,

hanya kebahagiaan..


Buat diri ini,

dan dirimu jua..


keikhlasan yang ditanam,

tiada lain yang akan berbuah,

melainkan ketanangan..


pasrahlah hati utk menerima didikan..

alangkah bertuahnya insan,

andai tarbiyyah berpanjangan,

dtg secara langsung daripada Tuhan..


lambang sebuah jiwa,

yang sedang nikmat dalam ketaqwaan,

bila beryukur dalam senang,

bersabar dalam gelombang,

meyakini akan sebuah janji,

yang pahit, pasti akan manis jua akhirnya..


Untukmu sekeping hati,

Semoga terus thabat dalam jalan ini..

Ameen..
Ikhlas,
Bintubahariyah,
21 April 2009,
SMKMI.

Tuesday, April 07, 2009

Analisis kritikal: Media dan Rancangan Realiti TV

Analisis kritikal: Media dan Rancangan Realiti TV

Tanyalah anak-anak hari ini, siapa yang tidak tahu apa itu Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in a Million, Bintang RTM, Bintang Klasik, Mentor, Bintang Kecil, Sehati Berdansa, Geng Starz, U think U Can Dance?, My Starz LG, dan Raja Lawak.? Dan mungkin juga ada lagi rancangan reality TV yang lain yang tidak mampu untuk saya senaraikan di sini.

Hari ini saya meminta bantuan anak-anak murid saya untuk menyenaraikan program-program berunsur hiburan dan agama. Banyak sekali rancangan hiburan berjaya disenaraikan tetapi untuk rancangan yang berunsur ilmu hanyalah beberapa jenis sahaja. Antaranya hanyalah Akademi Al-Quran, Gadis Melayu, Akademi Nasyid, Cari Menantu dan Tilawah al-Quran sahaja. Bukan salah anak-anak murid saya yang kurang tahu tentang rancangan berunsur agama, tetapi hakikatnya memang ianya tidak wujud sebanyak rancangan berunsur hiburan!

Ligat otak saya berfikir, apakah peranan media dewasa ini hanyalah untuk memberikan hiburan melampau yang tidak sudah-sudah kepada masyarakat? Saya ambil contoh yang cukup mudah. Seawal usia anak-anak kecil yang masih berada di sekolah rendah, yang masih tidak tahu mengaji al-Quran, tidak kenal siapa Rasul dan Allah, sudah pun diajar untuk menjadi bintang melalui rancangan Bintang Kecil. Bagi anak-anak muda remaja pula yang masih perlukan bimbingan untuk menjadi bintang, ada tersedia ‘mentor-mentor’ di TV3 dan Akademi Fantasia. Bagi mereka yang agak matang pula dan ingin menjadi bintang-bintang berkerlipan di angkasa, ada Malaysian Idol, One in a Million, Geng Starz, Bintang RTM, Bintang Klasik dan My Starz LG. Tidak cukup dengan itu, bagi mereka yang tidaklah bersuara merdu tetapi pandai menari, ada lagi ruang yang tersedia untuk tetap menjadi popular iaitu U Think U Can Dance?, Sehati Berdansa dan yang terbaru, Sayang, U Can Dance! Bagi mereka yang pandai membuat lawak pula, Raja Lawak tidak terkecuali.

Nah! Habis sudah semuanya. Pihak televisyen masing-masing berlumba-lumba ‘mambantu’ rakyat Malaysia yang ingin mengejar populariti. Apa lagi yang ada untuk pencinta-pencinta ilmu? Yang tinggal hanyalah 4 hingga 5 sahaja program reality yang boleh dijadikan manfaat. Sebab itu, tidak hairanlah jumlah penonton Akademi Nasyid, Akademi al-Quran, Gadis Melayu dan Cari Menantu mencecah jutaan orang. Nyata dan terbukti, masyarakat sedang dahagakan rancangan-rancangan ilmiah yang mendidik jiwa dan sesuai dengan identiti timur yang penuh kesopanan.

