Assalamualaikum wbt.
Baru ja tgk MHI pg ni. ckp pasal brg tiruan. adala dia tunjuk brg org kena rampas.
yg sblm2 ni pun selalu ja dgr brita kastam rampas mercunla, ayamla, gula la, alat2 elektrikla..apa mcm lani la..semuala yg diseludupla..yg tak ori la..yg cetak rompakla mcm cd2, vcd yg harganya tak mainla ratus2 nii..semua area2 puluh2 ribu..
Satu menda yg sy heran menaq ni..depa buat apa dgn brg yg dah dirampas tu? dgr kata depa amik guna sendiri..WA btoi ka dak. tp apa yg depa boleh buat? takkan nak lupus kot? bernilai tu! xretila kalau lupuskan trus..ish2..sapa tau depa buat apa ek?
Heh, entry ni just nak tnya soalan tu ja. tak dak apa pun..sapa ada tau sikit2 info, share la kat sini..kot2 la berguna suatu masa nanti pada sapa2 yg berkenaan..(berguna kot mana pun xtau sbnrnya..hihi)
k la, borak2 kosong ja..isi masa lapang kejap. wsslm.
..bintubahariyah..
..6/8/09..
..TSB..
11 comments:
salam kak siti rogayah,ermmm..saya nak tanya skit ttg isu2 yg terjadi dalam negara kita kebelakangan ini seperti PPSMI dan isu mansuhkan ISA, apa yg saya lihat kebanyakkan yg menyertai reformasi ini melibatkan mereka yg dilihat arif dalam isu2 agama,ttp kenapa mereka ini yg selalu mahu mengadakan reformasi yg selalunya berakhir dgn suasana yg kurang baik seperti rusuhan dan suasana yg kurang aman?. Dan apa yg saya dapat lihat,golongan lelakinya selalu berkopiah dan yg wanitanya pula bertudung labuh. Apakah golongan seperti ini selalunya fanatik ttg sesuatu isu, lebih2 lagi terhadap isu2 yg seperti membantah ISA?
Apa yg saya musykil,reformasi2 seperti ini selalunya akan berakhir dgn sedikit ganas dan tidak aman,dan keadaan seperti ini menimbulkan persepsi yg negatif daripada non-muslim akan sikap umat Islam itu sendiri,terutamanya mereka2 yg dilihat alim dan arif ttg agama Islam drp sudut pandangan luarannya.
Pada saya kita sebagai Umat Islam perlu menjaga akhlak kita dan juga agama Islam itu sendiri kerana sebagai umat Islam,Islam itu sentiasa menumpang kepada diri seseorg muslim itu. Oleh itu,jika buruk umat Islam itu, maka pandangan terhadap Islam turut buruk dan negatif disebabkan sikap umat Islam itu sendiri...
Mohon pandangan yg bernas lagi adil..
..Muslimah ingin tahu..
..Wsalam,trima kasih..
bahagi2 sorang sikit
Takde statement atau benda rasmi pon, ini dari pemerhatian, dengar2 dan cerita org ramai la...
Barang2 rampasan kastam ni biasanya mmg akan dilupuskan, tp ikut jenis barang la, kalau mcm rokok, dadah, arak... mmg bahan2 ni terus dilupuskan.
Kalau mcm mercun, CD cetak rompak pon akan dilupuskan jugak, sbb tak bernilai pon, nilai rampasan yg di-declare dkat mana2 media tuh adalah harga market dia...
n bese nyer la, barang2 yg diminati mcm mercun tuh, pak2 kastam nih besenyer ad la jgak bawak blik skit sbanyak bawak blik kat anak2 n sedara2 dorang...
bahan2 bernilai mcm kereta, elektronik... benda2 nih mmg akan dilelong la... tp mcm mana nk tahu n kat mana n ap yg dilelong... tak pasti la plak... tp mmg akan dilelong...
wallahu'alam...
p/s: Patut masa tuh, awak call jer MHI tuh, tanya live... :D
~Muslimah ingin tahu~
Salam dik...ni pandangan akak secara peribadi ya..
