Sunday, December 06, 2009

Dajal Dah Sampai? Biaq Btoi?


Assalamualaikum wbt.

Maaf buat hubby, ej, kak fiza dan semua kalau2 ternanti-nanti blog ni diupdate. Lama dah buat taktau kat dia sampai bila sedar dan sebulan kosong. Yg bulan 11 busy dgn sekolah. maklumla baru ja nak jadi cikgi. Dah cuti sekolah plak, charger plak rosak. Baru ni baru p pc fair kat pisa nak beli yg baru. Ingatkan kena keluaq rm70 dah. Alhmdulillah tak jadi sbb yg rosak kabel ja. Dari rm70 boleh turun jadi rm8..hihi..syukur..tula kan, Allah lapangkan rezki hamba Dia dgn 10001 cara..bukan kena tunggu banyak duit baru nak kata Allah murahkan rezki saja. Dengan mengurangkan nilai perbelanjaan pun murah rezki namanya tu. Hihih..

Dalam entry kali ni, saya lebih suka nak cakap pasal sebuah buku yg saya baru habis baca bertajuk “Kemunculan Dajal dan Ya’juj dan Ma’juj” karangan maulana Muhammad Ali yg bangchu saya bagi pinjam baru ni.

Secara keseluruhannya, saya kurang best dgn pengolahan dan bahasa yang digunakan. Byk silap tatabahasa (maklumla bekas pemantun negeri kedah yg cukup menjaga bahasa…HAHA) mungkin penulis ni terjemah buku dari bahasa arab ke bahasa melayu kot. Mungkin jugak takdak editor yg buat semakan seblum buku ni diterbitkan. Tp isi kandungan dia mmg mantap dan membuatkan kita sendiri tak sangka apa yg selamanya ni kita percaya sebenarnya Cuma kiasan saja. Ok, saya akan bg point2 penting jela dari buku ni. Takkan nak tulis balik. Kalau nak baca betul2, beli sendiri jela..^_^

Siapa dajal?

Dalam hadith ada suruh kit abaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah al-Kahfi dan kita dijamin selamat dari fitnah dajjal. Kenapa ayat2 tu? Cuba kita cek balik erti ayat2 tu. Semuanya bercakap pasal bangsa nasrani yang kata Allah ada anak, yg sukakan kebendaan.

Maksud dajal dikatakan sebagai penipu. Maksudnya, dajal menipu manusia dgn kebendaan dan keindahan duniawi. Dajal ni bukan hanya seorang manusia. Tp ialah sekumpulan manusia atau bangsa. Kalau kita fikir ikut logic akal, sempatka seorang manusia nak p jalan kat semua tempat di muka bumi ni kecuali mekah dan madinah untuk ajak org ikut dia?

Saya rasa lebih mudah utk saya terangkan maksud semua benda yg berkaitan dgn dajal, ya’juj ma’juj dan maksud hadith2 nabi yg lebih kepada perumpamaan.