Manfaat Program Realiti TV

Ya, tidak dinafikan program-program hiburan tersebut masih ada manfaatnya. Saya boleh berikan 2 manfaat utama. Pertama sekali kepada mereka yang ingin menjadi popular tersebut. Kalau nasib menyebelahi diri, mereka akan menang dan mendapat kenikmatan material yang melimpah ruah dalam sekelip mata sahaja. Dan yang paling penting, rakyat Malaysia mengenali mereka. Daripada orang biasa, terus menjadi orang yang luar daripada kenormalan.
Kedua, kepada pihak penganjur. Program-program reality TV biasanya mengharapkan undian daripada penonton. Contoh yang paling mudah, AF UNDI MAWI. Jadi, peminat-peminat Mawi pun berpusu-pusulah menghantar undian. Akhirnya, Mawi ditakdirkan menang, dapat hadiah bermacam-macam, berjuta-juta. Tapi pengundinya pula dapat apa? Adakah Mawi memberikan sekurang-kurangnya RM 10 kepada pengundinya sebagai tanda terima kasih? TIADA! Bagi pihak penganjur pula, nilai yang mereka korbankan sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang hanyalah sebesar kuman jika hendak dibandingkan dengan nilai yang mereka berjaya kumpulkan daripada undian SMS peminat-peminat tersebut.

Yang Tidak Enak

Walaupun saya belum menyatakan dengan jelas akan perkara-perkara yang kurang enak pada program realiti yang berbentuk hiburan ini, sudah ada seorang pelajar saya yang berbangsa India menyuarakan, “Berlaku PEMBAZIRAN, cikgu.” Ya, tepat sekali. Ini salah satunya yang paling dekat terkena pada orang yang murah kredit untuk mengundi bakal artis kesayangan mereka. Seperti huraian di atas, samada manusia yang mereka minati itu menang atau kalah, duit mereka tetap habis dan mereka tidak mendapat sebarang kelebihan daripada artis-artis tersebut.

Apabila kita tinjau dari sudut pakaian, sudah pasti ramai yang bersetuju dengan saya bahawa tiada pakaian mereka yang menjalani program reality tv ini boleh dimasukkan dalam kategori menutup aurat secara sempurna bahkan mereka ini berpakaian (maaf saya katakan di sini) seperti bertelanjang! Saya memetik hadith Rasulullah yang menyatakan perempuan akhir zaman, berpakaian tetapi seperti bertelanjang. Tidak perlu saya memberi definisi menutup aurat dengan sempurna di sini kerana saya yakin pembaca-pembaca sudah jelas dengan panduan yang Pencipta kita lampirkan dalam Surah An-Nur Ayat 31.

Namun, di sini saya ingin menyatakan kekhuatiran saya yang teramat, melihat corak pemakaian bakal-bakal artis yang bakal dipuja oleh kebanyakan masyarakat khususnya remaja. Pakaian mereka terlalu singkat, jarang, ketat dan menjolok bola mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Pendek kata, mereka beraksi di pentas dengan penuh seksi dan membangkitkan keghairahan kaum lelaki. Saya tidak pasti kenapa perlu memilih pakaian seumpama ini. Adakah untuk memancing undi kaum lelaki yang memamg mudah terpancing dengan keseksian wanita? Satu persoalan yang mungkin merupakan jawapan. Tetapi saya yakin, jawapan sebenar ialah pasti ada yang pincang pada hiburan yang melampau tanpa fesyen yang pelik-pelik dan mengghairahkan ini.

Pakej hiburan melampau hanya akan lengkap bila hadirnya pakaian yang, “WOW! Seksi dan menggairahkan”, suara yang sengaja dimerdukan, tarian yang mempesonakan dan keakraban antara peserta-peserta program tanpa mengira harta, keturunan, rupa dan yang paling penting, JANTINA. Lantas, pasti ada yang tak kena andai tiada adegan peluk-memeluk, cium-mencium sambil menangisi kawan-kawan yang tersingkir tanpa mengira lelaki atau perempuan. Adakah amalan ini selari dengan budaya timur tradisi turun-temurun, zaman-berzaman kita?

