Wednesday, July 11, 2007

Berlari di Jalan Allah


Berlari di jalan Allah
Ingin sekali aku berlari
Tapi aku tak daya
Yang termampu olehku
Hanya berjalan perlahan-lahan..

Berlari di jalan Allah
Ramai juga yang rasa mereka di jalan Allah
Maka, laju sekali mereka melangkah
Tapi nyata mereka berlari sambil pejam mata
Tersesat pula di alam nyata
Sebenarnya bukan mata itu yang buta
Tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada..(Al-Hajj:46)

Berlari di jalan Allah
Ada yang selamat sampai penamat
Matinya sebagai syuhada’
Terbang rohnya bagai burung bebas
Pun begitu,
Selamatnya hanya kerana rahmat
Lantaran diri mencari hidayat

Berlari di jalan Allah
Hanya kasih sayang Allah,
Bisa menjadi angin
Menolak diri agar kencang
Hanya hidayah Allah,
Menjadi pandu arah
Bila melalui simpang-simpang ujian
Hanya ilmu yang diberkati Allah,
Menjana tenaga iman
Untuk melangkah panjang dan berkeyakinan
Hanya ukhwah fillah,
Menghulurkan tangan sahabat seperjuangan
Membangunkan jiwa yang rebah keletihan..

“Fastabiqul khairat (maka, berlumba-lumbalah kamu mengejar kebaikan)”

Bintubahariyah,
1049 am,
08/07/07,
USM.

2 comments:

Anonymous said...

hurmmm...berbakat sunggoh cik ct ni yer...baguih la... moga 'larian' kita ke destinasi yg dituju.. jgn melencong plk... =)

Siti Rogayah Bahari said...

alhamdulillah..syukur pada Allah yg memberi nikmat bakat dan minat, ilham dan masa terluang..

bukan reti pun teman ni..maen tulih ja..smg terus mendapat manfaat ya wlw sapa pun saudara/i ni..makasih byk2...=)