sbnrnya perhimpunan tu semua dilakukan secara aman bermotifkan keamanan jugak. takdak yg salah di sisi Islam melainkan yg salah hanya di sisi manusia (tak dpt permit sbb agendanya menentang dasar kerajaan yang zalim).
kekecohan hanya timbul bila FRU dtg buat kecoh sembur pemedih mata, bila sembur tu, org semua bertempiaran lari sbb nak selamatkan diri. akak dgr, kena gas tu mmg pedih. ada yg pedih 1 badan. mcm kena cabai melaka. WA..tak penah rasa. sbb tu org nmpk tak aman. tujuan sbnr nak desak kerajaan mansuhkan PPSMI dan ISA yg tak menguntungkan rakyat sblknya zalim (ISA)- sejak zaman mahathir lg.
skrg kita kena jelas dulu, apa tujuan demo tu semua dijalankan. provokasi bkn daripada org yg turun demo tu, tapi it starts from FRU. ada ka ptt sembur gas camtu? mmg ada berat sebelah la..geng kampung buah pala buat demonstrasi, takdak sapa pun p sembur gas. pdhl sama ja tak dpt permit.dulu2 puak pro kerajaan buat demo sbb ada yg pro najib dan ada yg pro khairi, takdak lgsg sembur gas. jadi, semuanya aman la..
dalam kes ni, kalau FRU tak kacau, akak jamin, iA aman. berita yg keluar pun berat sblah dan ada unsur pembohongan. depa kata geng yg buat demo ni, buat rusuhan, merosakkan harta benda awam dsbg. pdhl, semua tu tak berlaku.
kalau polis tak buat road block, takkan jem punya jalan..tp nak sekat org dari p demo punya pasal, depa buat jugak. ni la namanya, zalim.
di amerika, org islam amerika yg minoriti tu pun selalu buat demo, utk kepentingan islam di negra depa dan sedunia. takdak lgsg halangan dan takdak penindasan, walaupun org non muslim yg bencikan islam dok provok di tepi2 jalan.
utk pengetahuan adik gak, bukan muslim ja yg terlibat dalam demo2 tu, bahkan semua kaum yg tak setju dgn dasar penindasan yg diamalkan kerajaan skrg pun turun.
dan kita lihat skrg, lepas berlaku demo tu, dam lpas beribu rakyat pakat rasa penangan gas pedih mata, barula isu PPSMI diputuskan utk dimansuhkan (wlupun 3 tahun lg, it still works!) dan isu ISA akan dikaji semula..tu semua hasil demo ni. bukan tak penah ckp cara lembut. sjk zmn mahathir lg dik. tp its nothing. rakyat ditahan tanpa bicara. di mana keadilan? dan PM diberi kuasa utk tandatangan, tmbh masa tahanan ditahan, ikutla setahun, 2 tahun dan ada berbelas tahun dah. sampai anak mati pun tak dan nak jumpa. isteri tiba2 kena jadi ayah utk anak2. ada isteri yg dipaksa utk mintak cerai drp suami yg dok di tahanan. bygkan kejam ke tak? ni ke ajaran islam? kita cuma melanggar hukum manusia yg tak selari dgn hukum Allah utk menegakkan hukum Allah..itu je adik. org yg turun demo tu, bkn sbb pentingkan diri. ada ja yg takdak mslh pun utk diri dia, bhkan bg mslh lagi utk diri bila turun. kebarangkalian nak kena tangkap mmg tggi. tp, mereka memperjudikan nyawa sndiri utk generasi masa depan...
dik pun cubala pndg dari view yg adil. bukan dri view yg berat sblh. adik dah dgr berita, dan adik dah dpt gmbrn drp akak yg nmpk dari kedua-dua sudut. adiklah yg boleh simpulkan sendiri. cuma, kita sama2 tmbhkan ilmu dan iman. iA, pndgn kita pasti akan berdasar hujah yang konkrit.
WA..wslm=)
bintubahariyah
Faizal rahman dan ano..
~Bahagi sorg skit ya? erm, haramla camtu..
~A'ah..tak ingat nak kol tnya lak. tp mmg dia tak buka utk panggilan pun..huhu..
bintubahariyah
Betulke mereka ini merusuh dan demo menyebabkan suasana tidak aman...
