Tuesday, May 29, 2007

Simpanla Janggut...

Bismillah walhamdulillah wassolatuwassalamu ‘ala rasulillah wa ‘ala aalihi ajma’iin..

Assalamualaikum wbt..dah lebih sebulan cuti, byk jugak aktiviti seharian di rumah..maklumla, umuq makin meningkat..tapi byk lagi yg belom disediakan nak hadapi masa depan..ya Allah, tolong ajarkan aku ilmu dunia yang bermanfaat utk akhirat..dan ajarkan aku ilmu akhirat yang menjadi jalan mencari berkat..

Erm, tulisan teman kali ni merujuk khas kepada para muslimin..lelaki yang beriman dan sering menjadi kebanggaan Rasulullah..yela, takkan nak tuju hal2 janggut kat kaum teman pulak…tak tumbuh pun…hihi..

Tapi jgn pelik pulak awat teman pilih tajuk ni..ini just sbg saranan kepada kaum adam supaya lakukan perubahan sikit pada wajah..waktu sekolah dulu teman penahla dgq, ada satu hadith yang kata kalau lelaki yang simpan misai, dia seperti golongn yahudi dan majusi tapi klw laki tu simpan janggut dia dari golongan nabi Muhammad SAW…tp teman takdak rujukan ni..teman tulis apa yg teman ingt ja..tak hafal pulak sanad dan riwayatnya..sapa2 yg ada hadith lengkap, bagi kat teman noo…macih…=)

Faedah simpan janggut

1. Ok, kita masukla kepada kesan2 hasan simpan janggut ni. Sila rujuk gambaq kat atas utk membuat kome setuju dgn teman…mudah2an…Firstly, org yg simpan janggut ni mestila disayangi Allah sbb ikut sunnah RasulNya..sblm simpan tu, jgn pulak lupa niat simpan janggut kerana nak ikut sunnah Nabi.. insyaAllah, klw dah betul niatnya, faham tujuannya, dapat pahala, berkah, dan dilindungi Allah dari buat benda2 yg tak elok..sbb ramai ja yg simpan janggut tapi dok berkepit dgn pompuan bukan mahram, naik moto sama2, dok tempat sunyi dan macam2 la..yg bab2 sunah simpan janggut ni dia terer, tapi bab2 halal haram pegang pompuan dia terlupala pulak…

huhu…astaghfirullah…wana’uzubillah…so jgn sia2kan usaha anda menyimpan janggut..papa yg kita wat klw disertai niat kerana Allah, dikira ibadah…kan itu membawa kepada kasih sygNya…klw tak, rugilah kamu…oo, rugilah kamu…

2. K, secondly, bila dah dapat pahala, berkah..muka pun nampak encem…hihi…kulit kamu gelapka, koko ka, sawo matang ka, bila simpan janggut, insyaAllah..nampak ada nuur…maklumla, nmpk beriman…nampak macam faham Islam…klw tak, takkan nak wujud pulak simpulan bahasa “Alim macam kambing”..kan ka kmbing dikatakan alim sbb simpan janggut…eh, bukan simpan, tapi mmg Allah bagi dia tumbuh automatically…tp mmg kmbing nmpak alim dan warak..tu baru kambing, klw kamu2 manusia yg berakal ni yg simpan, lebih lagila nampak encemnya…ahaks! Tapi ingt, kena disertai dgn niat lillahita’ala la ya..satgi dok hentam simpan bagi nmpak ensem ja tak jadi jugak…sbb ramai jugak org yg simpan jnggut ni perangainya, masyaAllah…setan pun solute!!

Jadi dah tak tercapaila hikmah simpan janggut sbg penjaga kepada penyimpannya…

Kan semua sunnah tu mempunyai 1001 hikmah antaranya sbg penyelamat manusia…………….

