Monday, April 30, 2007

Pemerhatian vs Usha

Bismillah, walhamdulillah, wallahuakbar, walahaulawalaquwwataillabillah..

Syukur pada Allah Yg Maha Esa atas limpah rahmatNya y tak pernah berkurang walau sebesar zarah buatku..syukur padaNya atas nikmat iman dan Islam dan hidayah yg hanya diberikan pada insan yg Dia pilih..syukur padaMu Ya Allah kerna aku masih Kau beri kesempatan ini…sungguh aku benar-benar mengharap hidayahMu ini selama-lamanya…Bantu aku, bantulah dia, bantulah mereka….ameen…

Assalamualaikum warahmatullah…

Kaifahalukum ya akhowat wa ikhwan filislam?? Lama betoi teman menyepi..maaf byk2 ya sbb biaq sekeping hati ni sepi seribu bahasa..walau hakikatnya sekeping hati teman tak pernah sepi dari bermacam-macam rasa, manis mmg byk, pahit pun tak kurang jugak, masin sering menambahkan kelazatannya, masam pulak memang teman perlu sentiasa…

Erm, apa yg nak dilontarkan pada semua utk tulisan kali ni (sambut jgn tak sambut org dah lontar tu..hihi) ialah pasal pemerhatian dan usha (btoi dak teman eja usha ni??)

Erm, straight to the point la noo..mula dgn pemerhatian dulu, or in English we call it as observation. Amik ppr pendidikan kat usm, teaching method 2 tahun dgn puan maznah yg best dan ppr evaluation dgn dr kamarul kabilan yg sering dipuji kekacakannya..heheh..mmg benar2 mengajar teman pasal observation ni. Kalau mike semua nak tau, pemerhatian ni bkn terhad hnya pada melihat. Tp dlm kaedah mengajar sc, kita kena pakai semua deria dlm proses mengobserve utk mendapatkan semua data yg kita nak dari eksperimen or maybe activity..jgn confuse plak, experiment dgn activity ni tak sama tau…experiment is an activity but the activity is not necessarily the experiment.

Takpala, tu masuk bab lain (naik dlm ppr final baru2 ni..huhu..). ok, semua deria yg dimaksudkn ialah see, taste, smell, touch and hear. Maknanya kita pakai semuala nak collect data. Utk perhatian bakal-bakal cikgu sc ya!!! Nnti tekankan kat student masing2 apa sebenaqnya observation ni.

Ok, awat teman wat tajuk pemerhatian vs usha ni?? Usha ni apa pulak?? Erm, mcm yg budak2 la sllu dok sebut la..nmpak awek ja, usha weh usha…nak bagi org malu ka, usha dia weh…ishk2…erm, usha ni lebih kepada nak tgk, perhati mata org dgn niat tertentu yg kurng baik biasanya. Dlm sc takleh pakai ni. Tp dlm hidup anak muda la, dah jadi trend. Padahal islam kita dah ajaq suruh jaga pandangan…huhu..

Okla, teman nak bagitau kat sini, Islam sebenaqnya dah lama pakai unsur pemerhatian ni dlm proses mengenal Pencipta kita..byk bukti dlm alQuran. Cuba bukak surah an-Nahl ayat 79 : Allah berfirman:

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Tu satu ja baru, byk g dlm kalam Allah yg teman anjurkan agar kita semua selalu rujuk tafsir sendiri..Allah suruh kita tgk diri kita, macam mana kita dijadikan daripada takdak kepada ada, hnya dari setitis mani yg hina, berkembg menjadi segumpal darah, daging, tulang, balut tulang dgn daging dan dijadikan bentuk manusia yang comel dan indah sekali…(assignment utk mike semua, rujuk sendiri ya,bukak surah almukminoon ayat 12-14)..

Erm, bykla klw nak cakap kat sini pasai pemerhatian yg dah Allah anjurkan. Perhati dgn semua deria yg Allah bagi dan jangan lupa berfikir sekali..kalaw tak tak guna jugak..tinggai macam usha tadi jela. Lepas usha, tak bg manfaat pun kat diri..btoi dak?