Ikutan yang Tidak Kena

Mereka yang menyertai rancangan-rancangan seumpama ini kerap kali akan mendapat popularity yang segera dan pasti akan menjadi ikutan anak-anak muda yang sedang mencari identity. Semua tindak-tanduk, gerak-geri, kata-kata, imej, personality dan segala-galanya akan menjadi panduan remaja masa kini yang mempersetankan halal dan haram serta baik atau buruk. Maka, lahirlah generasi baru yang jauh daripada nilai-nilai murni yang pernah diterapkan oleh nenek moyang dahulu. Ikon-ikon yang sama sekali tidak mendidik ini akhirnya mewujudkan ‘krisis nilai’ dalam jiwa ahli masyarakat muda hari ini. Krisis nilai inilah merupakan punca utama runtuhnya akhlak dan moral. Mereka tidak mampu membezakan yang baik dan buruk, yang halal dan haram kerana contoh mereka yang di depan mata sendiri, pincang dalam membuat perbandingan tersebut.

Teringat zaman persekolahan dahulu, terlalu kerap isu keruntuhan akhlak dan moral dibincangkan hatta seringkali menjadi tajuk utama dalam karangan Bahasa Melayu kertas 2. Isi utama yang kerapkali saya lontarkan ialah kurangnya didikan agama, didikan ibu bapa dan pengaruh media massa. Tiap kali menulis, saya dengan sepenuh hati berharap agar pihak-pihak yang terlibat mengambil berat akan kritikan yang dilontarkan sehingga akhirnya mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gejala keruntuhan sahsiah ini. Namun, nyata sekali, apa yang telah saya dan semua pelajar sezaman saya utarakan hanya tinggal catatan di kertas yang akhirnya dikitar semula.

Kita harus sedar, fenomena krisis nilai yang dapat kita saksikan secara langsung hari ini memungkinkan masa depan negara dalam beberapa tahun akan datang hanya bisa dipimpin oleh mereka yang lemah akhlak serta emosi dan rendah tahap inteleknya. Bolehkah anda bayangkan apakah akan terjadi pada Malaysia 20 tahun akan datang? Bersungguh-sungguh saya katakan di sini, SAYA SANGAT KHUATIR!

Murid-murid saya

Kini saya sudah pun mula dikenali dgn panggilan ‘cikgu’ ataupun ‘ustazah’ dan juga ‘teacher’. Saya mempunyai ramai anak murid yang sejak dari dalam perut lagi sudah mendengar lagu-lagu di televisyen, astro, radio dan sebagainya. Keluar saja ke alam dunia, sambil bertumbuh dan membesar, mereka terus-menerus terdedah dengan rancangan-rancangan sebegini. Lantas, apakah hati mereka terisi dengan didikan? Apakah jiwa mereka bisa membangun? Usahlah dikatakan cukup dengan apa yang dipelajari di sekolah kerana subjek agama dan moral secara puratanya hanya ada 2-3 jam sahaja seminggu. Jiwa tidak akan mampu dilentur dalam masa yang sebegini singkat. Apatah lagi persekitaran mereka langsung tidak membantu untuk membentuk peribadi yang mulia.

Peranan media

Di sini, saya ingin menyeru pihak yang paling bertanggungjawab dalam hal ini iaitu media massa agar kalian menginsafi diri. Kejarlah keuntungan dengan cara menang-menang bukan anda sahaja yang mendapat manfaat tetapi mengakibatkan masyarakat akhirnya menuju satu fasa yang melemahkan. Tidak salah untuk melahirkan mereka yang berbakat kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan dan merupakan fitrah dalam diri insan. Namun, sejauhmana pembawaan seni itu ke arah kebaikan atau keburukan, pasti akan dipersoalkan suatu masa nanti. Janganlah kerana untung berganda hari ini akhirnya menjadi punca kita semua mengalami kerugian pada suatu masa yang akan datang. Sementara masih belum terlambat, jalankan peranan anda yang sebenar!
Bintubahariyah,
8 April 2009,
Pulau Pinang.

