Sunday, January 27, 2008

Aura Orang Minyak, Surauku Penuh Semalam!





Bismillah,walhamdulillah..subhanallah..Allahuakbar! Surau teman penuhla semalam…

Kemarin teman pi rehlah dgn shbt2 kat tepi pantai..makan sedap, buat istana pasir, main poncho-poncho..1st time tu! Mana penah berponcho pun. Selalu dgr ja. Erm..dah tinggalkan USM seketika tenang ja hati..jauh dari mcm2 masalah yg menghimpit jiwa..pulak, dapt jumpa dgn kak gie, kak yani, dan shbt2 yg jrg sgt dapat jumpa senang2 kat USM ni. Semua muslimat..Ina dan Teh pun ikut sekali..depa siap basuh ikan lg..nak bakaq..tula, sampai awai kena buat ghejala..heh.

Erm, sampai di USM pun dah lewat sbb bas lewat..tunggu punya tggu bila bas sampai, madu teman pulak dah sampai dekat..dia mai amik..then, tggal 4 org ja yg naik bas.tiket dah bayaq utk smua org..hilang camtu ja RM6..takpola..rezeki pakcik bas tu kot..kak yani, nnti kami byaq balik no duit tu!=) dah sampai USM, solat zohor, baca nota sikit dan terlelap..sampaila asar..

Dah agak lewat baru bgn dan solat asar..lepas ja solat asar, ada org ketuk pintu..”Masuk!”
Aini dan Rafiza pun masuk dgn muka yg toya sambil bawak air 6 kupang, tanpa bg salam ka apa..peliknya..awat pulak budak2 ni??adeh..then, aini duduk belakang teman, sambil hisap straw dia kalih tgk teman..”Gayah…takutla..”

Erm, posisi teman terubahla mengadap depa..”Awat pulak ni??pasai org minyak ka? Ingatkan takdak papa dah..”

“Ada pulak org kena semalam..depa tidoq sebilik 5 orang, sorang kena..”

“Yaka? Ingatkan senyap dah..”

“Takutla Gayah..”

Setelah brainstorm dgn Rina sekali, “Kita kena buat solat hajat dan bacaan Yasin ni!”
Teman call Wahid, Exco kerohanian CG, maklumkan pasal progm tergempar ni, alhamdulillah, dapat sokongan penuh..sbb Wahid sendiri nak buat Cuma dia sgt sibuk sampai takdan..then, call Hani, Aisyah jawab, mintak depa stand by utk announce kat wing depa pasai ni. Time tu dah 6.40 ptg dah. Nak maghrib dah..kena cepat nih! Try kol izzati pulak. Mula2 just nak jemput dia mai sekali tp last2 mintak dia run solat hajat dan Yasin kat Bakti plak. Kena cover semua tmpat yg jadi target sbnrnya! Kat gemilang ni dah dgr 2 kes! Sorg budak cina dan yg terbaru tu taktaula sapa..

Alhmdulillah, pertama kali setelah kuar SMKAY, teman bertindak sbg “pengawas” sekolah yg dok announce kat blok. Heh. Best gak ar..

“ASSALAMUALAIKUM! PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGHUNI CAHAYA GEMILANG, H34, KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM, MALAM INI AKAN DIADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN DI SURAU KITA BERSEMPENA DENGAN TRAGEDI HITAM YANG MENIMPA USM BARU-BARU NI. AGENDA KITA, SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH, SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN SOLAT ISYAK BERJEMAAH..DIHARAP SEMUA DAPAT NAIK KE SURAU BERAMAI-RAMAI..”

Ada la plak org suruh ulang suara..segan sebenarnya..heh. tp kena “paksa” so ulangla sekali lg. batuk2 pun nasib suara kuaq. Aini dan Rafiza jadi peneman setia teman..heheh..suruh depa announce, depa dok panggil member2 depa ja nak habaq..heh..

Erm, dah cover wing sendiri, pi plak kat wing 1 lagi.nak mintak aisyah dan hani yg run, depa takmau. Sekali lagi la teman menjerit..huhu..takpa2..

Ok, akhirnya tibala saat2 berada di surau. Orang yg paling awai, mestila Aini dan Rafiza..Rina pun awai gak!heh. time maghrib takdakla rasa sempit sgt. Ada dalam 4-5 saff kot. Alhmdulillah...sejuknya hati..dah habis tu, terus nak buat solat hajat. Surau dah start tak celuih. Yang mana ‘cuti’ pun kena kuaq nak bg ruang kat org nak solat hajat. Ruang antara saff dikecilkan. SURAU AKU PENUH!!! 1st time nih! kira hari ini dalam sejarah..hebatnya Allah..senang ja nak buat hambaNya kembali padaNya..bagi aura oily man ja..Subhanallah..Kalau tak, penuh time solat tawarikh ja(bak kata ipin)..tu pun tak sepenuh tu rasanya. Sbb ramai yg pi buat kat masjid or lobi solat tarawikh tu. Dalam solat hajat, kami mintak yg sama,”dgn rahmatMu ya Allah, lindungilah kami dari kejahatan jin dan manusia dan syaitan yg bertopengkan manusia..”

