Monday, January 25, 2010

Kuliah Agama Pengubat Jiwa

~Suburlah hati seperti pohon yang berbunga indah~

Assalamualaikum wbt.


Alhmdulillah, ada jugak sikit kesempatan waktu, tenaga dan idea utk menulis sesuatu dalam SH setelah agak lama ditinggal dgn entry lama. saya bersyukur kepada Allah kerana hingga saat ini, Dia sering ingatkan saya melalui pelbagai pengalaman baru bahawa saya adalah hambaNya yang tidak lama lagi akan kembali kepadaNya.


Profesion mulia sebagai guru jika benar diniatkan kerana Allah, pahalanya tidak sedikit bahkan mengalir bertali arus sampai ke dalam kubur andai ilmu yang diajarkan diamalkan oleh anak didik sehingga menjadi darah daging mereka. Walaupun saya kini bergelar 'guru' namun saya masih perlu sedar yang saya masih tetap perlu berguru.


Mengenali suami saya dgn lebih mendalam, saya juga mula mengenali guru-gurunya yang kini sudah saya jadikan guru saya pula. Alhamdulillah, dikurniakan suami yang cintakan ilmu agama, kerap kali mencari gali lubang-lubang ilmu melalui pelbagai bentuk kuliah agama. walaupun tak selalu, asalkan tak tinggal semuanya.


Kami bersama cuba jadikan kuliah mingguan PAKSI di Kompleks Tabung Haji sebagai sekurang-kurangnya memberi makanan pada jiwa kami sekali seminggu. kami cuba juga menghadiri kuliah ustaz Shamsuri di masjid Gelugor sebulan sekali. kadangkala, andai kekangan waktu menjadi penghalang, kami cuba dengar ceramah-ceramah daripada cd ataupun yang kami download sendiri. Semoga Allah terus buka jalan utk kami istiqamah.


Baru-baru ini, saya mengenali seorang tokoh agama dari Sik, Kedah yang merupakan tok guru suami saya sejak di tingkatan 2. Nama beliau ialah Tuan Guru Haji Salleh Sik. Belum pernah ada guru agama yang dalam ilmunya dan dapat menceritakan segala sesuatu terutamanya mengenai tauhid dan akidah sepertimana Tuan Guru Haji Salleh ini di Malaysia. rasa menyesal pun ada sebab tak pernah pun kenal dengan mana-mana guru sekolah pondok sebelum ini.


Bila sekeping hati kita sering disirami dengan bicara agama, insyaAllah, hati yang tandus, kan subur kembali, hati yang gelora kan damai kembali, hati yang rasa jauh dari tuhan, kan semakin dekat kembali, hati yang lemah, kan teguh kembali walaupun secara perlahan-lahan.


Saya yakin, di luar sana, ramai yang ingin berubah, ramai yang tahu diri bersalah, ramai yang tidak mahu mengulangi. namun tidak ramai yang mempunyai kekuatan. Nasihat saya, mulakanlah dgn mendengar dan berjinak-jinak dgn kuliah agama. cari jadualnya. pasti ada di setiap masjid yang hidup. jangan hanya mengharap pada khutbah jumaat kerana kadangkala pengisiannya tidak pun menyuburkan jiwa yang tandus itu.


InsyaAllah, cubalah dulu. Baru kita rasa kebenarannya.

Wallahua'lam.


Bintubahariyah,

1156 pm

25.01.10

TSB

No comments: