Sunday, August 16, 2009

Konvo: Saya tak rasa papa pun..

Assalamualaikum wbt.


Minggu lepas sibuk btoi dgn konvo. sblm tu pi kelantan, jalan2 cari bisnes. apapun takdan nak prepare utk konvo. sbnrnya saya mmg takdak hati pun nak konvo. tahun lepas lg dah cakap kat mak, 'adik takmau konvo la mak..' huhu..mak pun ok ja. bukan ada apa pun dgn konvo. sktpun saya tak rasa bersohor pun. habis tu, cmna boleh p konvo jugak ni kak?

Lepas Kahwin

"Yah takmau konvo la abg.."

"Awat lak?"

"Takdak hati la..bukan ada apa pun dgn konvo tu..setakat nak ambik scroll ja, tak payahla nak buang2 duit lak.."

"Tau dak sejarah konvokesyen?"

"Taktau."

"Konvokesyen pertama di dunia dibuat kat universiti al-azhar tau? Depa buat utk menghargai ahli-ahli ilmuan islam..ha..asai konvo dari islam..cuma jubah tu ja bukan yg islam punya.."

"Tu ka? tak penah tau lak."

"So, abg nak tgk yah konvo..isteri abg ni..abg bangga tau dgn isteri abg nii.."

"Erm..malaihnya.."

"Abg nak yah konvo gak k?"

"Erm..."

Finally, jadi jugak konvo. cik abg ambik cuti la nak p jugak. bos dia pun ucap tahniah. hihi..
Punya saya tak siap papa, kasut hitam pun baru p beli 2hari sblm konvo, baju pun baru cari kat tapak konvo tu sendiri. cik abg punya pasal, konvo jugakla saya. yg ptg, saya dah buat dia bangga dgn saya..mcm tu jugak dgn mak..tak konvo pun, mak dah senang hati dgn anak pompuan tunggal sorg nii..alhmdulillah..


Waktu dalam dewan

Lepas dah habis ambik kat NC, saya pun straight jela jalan ke depan. tp tiba2 dgr suara org ucap tahniah kuat jugakla..tak kalih pun la..maklumla waktu tu kira skema la..risau gak topi jatuh. pastu, jalan laju-laju dan sesampai saja di tempat duduk, topi terus nak tercbut! haha...mmg lawak..kwn2 sebelah, shida dan wan pun kalut tolong buang jarum semua..haha..nasibla tak jatuh atas stage tu..buat mayuya...huhu..

Dah pasang balik topi, baru teringat ucapan tahniah tu..sapa ek? usha punya usha atas stage tu, rupanya Dr. Omar Osman yg wish..TNC HEP..erm, mmg dia tak lupala org yg rajin p 'ziarah' dia kat HEP waktu jadi MPP dulu..hihi..by the way, makasih byk nae Dr Omar..saya tak perasan..
Ni saya upload skt gmbr konvo. yg best sgt pun time konvo, dpt jumpa ramai shbt, adik, dan senior..depa pakat2 turun..



~Ni tak cukup semua pun lagi ni..ramai lagi yg tak mai..


~Dgn suami dan Hayat..budak ni minat sungguh kat suami saya..abg baca doa apa la tu..? Trm ksih abg bg bunga cantik tu kat yah..mayuya ms dapat tu..bukan senang nak jumpa bunga kaler biru tu..hihihi..




~Pandai Kak sarah dan mas menyelit ek? elok2 ja..ingat dgn soba dan aisyah ja..gmbr ni sweet sgtla..=)



~Time ni byk sgt kamera..yam mesti dok tgk kamera ustaz amir tu..hihi..




~Dgn Sern dan Reen (my rumate..) depa ni la tukang boh pin kat jubah yg besaq tu..siap dapat hadiah lagi depa bagi..terharu la..huhuh..

~Dgn ayu dan azni..

~Dgn adik Mashi dan adik Shaq..

~Ni gmbr pre konvo..ct habsah, azni, nik dan cik gayah..

~ Budak 86 yg mai ptg tu cuma kita ja kan? Kumbang bukan seekor..hihi..sbb ada lg kumbang yg tlg ambik gmbr ni..

~Gmbq ni mmg cun.. tp kita silap ambik port ni..cuba tgk kat atas tu..dia tulis selamat datang pelajar baru..kita ni pelajar tua dah...huhu..

Dahla kot...byk lg sbnrnya, tp malas dah nak upload..semoga ilmu kita semua diberkati Allah, bermakna utk kehidupan dunia akhirat kita..dan, semoga kita termasuk dalam golongan yg mendapat naungan pada hari yg tiada pertolongan melainkan pertolongan daripada Allah semata..
..bintubahariyah..
..4.37..
..18/8/09..
..TSB..

8 comments:

masyi said...

salam...
betul semoga ilmu yg kita dpt diberkati Allah..Ingatlah .sesungguhnya ALLAH S.W.T menyukai org yang berusaha keranaNya...Moga kita menjadi insan cemerlang dunia dan akhirattt.....

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

k.gayah !
wahh, beznya nek amek scroll tuh..
terharu2.. *tetiba lak..*
bez2..
btw, milli0n c0ngratz !
cikgu siti rogayah..~
^_^

Nooreena said...

Salam Gayah dearie... Rindunya Rina Lim pada Gayah. ;)

Gayah tau tak? Kebanyakan orang yang Reen jumpa dan kenal (yang grad tahun ni), 80% daripada mereka tak bersemangat untuk konvo. Termasuklah diri Reen tahun lepas. Tapi disebabkan untuk menggembirakan hati ibu ayah, Reen mai jugak. Tiada apa yang lebih gembira daripada menggembirakan hati-hati mereka yang kita sayang kan Gayah? :)

Tak tersempat lagi nak melawat Gayah di rumah. Ada kelapangan nanti, kami sampai ya. Salam rindu dari kejauhan. (tak jauh mana pun) Hihi. \(^^.)/

Dayah @ Real Ummu said...

salam
tahniah..rugi tau kalau tak p konvo..ye la..kalau tak sambung dah , this is only time nak pakai jubah dgn topi ( sampai senget bengek tudung kkdg)..

wajib ada gambaq kat ARENAR kan...teringatnya masa zmn kakdayah konvo dulu..

Siti Rogayah Bahari said...

~Masyi..thanks tumpangkan akak kat bilik masyi haritu..selesa..walaupun sat ja dok situ..=)

~Srikandibiologi..hihi..makasih ya dik..nnt adik lak konvo..iA..

~noreena..tula cik rina lim..cemuihla tgk org konvo tu..sbb sejak 1st year lg dok tgk org konvo..1st yr dulu mmg semangatla sbb tak sabr dah nak keluar U..haha..

ok, iA raya nnt la mai rumah gayah..bawak kuih raya jugak ek? hihi..

~Kak dayah..ha'a, bleh gak merasa pakai jubah dan topi senget tu..
gmbr kat arena mmg wajibal ghunnah..nak cari shbt2, mesti p sana la..kalau x, tak jumpala..tobat..hhihihi..

bintubahariyah

ruwaidamokhtar said...

Tahniah gayah!! Akhirnya gayah dan nadia dah berjaya memegang ijazah..Wan masih lagi meniti titian perjuangan yang makin payah ni.Doakan wan jugak dapat konvo next year..

Siti Rogayah Bahari said...

ruwaidamokhtar

~makasih byk wan..iA gyh dgn nad tggu wan dgn nefah lak konvo tahun depan..pastu kita buat planning baik punya utk bisnes shbt kita ber4 iA..hihi..