Lepas solat hajat, semua buat bulat nak baca yasin..then, ada sikit takirah..pentazkirah jemputan kami, Kak Radieah, mantan exco Dakwah Tarybiyyah PMI sidang lepas..kak Radieah pun bagila tazkirah..Thanx Kak Radieah!

“Tidak Allah jadikan jin dan Manusia melainkan utk beribadah kepadaNya” point dari ayat ni K. Radieah membuatkan kami berfikir..Allah tggikan taraf manusia dan jin ni utk beribadat kepadanya. Nak banding dgn haiwan, serangga dan tumbuhan, mana ada nama depa disebut utk beribadat kat Allah pun, tp depa ni tak berhenti pun berzikir kat Allah..betapa ruginya manusia ni sbb lupa pengiktirafan Allah tu..jangn jadi serendah2 haiwan atau lebih rendah lg tapi jadila setinggi darjat manusia yg telah Allah anugerahkan..insof..insof..

Pastu kak Radieah ceritala pasal pengalaman2nya sepanjang sekolah dulu, pengalamn sepupu kak Radieh yg sangat cantik..berkenaan makhluk2 halus ni..kak radieh sendiri ada pengalamn dgn org minyak..adeh..kak radieh meyakinkan kami yg oily man (bak kata ayu-nama manja utk org minyak) ni mmg wujud..semua makin gabra!!

“Nak kata jgn takut, tak jugak, berani pun, tak jugak..jgn takut sgt dan jgn berani sgt..”

Erm, pastu kak Radieh cakap pasal cara nak pagar bilik..dapat ilmu baru..

Petua yg k. Radieh bagi, sebelum pagar katil ka bilik, duduk di tgh bilik, then baca ayat kursi hembuskan 360 darjah, buat sebyk 3 kali. Lepas tu baru buat pagar katil. Baca ayat kursi penjuru katil dan tarik ke hujung, baca lagi, tarik lagi sampai habis semua( ni cara yg teman dapat waktu sekolah dulu)..kak radieh kata lagi, kalau ada air yasin yg dibaca 3 kali, letak dalam penyembur tu, sembur 360 darjah. Kalau ‘dia’ ada, bulu roma kita akan mencacak sbb mungkin ‘dia’ terbakar..-semakin menarik perbincangan!

Herm, ayat yg paling baik utk diamalkan, ayat 9 surah yasin..cuba cek balik..bacala 3 kali..hembus gak. Pastu Sunnah nabi sblm tidur, baca 3 qul hembuskan kat tgn sebelum tidur, then sapu dari kepala sampai ke kaki kecuali tempat sulit. Sebelum tidur tu bersihkan diri dari sbrg kotoran..amikla wudhuk..

Satu lg pesan yg paling terkena kat batang hidung semua org, sblm tidur jgn dgr lagu..sbb lagu tu akan mencorakkan kita..dia masuk dlm kepala..dan dianalisa oleh otk waktu tidur..rock lagu yg kita dgr, rock la kita..rock man!!!ingat tu!!

Byk lagi sebenarnya, pasal kena tindihla dsbg..tp takpala..cukup kot teman cerita yg paling ptg ja buat masa ni.

Smlm teman pun tido reramai kat bilik sern dan ira..8 org! Hehe..Ina pun ada dapat msg, suruh pindah bilik sbb gemilang jadi target oily man tuh! Sebelum tu kami buat la apa yg kak radieh cakap reramai..iA, kita bukan yakin dgn apa yg dibuat tu, tp kita yakin dgn Allah..bukan apa yg dibuat tu yg nak tlg kita, tp Allah! Ha, lagi 1, pagar yg dibuat tu akan ‘runtuh’ kalau kita kuar dari bilik or turun dari katil..wallahua’lam...

Ada gak yg kata pakai kain batik, baju terbalik, buluh kuning dll..tp wallahua’lam..taktaula..satu lagi pakai garam, kak radieh cakap, pengetua sekolah dia dulu cakap, manusia alergic dgn asid, jin plak alergic dgn garam..so jgn main campak ja garam tu. Takut ‘dia’ balas dendam kat kita kalau terkena dia tnpa kita sengaja..tp papapun yg kita buat, jgn sampai syirik kat Allah..byk ayat 2 hikmah dari alQuran sendiri yg Allah hadiahkan utk melindungi kita..iA..

Alhamdulillah..terima kasih yaAllah..semua ini sbg amaran utk kami..mgkin Engkau ingin mengingatkan kami yang alpa dan lupa dan leka..seringkali maksiat berleluasa di sini, hingga larut malam pun masih ada dara yang membonceng moto pemuda..

ya Allah, kami insaf ya Allah..bantulah kami..kami ingin benar kembali mndapat ketenangan dgn mengingatiMu..

ya Allah, kami telah berusaha menjaga diri kami, menjaga maruah kami, menjaga aurat kami..janganlah Engkau biarkan senang saja ‘dia’ meragut kehormatan kami hanya kerana ilmu hitam yang juga milikMu itu..selamatkanlah kami dunia akhirat..ameen...