Islam mengharamkan merosakkan harta benda awam, malah menimbulkan suasana tidak aman..
Tetapi Rasullullah pernah bersabda agar siasat dahulu berita yang diterima....
Alangkah baiknya jika kita sendiri yang merasai atau datang memerhati keadan demo yang di adakan.
Pengalaman saya menghadiri demo, tiada yang menjadi masalah jika mendapat kerjasama keselamatan daripada polis dan tiada provokasi.
Ada juga pihak tertentu yang masuk ke dalam pihak demo dan membuat provokasi.
Apa itu demo.... berarak dan membawa kain rentang dan meluahkan ketidak puasan...
tetapi ketidak puasan yang dilakukan di dalam demo tidak pernah merosakkan harta benda awam...tetapi ada provokasi daripada pihak tertentu yag cuba merosakkan. Dan pihak tertentu ini tentu sekali dari pihak yang ingin saja MEMBUAT KES.
Berarak di jlanan tidak salah, seperti berarak kemerdekaan, maulidul rasul dll. ...
Nanti jika ada demo, silalah hadirkan sendiri, lihatlah sendiri dan nilai sejauh mana demo (yang dibuat oleh golongan berkopiah bertudung) ini membuat kerosakan dan mengancam keamanan....Wassalam
Assalamualaikum,
Pendapat akak ni memang sama dengan saya. Macam yang saya cuba terangkan dalam blog saya juga. Memang diorang pun termakan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas peserta demo itu, tapi perasana tak, dalam tv langsung tak ada tunjuk ada orang tengah rosakkan barang-barang perniagaan peniaga di situ. Kalau ada, dah tentu gambar tu tercongok di depan surat khabar utama.
Tapi masalahnya memang tak ada.
Tapi, kalau ada, saya boleh kata yg itu memang provokasi oleh pro-ISA yang menyamar menjadi peserta demo anti-ISA.
Akta ISA ini menjadi zalim sebab tahan tanpa bicara. Kalau tahan dan terus bicara, memang tak ada masalah.
“O believers! be steadfast before God, witness in justice” (5: 8).
Muslims are constantly reminded that “My Lord hath commanded justice” (7: 29)
and that “You should be kind to them and act justly towards them” (60: 8)
Kalau barang rampasan tu bentuk kenderaan, biasanya akan dilelong.
Tarikh lelong tu kena tengok kat web kastam atau JPj, depends.
Diorang tak publish selain dari situ, biasanya la.
n murah2~
so mungkin barang elektronik pun sama gak kot.
Btul sgt ckp Ingeneur dan Mocha Ghost tu..
manusia ni sering menghalalkan apa yg dah Allah haramkan, sebaliknya mengharamkan apa yg Allah halalkan. dan semua tu terjadi benar2 depan mata kita.
Saya pernah hadiri konvensyen MPP 2 tahun lepas. Seorang 'Dato' ni ada ckp media is about democracy. sex and LIES. dato ni org media. tak perlu saya bgtau sapa. then saya bangun dan bertanya, kalau media is about lies, di mana ketelusan media dalam menyampaikan perkara yg sebenar? but then, he dont answer my question instead of putar belit ayat. cuma ada jugak dia cakap mmg media ada skt2 tipu.
jelas sekali, media tiada ketelusan. kalau telus, sepatutnya, ada media (dalam hal ini, tv, sbg sumber berita utama) utk kedua-dua belah pihak dan org kebyakan boleh tau dan nilai sendiri sapa yg benar dan sapa yg betul.
tp apa yg jadi? sblm PRU baru2 ni, hrkh boleh keluar 2 bulan sekali ja. pernah depa nak bekukan terus. kata negara demokrasi (which have both kerajaan parti pemerintah dan pembangkang) tp sumber mklumat disekat pulak. undang2 yg depa sendiri buat pun depa cabul.
saya harap adik yg bertnya mendapat lebih mklumat, hadam dan buatlah kesimpulan nnt.
WA..wslm.
pakchan
~trm kasih. sgt berguna info ni. kot2 nak brg papa, boleh cari kat website dia ja. tq2~ =)
bintubahariyah
Post a Comment