So, perhatikanlah yg mula2 sekali kejadian diri kita, kejadian alam, dan semoga dtg rasa insaf pada diri yg kerdil sgt2 ni…ha, penah tgk dak gmbaq taufan katerina?? Tu teman letak sekali tu..semoga kita sedar sapala kita ni…kena tempias yg hujung tet pada taufan tu pn dah bleh hancuss…astaghfirullah…

Then, perhatiknlah diri kita, hisab semula diri, sepanjng dah pijak kat bumi Allah selama 21 tahun lebih sikit ni (ni temanla), apa yg dah dibuat..bakti apa yg dah dicurah pada org Islam yg lain..dah tunaikan solat dgn sempurna? Dah berdoa utk pejuang islam di palestin dan di seantero dunia? Dah puasa sepenuh jiwa? Dah berbakti pada mak ayah? Dah doakan mereka? Dah benar2 mujahadah mendidik nafsu? Dah apa lagi...herm, imam muhaimin, baru umur 16 tahun dah mati di tali gantung gara-gara nak menyelamatkan akidah umat islam yg diancam oleh kristian pada zaman kejatuhan kesultanan melayu melaka dulu sbb portugis nak balas dendam dlm kekalahan masa perang salib, depa mai nak murtadkan kesemua umat islam di melaka. Tu jasa imam muda...apa jasa kita pulak dgn ilmu yg sempit di dada padahal umur dah jauh lebih tua dari imam muhaimin...astaghfirullah..satu iktibar buat diriku jua....

Dan, pandanglah lihatlah, dengarlah, rasalah, sentuhlah, hidulah org2 yg terdekat dgn kita, keluarga kita, shbt handai kita, apa perkembangan mereka..apa khabar iman kita dan iman mereka?? Lakukanlah sedaya semampu yg mungkin utk terus memberi peringatan buat diri dan saudara seislammu...sungguh ujian dunia ni sudah kurasa dan akan terus kutelan selagi nyawa dikandung badan..dan sungguh ia sgt memeritkan...menyempitkan dada, menyesakkan nafas iman..apa yg kita rasa, itulah jugak yg teman2 kita rasa..maka, kalau kita Allah dah pilih utk menikmati hidayahNya, jgn dilupa membantu mereka yang sedang ditarbiyyah Allah demi mendapatkan hidayahNya jua..dan sungguh kita juga sdg ditarbiyyah Allah sampai akhir hayat nnti...jgn diketepikan mereka itu sepertimana kita tak mau ketepikan diri sendiri...insyaAllah, nasihat ini buat teman jua sbb teman dah byk wat slh pada teman2 teman..shbt2ku, tlg maafkanku...uhuk2..........

insyaAllah duhai teman2 ku, semoga tulisan teman yg mcm agak serius kali ni terkesan dlm jiwa2, berbekas dalm hati2 insan2 yg juga mencari Allah dan redhaNya..

teman doakan kita semua dikuatkan dlm segenap urusan duniawi ukhrawi kita semua...dan tlglah maafkan teman andai teman ada tersilap kata tersalah menyimpul bahasa dlm tulisan ni..yg pasti kata2 yg kalaw dianggap pedas itu sememangnya teman nak wat diri teman yang terasa...dan klw kata2 yang di rasakan indah pula semoga dpt memekarkan kuntuman keinsafan dan pengajaran yg harum dlm diri2 insan terpilih sekalian...tegur teman klw salah ya...syukran...

Berlumba mengejar kebaikan,

Bintubahariyah


Taufan Katrina

Bismillahirrahmaanirrahim..

Berikut ni ialah gambaq2 taufan katrina..semoga ada rasa insaf...buatlah pemerhatian sebaiknya ya.....Assalamualaikum.



































































































12. Dialah yg memperlihatkan kilat kepadamu,yg menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mnjadikn mendung.

13. Dan guruh bertasbih memujiNya, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepadaNya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannnya kepada siapa yg Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha keras seksaanNya. Ar-Ra'd

Monday, April 16, 2007

Bumi yang besar...=)

Assalamualaikum wbt..
gambar2 di bwh sbg muhasabah ringkas pada semua pengunjung sekeping hati yg mungkin agak mengejar masa...



