Wednesday, December 31, 2008

Dari Simpang Ampat ke Butterworth

Assalamualaikum wbt

Ptg tadi ambik keputusan adhoc utk pi USM. gara-gara sok cuti, lusa plak tak perlu ke sekolah dn sabtu weekend mcm besa..3 hari nak dok kat area simpang 4 ni pastilah membosankan dgn takdak transport, member2 yg tak dpt nak pindah lagi ke asrama, nak carik makan susah..yg ada pun plg dekat cuma nashmir yg tekak ni dah pahit nk telan masakannya..huhu..finally, nak pi usm utk join ops sayangi remaja sempena malam tahun baru..

Lepas asar dalam pukul 510 pm..

K. sya hantaq ke bus stop. sampai kat sana ada 3 org manusia. sorg bangladesh, sorg lg mua mcm melayu dan sorg lagi pakcik cina. sampai ja, mat bangla tu dok usha..uhuu..mula2 tu dok agak jauh dari bumbng bus stop tu sbb takmau dekat dgn depa semua yg laki tu..but then, hujan dh turun...TERPAKSA la saya pi jugak buat muka serius nak berlindung di bwh bumbung..huhu..
tgu punya tggu ada la dekat sejam, bus tak sampey2 jugak..alahai..mamat bangla makin melambak..saya plak sorg2 ja anak dara kat situ..huhu..rasa macam nak pi salotape ja mata2 depa..bus nak mai dari belah kri..tp dok kalih2 belah kanan jugak..huhu..hati ni tak habis2 la dok baca ayat 9 surah yasin..takut woo...huhu..nasibla ada Allah nak berlindung...

640 pm

akhirnya bas pun sampey..alahai..penuhla plak..takpa2..berdiri tepi kak indon 2 org..kak tu baik alhmdulillah..siap suruh dok tepi dia lagi..uih...manala celuih..takpa2, tlg pegang beg pun dah makasih byk2..walaupun rambutnya bebas..tp hati baik..alhmdulillah..
perjalanan makan masa sampai maghrib..sepanjang jalan tu, dalam bas tu boleh bilang dgn jari masyarakat tempatan ada brp org..fuhh! mmg rasa mcm dok negeri bangla dan indon ja..
dahla pakcik bas tu dok menyumbat kalah sardin dah kalini. dulu2 dok geram kat bas milan. kalini geram kat rapid plak. bas nomot 801. dia sumbat tu masya Allah..tension2..dahla yang naik tu semua warga asing. bilang punya bilang, agak2 adala dalam 100 org dia sumbat. apa kesla pakcik ni. dalam hati tadi dok geram takdak dah!

GERAM!

geram pertama sbb byk gila warga asing. dari segi keselamatan mmg tak terjamin. teringat kat sorg menteri BN nama apa ntah. dia penah bangkitkan isu keselamatn akibat kebanjirn warga asing di m'sia..tp yang dipertua tak bg dia teruskan..huhu..menteri tu dah bgs..org besaq2 ni mana nampak keselamtan ka hapa benda ni. depa naik keta..aircond. pi mana pun polis escort. mana ada rasa risau mcm golongan rendah ni..yang jadi byk sgt kes dalam negara ni, antara puncnya sbb byk warga asingla..brp byk kes bunuh yg mamat indon buat. siap rogol lg tu. depa ni solat tu solat..tp jahat pun jahat jugak..dahla dgn rakyat sendiri pun dah seriyau. tambah bimbang dgn mamat indon, bangla plak..

geram kedua sbb pakcik rapid yg jadi slow tu. nak cepat jadi lagi lmbt. bas yg muatannya cuma 50 org disumbat sampai 100 org. huih, tak paham..yg dok kat pntu pun terkepit-kepit! masyaAllah..geleng kepala jela saya tadi..nasibla dok kat kak indon tu..alhmdulillah..yg mamat indon plak, nmpk org tua, org pompuan berdri, bkn nak bg duduk..tp depa plak yg bersenang-lenang sambil dok usha org pompuan..huhu..geram betulla! pakcik rapid, saya amik gmbr tadi..ada bukti pakck bawak lebih muatan. kalau saya hantar surat kat tv3 ka, naya pakcik dan syarikat rapid! teringat kat sorg kak tu, muka dia cukup takut dok kat pintu. dahla berhimpit, pintu plak kejap buka, kejap tutup. silap hari bulan, turun 1000 duit hantaran. huhu..

740 pm

Alhmdulillah, sampai kat butterworth. trus ke surau nak buat jamak maghrib dan isyak. mak dan abg2 tak habis2 tepon sblm tu nak tau perkembangan. risau benar mak dan abg2..maklumla anak bongsu..asalnya nak dtg usm..tp cncel sbb chaq suruh balik rumah gak..so, abg sulong dtg jemput dgn kak dan amni. malam ni bermalam di bertam..iA sok baru balik kedah..

Pengajaran

1) Pengalaman
Alhmdulillah, jauh di sudut hati..saya bersyukur dgn peluang mencedok pengalamn2 yg mcm ni..kalau Allah tak takdrikan LM di sekolah yg agak jauh mcm ni, mmg tak rasa la suasana mcm di indon dan bangla..heeh..ni free..tak pyh kuar duit pun nak pi ngara org..=)

2) Muhasabah
Bila kita selalu berada di atas, kita kerap kali terlupa org yg di bwh..ketakutan yg sy rasakan tu juga merupakan ketakutan yg sama setiap wanita di luar sana..takut beg diragut, takut dgn ganguan seksual, risau dihimpit lelaki, lemas dgn suasana yg tidak terjamin. mungkin phak atasan perlu turun, menyamar, dan rasai sendri ketakutan rakyat..

3) Kasih syg
Semakin jauh dgn keluarga, semakin kuat ikatan kasih, semakin manis rasa cinta..sepnjang jalan mak kol, chaq kol, abang kol, bgchu pun sama..bgmat pun tiap2 hari msg tnya kabar dan kesihatan...mak la org yg plg risau..semak perut fikir psl anak pompuan bongsu sorg ni..mak kata bila risau ja mak bc quran..dan tenang balik..bila risau lg, baca lgi..alhmdulillah..bersyukur sbb pergantunagn mak pada Allah tak dpt dinafikan..terima kasih mak dan abg2 adik..=)

4) Kuat semangat
Mak selalu risau. tp mak jugak selalu rasional. mak selalu pesan..'adik ada silat, kena kuat semangat! kalau jadi papa, lawan!' iA mak...adik tgh bljq lani..

Alhmdulillah..dah hbis 1 pengalamn perjalanan seorang bakal guru pada minggu ROS di sekolah..kemungkinan ada cerita baru akan dikongsikan lepas2 ni..iA..
semoga dapat bg tak byk pun, skt manfaat pada kita semua iA..

WALLAHUA'LAM.

p/s: pic tak bluetooth lg dalam laptop. iA nnt2 akan display gmbr org jadi sardin rapid..huhu..

..bintubahariyah..
..11.08 pm..
..31/12/2008..
..Bertam..

