Saturday, January 24, 2009

Aku Belajar Aku Mengajar


Waktu aku BELAJAR,
Guruku dihormati,
Setiap kata mereka kuamati,
Setiap nasihat mereka kuperinci,
Setiap murka mereka kuanggap keramat buat diri,

Waktu aku MENGAJAR,
Datang mulaku tidak dipeduli,
Ucapan salam berkunjung sepi,
Walau di kelas bersuara tinggi,
Namun pelajarku bertelinga ‘tuli’,
Pulang ke rumah letih sehari,
Duhai, kecewanya hati…

Waktu aku BELAJAR,
Guruku pelita, guruku insan mulia,
Walau tak mampu nak celik mata,
Minyak cap kapak kucalit di mata,
Itu tandanya guru tinggi martabatnya.

Waktu aku MENGAJAR,
Aku hanya kawan mereka,
Boleh dibuat suka-suka, gelak ketawa,
Nasib baik aku tak bagi muka,
Kalau tak, mesti kena ‘pijak kepala’.

Waktu aku BELAJAR,
Aku punya cita-cita,
Tak pernah jemu berusaha,
Matlamat jelas memburu jaya,
Kekasihku hanya ilmu di dada.

Waktu aku MENGAJAR,
Bila kutanya apa cita-cita mereka?
Katanya ‘masih belum tahu/ takde cita-cita’,
Mereka sebut sambil ketawa,
Target periksa lulus pun dah suka,
Kerana kekasih mereka insan berlainan jantina.

Waktu aku BELAJAR,
Aku cukup bahagia,
Waktu aku MENGAJAR,
Semacam jiwa menderita..
Huhuhu…
Moga-moga aku bisa bertahan mendidik anak bangsa,
Meniup semangat menyala-nyala,
Berusaha menjadi guru bertaqwa,
Dan membina insan berwibawa.

..Bintubahariyah..
..22/1/2009..
..4 pm, Galeri Sukan ASPURA..
..waktu meeting dgn JPN..

Monday, January 05, 2009

Pembantu Warden

Assalamualaikum wbt.

Alhmdulillah, ni baru dapat wifi yg sekolah punya. lani plak tak byk sgt keja..tak mengajaq lagi. amik kesempatanla nak tulis something dalam ni. menulis sambil bergelak-ketawa dgn rakan2 seLm ni. Farehan (E'), Kak Sya dan Azi..

erm, nak kongsi cerita skt psl pengalaman awal masa nak lapor diri dulu..ni lebih krg mcm refleksi yg nak dihantaq ke school plak.hehe..

21/12/2008

Bertolak dari rumah guna unser cikzai bersama cikzai, chaq, bangchu dan syafiq. sat ja sampai dalam sejam setengah ja. alhmdulillah. unser cikzai penuh dgn brg2 saya..

Kejutan!
sampai2 ja kat lorong 9, PENUH MAMAT BANGLA dok melepak kat luar rumah! cikzai terus cakap, "Tu dia...rumah tepi bangla! Apa kwn adik pilih rumah mcm ni?"
chaq sengap ja..dia positif..elokla abg2 2 org ni. yg abg (chaq) mmg positif..dia ckp suruh dok dulu rumah tu. tgk keadaan..nak masuk asrama sekolah pun, masa tu sekolah cuti dan tak dpt permission lg daripada pengetua. yg adik chaq plak (cikzai) mmg jenis suka provok. mmg padanla dgn body dia yg bulat tu..hehe..yg bgchu plak, pemerhati dia kata. dia dok tgh2..tak kata byk pun. yg si syafiq plak (anak ke2 chaq) kesejukan dan last2 demam..huhu..ekon unser kuat sgt tpi dia tak habaq kata sejuk. so, finally, punggahla barang2 semua masuk gak rumah tu. mujur kak sya pun sampai pada waktu yg sama.

22/12/2008

Kami ber4 melaporkan diri kepada PK1, cikgu lela. patutnya kat Pengetua. tp cikgu jamaludin masih bercuti sbb baru dapat menantu sulong...hehe..cikgu jamaludin ni ayah kepada sorg shbt kat usm..farhana..hehe..mula2 taktau pun nak buat apa. lepas lapor diri, jln2 ja sekitar sekolah. masa tu rasa zero sgt.

Pendekkan cerita

Lani alhmdulillah, bila kami bangkitkan isu keselamatan pada pihak pentadbiran, depa izinkan kami tggl di asrama sekolah. sekolah ni sekolah baru. so asrama dia macam apartmen. dah ada kemudahan bilik air dah dalam bilik. luas dan alhmdulillah, selesa. isu keselamatan ni berbangkit sbb kami semua anak2 dara ni takut betul nak dok kat tepi 25 org bangla..huhu..dahla depa siap gosok gigi kat luar rumah. mak kata, melelehla air liur depa bila tgk anak2 dara tu..huhu..mak doa tiap2 malam, semak perut, risau yg teramat tak boleh tidur teringat kat anak pompuan sorg ni..tapi lani mak dah dapat tidur lena alhmdulillah..abg pun ada sembg2 dgn pengetua mintak consider kami dok kat asrama..terima kasih semua abg adik! (^_=)

Pembantu warden

Semalam kami dijemput utk join orientasi budak2 yg dok kat asrama. tp kami blurr lg. pi dok saja ja. sorg cikgu baru buat aktiviti dgn depa.
dan malam ni kami ber4 kena conduct malam kebudayaan depa. ada 11 grup yg nak buat persembahan. kami nak kena jadi hakim, nak kena jadi pengacara majlis dan nak kena control suasana..depa ada dalam 3ratus lebih semua. semoga pengalaman-pengalaman yg pernah ditimba sepnjg hayat ni dapat menjadi pedoman nak menjyakan malam ni..iA..

lagi 1 yg best, kami dapat makan free dan tggl free kat asrama alhmdulillah...mgkin sbb status pembantu warden tu yg boleh dpt keistimewaan tu.

Sahabat2?
Buat sahabat2 ku yg dok LM gak. apa cerita kalian? rindu betul kat ej, aisyah, min, shafa, kak day, mas, yam, yusra, adik2 dan semua la...huhu..

act, byk cerita yg lain utk dikongsi. malangnya, tak larat nak recall dan tak larat nak taip byk2. takpala..sikit2 dahla..asalkan tak berhabuk SH ni mcm HDH yg ej punya..heheh...sory ejay, melawak ja! Okeh! nak kena pi release klas dah ni..my first class..nasib baik baru release. ada idea dak nak buat apa?^&^%$#$%^&*huhu...

p/s: Semoga shbt2 yg dah bertunang akan dilindungi Allah..semoga kalian bertemu jodoh sehingga sah ikatan kalian..=)

..Bintubahariyah..
..1250 pm..
..6/12/2008..