Saturday, March 22, 2008

Kaedah Dakwah




ayashioki san: salam


ayashioki san: kak gayah


ayashioki san: yaya nk luahkan prsn ni kak gayah


ayashioki san: yaya anggap kak gayah mcm kakak yaya la.. walaupun yaya xde kakak and kak gayah tak der adik..


Siti Rogayah: (senyum)


Siti Rogayah: ok dik


Siti Rogayah: silakan


Siti Rogayah: akak tgh baca ni


ayashioki san: kita anggap mcm adik brdik la ok?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: ok2..


ayashioki san: mcm ni..


Siti Rogayah: okie dokie!


ayashioki san: sblm ni yaya slalu sgt membtakan hati ..


ayashioki san: bila kawn ajak yaya g kelas agama


ayashioki san: mcm2 je yaya kate


ayashioki san: dl yaya ska la sgt gne bju ketat2..


ayashioki san: makin org puji


ayashioki san: makin tu la yaya ske..


ayashioki san: ish2


ayashioki san: terok2..


ayashioki san: alhamdlillah...


ayashioki san: bpk yaya..


ayashioki san: dia penaung HIkMAH di tempt yaya


ayashioki san: tp yaya tak ekot kata bpk..


ayashioki san: terok beno yaya ni..


ayashioki san: bpk hadiahkan yaya bju pjg2.


ayashioki san: tp bpk tak bg terus2


ayashioki san: bpk bg melalui sister2 dlm Hikmah ni


ayashioki san: yaya pun pelik.. tiba2 dpt baju


ayashioki san: 4 helai lg tu


ayashioki san: then.. maybe Allah nk bkak pintu hati yaya...


ayashioki san: mcm yaya mengimbas kembali


ayashioki san: kngan dlu2


ayashioki san: mksd yaya..ayashioki san: nasihat2 yg bpk bg.. and semua2 bg


ayashioki san: and yaya pk blk


ayashioki san: kan bgs kalau yaya buat mcm diorg suruh


ayashioki san: hmm..ayashioki san: pastu


ayashioki san: yaya rasa malu sgt dgn best fren yaya


ayashioki san: sbb best fren yaya gne tudng labh..


Siti Rogayah: boleh akak tnya


Siti Rogayah: sejk bila yaya terbuka nak dgr cakap bapak yaya?


ayashioki san: alhamdulillah


ayashioki san: baru bbrp bulan


Siti Rogayah: oo


Siti Rogayah: alhmdulillah..


Siti Rogayah: yaya


Siti Rogayah: yaya ni bagus tau


ayashioki san: hidayah dr Allah


ayashioki san: tp yaya sedih sgt2


ayashioki san: bila yaya nk berdakwah..


ayashioki san: org ttp kate


ayashioki san: Yaya.. pehal plak tiba2 nk bg ceramah?


ayashioki san: and pehal plak tiba2 berubah?


ayashioki san: dia kate yaya bersemngt nak berdakwah sbb baru join ceramah2 pa sume..


Siti Rogayah: (senyum)


ayashioki san: so.. yaya rase sedih gler2..


ayashioki san: sbb kwn2 ungkit blk diri kita yg lepas..


ayashioki san: hhh


Siti Rogayah: la tahzan yaya yg k gyh syg..


Siti Rogayah: akak penah jumpa sendiri dan insan mulia mcm yaya


Siti Rogayah: erm


Siti Rogayah: satgi k gyh ulas lagi ya


Siti Rogayah: k gyh nak solat jap


Siti Rogayah: zhor


Siti Rogayah: yaya byk ingat Allah


ayashioki san: ok


Siti Rogayah: k?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: ok2..


ayashioki san: kak gyh solat la dlu


ayashioki san: yaya bersemngt nk membaca ni..