DAJAL = BANGSA NASRANI (bukan seorang manusia)
BERMATA 1 = HANYA MELIHAT DUNIA, TIDAK MELIHAT AKHIRAT
MATA KANAN BUTA= BUTA AKHIRAT
MATA KIRI BERSINAR BAGAI BINTANG = MELIHAT KEINDAHAN DUNIAWI
MENGALIR BAGAIKAN AIR = PERNAH BERJALAN DI SEMUA TEMPAT DI SELURUH DUNIA KECUALI MEKAH DAN MADINAH (kafir diharamkan masuk 2 tempat ni)
PERGERAKAN LAJU BAGAIKAN AWAN DITIUP ANGIN = KAPAL TERBANG, ROKET
BUMI AKAN DIGULUNG UNTUKNYA = BERGERAK SANGAT PANTAS HINGGA BUMI TERASA KECIL UNTUKNYA
IA AKAN MENGGENGGAM AWAN DI TANGAN KANANNYA = TERBANG MENEMBUS DAN DI ATAS AWAN
MENDAHULUI MATAHARI DI TEMPAT TERBENAMNYA = KAPALTERBANG TERBANG LEBIH CEPAT DARI JALANNYA MATAHARI (orang yang berangkat di timur pada pagi akan sampai di barat seblum matahari terbenam)
LAUTAN HANYA SEDALAM MATAKAKI DAJAL = KAPAL SELAM
KELEDAI DAJAL YANG MEMPUNYAI TELINGA YANG BERJARAK 20 YARD ANTARA KEDUANYA = KERETAPI YANG PANJANG
DAJAL MENGELUARKAN KEKAYAAN BUMI = SEMUA MINERAL BUMI DIAMBIL BANGSA NASRANI TETAPI BANGSA LAIN HNYA MENJADI BURUH.
SAHABAT DAJAL HIDUP SENANG, MUSUH DAJAL SENGSARA = SAPA YANG IKUT DAJAL MESTI KAYA RAYA SEDANGKAN ORANG YANG MEMUSUHINYA NAK MAKAN PUN SUSAH.
DAJAL MENYERUPAI ROH IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL = ADA BANTUAN JIN KAFIR DAN SETAN DI SEBALIKNYA KERANA JIN DAN SYAITAN BOLEH MENIRU RUPA MANUSIA DAN MUNCUL UNTUK BERCAKAP-CAKAP DGN MANUSIA (SPIRITISM)
YAHUDI ADALAH TENTERA DAJAL = YAHUDI PENGIKUT DAJAL KERANA MEREKA KAYA-RAYA UNTUK BANTU BANGSA NASRANI MENCAPAI MATLAMAT MENGUASAI DUNIA.
ANAK LUAR NIKAH = TENTERA DAJAL JUGAK SBB DAJAL MENGGALAKKAN SEKS LUAR NIKAH DAN PERGAULAN BEBAS.
LEKAKI MENJADI WANITA DAN SEBALIKNYA = BANGSA NASRANI MENGAJAR BUDAYA PEREMPUAN BERAMBUT PENDEK, PAKAI SELUAR DAN MENGAJAR LELAKI MEMAKAI BAJU KETAT, BERAMBUT PANJANG DSBG.
PENYEMBUHAN AJAIB = DOKTOR YANG BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT PELIK SEKARANG INI.
YA’JUJ MA’JUJ = KUASA POLITIK DAJAL
MATAHARI TERBIT DI BARAT = CAHAYA ISLAM AKAN MULA BERSINAR DI BARAT, DIANUTI RAMAI ORANG EROPAH.

Dah baca semua maksud ni, paham dak? Saya nak terus buat kesimpulan..dajal ni bukan seorang manusia ja. Tak logic sangatla seorang manusia nak buat semua benda yg dajal tu buat..cth pling senang, camna dia nak p semua tempat di dunia ni nak ajak orang jadi kafir? Kalaula satu tempat tu sejam, dia perlu beratus tahun utk sampai ke semua tempat. Mana dia dan. Lani umur 70 pun kira dah tak berapa kuat dah.


Apa yang nabi bgtau tu semua daripada ilmu kerohanian baginda yang sangat hebat yg Allah bagi kat baginda. Semua tu perumpaan yang nak suruh kita fikir. Kalaula betul dajal tu mmg manusia bermata 1 dan menepati semua ciri dajal, takkanla kita tak kenal dia dan masih nak ikut dia? Tp bila dia mai dalam bentuk bangsa ni, ramai tak orang lani yg ikut dia? Ramai kan? Sebab dia bg kemewahan dan dunia kepada manusia lani. So, sedar tak sedar dah ramai pun yg ikut dia secara langsung (murtad) dan tak langsung (hiburan, gay, homoseks, lesbian, taknak solat, posa dsbg)..

Kalau ya’juj ma’juj plak, kuasa politik amerika lani. Mana ada kuasa lain dapat lawan depa? Adaka? PBB pun hok depa la. Majlis keselamatan mana ada orang islam. OIC? Ni patung ja. Tunggul. Tak leh nak lawan langsung si kafir tu. Mmg tak boleh. Kita tak mampu sampai suatu masa Nabi Isa turun berhujah dgn kafir, sedarkan depa balik pasal kesilapan depa selama ni.

Selama ni saya sendiri tak terfikir lgsg pasal semua ni. Mana logic kalau dajal tu mcm tu betul2. lani kan kita byk ikut logic akal…erm, maknanya dajal tu dah lama mai..dah lama dok ada di sekeliling kita. Kita ja yg tak perasan dan terus dok ikut dia lagi kan? Na’uzubillah..

