Monday, April 06, 2009

Tunjukkan kasih sayang


Assalamualaikum wbt.

Tulisan ringkas ini ditujukan khas buat mereka yang bergelar ibu dan ayah, suami atau isteri, adik-beradik, sahabat-sahabat, anak-anak, guru-guru dan semua manusia yang hidup anda bukan sendirian..

Buat ibu ayah, tunjukkan kasih sygmu kepada permata-permata hatimu..
Buat suami, tunjukkan rasa cintamu buat isteri..
Buat isteri, pamerkan rasa kasih murnimu di hadapan suami,
Buat adik-beradik, pancarkan rasa sayangmu untuk insan yang juga sama menumpang kandungan ibumu,
Buat anak-anak, doa dan kepatuhanmu kepada ibu dan ayah, lambang kasih seorang anak yang menghargai jasa,
Buat sahabat-sahabat, ketahuilah, jika temanmu tidak tahu dikau menyayanginya, maka dia tidak akan menyayangimu,
Buat guru-guru, sedarilah, perhatian daripadamu bisa menjadi benteng penyelamat buat insan-insan yang bergelar anak-anak didik..
Buat semua insan di luar sana, tunjukkan rasa cinta, kasih dan sayangmu pada setiap insan di sekeliling anda..
Kerana tanpa mereka, dirimu tidak akan menjadi seperti dirimu yang sekarang..

Jika tidak kau tunjukkan kasih itu, pasti mereka tidak tahu. barangkali mereka menyangka dirimu tidak pernah menghargai kewujudan mereka..
mungkin juga mereka menjadi orang yang menagih kasih,
Hingga mencari kasih palsu..
yang menyesatkan mereka akhirnya..

Tunjukkan kasih sayangmu,
walau dengan apa jua cara yang layak..
kerana kasih yang anda beri itu,
akan singgah kepada dirimu terlebih dahulu,
sebelum sampai kepada mereka yang engkau kasihi,
maka, hiduplah engkau dengan mendapat rahmat Allah..

Tunjukkan kasih sayangmu..

..bintubahariyah..
..1202 pm..
..7 april 2009..
..sekolah..

2 comments:

nad said...

saya sedang menunjukkan kasih sayang saya kpd kamu.jika ada masa kamu rasa saya lupa mempamerkannya,tolong ingatkan saya.mungkin ketika itu saya sedang leka dengan dunia saya yg ntah apa2 =D

~salam sayang ukhwah fillah~
nad

Siti Rogayah Bahari said...

ya nad...mmg gyh rasa kasih syg nad tu..rasa jugak doa nad kat gayah..alhmdulillah, krnNya, kita masih begini dan iA keranaNya juga kita akan terus begini selamanya..moga dpt syafaat kat akhirat nnt atas kasih syg yang wujud keranaNya ini...ameen..=)

luv,
cik gayah