ayashioki san: hehe


Siti Rogayah: salam yaya


Siti Rogayah: ok


Siti Rogayah: akak boleh komen kot pasal kes yaya


Siti Rogayah: erm, bgus sgt yaya nak dakwah pada kwn2


Siti Rogayah: itulah tugs kita sbg sorg da'ie


Siti Rogayah: sapa2 yg kata lailahaillallah, maka dia ialah pendakwah


Siti Rogayah: tp jln dakwah bukan jalan yg dihmparkan karpet merah dik


Siti Rogayah: jln dkwah penuh dgn onak duri, kita akan sentiasa sakit


Siti Rogayah: sbb hakiktnya jalan yg mudah itu bkn nama perjuangan


Siti Rogayah: dah yg sakit2 itulah tarbyyah buat diri kita yg lemah ni dik


ayashioki san: hmm


ayashioki san: betol2


Siti Rogayah: jadi kita patut suka bila Allah bg taribyyah yg direct mcm ni


ayashioki san: aah


ayashioki san: jadikan UJIAN SEBAGAI PELUANG


Siti Rogayah: so, kita tak boleh nak harap yg senang2 je


Siti Rogayah: kalau nak yg sennag, kita bukan seorang pejuang


ayashioki san: hmm


ayashioki san: btol2


Siti Rogayah: pun begitu, nak berdkwh ni kena byk beljar


Siti Rogayah: kena asah skil


layashioki san: yap..


ayashioki san: mmg pn


Siti Rogayah: 125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk


Siti Rogayah: an-nahl


ayashioki san: yaya tgh rajin gler nk join mende2 ni..


Siti Rogayah: perhatikan ayat tu


Siti Rogayah: ada 3 kaedah dakwah yg dah Allah ajarkan pada kita


Siti Rogayah: boleh yaya kluarkan 3 kaedah tu utk akak tak?


Siti Rogayah: 125. Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.


Siti Rogayah: yg ni lebih mudah difahami


ayashioki san: 1) hikmah (qauliyah)


ayashioki san: 2) pelajaran (fi'liyyah)


ayashioki san: 3) membimbing mrk.. bermuzakarah


Siti Rogayah: erm


ayashioki san: hmm?


Siti Rogayah: yg 1 dan 2 tepat


Siti Rogayah: yg ketiga, berbahas dgn cara yg lebih baik


Siti Rogayah: akak huraikan ya


ayashioki san: hehe


ayashioki san: ok2


ayashioki san: boleh2


Siti Rogayah: 1- hikmah sprtmana husaini


ayashioki san: sila2


Siti Rogayah: yg dah tnjuk cara nak amik wudhuk kat sorg pakcik tua


Siti Rogayah: kiranya kepada org yg jahil


Siti Rogayah: 2- kepada org kebanyakan


Siti Rogayah: kwn2 di sekeliling kita


Siti Rogayah: yg kurang faham ttg islam


Siti Rogayah: or yg tahu tapi tak dak kekuatan nak buat


Siti Rogayah: dgn perbuatan kita, coth teladan yg baik


Siti Rogayah: bila depa tgk kita, depa rasa nak dekat dan selesa dgn kita


Siti Rogayah: kita tak boleh terus dakwah secara direct utk org mcm ni


Siti Rogayah: depa payah nak terima


ayashioki san: hmm


ayashioki san: btol2


Siti Rogayah: yg ketiga utk org yg mencari2


ayashioki san: biar kita buat and dia tgk kita


Siti Rogayah: org yg mcm ni cthnya nonmuslim yg nak kaji islam


Siti Rogayah: kita kena bahas dgn depa dgn baik


Siti Rogayah: gunakan ayat2 Allah utk bidas balik hujah depa


Siti Rogayah: kira akak boleh golongkn org yg yaya nak dakwah ni dlm kelompk kedua


ayashioki san: btol2


Siti Rogayah: kita pun tahu, ramai yg masuk Islam pada zmn Rasulullah dulu sbb depa jatuh cinta dgn akhlak rasulullah


Siti Rogayah: bukan sgt sbb kata2 nabi


ayashioki san: aah..


