Sunday, December 24, 2006

Wahai Jiwa-jiwa yang Tidur..Bangkitlah!!

Wahai jiwa-jiwa yang tidur..Bangkitlah!
Bangkitlah dari lamunan dan igauan di siang hari
Akibat kekenyangan nafsu diri
Dan maksiat yang melingkari
Serta angan-anganmu yang tak tahu berhenti
Apakah mata hatimu sudah tertutup
Atau pekak menjadi tuli
Umat Islam diganasi
Siang dan malam tanpa henti!

Bumi yang panas ini sekali lagi menjadi saksi
Kekejaman yahudi zionis
Mencabut nyawa Syeikh kami
Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Rantissi
Kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa
Namun dengan pelancar yang bertubi-tubi
Dari jenama Amerika
Bergegar tujuh petala langit
Akibat kezaliman kamu yang tidak terperi

Namun, langkah perjuangan tetap diteruskan
Biar kami semua tumbang satu persatu
Namun, aqidah kami tetap kukuh
Bagai Bukit Jabal Nur yang memancar cahaya ILAHI
Umat ini akan terus bangun
Akan ada 1000 lagi seperti Syeikh Ahmad Yasin
dan Abdul Aziz Rantissi
Yang penting berkata dari nurani suci
“Aku mahu mati sebagai syuhada dari mati akibat kanser
dan darah tinggi”
Yang akan terus memimpin tangan-tangan umat
Demi membela tanah suci

Al-Quds bukan amanah mereka sahaja
Namun, juga milik kita
Yang mesti dipertahankan
Dengan apa sahaja cara
Hatta tergadai tubuh binasa

S. Maarif 20 april 2004
Seri Gombak.

4 comments:

Mohd Burhanuddin Othman said...

nak tinggalkan komen

www.hartanah2u.com

Siti Rogayah Bahari said...

salam.
ya, komenlah.
sajak tu saya petik dari buku bertajuk "Sheikh Ahmad Yasin".
pernah baca tak?

hamba Allah said...

akak pernah baca insya ALLAH

Siti Rogayah Bahari said...

alhamdulillah...bagusla akak...erm, sepatutnya mahasiswa sekarang byk baca buku2 yg membina semangat perjuangan macam tu la kan??
syukran ye akak iman aisyah...=)