Sunday, December 28, 2008

Salam Ma'al Hijrah


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang memiliki segala kemuliaan dan kebesaran, ampunilah dosa-dosa kami pada tahun lalu dan terimalah segala pengabdian kami..jadikanlah tahun baru yang muncul ini tahun yang penuh rahmat dalam kehidupan kami...dekatkanlah segala sesuatu yang boleh mendekatkan kami dgnMu dan jauhkanlah segala sesuatu yang menjauhkan kami daripadaMu..tolonglah dan bantulah kami untuk mencari keredhaanMu..

SALAM MA'AL HIJRAH 1430..


..bintubahariyah..
..8.52 pm..
..1 Muharram 1430h..

Thursday, December 18, 2008

Pengumuman utk ex-SMKAYans...


Assalamualaikum...
kepada sahabat2 ex student of smkay, di setiap peringkat sesi pengajian di smkay, sila send maklumat diri anda kepada mohd faris bin zaini,

ismiefa_ris87@yahoo.com

kerana atas kesedaran beberapa pihak di setiap peringkat pengajian mahupun yang telah bekerja tentang betapa pentingnya kita mengaktifkan semula alumni smkay yg telah terkubur sejak sekian lama..
sila send maklumat berikut:

nama penuh
ic
alamat tetap/surat menyurat
no fon utk dihubungi
tahun, kos n tempat pengajian
pekerjaan(jika sudah bekerja)
emel utk dihubungi

sila sebarkan kepada rakan2 yg belum mengetahui...
kerjasama anda didahului dgn ucapan terima kasih

p/s: pls send the details as soon as possible

Tuesday, November 18, 2008

Ubat Melupakan Kenangan



Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, dah habis last paper..anatomi tumbuhan perbandingan..makasih mak tersyg yg siang malam mendoakan adik..juga abg2..dan juga shbt2..ni paper terakhir spnjg bergelar mahasiswa undergrad kat usm ni..sem dpn dah takdak exam bertulis..yg ada hnya prktikal utk teori2 yg dah dipelajari nii..semoga dpt observer, guru pembimbing, shbt2 bakal guru, anak2 murid dan pihak pentadbiran sekolah yg baik dan berniat utk membantu mendidikku menjadi guru yg bertaqwa dan mengajak kepada ketaqwaan..iA..

Ok, posting kali ni bkn nak cerita psl paper tu..tp nak bercakap soal lain..
Ada tak ubat yg boleh bg lupa semua kenangan pahit?

Erm, teringat sebuah crita cina yg penah saya tgk kat tv dulu. Ada sorg pompuan ni yg sgt terkenal dgn kekuatan dia dalam berlawan..dia ada sorg suami yg sgt dicintainya..tp suami dia tu plak disukai oleh seorang puteri kepada mhraja cina waktu tu....then, disebabkan pompuan ni kuat, dia mengamukla..paham2la cerita cina..byk merapu2..habis dia musnahkan. pokok2 dia boleh cabut dan katok sana-sini..huhu..herm..depa nak diamkan dia dan nak dia lepaskan suami dia tu, depa ugut nak seksa suami dia..dan depa suruh dia minum sejenis ubat yg boleh lupakan semua kenangan dia dgn suami dia..akhirnya dia beralah sbb terlalu sygkan suami dia, dan dia minum ubat tu.. so, dia pun tinggalkan tempat tu dah mhrja cina sediakan sebuah rumah khas utk dia di satu tempat yg jauh dari situ..
huhu..sadisnya..tp ending dia bestla..tp teman takmau cerita ending dia..nak fokus pd benda ni ja..

UBAT NAK LUPAKAN KENANGAN..wujudka?

Alangkah indahnya kan kalau ubat tu mmg wjud..minum ja sekali, nah! hilang semua mslh..jadi org baru dan bina hidup baru..tp malangnya, ubat tu takdak yg semudah tu..ada ubatnya, tp dgn kaedah lain..kaedah yg pasti tetap menyakitkan dan memerlukan mujahadah..

Apa kaedahnya?

Kembali kepada Allah..Dia yg menguji..Dia maha menguji..tujuan Dia uji plak, semata2 utk kita..bkn Dia dpt papa pun kalau kita diuji..Dia sempurna..maha sempurna. kalau Dia bertambah, maknanya Dia kurang..DIa yg mencipta mslh dan Dialah sumber jalan keluarnya..semuanya hanya pada Dia..dan kita sbg hambaNya, wajib berhusnudhan dgn segala kehendakNya..pohonlah kekuatan kepadaNya utk melupakan kenangan pahit..Dia sumber kekuatan..Alhamdulillah, sy dah pun merasai kekuatan tersebut..

Apa jua yg kita lalui, seperit mana ujian yg terpaksa kita renangi, sekuat mana pun ombak badai datang menghempas diri, byk2lah mengadu kepada Ilahi..kadang2 Dia tak segera memakbulkan lantaran Dia masih ingin kita merintih dan mengadu kepadaNya..ataupun jua kerana doa kita terhijap oleh serpihan-serpihan dosa noda yg kita lakukan selama ini..

ya Allah, terima kasih atas kurniaan ujian yg ckp menduga ini..dan terima kasih kerana mengusulkan jalan keluar terbaik utkku..jauhkan aku daripada rasa ego dalam membuat keputusan..dan yg paling aku harapkan ya Allah...biarlah kekasihku merasai keikhlasanku selama ini..senyumannya pagi tadi memberi kekuatan utkku..dan kemaafannya sudah ckp utkku dan aku tidak layak meminta lebih daripada itu..
ya Allah, selamatkanlah dirinya dan seluruh keluarga di dunia akhirat..

Ubat utk lupakan kenangan? Rasanya aku tidak mahu melupakan kenangan kerana dgn kenangan pahit atau manis, kenangan itulah yg menjadikan aku seperti siti rogayah yg hari ini..namun, aku hrp ubat kekuatan menghadapi ujian bisa aku dapat bila-bila masa yang aku perlukan..kerana semua ini mengambil masa yang pnjg..ya Allah, segala puji hanya bagiMu dan aku memohon ampun atas segala dosa-dosaku..ameen..

Buat semua ahli ziarah, adakah kalian pernah terfikir seperti sy? huhu..

..Bintubahariyah..
..231 pm..
..19/11/2008..
..USM..

Saturday, October 18, 2008

Agama Yahudi tuh cmna? (Part 3)


Assalamualaikum wbt.

kali ni sy nak cerita sambungan kisah pasal agama yahudi. lama dah nak buat ni. tp mcm terbang dihembus angin kelupaan..teruk btul. mgkin sbb penah ponteng kelas bro kamarudin sampai 3 kali berturut2 gara2 tak sehat. lepas terjumpa bro sblm raya baru ni, rasa malu sgt..then, bro bersggh pesan supaya attend back his class after raya..huhu..dan alhmdulillah, dpt gak rasai kemanisan yg dah lama jadi tawar dulu..lani dah masuk bab agama kristian dah. tp in this entry, i still want to share about Judaism, not Christ yet. plis be patient k..=.=


erm, ringkas ja kali ni. iA, nak explain pasal persamaan agama yahudi ni dgn agama kita..

bro cerita, yahudi percaya, masa nabi musa naik bukit tursina nak berkhalwat dgn Allah, Allah bg 10 arahan kepada nabi dan kaumnya iaitu bani israil supaya dilaksanakan. lebih krg macam rukun iman la..kita ada 5 kan? ha..sapa yg kata ya tu, nak kena tuh! huhu..rukun islam la yg 5..rukun iman ada 6...heheh..jgn tergugat k! ingt betul2 sblm mengiakan apa2 jua..fikir dulu..=.= k, apakah persamaannya? check it out!