Siti Rogayah: yaya kena selitkan dakwah ni dlm kehidupan dan tutur kata seharian


ayashioki san: aah.. melalui perbuatan


Siti Rogayah: tak boleh terus tiba2 je


Siti Rogayah: yer


Siti Rogayah: melalui perbutan yg baik


Siti Rogayah: dan sebenarnya org yg dah bertaubat ni suci


Siti Rogayah: suci dari dosa2 silamnya


Siti Rogayah: so, org lain tak boleh ungkit balik keslhan org yg dah bertaubat ni


Siti Rogayah: tp bila depa ungkit,, anggapla depa masih kurang faham


Siti Rogayah: tugas kita la nak cari kefahaman dan memahamkan kwn2 kita..


Siti Rogayah: berat kan tugas kita?


Siti Rogayah: (senyum)


ayashioki san: berat


ayashioki san: bila yaya dgr syahadatul haq


ayashioki san: yaya nangis kat dpn2 tu jgk..


ayashioki san: sbb yaya dh phm mission yaya


ayashioki san: alhamdulillah


Siti Rogayah: alhmdulillah..


Siti Rogayah: so masih sedih ke?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: tak lg..


ayashioki san: (senyum)


Siti Rogayah: alhmdulillah..


ayashioki san: tp bila ingt blk..


ayashioki san: hmm


ayashioki san: berat giler je tggungjwb..


Siti Rogayah: tula..


Siti Rogayah: yaya


Siti Rogayah: boleh tak akak nak mintak permission


Siti Rogayah: akak nak letak conversation kita ni dlm blog akak


Siti Rogayah: boleh?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: boleh!~yaya setuju


Siti Rogayah: Syukran dik!


ayashioki san: hehe


ayashioki san: tak pe..


ayashioki san: kisah sy biar dkongsikan sama2..


ayashioki san: hehehe..


ayashioki san: mane tau. org lain terbukak hati.. InsyaAllah


ayashioki san: yaya pn nk org lain sama2 mcm yaya


Siti Rogayah: bagusla..

syukran utk yaya atas conversation ni. semua ni buat akak teringat balik apa yg akak penah belajr dulu..akak pun tgh menghadapi ujian dakwah nii..tlg doakan akak dan shbt2 kuat ya dik...
salam syg..=)

Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidurrasul


Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar



Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain.


Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”


Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”


Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit.


Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.


Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.


Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”


Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.


Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”


Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.


Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala.


Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.


Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”


Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”


Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.


Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”


Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”


Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”


Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala.


Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.


Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam.


Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”


Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”


Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”


Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”


Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”


Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya.




Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.” Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”


Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”


Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.


Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”


Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”


Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya. Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.


Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”


Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”




Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.




Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?” Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia. ( Abasa: 37)


Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?” Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.” Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!” Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.” Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”




Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW. Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”


Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”


Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!” Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”


Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!” Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s.


Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”




Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.” Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.” Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!” Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat..


Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.” Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”


Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”


Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.


Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.


Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.


Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.


Kumpulan yang kelima berlari.


Kumpulan keenam berjalan.


Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!


Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.


Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.” Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.” Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.” Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.” Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka.




Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.


Sama-sama kita banyakkan selawat pada Nabi kita..iA..salam maulidurrasul buat semua umat Islam yg ana kasihi fillah..




Monday, March 17, 2008

My First Talk..herm..

Ni sebahagian daripada barisan fasi waktu program mega KPRS, Gamitan Bestari 2..=)


Assalamualaikum wbt.


Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillah, allahuakbar, la haula wala quwwataillabillah..


sabtu yang lepas, lepas je letak jawatan sbg nydp 1 PIP, tugas seorang dai'e harus diteruskan. pertama kali dalam sejarah hidup, aku dijemput sebagai penceramah secara rasmi..herm..selalu cakap2, sembang2, jadi fasi, CC(Camp Commandent) tu penahla..kali ni, depa suruh jadi penceramah?? erm, mcam tak masuk akal plak. mana reti formal2 ni..dalam makro dan simulated teaching pun, tak jadi formal2..