3. Erm, seterusnya org yg simpn janggut ni sering nampak educated. Klw barat penah tanamkan kat fikiran kita, org yg pakai spectacle selalunya genius…sbnqnya, nabi dah bagitau kita awai2 lagi time barat dok pakai cawat lagi, org yg genius ni depa simpan janggut…bukti tu bukti…zaman nabi mana ada org bermsalah rabun sbb depa dok tgk alQuran selalu, jg makan, tgk alam dan fikirkan ciptaan Allah…tgk tumbuh2an kaler hijau…kan tu menyihatkan mata..lepas2 barat dah maju sikit ja, terus dia bawak dakyah2 tu tertanam subur pulak dlm kepala kita org islam..padahal, hikmah yg nabi kita bawak lama dah dok tak nampak situ la….ish2…eh, dah melalut pulak pasai spec ni..erm, tula..mmg nampak genius org2 yg simpan janggut ni…ada satu cerita, kat sebuah IPTA di Negara kita ni la, adala sorg pemandu bas komuter yg baru dlm U tu…muda gi dan nampak sgt educated. Ramai jugak yg rasa dia tu mungkin lepasan U jugak tp sbb lom dpt gheja, tu yg dia bawak bas dulu..hehe..tu andaian ramai pelajar kat U tu la..sbb apa? Padahal tak penah pun la sembg2 ngn dia..ucap tima kasih sblm turun bas tu adala….jawapannya……….sbb dia simpan janggut…………….=) kan nampak educated tu……….heheh…

4. Lagi pekdahnya, menurut kajian saintifik, isteri, ingat, isteri bukan awek ya..isteri yang mengusap-usap janggut suaminya dipercayai boleh menstabilkan hormone wanita dlm badannya atau dlm kata laen, boleh meningkatkan kesuburannya…sumber usatzah siti nor bahyah…a’a…taknak ulas panjang2…pada suami or tunang or bakal suami yang taknak bertunang tapi nak kawen terus, semoga kalian mementingkan kesejahteraan isteri or future wife and ur future baitul muslim…=)

5. Waktu kecik dulu, salah sorg abg teman mmg suka ngusik teman. Dia tarik tgn teman then dia sapu2 kat janggut dia yg baru tumbuh..eeee………..gelinya……….tapi syok gak…heheh..bleh hilang gatai kat tgn….=) kesimpulannya, janggut bleh wat alat merapatkan sillaturrahim…dah besaq ni depa dah tak wat la lagu tu…dah ada bini masing2…wat kat bini depala pulak…heheh…

6. Erm, abg yg laen plak penah tanya teman waktu kecik jugak, ‘adik, apa yg ada kat janggut bgmat ni??’ ish2…ada janggutla…dia kata salah…ada bidadari………….=) erm, masa tu kan kecik g, tak paham pun apa dia kata…bidadari pun teman tak kenai…hihi…lani mcm dah paham sikit2..org yg simpan janggut ni, yg ikut sunnah nabi ni, ada disediakan bidadari utknya di syurga kelak…penah terbaca rasanya tp dah lupo katna…klw ada dalil, sekali lagik, mintak tlg bagikan pada teman ya…

Erm, cukupla kot bagi 6 kebaikan. Dah melampau punya byk tu.. Klw nak tambah pikiaqla sendiri noo…ada lagi nnti bagitau, teman edit balik tulisan ni..Cuma nasihat temanla, klw dah rasa payah jugak nak ikut sunnah nabi yg laen, buatla yg ni…lagipun dah takdak sapa nak larang..klw kat sekolah dulu kotla..peraturan sekolah merangkap peraturan manusia kata takleh...lani, tak susah pun…janggut ni mcm kuku kita la jugak…dok bertumbuh..klw tak cukuq, dia remainla kat situ…tapi kemas2kanla jugak…supaya Islam selalu kelihatan cantik, bersih sbb hakikatnya mmg Islam itu cantik dan bersih… Allah huwa jamil wa yuhibbu jamal…

Teman mintak maaf na klw ada ayat teman yg kasaq sikit……….klw ada yg terasa, mintak maaf….tp teman harap dapatla kome amik pengajaran dari tulisan teman ni…buatlah sesuatu sbg bekal ke sana sblm terlambat……………

p/s: Sayangnya kami pompuan ni takleh nak ikut sunnah ni..hormon lelaki yg ada dlm badan tak cukup utk merangsang pertumbuhan janggut… klw boleh, mesti dah ramai yg simpan……besala, pompuan kan selalu bersemangat dalam apa2 hal pun…….hehe…… wlw apapun, mmg dah sunnatullahnya begitu…klw tak, kamu2 lelaki yg lari bila tgk pompuan berjanggut…………….hikhikhik…

Tuesday, May 15, 2007

Gempa Bumi di Sumatera

Assalamualykum..satu lagi bukti kehebatan Allah...kun fayakun..subhanallah, masyaAllah..Allahuakbar!!



















































Selamat Hari Guru, Cikgu!