The ten commandments and the confirmation in the Quran


The 10 commandments (Exodus 12:1-17 & Deuteronomy 5:6-21)


1) Thou (you) should not take any God except one God.

Quran kata: There is no God except one God (47:19)


2) Thou shall make no image of God.

Quran kata: There is nothing whatsoever like unto Him. (42:1)


3) Thou shall not use God's name in vain( dgn sewenangnya)

Quran kata: Make not God's name an excuse to your oaths. (2:224)


4) Thou shall honor thy (to) mother and father.

Quran kata: Be kind to your parents if one or both of them attain old age in thy (to) life, say not a word of contempt nor repel them but address them in terms of honor. (17:23)


5) Thou shall not steal.

Quran kata: As for thief, male or female, cut off his or her hands, but those who repent after a crime and reform shall be forgiven by God for God is forgiving and kind. (5:38-39)


6) Thou shall not lie or give false testimony.

Quran kata: They invoke a curse of God if they lie. (24:7). Hide not the testimony. (2:283)


7) Thou shall not kill.

Quran kata: If anyone has killed one person it is as if he had killed the whole mankind. (5:32)


8) Thou shall not commit adultery (zina).

Quran kata: Do not come near adultery. It is an indecent deed and a way for other evils. (17:32)


9) Thou shall not covet (mengorat) thy neighbour's wife or possessions.

Quran kata: Do good to your parents, relatives and neighbours. (4:36) Saying of the Prophet Muhammad (hadith) "one of the greatest sin is to have illicit sex with your neighbour's wife"


10) Thou shall keep the Sabbath holy.

Quran kata: When the call for the Friday Prayer is made, hasten to the rememberance of God and leave off you business. (62:9)


Alhamdulillah, berjaya taip sampai habis..&__&

erm, nampak dak persamaannya? sbb tu bro kata, agama yahudi ni ialah agama yg plng dekat dgn Islam. dan kita semua patut sgt2 bersyukur sbb org yahudi tak mengamalkan dakyah utk tarik org masuk yahudi macam kristian. kalau x, habisla...huhu...hikmahnya Allah bg depa tu sombong bangat..


erm, shbt2 yg turut g kelas bro, plis do add something. sy tulis apa yg dan ja ni. mata pun dah pedih lepas jamuan raya IPSI yg bro buat tu. best dpt makan dgn Que, Hui Hui, Kin Yin, Yi Ling, Chia Ling dan adik2 lain. dpt gak jumpa Henglong dan rakan lain..depa dpt buku pasal keajaiban alQuran dalam bahasa mandarin pun ada.

Que, baca tau! dan suruh adik2 kita yg lain pun baca. hehe..kalau tak brp jelas, lets have a long discussion insyaAllah.. really love you..sincerely from my kiss and hug..


okla, semoga dapat manfaat k. iA, kalau ada kesempatan, kita bukak cerita pasal new testament plak. iA..sy pun blurr lg ni. Syukran membaca sampai habis..do jot ur feeling under this comment space..*__*


ni link ke part 1 & 2 utk sapa2 yg tak bc lg..(tq utk afiq yg bg idea ni) =.=

http://bintubahariyah.blogspot.com/2008/08/agama-yahudi-tuh-cmna-part-1.html

http://bintubahariyah.blogspot.com/2008/08/agama-yahudi-tuh-cmna-part-2.html

Assalamualaikum. Wallahua'lam.

..Bintubahariyah..
..19/10/2008..
..0057 am..
..Cahaya Gemilang USM..

Thursday, October 16, 2008

Solat itu Ahmad?


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kifhal? smoga semua sehat sjhtera.. kalau sakit fzkl, carilah penawarnya dgn bantuan Doktor..tp bukan berhrp pdnya..itu sbg usaha saja..kalau yg nak lebih menjaga, carila ubat2an herba..mcm HPA..hehe..promote plak. maklumla, dah selamat hntaq borang..=)

Kalau sakit iman plak, ubatilah dgn penawar alQuran dan alHadith..suburkan kembali jiwa yg gersang dgn siraman bacaan ayat2Nya..dan teguklah nasihat2 yg berguna..

Harini teman nak tnya pada kita semua 1 soalan ni. Apakah perkara yg PALING TERPUJI yg kita lakukan sehari2?

Act teman petik soalan ni dan jwpn yg bkl teman bg ni daripada tazkirah ringkas yg telah disampaikan oleh ukhti shafinaz dalam jamuan raya PMI baru2 nii..tQ pinat nae..k gyh suka sgt..dan berhajat benar nak share dgn ahli ziarah SH ni..syukran..=.=

oklah, dah dpt jwpn? apa? SOLAT? hehe..betulla tu..
nak evidence secara empirical tak?
ok, i'll prove it!

Perbuatan Solat
Apa yg mula2 kita buat dalam solat?
BERDIRI BETUL..ya betul..kedudukan kita ketika ini boleh kita samakan dgn ALIF, kan?
seterusnya, kita RUKUK kan? ya..RUKUK ni plak boleh nmpk mcm bentuk HAA..

then, kita SUJUD plak. SUJUD ni mcm huruf MIM...

finally kita DUDUK ANTARA DUA SUJUD yg boleh nmpk mcm DAL..

so, campur semua huruf jadik ALIF, HAA, MIM, DAL..apa tu?
ya..AHMAD...mean? TERPUJI....^_^ get it?

so, as a conclusion, SOLAT ialah perbuatan yg paling TERPUJI berdasarkan bukti empirical..subhanallah..tidak Engkau perintahkan sesuatu dgn sia-sia..

SOLAT

Ada apa dgn solat yg terpuji ni? ok, kita tgk pd takrifan setiap huruf dalam SOLAT..

S- Sejarah
Kenapa ada sirah dan sejarah dalam Islam? kenapa kita selalu kena tgk kisah2 yg terdahulu? kenapa kita perlu selalu ambil pelajaran daripada sirah nabi dan shbt2? ini apa? bukankah semua kisah yg telah terjadi itu sejarah? and why we must learn history? because we might repeat the mistakes that the people before us have done. cth, kisah kaum luth, kaum syu'aib dan kaum Nuh..kalau kita tak bljr sejarah pasal depa, kita mgkin jadi org yg mengulangi sejarah itu..na'uzubillah..sbb tu ada lagu tomok dulu2 tajuk "sejarah mungkin berulang" heheh..betulla tomok oii..sjrh mmg akan berulang kalau kita tak bljr melalui sejarah..=)

(teman tahu lagu ni kat part 'sejarah mgkin berulang' tu je..yg lain2 tu apa lriknya pun xtau..heheh..soryla cik tomok..)