masa mula2 jeff bagtau tu..nak tolak, ish..tak patut sgt..kesianla..ni prgm under PPIK, pengetua sekolah yg mintak nak buat. ada tiga buah sekolah terlibat, semua pengawas yg terdiri daripada budak2 darjah 4, 5, 6..so, lastly, terima jela..

namun dgn kesibukan meghadapi kerenah assignment2, lab report, presentation, penganjuran dinner PIP, AGM PIP, bangchu bertunang, liqa', usrah, ditambah lagi dgn masalah hati yang meruntun rasa, remuk redam hati dibuatnya dan segala macam lagi, tak sempat lgsg nak prepare..nak kecek gapo kalo tak tahu nak ghoyak gapo-gapo? segala video tak cari lagi..powerpoint? jauh sekali..adeh..

mujurla aku ni pernah dididik di bawah pimpinan KPRS (Kelab Pembimbing Rakan Sebaya) selama setahun-2 sejak masuk USM..ni tak lain, puncanya mestila bangchu kesayanganku..dia ni mantan YDP KPRS..tak pasai2 adik dia plak depa lantik jadi exco. dahla tak penah kenai, baru 1st year plak tu! uih2..hebat aura bangchu ni! heheh..adik tumpang tempiasnya ja noo..tq la..

alhamdulillah, dgn sikit pengalamn yg ada sewaktu melibatkan diri dalam KPRS dan beberapa prgm luar yg memerlukan kemahiran yg sama, dapatla jugak aku menyediakan apa2 yang patut..but it was not actually a talk! just main2..buat aktiviti..=) maybe ia lebih berkesan utk kanak2 rebina macam adik2 tu..kalau org tua pun mengantuk bila dgr ceramah, inikan pula budak2..dahla depa ni tido tak cukup..tak leh lena malam sebelum tu..pastu bgn awal plak sbb ingat dah subuh. ada yg solat subuh sejam seblum masuk waktu..hiikhik! memang smgt sungguh adik nii..heheh..

KALUT

erm, memang kalut tul..ptg sblm AGM, kena kuar pi beli teh, gula dan pinggan plastik. utk jamu semua mantan exco PE dan MT sendiri. sebelum tu gi check up tempat, tgk2 meja dan kerusi tak dihantar lg..bergerak pulak ke DKU nak cari org jbtn pembangunan..takdak! erm, then balik pulak ke DK H..pastu pi tesco dgn ej..

ups! pinggan, gelas, camca dan garpu utk VIP tak amik g! adeh..dah dekat maghrib, bergerak ke rumah Nik amik semua tu.. tu pun kena cari sendiri..basuh dulu..letihnya waktu tu..dah layu dah..tp alhmdulillah..selesai gak bab tu..

lepas habis AGM, jam dah tunjuk area kul 12 lebih..makan dan tlg kemas sikit2 segera bergerak pulang..take time for myself..pastu ngadap laptop balik..dok baca2 modul, boleh plak tersengguk depan laptop..erm, dah lewat plus dah sgt letih..no choice, kena tido gak! yg pasal ceramah, fikir sok ja..

esoknya alhmdulillah, dapat bangun dgn segar dan kuat..terus ngadap laptop lagi dan cari modul2 yg sesuai..syukur sgt ada assisstant yg cekap..cik erina, my rumate. setiap idea yg dapat semua dikongsikan bersama. dia plak hasil didikan PPM (Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat), adik beradik KPRS gak..cuma bezanya sikit ja..byk modulnya lebih kepada org dewasa, agak serius sikitla..jadi payah sikitla nak perah otak nak buat kat budak2 kecik nii..tp takpa, best2 ja idea erina..makasih byk tau!

so, kami sama2 susun flow aktiviti. mmg tak buat dah slide show ke ape..main bawak 4 buah lagu nasyid ja..pasang waktu budak2 berfikir dan main..=) ok, settle satu bab. then, dah sampai kat moto, kunci moto plak lupa amik..reen lagi jadi mangsa..herm..sian..