Ni first picture. nampak tak bumi?tempat tinggal kita..bumi yg Allah turunkan nabi Adam dan berkembang biak sampai kat kita lani. nampak kan? ewah-ewah..megah ja, maklumla paling besaq...heh..
tgk pluto, ish2..keciknya...takpa2..kita tgk next picture ya..
Second picture..ek eh...bumi tinggai seco'et(word kedah)..tet ja...huhu..tula..belagak sgt! ada lagi yg lagi besaq..beratus-ratus kali ganda pulak tuh. herm..tp nak belagak pun bleh lagik..kecik2pun bleh nmpak lagi kan? herm, takpa..ada lg kena tgk..jeng3.....
Third picture..di mana bumi? di mana bumi? .anak panah tu bagitau kedudukan bumi..lagi tet..smpai kena pakai anak panah..masyaAllah..semut pn besaq lagi...astaghfirullah..matahari berpuluh2 ribu kali besaq darimu..dan di mana kita ya? dlm tu dia tulis bahasa arab. yg oren tu dia tnya kita, di mana kamu ada sekarang?
astaghfirullah..dan ketahuilah bahawasanya ada lg planet yg berjuta2 kali besar..maaf tak dpt nk upload dlm ni sbb takdak dlm simpann.
semoga kita menginsafi diri. klw ada lagi ciptaanNya yg lebih besaq, pastilah kta meyakini yg Penciptanya adalah Yang Maha Besar...maka, sapalah kita nak megah2 kat atas bumi Allah ni..nak tunjuk2 apa yg Dia pinjamkan..Dia maha kuasa nak tarik balik semua tu. erm, semoga kita semua insaf dan kembali padaNya..
kagum tak? subhanallah...
22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
(59:alHashr)




Tuesday, April 10, 2007

9 Siti Yg Patut Dicontohi..



1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
p/s: kalau nama akhowat bukan siti pun takde masalah utk mencontohi semua siti2 yg agung ini..insyaAllah..kita semua mmg dilahirkan sbg siti iaitu muslimah walaupun mak ayah kita tak letak nama kita dlm ic sbg siti..=) sungguh indah klw boleh miliki walau secebis dari kehebatan siti2 di atas ni..kps siti aisyah samad..makasih byk2 ya bgi gyh kongsikan artikel ni..=)=)=) moga aisyah termasuk dlm siti impian jugak..insyaAllah..
Ya Allah..kami bermohon padaMu dgn rahmat dan kasih sygMu, bantulah kami menggapai redhaMu yg masih jauh itu...ameen...

Friday, April 06, 2007

MENGAPA PENGEBOM BERANI MATI?

Masakan dia bisa diam,
Melihat sembelihan-sembelihan jiwa,
Jasad-jasad kaku manusia,
Sepi tanpa kata.

Masakan dia bisa bersahaja,
Di kiri kanannya basah berdarah
Tanahnya dipijak insan-insan kotor
Rakus, ghairah, lapar melahap tanpa bersisa

Masakan dia bisa hidup
Andai anjing-anjing itu terus menjelir lidah
Menjelir lidah utk menjilat luka-luka
Bertaring tajam untuk membaham daging
Umat Islam ternoda

Ya, akulah pejuang itu,
Syahid memanggilku
Biarkan aku pergi
Membawa bersama roh mereka yg liar itu
Aku takkan menyesal
Pemergianku bukan sia-sia
Ada hadiah yang kukirim untukmu,
Kematian kafir itu..

Bukan inginku bunuh diriku,
Namun jika tidak engkau,
Mengapa tidak aku??

Berani mati kerana aku benar
Adakah engkau benar??


Secebis kata buatmu pejuang syahid..
Bintu Bahariyah,
USM,
7 April 2007 (12.39 am)