Terima kasih shbt2..pencetus kemeriahan surau semalam tak lain tak bukan, AINI dan RAFIZA dan juga ERINA..thnx a alot! K.Radieah, makasih ya! gayah yakin ramai yg insof teramsukla adik gayah..iA..

Herm..subhanallah..surauku penuh semalam...


“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

Surah Yasin 36:9

Yang bersyukur,
Bintubahariyah,
0830 am.
19 Muharram 1429
28 Januari 2008

Wednesday, January 09, 2008

Anisku syg..

Assalamualaikum wbt..




Salam Ma'al hijrah buat semua..




erm, alhmdulillah masih dipanjangkan umur sampai detik nii..alhmdulillah masih dikurniakan 2 nikmat yg maha besar yakni Iman dan Islam..yg mana bila takde kedua-dua nikmat ni ntah apala yg dah jadik kat kita..mgkinkah lebih teruk dari tok cik Bush...??? na'uzubillah..




tahun ni apa azam kalian? erm..iA, gayah dgn shbt teristimewa gayah, nama anis sunaini..kami 2 dah plan azam tahun baru hijrah ni sama2..apa tu? erm, takut nak cakap..KAMI NAK MASUK SYURGA...uik, tu azam ka? selalu sgt org kata nak jadi lebih baik dari yg lepas. tp tak specific la..and tak byk membantu kami berdua..




tiba2 masa dok sama2 hisab diri malam semalam, dapat idea tu..alhmdulillah..bila nak buat papapun, fikir balik, buleh masuk syurga dak taktau kalau wat camtu? kalau nak buat yg kureng baik, fikir balik, buleh dapat dak dalam syurga kalau mujahadah tak buat..erm, anis kata, bukan buleh dapat ka tak, tapi mmg buleh dapat...=)




Buat anis sunaini,




u are a part of my life..aku tak penah pun nangis lebih2 mengenangkan shbt2 melainkan sbb hg..aku tahu dan aku faham stiap mslh hg..aku tahu u really need the support..not only from me but also from ur other fellow friends ...




Anis sayang,




ketahuilah, jiwa mujahadah tu mmg ada dalam diri hang..cuma mgkin tak dapat nak gemerlap sbb dah lama tak gilap..byk sgt faktor pendorong yg dah tutup kilauan tu..




aku jnji akan cuba bantu hg anis...sedaya mampuku..sbb aku nak masuk syurga dgn hg..bukankah pernah ada hadith kata pasal 7 golongn yg akan dapat naungan di hari yg tiada naungan melainkan naunganNya..salah satunya 2 pemuda/i yg bertemu dan berpisah kerana Allah..kan? hg ingat lg dak hadith tu?




maafkan aku sbb dah pernah tgglkan hg saat2 hg sgt perlukan sokongan..maafkan aku..


kali ni iA, aku takkan buat camtu lg melainkn kalau dah sampai masa aku kembali..




aku rindukan saat2 indah kita dahulu..segalanya lancar, tenang, aman dan damai..dalam hati hanya ada Allah, rasulullah, mak ayah, kluarga dan dakwah..




kenanglah kembali detik2 dikau bergelar mujahidah sejati..engkau mawar berduri yg indah, harum, dan anggun dipagari syauqah2..tak ramai yg berani dampingi..(aku pun takut)..tapi nasibla aku ada kesempatan...




ingat anis janji kita ya..nak masuk syurga...=) cakap mmg lebih dari senang..tp at least kita dah set dalam kepala nak capai benda tu..mmg susah tapi tak mustahil..insyaAllah..aku yakin dgn hg..dan aku sandarkan tawakkal aku padaNya yg Lebih Mengetahui..cukup indah susunanNya..




erm, ni lagu khas aku tujukan utk hg..




Sepi benar senja ini
Bayunya semilir,


menganak ombak kecil


Jalur ufuk pula mengemas terang


Kapal dan layar terkapar




Mengapa nantikan senja


Barukan terdetik,


pulang ke pengkalan


Gusar malam menghampiri


Ku tewas di lautan




Tuhan layarkanku ke arah cintaMu


Tuntuniku menggapai redhaMu


Rimbunan kasihMu ku berteduh


KepadaMu ya Tuhan


Berikan secebis keinsafan


Bekalan sepanjang perjalanan


Mencari ketenangan




c/oBiar Kau menjadi saksi


Tulus tangisku kala dini hari


Kesempatan yang hanya sebentar


Moga keikhlasanku terlakar


Berikanlah ku hidayah


Agar dikuatkan iman yang lemah


Moga diberkati hidup ini


Menuju bahagia yang kekal abadi




PadaMu Tuhan


Kan kuserahkan cinta kepadaMu




Harapanku moga dikurniakan


Manisnya iman berpanjangan


Moga lautan hilang gelora




Layar KeinsafanAlbum : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com/.




salam sayang ya anisku..(^_^)


uhibbuki fillah..