PENGALAMAN BERMULA

Sesampainya kat DK T, takde sapa sambut..hehe..maklumla yg conduct pun budak2 USM gak..tetamu plak sama2 student..cumanya, pengetua sekolah dtg bertegur sapa..

"Ni ka penceramah?" (aku malu-malu doremon..)
"keciknya.."(heh, best plak org kata kita kecik..)
"Penceramah harini semua kecik-kecik ya?" (hehhe)

then, adala benda yg dibualkan..bagus pengetua ni..syg sungguh kat anak murid..dia pun pesan suruh buat aktiviti, byk interact dgn student..supaya depa tak ngantuk..erm, nasibla teman mmg prepare game ja..=) lega satu benda..

kini tibala masa nak bg 'ceramah'..plan asal taknak cakap nama lg, tapi tiba2 ja moderator sebut nama..huhu..takpela..

ok, dah pegang mic, beta la yg berkuasa..kalau tadi malu2 doremon, lani dah jadi giant dah. heh..

start dgn tnya kabar..pastu senaman minda..ha, nak tau cmna, kena mai jumpa personally..hheheh..then, bg kumpuln utk buat bunyi binatang, ular, kambing, kucing dan harimau..heheh..diorang akan berbunyi mengikut tgn akak penceramh..adala jugak yg nakal sikit..so, kump dia hampir kalah kalau akak tak bg peluang main byk kali..heheh..then, adala pengajrannya..

pastu, tibala saat2 genting..nak buat modul kotak misteri sebenarnya..tp lupa buat kotak tu!!! adeehhh...nasibla lan dgn ghazali ada..bilik Azlan pun dekat, so dia pi amik dan buat dgn ghazali at hook btul! akak penceramah plak, pandai2 la amik masa nak cover apa yg sepatutnya tu..suruh adik2 kluarkan ketas dan tulis kelemahan masing2..jgn bgtau org lain..sambil2 depa tulis tu, bg dgr lagu sekeping hati, lagu jalinan, kasih mesra dan kawan...then panggil sapa2 turun bawah utk bgtau apa kelemahan yg ditulis..so, akak gayah cubala neutralkan balik..ni pakai kaedah psikologi..semoga adik2 ni dapat atasi kelemahan tu..

alhmdulillah, ghazali dan lan berjaya menyiapkan kotak tu nicely..tak sgka org laki buat keje kemas btul. heh, makasih ya. malu sy rasa..

dalam kotak tu ada wajah seseorang..semua pakat2 nak tgk..so, ada la dua tiga org yg terpilih utk tgk..akak gayah bawak pi tgk kat hujung dewan lagi..semua org lain tak boleh tau. then, adik yg tgk tu kena bgtau apa sifat positif yg ada pada org tu..akak mintak semua sifat positif yg diperlukan utk seseorang berjaya diberikan oelh adik2..waa..pakat2 jawab sampai akak pening. bila suruh angkat tgn, pakat2 angkat tgn..aktif btul budak2 kan? cuba suruh budak2 U, huhu...ajaib binti hairan la kalau ada yg berebut2 nak jawab..bukan kata kat sapa2, aku pun sama ja..heheh..erm, ada adik yg first ni, bila kak gayah pesan tak boleh cakap kat org, sapa yg ada dlm kotak tu, dia pekup mulut dia..heheh..pastu bila naik kat tempat dia, abg2 fasi quarantine plak dia..heheh..jujur adik ni..

then, ramai lagi yg nak tgk tp takleh lg..kira box ni jadi umpan la utk adik2 ni turun bawah and say their words..suke la! akak gayah ni mmg nakal sikit ya..hehe..nama pun bakal cikgu, kenala cerdik nak tackle anak2 murid..=)

then, ajak adik2 ni main silap mata menggunakan tarikh lahir..time ni ada la yg panggil kak gayah ni, ustazah..hehhe..puas dah bahasakan dri dgn akak..ustazah jugak yg dipanggil..erm, tp mmg patutla, pemilihan pakaian akak ni, jubah biru dgn tudung biru cair..sekali pandang sebijik mcm ustazah la...2-3 kali pandang lagila nmpk mcm ustazah..huhu..