O- Organisasi
Islam menganjurkan konsep berjemaah..amik cth solat jemaah ja..ada sorg imam, bilal dan anak2 makmum..syaratnya kena dok dalam soff yg tersusun, dan kena ikut semua perbuatan iman. yg si bilal ni plak jadik pembantu imam nak pggl org turun solat.. imam baca fatihah, makmum kena dgr..mcm dgr arahan dari ketua la camtu..then, imam rukuk, sujud, semua ikut..maknanya, makmum bertindak ikut arahan..hehe..nice..subhanallah..inilah 1 cth organisani yg ckp rapi yg Allah ajarkan kepada kita..tnpa solat jemaah, kita tak dpt pahala 27kali ganda..cas2 negatif positif slm badan pun tak dapat dineutralkan..sbb tu kena lebih baik solat jemaah..kerna ia merupakan syiar kekuatan umat Islam..bukak dalam surah as-saff 1-5..ada Allah cakap psl ni..ibarat bgunan yg tersusun kukuh..

L- Love
Ni part yg plg best la..Allah menjadikan sifat rahmat 100 bahagian. Maka dipegang 99 bahagian dan diturunknNya 1 bhgn ke bumi..maka dgn 1 bhgn inilah sluruh makhluk berkasih syg sesamanya, hingga seekor haiwan mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak olehnya. Kata Nabi SAW: Pulihkan kasih syg yang berantakan. Yg putus disambung, yg pecah dicantum. Ditakuti tidak berkasih syg membawa erti tidak mendapat rahmatNya meski berada dalam bulan rahmat (Riwayat Imam Muslim dari Abi Hurairah)

A- Akhlak
Akhlak tu perbuatn, tatacara hidup, sikap dan seumpama dgnNya..Akhlak Islam ialah semua sifat yang menjdikan seseorang itu disenangi tidak kira oleh siapa sahaja..dgn akhlak Islam yg ada pd nabi kita, ramai kaum yg bencikan ISlam memluk Islam..teringat kisah Bro Kamarudin semalam dlm Kelas Perbandingan Agama..sorg shbt membawa shbtnya yg sudah 90% ingin memeluk Islam berbuka puasa di masjid..(shbtnya ini sudah beljar berpuasa)..shbt ini atas dasar akhlak yg terpuji meminta izin kepada Imam masjid tersbut supaya mmbenarkan shbtnya ini berbuka bersama..thu apa kata imam tersbut? TANGGA MASJID PUN DIA TAK BOLEH PIJAK! dan org islam lain berbuka puasa dgn enak sekali...boleh bygkan tak apa perasaan shbt kita yg baru berminat dgn Islam ini? daripada 90% mungkin sudah jadi 9% sahaja..kenapa? akhlak Islam tiada! zero! astaghfirullah..sapa kata kaum belum Islam ini tidak boleh masuk masjid? tgk balik sirah nabi dgn kaum najhan..(again, sejarah itu ptg)

T- Timeline..
Solat ada timeline tak? ada kan? bila waktu zhor, bila asar, dan semua sampai subuh..semua ada..pergerakan mthari dan bumi ada timeline dak? ada kan..bila siang..bila malam..hidup kita ada timeline dak? ada kan..bila nak tidur, bgn, mandi, makan, solat, bila nak mati..semua ada..
so, timeline ni ptg dalam hidup kita..Islam ajar kita supaya pandai manage masa..selalu org ckp tak cukup masa. tak betul alasan tu..sbb semua org ada masa 24 jam..kenapa ada yg boleh jalankan tugas yg sama dgn kita sdgkan kita tak boleh? takkan masa dia ada 24 jam 1 minit dan 1 saat kot?

so, renung2kan..fikir2kan..sbg tazkirah ringkas utk kita semua di ptg yg nyaman ini..iA..semoga bermnfaat..=.=

salam ukhwah fillah..

..bintubahariyah..
..550 pm..
..16/10/2008..
..Cahaya Gemilang USM..





Saturday, October 11, 2008

IKHTILAT


Assalamualaikum wbt..

hrp semua ahli ziarah sehat2..dan tenang2 hati kalian..sbb syurga mukmin di dunia ialah ketenangan..=.=


Pg yg syahdu ni, terasa sgt ingin mencoret sesuatu..kerna ketenangan hati dicerobohi..tujuan nak menulis pun utk memperkatakan sesuatu kepada shbt tersyg fillah..tp kelu dan terkedu..lama memandang skrin tanpa tahu apa dari mana ingin memulakan. Alhamdulillah, folder lama ku klik satu persatu dan kujumpa satu artikel ttg ikhtilat..setelah dibaca utk kedua kalinya, ya! inilah yg ingin ku katakan buat teman2ku..dan juga utk peringatan diri yg cukup pelupa nii..IKHTILAT..tulisan seorang hamba Allah yg entah dari mana aku jumpa..apa2pun, ana taknak sewenang2nya publish artikel org dan katakan ini tulisanku..

maaf kepada penulisnya..aku lupa nak copy linknya..maaf..


oklah shbt2..meh kita baca sesama2...sblm tu, mintak doa agar Allah tak hijab hati kita kerana dosa2 kita sampai kita tak nmpk kebenaran..

IKHTILAT

Seorang yang menggelarkan dirinya YANG JAHIL meminta saya untuk menulis artikel berkaitan ikhtilat dalam gerak kerja. Saya ada bertanyakan satu persoalan yang harus kita fikirkan bersama. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah hati.

Masalah hati dalam perbincangan ini bukan merujuk kepada hati yang tidak bersih sehingga melahirkan maksiat seprti mengumpat, mencela, dan juga merosakkan harta benda. Tetapi maksiat hati dalam ruangan ini merujuk kepada suatu dimensi perhubungan antara dua gender yang berbeza.

Lelaki dengan perempuan merupakan ciptaan Allah yang dijadikan untuk hidup bersama. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dengan tujuan untuk menampung. Lelaki mungkin ada kebijaksanaan akal 9/10 tetapi perempuan memiliki prestasi emosi 9/10. dengan emosilah perempuan jarang sekali terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti rasuah dan berat tulang.

Akal tinggi yang dimiliki lelaki akan menuntuni perempuan, maaf, lebih baik jika kita gunakan istilah wanita, manakala dengan emosi wanita yang baik itulah mereka menampung kekurangan lelaki. Antara keduanya ada satu magnet yang boleh mendekatkan antara keduanya.

Allah SWT mengizinkan magnet itu mencantunkam kedua-dua gender ini apabila tiba masanya. Lalu dengan magnet inilah lelaki menaruh perasaan kepada wanita dan wanita menaruh perasaan kepada lelaki. Ia sangat adil dan sangat indah apatah lagi kalau kekuatan magnet itu digunakan dengan cara yang baik dan berkesan.

“Akhi, ana cukup berkenan dengan si Ani tu. Dia seorang muslimah yang solehah. Kami pernah bekerja bersama-sama dalam satu program lama dahulu”.

Ah, bolehkah si Yusri ini (bukan nama sebenar) menaruh hati kepada si Ani yang pernah bekerja dengan beliau? Jika kita katakana salah, maka kita tidak bersikap adil kerana kita telah menafikan kuasa dan pengaruh magnet yang telah dibekalkan oleh Allah kepada kita.

Dengan kuasa magnet itulah Abang Naim berkahwin dengan Kak Suhaila. Maka apakah kedua-duanya salah kerana masing-masing ada perasaan semasa bekerja bersama-sama. Pastinya tidak sama sekali.

Lalu, bagaimana dengan maksud ikhtilat yang ingin kita bicarakan. Apakah si wanita yang bercakap dengan suara yang sangat perlahan sehingga dengar-dengar sahaja, memaksa si lelaki menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar bait-bait katanya? Ah, kalau sampai begitu, masakan kita mampu mencari pengganti Rafidah Aziz dan Shahrizat Jalil mahupun Nurul Izzah.

Apakah ikhtilat itu, si lelaki langsung tidak akan memandang wanita dengan matlamat menundukkan pandangan? Lalu jadilah seperti seorang kawan saya yang menundukkan pandangan ketika melintasi saya sehingga hampir terlanggar tiang.

Apakah ikhtilat itu, program harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya kian terjaga. Kalau begitu, maka saya dapat merasakan percambahan idea tidak akan berkembang. Idea lelaki dengan wanita pasti ada banyak bezanya, apatah lagi si wanita sangat halus dan teliti kerjanya sedangkan si lelaki pula hanya bersahaja.
Lalu, apakah ikhtilat itu? Saya sengaja mengemukakan beberapa persoalan terlebih dahulu agar difahami dengan baik secara realitas. Maaf, tulisan saya ada bercampur sedikit dengan bahasa Indonesia.

Saya dapat merasakan ikhtilat itu adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga melarutkan diri dalam lemas kesenangan. Mereka jadi tidak tenang dan gumam, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia.

Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begiru juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga.

Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.

Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertmu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjangan langsung tidak dihulurkan.

Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hlang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik.

Kata BUDAK U, kahwinlah…

Tulisan sorg hamba Allah..

ni teman nak tambahla skt..kalau nak kawen jugak, tp masih tak mmpu...betul2 tak mmpu nih..erm..terimala hakikat yg kita mmg tak mmpu..so, jalani kehidupan sbg org yg tak mmpu utk kawen lagi la..tak payah dok susah2 hati..sibukkan diri dgn kebaikan..agar takla kita disibukkan oleh cik2 keburukan..

so, jaga ikhtilat kiter..supaya dapat lahirkan zuriat yg soleh-solehah nnt..senang nak didik..

jgn lupa, nak dpt anak soleh-solehah tu, starts before marriage..lgkah mula utk mendapatkan ibu dan ayah utk anak2 tu kena betul..cmna cara jaga batasan..semua tu akan jadi rahmat ataupun laknat after kawen..so, muhasabah balik deh..nak laknat ka nak rahmat?

kat sini, sy nak petik kata2 kak fatimah syarha dalam conversation kami baru2 ni after tak sampai sebulan kak ha diijabkabul..kak ha kata:

"Perkahwinan itu indah bila jalan menujunya tidak dicemari maksiat"

Jadi, pesan utk diri dan shbt, lebih2kan taqarrub dgn Allah kala diri hebat menerima ujianNya..Dialah Pemberi Ujian..hanya Dia yang ada jalan keluarnya..Dia tahu dirimu sanggup atau tak utk terima ujian tu..jgn sekali2 menurut hati yg gersang dgn ingatan kepadaNya..kerna hati itu hanyalah sekeping hati yang dimanjai oleh syaitan durjana..Cari kembali sinar di hatimu, sinar dlm setiap gerak lakumu melalui teguran dan nasihat bersulam mawaddah keranaNya oleh shbt2mu..kerna shbt2mu selalu mendoakan dirimu..

wallahua'lam

salam sayang utk diri dan sahabat2 tersayang keranaNya,

..bintubahariyah..

..2.35 pagi..

..12/10/2008..

..USM..


Tuesday, October 07, 2008

Eidul Milad Ukhti Nik Nurbaiti =.=


Ros ni khas utk mike..ambik bunga ja..daun dia dah ada ulat berkenan..wangi oo..
teman snap kat rumah min..hehe..min, TQ nae..

Assalamualaikum..

hanya posting yg agak pendek..

khas utk shbtku bernama Nik Nurbaiti Mohd Badarudin

Syukran kerana telah bergelar shbtku..

yg ku harap di dunia mekar,

di syurga mengharum..



Terima kasih menjadi shbtku,

4 tahun perkenalan kita,

ternyata Allah sengaja mencaturkan pershbtn ini,

utk kita berdua..



Takkan ku lupa,

Insan yg seringkali bersamaku,

saat suka, saat duka,

saat daku sering ditimpa sakit,

Dikaulah perawatnya..

membawaku ke sini sana..



Syukran NIK,

masakan aku tak syg padamu..

tiada sebab utk itu..



Nik,

di hari lahirmu ini,

ku doakan agar dikau beroleh kekuatan,

kekuatan dlm mengimbangkan hidupmu,

kala menghadapi fitrah manusiawi,

ku doakan agar dipanjangkan umurmu dalam ibadat

di sihatkan tubuh bdnmu dalam kekuatan,

di campakkan ilmu ke dalam dadamu dalam keberkatan..



ya Allah,

Telah Engkau pertemukan kami,

bkn kebetulan, tapi dalam perencanaanMu,

maka ya Allah, cambahkanlah benih cinta dalam hatiku dan hatinya

agar berbunga ikatan ukhwah keranaMu..



Aku menyayanginya keranaMu,

Apa jua yg tidak aku inginkan utk diriku,

Itulah jua yg tidak aku inginkan utk dirinya...

dan apa jua yg aku suka utk diriku,

Itulah yg aku ingin terbaik buatnya..



Ya Allah,

jgnlah Engkau tinggalkannya keseorangan kala ujianMu kau leparkan,

Jgnlah Kau palingkan wajahMu kala dia tersungkur mempersembahkan taubat,

Janganlah Kau biarkan dia keliru kala cuba mengenal makna sebuah keredhaan,

DaripadaMu...



dan doa ini jua utkku...

insan lemah, selalu rebah,

yg hanya ingin rebah di pangkuan rahmatMu...



SeLaMaT HaRi LaHiR kE-22 NIK!

Eidul Milad..

Sanah Hilwah ya Jamilah..

Uhibbuki Fillah..



..shbtmu..

..bintubahariyah..

..7 oktober 08..

..USM..

Thursday, September 11, 2008

Lupakah Kita Ini Bulan Ramadhan?

Simpankan madumu utk kumbang tersayang..