Assalamualaykum wbt..
gayah nak ucap SELAMAT HARI GURU wat semua cikgu2 gayah dari tadika, sekolah datuk wan mohd saman, cikgu anuar terutamanya, cikgu2 sek men keb agama yan yg gayah tak tersebut kat sini, espeacially cg ramli..saya syg sgt kat semua cg...lectrr from matrix kedah changlun, especially kak nani...=)
pensyrah2 kat usm..trimakasih byk2 sbb dah ajar gayah sampai ke tahap ni..sungguh, hanya Allah ja yg dapat balas semua jasa cg tu..semoga cg2 dan keluarga cg2 semua diberkati..

buat semua abg2 ku..abg, bangchik, chaq, cikzai+cikmidah (wife), bangmat dan bangchu...camat hari guru..doakan adik jugak..future teacher ni...insyaAllah..

dan buat semua senior2 gayah yg dah pun bergelar cikgu yang bertauliah lani, buat bakal2 pendidik mcm gayah jugak...kita nak berhadapan dgn anak murid yg perangainya pelik2 dah lani,,,persiapkanlah mental fizikal kita utk menghadapi depa2 nnti...utk mental punya preparation, kukuhkan ikatan hati kita dgn Allah, Dia yang memiliki hati2..insyaAllah, Dia berkuasa melembutkan hati ank2 didik2 kita nnti...utk physical preparation lak, masuklah silat cekak malaysia....hehehehheheh................................=)=)=)

sekali lagik, Selamat Hari Guru, Cikgu!

Monday, April 30, 2007

Pemerhatian vs Usha

Bismillah, walhamdulillah, wallahuakbar, walahaulawalaquwwataillabillah..

Syukur pada Allah Yg Maha Esa atas limpah rahmatNya y tak pernah berkurang walau sebesar zarah buatku..syukur padaNya atas nikmat iman dan Islam dan hidayah yg hanya diberikan pada insan yg Dia pilih..syukur padaMu Ya Allah kerna aku masih Kau beri kesempatan ini…sungguh aku benar-benar mengharap hidayahMu ini selama-lamanya…Bantu aku, bantulah dia, bantulah mereka….ameen…

Assalamualaikum warahmatullah…

Kaifahalukum ya akhowat wa ikhwan filislam?? Lama betoi teman menyepi..maaf byk2 ya sbb biaq sekeping hati ni sepi seribu bahasa..walau hakikatnya sekeping hati teman tak pernah sepi dari bermacam-macam rasa, manis mmg byk, pahit pun tak kurang jugak, masin sering menambahkan kelazatannya, masam pulak memang teman perlu sentiasa…

Erm, apa yg nak dilontarkan pada semua utk tulisan kali ni (sambut jgn tak sambut org dah lontar tu..hihi) ialah pasal pemerhatian dan usha (btoi dak teman eja usha ni??)

Erm, straight to the point la noo..mula dgn pemerhatian dulu, or in English we call it as observation. Amik ppr pendidikan kat usm, teaching method 2 tahun dgn puan maznah yg best dan ppr evaluation dgn dr kamarul kabilan yg sering dipuji kekacakannya..heheh..mmg benar2 mengajar teman pasal observation ni. Kalau mike semua nak tau, pemerhatian ni bkn terhad hnya pada melihat. Tp dlm kaedah mengajar sc, kita kena pakai semua deria dlm proses mengobserve utk mendapatkan semua data yg kita nak dari eksperimen or maybe activity..jgn confuse plak, experiment dgn activity ni tak sama tau…experiment is an activity but the activity is not necessarily the experiment.

Takpala, tu masuk bab lain (naik dlm ppr final baru2 ni..huhu..). ok, semua deria yg dimaksudkn ialah see, taste, smell, touch and hear. Maknanya kita pakai semuala nak collect data. Utk perhatian bakal-bakal cikgu sc ya!!! Nnti tekankan kat student masing2 apa sebenaqnya observation ni.

Ok, awat teman wat tajuk pemerhatian vs usha ni?? Usha ni apa pulak?? Erm, mcm yg budak2 la sllu dok sebut la..nmpak awek ja, usha weh usha…nak bagi org malu ka, usha dia weh…ishk2…erm, usha ni lebih kepada nak tgk, perhati mata org dgn niat tertentu yg kurng baik biasanya. Dlm sc takleh pakai ni. Tp dlm hidup anak muda la, dah jadi trend. Padahal islam kita dah ajaq suruh jaga pandangan…huhu..