at the end of the magic, semua akan dapat jawapan 9..moralnya, Allah ciptakan kita semua sama..yg membezakan kita hanyalah...??

ada adik yg jawab, jantina..selain dari tu? laki dan perempuan..(heh, sama la tu dik..=) nak pggil adik2 ni turun, kotak misteri tu la jadi umpan lagi..heheh..

pengajarannya, yg membezakan manusia ialah TAQWA..=) ni masanya selitkan dakwah sebenar..masuk gak cerita pasal mak ayah, anak yatim, syurga dan sbgnya..

pastu main teka teki..=)

after that, akak suruh adik2 ni gumpalkan ketas yg depa tulis kelemahan tu..then akak suruh adik2 baling ketas tu sejauh yg mungkin..erm, akak gayahla yg jadi mangsa...pakat2 baling kat akak..huhu..apala dosa akak..benci sgt ke kat akak nii???huhuh...abg2 fasi pun marah kat adik2 nii..buat kat penceramah camtu? hehehe..by the way, tak rasa papa pun..best ja..saja buat gimik kat adik2..
then, akak tanya apa sebenrnya yg dibaling tu? erm, semestinya diorang baling kelemahan masing2..

ok, pastu akak bagi adik2 ni tgk kotak tu one by one..=) tau apa dlm kotak tu? heheh..dalam tu ada cermin..so sapa ja yg tgk, akan nmpak diri sendiri yg mempunyai semua sifat positif yg disebut tadi...so, adik2 ni hebat..semua boleh berjaya sebenarnya..cumanya kena atasi segala kelemahan..

hehe..best tak modul ni?? herm..nak yg ori, emel teman ya..tq utk dik fairuz yg bg modul ni kat kak gayah..

then, main along kata plak..=)

main punya main sampai dah letih dah akak nii..sampai cakap sambil duduk atas kerusi..erm, sora pun dah tak larat nak kuar..so tibala hujung ceramah..akak mintak adik2 ni tulis apa yg dah depa dapat sepanjang hari ni dan apa yg dpt pada part kak gayah..

alhmdulillah, syukur sgt dan puas hati sbb dapat feedback yg bagus2..semua faham ttg setiap pengajran modul dan rasa gembira..tak mengantuk..

Ni salah satu daripada refleksi yang akak gayah dapat..

" Pada hari ini saya berasa sungguh gembira kerana mempunyai seorang kakak yang peramah, baik hati dan mulia. Kakak itu juga mengajar saya serta kawan-kawan yang lain cara-cara untuk mengatasi kelemahan diri yang kita ada sekarang ini. Kemudian kaka itu mengajak saya serta kawan-kawan permain (ni salah tatabahasa sikit ni dik) Along kata. Dalam permainan ini saya mendapat banyak pengajaran seperti

1. Kita haruslah mendengar arahan along
2. Kita harus fokus
3. Kita mesti ada kejujuran"

alhamdulillah...
akhir sekali tibalah masa nak undur diri..

akak tnya adik-adik kenal tak dgn akak yg kat depan ni?

" tak kenal sgt..tau nama ja akak rogayah.."
heh, so dah tak kenal taknak tnya papa ka?
herm..pakat2la tnya pastu..yg nakai sikit tnya ada boyfriend dak? erm, jwpnnya, akak ada ramai borfriend..semua abg2 fasi ni pun bf akak..heheh..kecewa adik tu..ada lagi yg siap mintak no phone..
ermh3..budak2 zaman sekarang..by the way, akak ni sporting..boleh nak bg nombor, syaratnya bila msg, nyatakan siapakah diri anda..iA, segala bantuan boleh dihulurkan..