Assalamualaikum wbt..

semua sehat ka? posa semua ok? ckp x semua ibdat2 yg ptt jadik rutin? mcm solat fardhu, solat trwikh, tahajjud, tadarus dsbg?

teman demam nii..alhmdulillah...dulu sakit blkg, lepas tu dpt satu penyakit lain, ni dmam plak..semua berturut-turut..herm..kdg2 rasa mcm termsuk dlm gol org yg nabi tak bg jadikan isteri..sbb selalu ja sakit..erm, takpela..abaikan..


ok, lepas k. ija selamat bc posting yg lepas, gyh nk mengomel psl benda lain plak..


kemarin ada usrah stlh lma tergendala atas sbb masa..tu pun k tina tak dpt bersama gak sbb ada karate..shila pun terlewat sbb ada mslh teknikel..tp alhmdulillah..on jugak..

kali ni k gyh tugaskan dik mah bg pengisian psl ramadhan..bgs sgt...dik mah carik dlm tenet dan siap print lg utk semua...betul2 bersungguh..tk lama lg bkl jadik naqibah la plak..iA..


ok, apa yg teman nak higlightkan di sini ialah perbincangan terakhir antara kami..

ramadhan..adakah disambut mhsswa USM Apex terutamanya dgn penuh penghayatan? rasanya sama ja kat U lain pun..


kat USM ni, sama ja bula Ramdhan ke tak..utk shbt2ku muslimat..sama ja pakaian kita sebelum dan semasa dan selepas ramadhan..jeans yg ketat terus mewarnai punggung yg cun tu..baju yg ketat terus melekat kat bhgian yg plg mahal tu..kluar buka posa dgn pakwes2 kat kedai2 depna sg dua...apa lg? erm..sudahla..teman nak highlightkan pasal tu ja sbnrnya..


prnha dgr cerita tak psl sorg alim ulama' ni? satu hari dia dalam perjalanan nak p beljq kat rumah tok guru dia..dalam perjlnn tu, dia ternmpk kaki sorg muslimat yg pakai stokin terkoyak sikit..maklumla org baik ni mmg jln menundukkan pndgn..So, bila dia sampai rumah tok guru dia dan bljq, dia tak buleh nak grab peljrn hari tu..peliknya??? tok guru dia pun tnya, apa yg dah jadi sblm dia jalan mai rumah tok guru dia? dia pun cerita la...herm..tok guru dia kata, mslh dia hari tu sbb dia tertgk aurat muslimat tu...astaghfirullah..betapa dahsyatnya aura aurat kita org pompuan ni pd lelaki...


sy nmpkla, yg budak laki lani pyh sgt nak masuk U, sbb kitala yg turut mnyumbang..kesian depa..jadi dungu atas kesalahan yg org lain buat..

dan jgn dilupa, kita kena tggung dosa2 nya...


kwn2ku, jg aurat kita..mmg kita kata kita tutup pa..tak pakai jarang, baju cukup kain..tp..jgn kita lupa..ada lg peraturan dalam berpakaian utk muslimah..iaitu tak buleh pakai ketat2..dan satu lg tak buleh tabarruj jugak..astaghfirullah..

ada yg kata; "habis tu, cina buleh plak??"

saya jawab;"awak tu cina ka? agama buddha ka?"


sudah2la..kan ke ramdahan ni bln mendidik jiwa kita..

kenapa tak jadikan ramdhan ni sbg platform utk kita biasakan melonggar2kan baju dan seluar kita? kenpa tidak kita biasakan berenggang dgn abe2 dan kakek2 kita? Allah dah bg jalan mudah nii..iA, sebulan ni cukup utk kita berubah kalau kita kata kita perlukan masa..


mintak sgt2 longgarkan pakaian kita dan ksiankan bakal suami kita..depa dok tgk body seksi kita, dok dgr suara manja menggoda kita, dok belai halus tgn kita..depa puasa hnya dpt lapar dan dahaga..kesiannya kat depa..paling malang..kita turut tggung dosa depa..weiii...berat wehh...dosa sendiri pun menggunung tinggi..nak tmbh dosa org lain?


tak payahla kita nak sombong dgn Allah..kita ni milik Dia..Dia nak ambik kita, anytime..astaghfirullah..malaikat maut dok mai usha kita 70 kali sehari tau..malangnya kalau kita mati saat kita tak sempat nak bertaubat..na'uzubillah..Dia takkan terkesan lgsg kalau kita mati time kita buat dosa..yg akan tanggung kita jugak..so, nak sombong buat pa kat Dia?? ni Dia bg sehat, mak ayah sehat lg, makan sedap, makan lalu..kalau Dia tarik balik? Dia tak rasa apa jugak..yg tanggung kita jugak..kan?kan?


teman nasihatkan diri teman sendiri..pada mereka yg rasa nak berubah tp takdak kekuatan, pohonlah kekuatan daripada Allah..semoga Allah dtgkan shbt2 yg bisa membantu kita menuju redhaNya..


mntak maaf dgn ayat yg jht..


wallahu'alam


..tgh kesejukan..

..bintubahariyah..

..12/9/08..

..USM APEX..

Monday, September 08, 2008

Menjelang Ramadhan 1429 hijrah

Adik2 bertekun dlm LDK..heheh..tu kak fasi tu..pakai vest PMI..Team Bonding ni under PMIUSM..terbuka pada semua budak USM..mehla join..dok promote nii..=)

Bismillah walhamdulillah..

Syukur pada Allah kerana menyampaikan daku dalam bulan ramdhan ni..semoga ini bkn ramadhan yg terkhir utkku dan juga bondaku dan seluruh ahli keluargaku dan shbt2ku..ameen..

Stlh sepurnama lebih gak membiarkan rumah ni kesnyian, kali ni nak bg sesuatu gak supaya rumah ni tak dihuni hantu..hhuhu..kisah sebelum teman posa..dipersembahkan…

Prgm di MRSM Pendang

2hari sebelum berprgm..tiba2 daku diserang sakit belakang..sakit tulang belakang yang menyebabkan badanku tak mampu nak diluruskan..bak kata sorg adik, dah jadi mcm udang..sorg adik lg kata jadi mcm nenek kebayan..huhu..mmg itulah gamaknya..
Lalu rawatan diberikan oleh rumateku yang tgh jadik isteri mithali utk suaminya lani..hehe..dia ckp mmg urat tgh bengkak..ramai yg mendoakanku kala ni..tak bgtau mak..takut sgt mak risau..mak pun demam time nii…cedih…

Sehari sebelum..

Gawat! K gyh sakit blkg nii..nak jalan pun tokleh..nak p training fasi? Mintak maaf sgt dik..huhu...teman2 sejati dah start kuarkan idea yg menakutkan pengarah projek..”tak payah pi la prgm tu..” huhu..tokleh2! teman org penting dlm prgm nii..biarla tulang blkg teman tenat..asalkan terus jadik tlg blkg prgm..huhu..dahla tak ckp fasi nih! Herm…

Detik2 akhir..
Takleh tahanla tuan pengarah..teramat sakit nii..so, dia offer nak belikan kokyok..hehe..hilang 8kupang duit dia..makasih tuan din noo..