Okla, teman nak bagitau kat sini, Islam sebenaqnya dah lama pakai unsur pemerhatian ni dlm proses mengenal Pencipta kita..byk bukti dlm alQuran. Cuba bukak surah an-Nahl ayat 79 : Allah berfirman:

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Tu satu ja baru, byk g dlm kalam Allah yg teman anjurkan agar kita semua selalu rujuk tafsir sendiri..Allah suruh kita tgk diri kita, macam mana kita dijadikan daripada takdak kepada ada, hnya dari setitis mani yg hina, berkembg menjadi segumpal darah, daging, tulang, balut tulang dgn daging dan dijadikan bentuk manusia yang comel dan indah sekali…(assignment utk mike semua, rujuk sendiri ya,bukak surah almukminoon ayat 12-14)..

Erm, bykla klw nak cakap kat sini pasai pemerhatian yg dah Allah anjurkan. Perhati dgn semua deria yg Allah bagi dan jangan lupa berfikir sekali..kalaw tak tak guna jugak..tinggai macam usha tadi jela. Lepas usha, tak bg manfaat pun kat diri..btoi dak?

So, perhatikanlah yg mula2 sekali kejadian diri kita, kejadian alam, dan semoga dtg rasa insaf pada diri yg kerdil sgt2 ni…ha, penah tgk dak gmbaq taufan katerina?? Tu teman letak sekali tu..semoga kita sedar sapala kita ni…kena tempias yg hujung tet pada taufan tu pn dah bleh hancuss…astaghfirullah…

Then, perhatiknlah diri kita, hisab semula diri, sepanjng dah pijak kat bumi Allah selama 21 tahun lebih sikit ni (ni temanla), apa yg dah dibuat..bakti apa yg dah dicurah pada org Islam yg lain..dah tunaikan solat dgn sempurna? Dah berdoa utk pejuang islam di palestin dan di seantero dunia? Dah puasa sepenuh jiwa? Dah berbakti pada mak ayah? Dah doakan mereka? Dah benar2 mujahadah mendidik nafsu? Dah apa lagi...herm, imam muhaimin, baru umur 16 tahun dah mati di tali gantung gara-gara nak menyelamatkan akidah umat islam yg diancam oleh kristian pada zaman kejatuhan kesultanan melayu melaka dulu sbb portugis nak balas dendam dlm kekalahan masa perang salib, depa mai nak murtadkan kesemua umat islam di melaka. Tu jasa imam muda...apa jasa kita pulak dgn ilmu yg sempit di dada padahal umur dah jauh lebih tua dari imam muhaimin...astaghfirullah..satu iktibar buat diriku jua....

Dan, pandanglah lihatlah, dengarlah, rasalah, sentuhlah, hidulah org2 yg terdekat dgn kita, keluarga kita, shbt handai kita, apa perkembangan mereka..apa khabar iman kita dan iman mereka?? Lakukanlah sedaya semampu yg mungkin utk terus memberi peringatan buat diri dan saudara seislammu...sungguh ujian dunia ni sudah kurasa dan akan terus kutelan selagi nyawa dikandung badan..dan sungguh ia sgt memeritkan...menyempitkan dada, menyesakkan nafas iman..apa yg kita rasa, itulah jugak yg teman2 kita rasa..maka, kalau kita Allah dah pilih utk menikmati hidayahNya, jgn dilupa membantu mereka yang sedang ditarbiyyah Allah demi mendapatkan hidayahNya jua..dan sungguh kita juga sdg ditarbiyyah Allah sampai akhir hayat nnti...jgn diketepikan mereka itu sepertimana kita tak mau ketepikan diri sendiri...insyaAllah, nasihat ini buat teman jua sbb teman dah byk wat slh pada teman2 teman..shbt2ku, tlg maafkanku...uhuk2..........

insyaAllah duhai teman2 ku, semoga tulisan teman yg mcm agak serius kali ni terkesan dlm jiwa2, berbekas dalm hati2 insan2 yg juga mencari Allah dan redhaNya..

teman doakan kita semua dikuatkan dlm segenap urusan duniawi ukhrawi kita semua...dan tlglah maafkan teman andai teman ada tersilap kata tersalah menyimpul bahasa dlm tulisan ni..yg pasti kata2 yg kalaw dianggap pedas itu sememangnya teman nak wat diri teman yang terasa...dan klw kata2 yang di rasakan indah pula semoga dpt memekarkan kuntuman keinsafan dan pengajaran yg harum dlm diri2 insan terpilih sekalian...tegur teman klw salah ya...syukran...

Berlumba mengejar kebaikan,

Bintubahariyah