Friday, June 13, 2008

Memorandum MPP ProM utk TNC HEP tersyg..

~Masjid USM~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Memo yang dihantar kepada ayahanda Prof Omar Osman..

MEMORANDUM TERBUKA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM / PRO-MAHASISWABERHUBUNG MALAM CITRAWARNA

PADA 21-22 MAC 2008

Kepada:
Y. Brs. Profesor Madya Omar Osman
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia

Jumaat, 28 Mac 2008.Pejabat Hal Ehwal Pelajar USM

PENDAHULUAN

Kami, Barisan MPP Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia sangat prihatin dan peduli pada isu-isu kebajikan mahasiswa; termasuk Malam Citrawarna baru-baru ini. Segelintir mahasiswa yang terlibat telah berjumpa dan merungut kepada kami tentang perkara di atas.Kami pada asasnya sangat komited dengan program-program kebudayaan Malaysia, terutama program-program yang mampu menjana kecemerlangan mahasiswa selaras dengan visi dan misi Universiti.Walaupun demikian, Malam citrawarna tersebut dilihat kurang mempamerkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia dan ciri-ciri aspirasi universiti itu sendiri.Bagi kami, mahasiswa patut digalakkan berpartisipasi dengan program-program rasmi universiti. Namun, program-progam tersebut mestilah berlandaskan prinsip keintelektualan mahasiswa dan universiti. Justeru, kami barisan MPP pro mahasiswa sebulat suara ingin menggesa pihak universiti supaya menilai semula penganjuran Malam Citrawarna samada ia memenuhi aspirasi kebudayaan dan hasrat universiti dalam melestarikan integrasi kaum dalam kalangan warga universiti.

PENDIRIAN TERHADAP MALAM CITRAWARNA

Seperti mana yang kita sedia maklum, latihan malam citrawarna amat membebankan mahasiswa kerana mereka telah mula berlatih seawal jam 9 malam dan hanya akan tamat latihan sekitar jam 3 hingga 4 pagi.Selain itu, terdapat juga mahasiswa yang diugut tidak akan diberikan hak penginapan desasiswa sekiranya tidak memberikan komitmen terhadap program ini.Suka diingatkan di sini bahawa Malam Citrawarna ini juga masih dalam periodisasi umat Islam menyambut Maulidurasul sedangkan realiti yang berlaku dalam penganjuran citrawarna tersebut menunjukkan penggiat dan penonton bergaul bebas. Maka, penganjuran ini dilihat telah menyentuh sensitiviti umat Islam sekaligus imej murni universiti akan dipandang serong kerana rata-rata pentadbir universiti adalah beragama Islam.Kami juga berpendirian bahawa penganjuran citrawarna ini hanya memfokuskan kepada kecemerlangan jasmani dan mengabaikan tiga lagi aspek penting dalam pembentukan modal insan yang holistik, iaitu emosi, rohani dan intelek. Hal ini secara tidak langsung telah mempamerkan kepincangan dalam usaha memanifestasikan hasrat murni universiti dalam menghasilkan modal insan berkualiti.Justeru, kami berpendirian bahawa Malam Citrawarna ini adalah kurang rasional dan perlu dikaji semula. Kami amat khuatir akan prestasi akademik penggerak dan juga peserta program tersebut. Fenomena ini juga boleh mencalarkan imej universiti pada pandangan mata masyarakat dan ibu bapa.

TUNTUTAN KAMI, MPP USM PRO MAHASISWA:

1. Mengkaji semula tujuan asal dan implikasinya terhadap pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa.
2. Universiti perlu menjelaskan pendirian rasmi Universiti terhadap program tersebut terhadap memorandum ini.
3. Universiti juga perlu mengeluarkan satu garis panduan pempiawaian program dengan mengambil kira kepentingan budaya, agama, keintelektualan dan realiti kebajikan mahasiswa itu sendiri.
4. Menuntut universiti menubuhkan jawatankuasa pemantau program-program universiti dan MPP pro Mahasiswa sedia untuk mengisi keanggotaan jawatankuasa tersebut demi menjaga kesejahteraan kampus sejahtera.

Justeru, kami Barisan kepimpinan MPP Pro mahasiswa menaruh harapan yang tinggi agar tuntutan kami ini dipertimbangkan, seterusnya dilaksanakan demi memelihara nama baik universiti dan kebajikan pelajar itu sendiri. Kami juga bersedia pada bila-bila masa untuk berbincang mengenai kebajikan mahasiswa dan kepentingan universiti.

Sekian, terima kasih.

“PRO MAHASISWA SEDIA MEMIMPIN”
“WE UNITE FOR STUDENT’S AGENDA”

Disediakan oleh,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO MAHASISWA USM
SESSI 2007/2008

salam. memo ni..walaupun dah lambat sgt baru disiarkan..huhu...ayahda omar, kami nak jumpa ayahda lagi..rindu rasanya..
utk shbtku mhsswa USM yg tercinta..
kita sama2 berjuang. ingat balik tujuan kita..
jgn takut pada sesuatu yg tidak berkuasa apa pun.
ingat balik sabda nabi, kalau mereka berkumpul utk menghilangkan sesuatu darimu, ianya takkan hilang melainkan dgn izin Allah. jika mereka berkumpul utk memberikan sesuatu kpdmu, engkau takkan mendapatkannya tanpa izin Allah..
ingat, bukan ajal, maut, jodoh pertemuan ja di tngn Allah...semuanya di tgn Allah..
kalau kita tgh jalan2 dgn awek or pakwe kita, tiba2 tersepak batu, tu pun dari Allah. kalau kita dok syok menari utk citrawarna tu, tiba2 hujan turun, tu pun dari ALlah..
kalau kita dah prepare utk masuk exam, tiba2 ja blurr, tu pun daripada Allah. kalau kita plan nak balik kampung hari raya haji target sampai kul 2 ptg. tiba2 bas penuh, tiket takdak, bas rosak, semua daripdaNya..
dan semuanya daripada Allah..susah ka senang..semuanya merupakan bentuk2 ujian utk kita..so, apa yg anda takut pada makhluk yg sememangnya tak berkuasa satu apa pun bila segala nikmat yg Allah pinjamkan padanya ditarik balik????

wallahua'lam

bintubahariyah,
414 pm
13 jun 2008
alor star, kedah.

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah, satu usaha yang mantOp InsyaAllah..Semoga Allah permudahkan...