Matahari pun dah lama dok terbit kot barat. Bumi pun dah jadik mcm2 ketidakstabilan lani. Mmg tak lama dah nak kiamat ni..semua tanda tu dah ada depan mata kita. Wallahua’alam…

P/S: kalau ada papa yg perlu dibincangkan, jangan ,malu jangan segan..mari kita berdiskusi. insyaAllah..=)

6 comments:

HaRiz^M said...

emmm, tima kasih gayah, mugkin post ni dapt mengetuk sesiapa yang tengah lalai...tapi kalulah betul dah lama matahari terbit dari barat, bermakna, Allah dah tak terima ke taubat kita...emmm parah tu...tolong terangkan.....

Siti Rogayah Bahari said...

salam ejay..tq tnya. gyh pun baru perasan bila ej tnya. mmg ada hadith ckp camtu.

"Barangsiapa yang bertobat sebelum matahari terbit dari barat, niscaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim, No. 2703.

"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima tobat seorang hamba selama ruh belum sampai ketenggorokan".

ni pendapat gyh ja..matahari terbit sebelah barat tu nak menggambarkan dah dekat sgt dengan kiamat. dari sudut kesedaran org eropah di barat, mungkiin belum menyeluruh. sbb masih ramai jugak yg masih sesat dan tak nmpk islam.

gyh lebih prefer yakin dan percaya Allah terus terima taubat hambaNya sebelum nyawa dah sampai ke halkum. iA Allah akan terima taubat hambaNya sblm kita mati. mati pun kiamat jugak, kiamat kecil.

wallahua'lam. kalau ada sapa2 yang tau, bgtaula nae. tQ ^_^

gayah

ABU IFFAH said...

Nice:) Dengaq-dengaq jugak pasai ni. Semoga mata lebih terbukak luas lepas ni melihat lebih jauh musuh yang sebenarnya sudah berada disekeliling kita. Ameennn

Panglima Kungfu said...

Salam kak..
sekadar untuk dikongsi apa yang diketahui oleh saya.

Seblum memulakan bicara maaf saya tak dapat serta hadis secara penuh. (Lemahnya aku ya Allah).Berkenaan dengan dajjal. Secara mafhumnya, dajjal itu adalah manusia. Hal ini kerana, pada zaman Rasululullah SAW para sahabat telah bertanya tentang fizikal dajjal itu. Nabi SAW menerangkan spt apa yang ada di dalam post akak ini; bermata satu dan sebagainya. Nabi SAW ada menerangkan lebih kurang maksud, "Jika kau nak tengok wajah dajjal. Maka lihat kalian pada wajah si pulan bin si pulan"

Berkenaan bilakah dajjal datang/muncul??. Khalifah Syaidina Umar al-Khattab bertanya kepada Nabi SAW tentang dajjal. Di mana selepas Nabi SAW menerangkan perihal dajjal. Lalu bangkit untuk membunuh dajjal. Nabi SAW bersabda, "Umar, tak perlu kau bunuh dajjal. Kalau ada sekali pun dajjal sudah pasti aku yang membunuhnya." Nabi bersambung, "yang membunuh dajjal itu adalah Nabi Isa".

Kita tidak tahu kapan bila dajjal itu muncul. Secara mafhumnya, dajjal belum hadir. Dan untuk menunggu Nabi Isa muncul pula. Ketika umat Islam sudah bersatu di bawah satu pemerintahan Islam iaitu Khilafah mengikut jalan Kenabian.

Kini umat belum bersatu lagi dibawah naungan Daulah Khilafah!!

Maaf, sudah lama tidak berbicara tentang ini. Maklumat makin lupus..huhuhu

Jika ada pembetulan dan penambahan dipersilakan.

Siti Rogayah Bahari said...
This comment has been removed by the author.
Siti Rogayah Bahari said...

Panglima Kungfu
Salam. benar semua tu. dalam buku tu pun ada cerita. yg dimaksudkan dgn Nabi yg akan membunuh dajjal tu dihuraikan dalam buku tu bermaksud membunuh menggunakan hujjah dan dalil.

benar jugak dajjal ialah manusia. tapi manusia yg merupakan sebuah bangsa.

wallahua'lam. nnti carila buku tu. nipis ja. mudah2an lebih byk ilmu utk kita kupas, iA..

k, tq sbb sertakan hadith di sini sekali.

bintubahariyah