Monday, April 06, 2009

Tunjukkan kasih sayang


Assalamualaikum wbt.

Tulisan ringkas ini ditujukan khas buat mereka yang bergelar ibu dan ayah, suami atau isteri, adik-beradik, sahabat-sahabat, anak-anak, guru-guru dan semua manusia yang hidup anda bukan sendirian..

Buat ibu ayah, tunjukkan kasih sygmu kepada permata-permata hatimu..
Buat suami, tunjukkan rasa cintamu buat isteri..
Buat isteri, pamerkan rasa kasih murnimu di hadapan suami,
Buat adik-beradik, pancarkan rasa sayangmu untuk insan yang juga sama menumpang kandungan ibumu,
Buat anak-anak, doa dan kepatuhanmu kepada ibu dan ayah, lambang kasih seorang anak yang menghargai jasa,
Buat sahabat-sahabat, ketahuilah, jika temanmu tidak tahu dikau menyayanginya, maka dia tidak akan menyayangimu,
Buat guru-guru, sedarilah, perhatian daripadamu bisa menjadi benteng penyelamat buat insan-insan yang bergelar anak-anak didik..
Buat semua insan di luar sana, tunjukkan rasa cinta, kasih dan sayangmu pada setiap insan di sekeliling anda..
Kerana tanpa mereka, dirimu tidak akan menjadi seperti dirimu yang sekarang..

Jika tidak kau tunjukkan kasih itu, pasti mereka tidak tahu. barangkali mereka menyangka dirimu tidak pernah menghargai kewujudan mereka..
mungkin juga mereka menjadi orang yang menagih kasih,
Hingga mencari kasih palsu..
yang menyesatkan mereka akhirnya..

Tunjukkan kasih sayangmu,
walau dengan apa jua cara yang layak..
kerana kasih yang anda beri itu,
akan singgah kepada dirimu terlebih dahulu,
sebelum sampai kepada mereka yang engkau kasihi,
maka, hiduplah engkau dengan mendapat rahmat Allah..

Tunjukkan kasih sayangmu..

..bintubahariyah..
..1202 pm..
..7 april 2009..
..sekolah..

Thursday, April 02, 2009

Dedication from DikMah..~_~

Memori Bersama
Album : Diari Rindu
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Dinda,
ku rindukan kasihmu kekanda
suria yang suram
menanti waktu
senja berlabuh
ku terasa pilu
tiupan angin kedengaran
bagai mengalun irama indah
ku sengaja menutupi
rasa hati selama ini
namun tak mampu
ku pendamkan rahsia dalam sanubari
ohhh..... kini ku pasrah
terbongkar segalanya
yang kurindukan kasihmu kekanda

Kanda,
ciptalah kejayaan dalam dirimu
seimbang dunia jua akhirat
letakkan agama setingginya
itulah nasihatku
seiring rindumu

Dinda,
akanku turuti nasihatmu
inginku contohi dirimu
oh kekanda
mengubat jiwaku yang gundah
demi cahaya menantiku di sana

Kanda,
pasti kau kecapi bahagia
di hari muka

Dinda,
jasamu kekanda mustahil kulupakan

Kanda,
dulu kini hingga ke akhirnya

Bersama-sama,
dirimu bertakhta di kalbu



Saje2...hihi...terimalah...
khas untukmu kekanda,
Sis Siti Rogayah Bahari..
.
Ukhwah Fillah abadan abada...
Ila Marhamah Mokhtar@ Dikmah,
Paya Kerchut~USM~CG..
4:47 ptg..CG,
April /1 /09

~Dikmah tersyg, syukran atas kasihmu padaku selama ini..terharu sgt kerana diri yg tidak seberapa ini masih dicintai oleh insan sehebatmu, yang dekat dengan Allah...alhamdulillah, hanya pada Allah tempatku panjatkan rasa syukur ini..terima kasih dikmah syg..=)