Alhamdulillah, akhirnya 2 jam yg diberi berjaya dimanfaatkan sebaiknya..benar2, tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan Allah..

Buat adik-adik tersyg,
Jadilah anak yg soleh solehah, murid yg baik, shbt sejati dan hamba Allah yang bertaqwa..=)


Salam syg,
-Akak Ct Rogayah-
917 pm, 17hb Mac 2008
-USM-

Saturday, March 15, 2008

Selamat Bertugas Pimpinan Baru..=)


Assalamu'alaikum wbt.


Syukur pada Allah sebab bagi kesempatan menulis lagi. Kesibukan yang baru berlalu telah pun menghadiahkan pelbagai kelebihan pada diri yang serba kekurangan ini.


Alhamdulillah..Teman baru ja melepaskan satu amanah kepada junior2 baru..NYDP 1 Persatuan Ilmu Pendidikan USM sidang 2007/08 telah beralih tugas kepada adik hanafi..dik, tlg Hisyam, Jannah, Syarilla, Hasanah, Ibnor dan Shila ya..semoga kalian, MT PIP yg baru ni tak luntur semangat nak bantu shbt2 school kita utk menjana potensi diri terutamanya dalam meningkatkan kemahiran insaniah.. jadi mcm abg jeff..dulu, abg jeff mmg jadi pemimpin yg paling hebat spnjng akak kerja dgn dia. Dan dia tak penah kata tak boleh.byk prgm yg dijana merupakan prgm yg out of the box. contohilah abg jeff, kak ej, kak fairos, kak aini, kak habsah dan abg ihsan. K gyh doakan kalian meneruskan kecemerlanagn pimpinan abg jeff. rapatkan hubungn dgn pensyarah2. dan anggaplah segala kesulitan sbg cabaran..cabaran itulah sebenarnya sebuah tarbiyyah utk menyiapkan kita kepada agenda yang lebih besar pada masa hadapan insyaAllah..


Buat mantan YPD ku, sedara Jeff..mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang menjadi sayap kiri kepimpinan PIP sidang lepas. Walaupun kdg2 jeff buat kami semua tension, tp tension tu dah jadi kenangan indah skrg. ingat lagi mula-mula dulu, ana penah demam sbb terlalu byk p meeting..heheh..tgk2 demam denggi..huhu..mmg kenangan..=) buat shbtku ej yang dah jadi SU yg mantop, fairos (SUK), Ihsan (NYDP 2), Kak Aini (Bendahari kehormat) dan siti habshah(Bendahari 2), syukran jazilan atas segala kerjasama yg telah kalian bg..sapalah kita tanpa sorang daripada kita..


buat semua exco2 ku..shida, ayu, aini, nadiah, sani, zahid, jasni, anas, kak yani, ajudin, nadmi, vestly dan semua sekali yg tak tersebut kat sini..kalianlah yang menjadi dahan-dahan dan ranting-ranting kepada pohon PIP kita..alhamdulillah, akhirnya kita dapat bunga2 yang indah dan buahnya juga manis..semoga segala usaha kalian dan kita semua selama ini, Allah kira sebagai ibadah di sisiNya..ameen..


juga buat TE2 yang dikasihi, kalian pula merupakan tunas-tunas kepada pohon kita..kalianlah yang akan terus menerajui PIP selepas ini..kalian akan bertumbuh menjadi ranting-ranting dan dahan-dahan pula untuk terus menyokong pohon kita yang semakin rendang..


buat semua ahli PIP dan shbt2 dari school ilmu pendidikan, kalianlah daun-daunan yang meneduhkan bawah pohon kita..tanpa kalian, tiada aktiviti dapat bergerak seperti yang dirancangkan..


Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita kerana kelalaian kita dalam menjalankan setiap amanahnya..dan semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang menolong agamaNya..ameen..


SelAmAt BeRtUgAs WaHai pImPiNaN bArU..=)
-Bintubahariyah-
0000 am
16 mac 2008.