Ya Allah..aku dah tak tahan lagi melihat semua itu…
Hari ini entah kali ke berapa aku menjengketkan jemariku sambil mengadap laptop..ku teruskan tarian jari telunjukku ke arah icon internet explorer..dua kali aku klik..then keluarla page yg beralamat htttp///.
Aku gerakkan lagi jemariku ke anak panah di hujung alamat tu, aku mencari address friendsterku..sekali klik aku terus sampai ke homepage milik siti rogayah..then aku klik pula ke who’s viewed me. Herm, ada nama baru terpampang di skrin..f****.eh, dah lama la aku tak tgk profile dia..jari terus menari..klik sana klik sini...ku lihat gambar sahabat2 sekolahku yg diambil sewaktu bertandang ke rumah ustazah fakiroh dan cikgu osman..seronok rasa hati melihat kesatuan sahabat2 muslimin smkay yg dari dulu tak pernah kurang kata sepakatnya sampailah setelah 3 tahun melangkah keluar dari sana..
Terhibur dengan fizikal mereka yg sudah byk berubah, aku terus excited klik anak panah seterusnya..tapi..sesuatu yg menukar mood aku sama sekali! Aku terjumpa gambar yang bertitle “berdua dengannya”..cantik gambar tu ibarat sepasang suami isteri yg sedang berkasihan...astaghfirullah...beristighfar panjang hatiku...astahfirullah.......jemari terus ku tarikan, berjoget2 di atas pentas tarian laptop acer berwarna silver ini..dan mataku dijamu pula dengan lukisan lensa kamera, wajah seorang gadis yg indah sekali bertitle “gadisku”. Sekali lagi hati ini beristighfar....kesedihan menyelubungi segenap ruang hati. Melalui gambar yang digrab itu, aku terus ke page gadisku itu..page nya juga telah lama tidak kuziarah..dan di sana bertambah parahlah hati ini bila kulihat terlalu byk komen yg dihantar oleh f****.
Gambar bear yang melukis love di badannya, kemudian memeluk seekor bear lg..memberikan hatinya..kata-kata rindu dan ingatan yg tidak berkesudahan...dan bermacam-macam lagi...lantas, aku sudah tidak tahan lagi! Terus kutanyakan kepada kedua shbt smkay ku itu..adakah kalian telah berkahwin?? Satu soalan peribadi yg sama yg pernah kutanyakan pada beberapa org shbtku yang lain sebelum ini melalui inbox friendster juga..ada yang berbalas ada yg sepi 1000 bahasa. Ada juga yang terus berterimakasih..alhmdulillah...
Duhai temanku,
Aku tahu nalurimu,
Aku tahu peritnya hatimu mencari kasih,
Aku tahu kerana aku juga sepertimu,
Aku juga mendamba seorang teman..
Telah berkali-kali kukatakan padamu,
Jauhkan diri dari semua itu,
Takut nanti syaitan menggodamu,
Muslihatnya 1001,
Kerna pengalamannya bukan satu,
Tapi kau degil!
Namun ku akui kesalahan diri,
Kutinggalkan engkau saat aku kauperlukan,
Semua ini salah aku!
Maafkan aku teman..
Maafkan aku...
Inginkah kau dengar satu kisah?
Suatu ketika dulu,
Aku juga pencari cinta,
Setelah hampir kujumpa,
Aku terkejut dari leka,
Kerna Allah masih pelihara,
Aku tersedar,
Kembali ke alam nyata,
Bahawa cinta hanya untukNya,
Bahawa apa jua yang ingin kucinta,
Merupakan jalan untuk aku bercinta denganNya..
Dan kini Dia hadiahkan seorang teman,
Yang takutkan azab Tuhan,
Setelah yakin dengan perancangan,
Dia ‘tinggalkan’ aku tidak keseorangan,
Bersama doa sebagai peneman,
Demi pengembaraan untuk mencari ilmu
Dalam membina sebuah baitul muslim idaman.
Aku redha dengan semua ini,
Kerana aku juga inginkan sedemikian,
Walau jauh tak pernah bersua,
Zikrullah menjadi pelerai rindu,
Dan aku sungguh bahagia,
Kerana aku yakin inilah jalan yang terbaik,
Jalan mujahadah...
Kalaupun aku ditakdirkan pergi,
Sebelum tiba saatnya aku diijabkabulkan,
Aku yakin akan pergi dengan senyuman,
InsyaAllah...
Kerana aku yakin,
Telahpun kusahut sebuah seruan jihad..
Daripada Ar-Rahman..
Sahabat, kita pernah membesar bersama-sama,
Tika itu aku menjadi penonton kenalanmu,
Engkau pula menjadi pentertawa segala karenahku,
Bukankah pernah guru-guru kita berpesan?
Jaga imanmu, jaga pergaulanmu..
Cikgu, maafkan anak didikmu ini,
Aku gagal menjadi sahabat yang baik..
Pakcik dan makcik, maafkan daku..
Diriku terlalu lemah dalam perjuangan dakwahku,
Diriku terlalu longlai menyelesaikan masalah sendiri,
Hingga ku abaikan teman-temanku yang bergelar anak-anakmu..