Naik bas
Alhamdulillah, mmpu jua aku mendaki tangga bas yang takla setinggi mana tu..hehe..dalam bas buat2 tak sakit..padahal dia dok mencucuk2..jade tlg jadi nurse..
Pastu ada g adk2 yg takdan nak kenai satu sama lain..adala plak sesi berkenalan dalam bus tu. Lupa sekejap kesakitan nii..gheja gelak ja..aduhai..
Nasibla min2 yg baik semua kami halau pi depan..tggaila kami mat2 yg ayu ni kat blkg…so, yg ayu2 ni pun takdakla jadik pemalu sangat…

Bus stop gurun
Act, tak plan pun nak berhenti..tp adala sorg dinda nii..hehe..nak qadha hajat plak dia..air cond bas mrsm pendang ni mmg power..mengetaq semua..huhu..tipula kalau ketaq tu..tp sejuknya tahap induce pundit kencingla..
So, pakcik pun berhentila kat R&R Gurun..kami solat, makan skt alas perut..beli sorg sikit pkt bedak atas bas..

MRSM Pendang

Alhamdulillah, agak lewat skt, sampai dgn selamat..nila 1st time cek jejak kaki kat tempat yg bernam maktab rendah sains mara..tak kisahla yg kat kedah ka, ganu ka, ni la first time..huhu..budak mrsm jgn dok gelak nae..(^-^)
Sampai2 ja terus makan..sedap gak even sardine ja..heheh..dah lapaq..semua sedap..

Time prgm..
Teman dah lupa plak..teman crita part2 yg plg bestla..tak lrt nak cerita semua..
Malam yg pi tu, kami buat ice breaking skt..nyanyi lagu tema..lagu raihan..tajuk dia apa ntah. Tgkla, kalau rajin teman letak kat posting baru..
Mlm ni teman kena jadik fasi sat..sbb tak ckp fasi. Ada g yg tak dpt nak mai g..nasibla bdn kena kat adik2 laki..5org sepatutnya tp sorg blk..
Adik2 laki ni nasibla pemalu2..sorg nama firdaus (sedap dia bc doa)..sorg nama iman..tggi orgnya..dan paling pemalu antra semua..heheh..sorg g namanya leman..nama dia yg lain tp org pggl leman..leman ni sopan sgt..muka dia innocent..sorg g plak namanya nidhom..yg ni suka gelak..budak pandaila semua2 nii..depa ada trademark masing2 tau..hasil paksaan kanda depa nii..malu pun terpksa buat..heheh..tp tu rahsia grup kami ja..bkn utk tontonan umum..maaf ek..=.=

Tp esoknya rombakan fasi dibuat semula..maka, tak dptla nak jadik kak fasi depa sampai akhir..walaupun teman nak sgt..

Sabtu
Ni prgm penuh..ada jmput sorg pnceramah nak bg motivasi pasal pljrn la gak..tp last2 jadik kot lain..dia punya buat sampai fasi2 nangis lg teruk dari adik2..aku pun sama la..tersedu2..huhu..ish, part ni sepatutnya malam..tp jadik siangla plak..dia tunjuk video pasai mak ayah..tobat semua cedih..ditunjuknya video pasai azab kubur..part ni yg plg takleh nak lupa yg jadik induce kat teman nii..takutnya bila ingat balik..
Herm, part tu diakhiri dgn doa utk mak ayah dan shbt2 dan pelukan kasih syg semua rakan2..

Petang sabtu
Time ni riadah..sblm2 tu adala LDK2 dgn pengisian2nya…tak payahla crita..mmg prgm ni berbentuk team building..sbb tu byk LDK dari ceramah..
Ok, waktu ptg ni adik2 muslimin kena halau pi luar dewan dulu. Sbb adik2 mat nak bersenam tanpa gangguan mata..huhu..kami main atas rumput…cmna? Heheh…kena join prgm Team Bonding la baru tau..papapun adik2 ingat pengjaran atas rumput tu..kena tutup aurat..kerana sapa? Kerana Allah…=) insyaAllah..
pastu adala bbrp acara mass yg baik2…
Adik2 ni jugak diminta buat trademark utk homeroom masing2..uish, mmg mantap! Ada yg jundullah..ada yg berpndukan kerjasama..ada yg macm2…tak ingat dah..siap ada yg angkat2 kwn2 depa lagi..hehe..

Erm, adik2 ni gak diberi markah..target depa mesti lebih dari 5000 markah..tukang bg markah mestila kanda gayah nii..dan alhamdulillah…semua homeroom berjaya melepasi target 5000 tu..pulun depa bila dpt markah camtu. Cuba tak bg..sorg pun tak hingin nak bgn respon soklan k gyh..sorg pun buat taktau bila tgk smpah bahkan dibuatnya sampah lg adala..uih2…ha, ni sbnrnya pengjaran yg akak lupa nak habaq hari tu…sama tak markah tu dgn pahala? Sama? Uih, mana sama…pahala tu Allah punya..markah tu k gyh pinjam sat ja buat2 mcm k gyh yg punya…tp mmg ada persamaan..dosa pahala kita tak nmpk..tp kita tau ada ganjaran tu..k gyh nak maksudkan..markah tu sbg pahala yg sengaja dinampakkan..tgk, kalau nmpk, berebut2 nak amik..tp mslhnya kita lani…tak penah nak rasakan pahala dosa tu ada..sbb tu kita selalu buat taktau..jadi, amik pengajran dari markah nii..rebutlah pahala yg Allah sediakan khas utk kita..selalu2 kita beringat ya dinda2ku..=) iA..utk k gyh gak..

Malam
Slot muhasabah g..
Fasi tidur awal skt mlm niii..tp teman dan 2 org shbt g ada urusan dunia perlu dibincangkan…tidur sejam setengah..

Pagi ahad
Arahan berkumpul pukul 5pg dah dikeluarkan oleh cikgu anas..ni arahan utk fasi..bkn utk adik2..huhu..so, semua bgn dgn pening2..teman paling pening rasanya..sbb tidur sejam stgh ja..huhu..watever, ada perubahan pda tentative..pg tu bkn nak bt treasure hunt ja tp jugak projek sekolah impian..TH yg teman conduct tu dah melalui mcm2 peringkat perubahan..syukur berjaya dilaksanakan..dan projek sekolah impian lg hebat..ia berjaya mencungkil bakat setiap individu…(cikgu anas punya modul) sy pinjam modul ni nnt nae cikgu?=)

The end
Ada mjlis penutup..ada bcaan doa daripada adik teman bernama firdaus..tak sgka adik teman yg jadik imam budak2 tu selalu..mmg sesuai sgtla..mendayu2 doa yg dia baca..menusuk ke dalam jiwa..alhmdulillah..ada bacaan ikrar..ada nyanyian lagu tema dan 5 cinta (pengarah prgm punya lgu kegemaran) erm, moga dinda2ku sekalian jadik anak soleh/ah nae…

K gyh mintak maaf salah silap, grg2 sikit2 tu besala..provoke ja..hehe..erm, do keep in touch nae..iA..

