Thursday, March 15, 2007

Cerpen Hati (Episod 1)

salam semua..ni ada satu cerpen yg menyayat hati (hati saya la, taktaula hati saudara saudari sekalian..=))..ada sorg kwn dari luar malaysia send kat sy. makasih byk2 ya..dan kepada penulis cerpen ni, saya doakan agar saudara dikuatkan Allah dlm mujahadah saudara tu (kalau ia belum berakhir...) dan..mudah2an akan lahir lebih ramai muslimin yg mengalir di dalam darahnya roh Islam yg sebenar mcm saudara..agar aset2 Islam yg hebat tak rebah camtu saja..agar Islam mencapai kegemilangannya semula..ameen..utk pembaca2 yg saya hargai sekalian, moga dpt something yg kick kat hati semua daripada cerpen yg dtg dari hati yg tulus ni insyaAllah...camat membaca noo..salam...=)

Wahai teman-teman sekalian,

kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman kepada-Nya.

kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu sahaja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. walau bagaimanapun, tidak mudah untuk saya jatuh hati pada seorang wanita. saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka dengan larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. ditakdirkan Allah s.w.t dia menjadi pembantu saya. dari situlah perkenalan kami bermula.

dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutamanya setokin kaki dan tangannya. itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. saya bertanya perihal keluarga dia dan apa yang dia rasa bertugas disamping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa pembantu saya ini. namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. dari situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada beribu batu jauh daripadanya.

bercambung..........=)

No comments: