Friday, January 29, 2010

Kenapa Bertukar drpd PENDIDIKAN kpd PELAJARAN?

~Aku ni dah tua..tau umoq aku berapa? Tekala sendiri..hihi..disebabkan aku ni dah lama hidup, aku pun pelek awatla cikgi2 ni tak dpt kuaca nak didik budak2 lani? budak2 la terok btoi. sampai aku yg tua ni pun depa tak hormat. herhhh..

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah..syukur atas segala limpah rahmatNya..

Baru sebulan bergelar guru, dah demam dah saya. agaknya, apa penyakitla nak dapat dalam bertahun-tahun akan dtg ya? Herm..

Balik dari sekolah, mangsa pertama mendengar segala cerita mestila hubby.. ada saja kerenah murid, guru dan kerja-kerja utk diluahkan. kerja byk tak apa, asalkan tahu apa nak dibuat. yg jadi tak best, bila nak kena buat benda yg tak pernah tau dan tiba2 mcm2 masalah pulak timbul walaupun dah ikut semua langkah yang diajar. Huuhhh..

Berbalik kepada persoalan tajuk, kenapa ya agaknya nama kementerian tu berubah? Dulu zaman saya belajar, namanya Menteri Pendidikan. Mai zaman saya mengajar pulak, bertukar jadi mcm lebih slow skt, 'pelajaran'.

Makna keduanya ni pun dah jauh berbeza. Mendidik merangkumi semua, hati, dalaman, luaran, ilmu dan emosi. tapi pelajaran cuma berlegar pada ilmu. Mungkin sebab tu agaknya, guru pada zaman ini seolah diikat tangan. buat hukuman sikit, ibu bapa ajak masuk mahkamah. undang- undang yang membantu guru mendidik juga ditarik 1 per satu. bila guru didakwa, tiada pun undang-undang yang sudi membela guru sebaliknya undang-undang yang sedia ada dirombak sesuai dgn kehendak ibu bapa yang hanya tahu membela anak sendiri.

Nampaknya fungsi guru sebagai pendidik benar-benar telah berubah. sekarang, guru hanya bertugas sebagai pengajar di dalam bilik darjah. keluar bilik darjah, tak payah ajar apa-apa. mungkin sebab itulah agaknya budak-budak sekarang jauh berbeza dgn budak-budak dahulu dari segi kekurangajaran mereka.

Sudahla kita sedia maklumi, didikan dari rumah rata-ratanya kurang berjaya dewasa ini. Di mana lagi anak-anak boleh mendapat didikan kalau bukan di sekolah? Nak didik, tp tugas hanya jadi pengajar jer..apa bleh buat..


**bintubahariyah**
**1031 pm**
**setelah sebulan menjadi guru**

Monday, January 25, 2010

Saya Mula Rasa Public Canning Sangat Wajar

~Alangkah mudahnya mengajar anak kecil membaca Quran, tidak seperti mengajar budak besar umpama melentur buluh yang sudah keras..~

Assalamualaikum wbt.


Sudah hampir sebulan sesi persekolahan 2010 bermula. Hari-hari yang datang ialah kerja baru. Lepas selesai satu, datang lagi 10. baru saya mengerti tugas guru. tugas yang bukan hanya berhubungkait dengan ilmu dan akal, bahkan berlegar ke seluruh ruang hati dan perasaan. Mendidik kanak-kanak zaman sekarang, tiada siapa yang mampu berkata 'mudah'. Semua orang percaya, ianya memerlukan usaha keras. Siapa yang perlu berusaha? Pastilah guru di sekolah di mana ibu bapa meletakkan 100% tanggungjawab mendidik ketika anak-anak berada di sekolah.


Saya ditakdirkan Allah ditempatkan di sekolah yang mempunyai tahap pelajar dari A ke Z sebagai sekolah kedua. Bermula daripada kelas depan-depan, agak mudah mendidik dalam erti kata yang sebenar. Tapi, semakin melangkah ke abjad tengah dan belakang, skala cabaran berubah daripada mudah ke sukar.


Walaupun pelajar baru berusia kanak-kanak ribena, hormat mereka pada guru hilang entah ke mana. Di dalam kelas, bukan belajar yang jadi fokus utama. bila ditanya apa tujuan datang ke sekolah, mesti jawapan stereotaip yang diberi, BELAJAR..tapi lagaknya bukan seperti orang yang ingin belajar walaupun sikit.


Awal-awal buka sekolah, sudah bertimpa-timpa kes jenayah. tapi guru tidak berkuasa kerana kuasa guru untuk mendidik disedut perlahan-lahan oleh kementerian. kalau dulu saya sebagai pelajar, bila disuruh menjawab soalah karangan BM bertajuk, " Wajarkah hukuman rotan di khalayak ramai?", saya menjawab tidak wajar kerana memalukan pelajar. Tapi paradigma saya bertukar seratus peratus setelah saya sendiri terlibat secara langsung untuk mendidik pelajar.


Saya mula rasa Public Canning ini sangat wajar dijalankan kerana murid-murid hari ini sudah tidak terkawal disiplinnya. lambakan guru perempuan di sekolah pula menambahkan lagi kesukaran kerana murid memandang rendah kepada guru perempuan yang dianggap lemah. Kita memang tidak mampu menahan murid daripada menerima arus kemodenan di luar sekolah, namun kita masih mampu mengimbangi pengaruh itu dengan didikan menyeluruh di sekolah.


Tapi bila kuasa yang sedikit itu juga ditarik balik, apa lagi daya guru. Pembelaan selalu tidak menyebelahi guru. Bila anak-anak berjaya, anak-anak dikatakan pandai. Tapi bila mereka gagal, guru di sekolah yang dituduh tidak pandai mengajar. Terima kasih tiada, keji pula berkunjung tiba.


Murid-murid sekarang, bila dipanggil ke depan perhimpunan kerana melakukan kesalahan, sikitpun mereka tak rasa menyesal sebaliknya berbangga atas populariti yang baru diterima. Mungkin tempias dari dunia hari ini yang gilakan populariti. Nak rotan di khalayak, jadi satu kesalahan oleh guru. tak buat, budak-budak sikitpun tak rasa malu dan insaf.


Em, tiba-tiba ja saya terfikir pasal hukum hudud. Kenapa agaknya hukum hudud tu semua dijalankan di khalayak ramai ya? Pastinya nak bg kesedaran kepada masyarakat yang melihat supaya tidak buat kesalahan yang sama. bukan nak mengaibkan tapi nak menyedarkan pesalah dan juga pemerhati.


Kalau kita analogikan dgn merotan pelajar di khalayak ramai ni, pastilah tujuannya juga sama. Supaya pelajar terbabit sedar dan pelajar yang melihat mendapat pengajaran. jadi, di mana salahnya merotan di khalayak? uhhh...susahnya hati saya..


Tujuan saya menyatakan rasa hati ini bukanlah nak memperlekeh undang-undang yang dibuat kementerian. cuma saya sekadar menyatakan hakikat menjadi pendidik pada zaman ini. Tiada siapa yang memahami profesion keguruan ini jika tidak masuk terus ke dalam pintu sekolah dan menjadi guru sebenar.


Indah khabar dari rupa. Walaupun cuti kami 'nampak' panjang. Namun, dera gelora hati ini tak pernah surut sepanjang persekolahan. bayangkanlah andai cuti kami sama saja dengan profesion yang lain, pasti ombak tsunamilah memukul hati kami.


Kesimpulannya, bilakah agaknya kuasa guru untuk mendidik diberi sepenuhnya kembali?


Kuliah Agama Pengubat Jiwa

~Suburlah hati seperti pohon yang berbunga indah~

Assalamualaikum wbt.


Alhmdulillah, ada jugak sikit kesempatan waktu, tenaga dan idea utk menulis sesuatu dalam SH setelah agak lama ditinggal dgn entry lama. saya bersyukur kepada Allah kerana hingga saat ini, Dia sering ingatkan saya melalui pelbagai pengalaman baru bahawa saya adalah hambaNya yang tidak lama lagi akan kembali kepadaNya.


Profesion mulia sebagai guru jika benar diniatkan kerana Allah, pahalanya tidak sedikit bahkan mengalir bertali arus sampai ke dalam kubur andai ilmu yang diajarkan diamalkan oleh anak didik sehingga menjadi darah daging mereka. Walaupun saya kini bergelar 'guru' namun saya masih perlu sedar yang saya masih tetap perlu berguru.


Mengenali suami saya dgn lebih mendalam, saya juga mula mengenali guru-gurunya yang kini sudah saya jadikan guru saya pula. Alhamdulillah, dikurniakan suami yang cintakan ilmu agama, kerap kali mencari gali lubang-lubang ilmu melalui pelbagai bentuk kuliah agama. walaupun tak selalu, asalkan tak tinggal semuanya.


Kami bersama cuba jadikan kuliah mingguan PAKSI di Kompleks Tabung Haji sebagai sekurang-kurangnya memberi makanan pada jiwa kami sekali seminggu. kami cuba juga menghadiri kuliah ustaz Shamsuri di masjid Gelugor sebulan sekali. kadangkala, andai kekangan waktu menjadi penghalang, kami cuba dengar ceramah-ceramah daripada cd ataupun yang kami download sendiri. Semoga Allah terus buka jalan utk kami istiqamah.


Baru-baru ini, saya mengenali seorang tokoh agama dari Sik, Kedah yang merupakan tok guru suami saya sejak di tingkatan 2. Nama beliau ialah Tuan Guru Haji Salleh Sik. Belum pernah ada guru agama yang dalam ilmunya dan dapat menceritakan segala sesuatu terutamanya mengenai tauhid dan akidah sepertimana Tuan Guru Haji Salleh ini di Malaysia. rasa menyesal pun ada sebab tak pernah pun kenal dengan mana-mana guru sekolah pondok sebelum ini.


Bila sekeping hati kita sering disirami dengan bicara agama, insyaAllah, hati yang tandus, kan subur kembali, hati yang gelora kan damai kembali, hati yang rasa jauh dari tuhan, kan semakin dekat kembali, hati yang lemah, kan teguh kembali walaupun secara perlahan-lahan.


Saya yakin, di luar sana, ramai yang ingin berubah, ramai yang tahu diri bersalah, ramai yang tidak mahu mengulangi. namun tidak ramai yang mempunyai kekuatan. Nasihat saya, mulakanlah dgn mendengar dan berjinak-jinak dgn kuliah agama. cari jadualnya. pasti ada di setiap masjid yang hidup. jangan hanya mengharap pada khutbah jumaat kerana kadangkala pengisiannya tidak pun menyuburkan jiwa yang tandus itu.


InsyaAllah, cubalah dulu. Baru kita rasa kebenarannya.

Wallahua'lam.


Bintubahariyah,

1156 pm

25.01.10

TSB