Duhai teman,
Kembalilah dikau kepada fitrahmu,
Jangan sekali kau siakan ilmu yang dulu,
Jangan sekali kau jadi punca tercampaknya orang yg kau cinta
Ke dalam jurang maksiat..
Kerana cintamu tidak seberapa..
Mampukah kau hadiahkannya sebuah taman sehebat syurga??
Tidak temanku, tidak..
Jika beginilah caramu...
Hanya cinta Allah selayaknya untuknya
Dan untukmu jua,
Dan untukku dan kita semua..
Cinta Allah cuma, sebagai penyelamat kita..
Tinggalkanlah dia,
Dan kembalilah semula setelah engkau dan dia bersedia,
Melayari bahtera rumahtangga..
Dan itulah jalannya mencari redha..
Hanya dengan cara itu kau dapat hadiahkan dia,
Sebuah syurga gemerlap tak terjangkau,
Dek khayalan minda..
Terimalah nasihatku ini,
Nasihat yang pastinya untuk diriku sendiri..
Aku sudah tidak tahan lagi..
Ya Allah berilah kekuatan...
Berikan petunjukMu..
Yang suatu ketika dulu
Mekar dalam taman hati kami..
Campakkanlah perasaan bencikan maksiat ke dalam hati kami..
Agar kami tenang dengan hanya mengingatiMu..
Duhai tuhanku…
Ya Allah…
Bintubahariyah,
1553 pm, 9 November 07,
h34-330, USM.
8 comments:
jangan sekali berundur.
perjuanganmu suci.
mereka diuji.
kamu juga diuji.
sesungguhnya Allah sangat menyayangimu.
insyaAllah..
luv,
rina lim
manusia x mampu utk mencipta kebahagiaan..
kita hanya mampu merancang untuk bahagia..
Hanya Allah sahaja yang mampu meng'anugerahkan'kan kebahagiaan..
Justeru carilah keredhaan Ilahi, kerna di situ letaknya kebahagiaan yg diimpi..
sedarlah duhai sahabat,
saudara seIslamku..
dahulu kita pernah berbai'ah dgn Allah..
berjanji setia utk mencintaiNYA
melebihi segala-gala..
mentaati perintahNYA
xkira walau seribu rintangan menghalang..
mengabdi diri hanya padaNYA
namun setelah kau melihat dunia
kau lupa pada segalanya..
terpedaya dengan keindahan dunia yang hanya bersifat sementara..
yang akan pudar jua akhirnya..
terpesona dengan mainan perasaan
yang terasa nikmat x terhingga..
yang melalaikan jiwa..
dari mengingatiNYA
sahabat yang dikasihi..
yang kucintai sedalam-dalamnya..
sedarlah bahawa diriku amat menyayangi dirimu..
x sanggup rasanya melihat dirimu
hanyut dibuai arus..
pesona dunia yg melekakan..
bangkitlah..duhai sahabat..
usah biarkan dirimu terus dibelenggu dosa..
larilah sekuat hatimu dari godaan syaitan..
laungkanlah jihad dalam hatimu
jihad memerangi 'musuh yg nyata'..
renungilah duhai sahabatku..
cinta sejati antara 2 insan
adalah cinta yang bertunjangkan cinta Ilahi..
meski ombak besar melanda,
meski seribu kekurangan tersingkap,
cinta insani kan tetap mekar
mewangi menuju ke syurgawi..
kerna 2 insan itu punyai matlamat yg 'satu'..
Iaitu cintaNYA..
aku cinta padamu sahabat..
saudara seIslamku..
ayuhlah kita menuju redhaNYA..
usah berlengah lagi..
tinggalkan noda itu..
pasti ada bahagia mengiringi..
Yakinlah dengan Allah..
Sesungguhnya keyakinan kepada Allah itu
ibarat air kedamaian yang x pernah surut..menjadikan seorang mukmin itu tetap tegar di saat insan lain berguguran..tetap tenang di saat insan lain ketakutan..
Cinta dari manusia tak kekal. Cinta dari Allah swt yang kekal.
cintaIslam best la puitis ko. aku pinjam letak dlm blog aku bley yeh ?
yer dik, tafaddhalat..amikla..
but plis state the source and the writer's name..
hak cipta terpelihara insyaAllah..
mudah2an mendpat manfaat utk kita smua ya dik..
thx dtg melawat akak di sini..=)
wslm.
kpd s.arnina s.hussein..
amekla..(^^,)
Bertahanlah... =)
salam..
best bace luahan tu..
terasa hingga menusuk dikalbu..
huhuhu..
dulu sy pun macam tu jugak..
hanyut dalam godaan syaitan..
tapi skang Alhamdulillah..
sy cuba untuk mengelaknya..
jalan terbaik memutuskn saje ikatan yg tidak diredhaiNYA tu..
akak.. tertinggal huruf 'ka' kat ayat ni.. "Tika itu aku menjadi penonton kenalanmu,"
*kenakalanmu..
Post a Comment