Ptg ahad
Bertolak pulang dgn keterlenaan yg terheley…huhu..alhmdulillah..lega..
Adik2 fasiku..msih byk masa nak gilap bakat kita..papapun, perlu ada pengalaman..daripada cara huraian pengajaran dsbgnya..kita perlu lebih byk pendedahan..bersedia utk ditarbiyyah supaya boleh menjadi pentarbiyyah iA..
Semoga Team Bonding ni bermanfaat sepanjang zaman..ameen..

So, isninnya dah puasa…alhmdulillah…ku sambut ramadhan dgn perkongsian ilmu, hati, perasaan, kasih sayang, pengalaman dan semuanya dgn ramai insane yg memerlukan…=)
Semoga ramadhan kali ni, benar2 menginsafkan dan menyucikan jiwa setiap insane..
Ok, sudah dulu stkt nii..sbb teman sdg dikifarahkan dgn sakit yg lain plak..alhamdulillah..


Sedang menahan sakit,


..bintubahariyah..
..2254 pm..
..Cahaya Gemilang..
..USM Apex..


Sunday, August 10, 2008

Agama Yahudi tuh cmna? (Part 2)


Assalamu'alaikum wbt.


Mintak maaf buat semua ternanti2 kelas nii..okla, takmau buang masa straight to the point pasal agama yahudi.


Salasilah

Sblm teman habaq bab nama judaism ni, kita kena tau dulu asai agama ni..mula2 Nabi ibrahim kawen dgn Siti Sarah dan melahirkan zuriat bernama Nabi Ishak. dgn Siti Hajar plak Nabi Ibrahim dapat Nabi Ismail. Siti Hajar ni berketurunan Arab dan mula2nya hamba kepada Nabi Ibrahim dan Siti Sarah. tapi sbb Siti Sarah tak dpt nak bg zuriat lagi walaupun dah lama kawen, so Siti Sarah mintak Nabi Ibrahim kawen dgn Siti Hajar..

k, org yahudi ni berada di bawah salasilah nabi Ishak bila nabi ishak dapat anak, Nabi Yaakob. anak nabi Yaakob plak ada 12 org..antaranya ada yg bernama Juda..org yahudi jugak dikenali sbg bani israel..so, nmpk dak pasaipa org israel ni benci bangat pada org arab? sbb org arab keturunan Siti Hajar yang berpangkat hamba ja..sbb tu depa anggap semua org arab ni hamba depa dan layak dibunuh mcm apa yg dah jadi kat palestin tu..


Asal nama

ok, nama judaism ni bukan ada pun dalam kitab old testament. sepatah pun takdak. tp cmna buleh mai nama ni? sbb depa ambik sempena nama anak Nabi Ya'akob yang bernama Juda.


nama israel plak? erm, yg ni ikut kepercayaan depa..suatu mlm, tuhan turun ke bumi lwan dgn nabi yaakob. bertinju, bergusti dan wwf. last2 tuhan kalah dan tuhan lari naik atas langit. waktu tuhan nak naik ke langit tu la, tuhan panggil kat nabi yaakob, "hai israel"... so anak2 cucu2 nabi yaakob dipanggil 'bani israel'..jelas? ish2..logik dak? tuhan turun lwn dgn ciptaan Dia? kalah plak tuh! ish..kalau cmtu, cmna gamaknya tuhan tadbir bumi ni? pakat2 berlanggaq habisla semua..cmtu baik tukaq ja peranan..yg menangla patut jadi ketua kan?erm..tak buleh terimala..tak buleh!

dalam islam plak, kita percaya asal nama israel tu bermakna org yg berjalan malam atau pun bertahajud..isr bermaksud jalan dan lail bermaksud malam..


herm..nak bahas bab nama ja pun dah cukup sbnrnya nak ckp kata agama judaism ni tak betul. dahla nama pun takdak dalam kitab depa..kalau alQuran, mmg adala words Islam..cth:

"Innaddina 'indallahil islam.."


Kandungan Kitab

posting sblm ni teman ada habaq pasai kitab bible kan? mula2 teman ingat bible ni utk kristian ja. rupa2nya dipakai kedua jenis agama..cuma yg bezanya..agama judaism pakai old testament ja. tp depa toksey guna new testament sbb depa new testament ni org kristian yg buat. depa kan rasa depa ni hebat..mana buleh ikut2 org lain yg rendah taraf drpd depa..

erm, analogi yg mudah bro bg haritu, tgkla Amerika yg besaq gedabak tu buleh dok ikut telunjuk israel yg kecik seketet tu..dahla ambik negara org islam..ha..terbukti..kalau pikiaq2 balik, Amerika tu kuasa besar dunia, dia bom ja israel tu kalau takmau ikut ckp dia. tp awat jadi pengecut plak dgn israel? kan? kan? ish2..


rasanya tak perlu kot teman cerita in detail lg pasal kitab2 depa nii..tajuk ni bro tak cerita habis lagi..teman pun mcm blurr2 lagi..nnt la nae..


Shema

apa kebendanya shema ni? ha..shema ni bermaksud shahadah dalam bahasa hebrew kot ni. kalau kita, mengucap 2 kalimah shahadah la..kira shema ni sbg pintu masuk agama depa. nak masuk agama judaism ni kena ucap shema nii..cmna depa sebut? ada 6 words yang diberikan oleh nabi Musa kepada org Israel.

"Hear, O Israel! The Lord our God, the Lord is One".

Deuteronomy 6:4


betoi dak depa percaya pada 1 tuhan ja? ni buktinya..Lord is one..Deuteronomy tu salah satu book dalam old testament yg ckp pasal undang2 depa..so, depa ni reject pernyataan kata ada 3 tuhan dalam satu masa mcm yg kristian percaya.


Orang yahudi ni percaya kata Tuhan yang 1 ni la yg menjadi Pencipta semua benda. Sebagai Universal Ruler. (yang mmg sama dgn kepercayaan kita kan?)


ok, ni yg tak betul sikit ni. bani israel ni percaya yang tuhan dah pilih depa mengatasi segala kaum, bangsa yang lain di dunia ni utk menjadi penerima wahyu iaitu taurat utk membimbing manusia2 lain ke arah pengabdian kepada tuhan yg 1..

huraiannya..kalau kita tgk blk, 70% nabi mmg berbangsa Yahudi. dalam alQuran surah Ali Imran ayat 110, Allah berfirman:


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."


erm, dalam ayat ni Allah ckp kalau yahudi dan nasrani tu beriman, mesti depa selamat. mmg Allah pernah pilih depa jadi umat pilihan suatu ketika dulu. tp tgkla apa yg dah depa buat pada nabi-nabi zaman depa? depa bunuh nabi Yahya, Zakariya dan cuba nak menyalib nabi Isa! so, keistimewaan tu dilucutkan oleh Allah dan diberikan kepada umat nabi Muhammad SAW..tula, jahat sgt.. pastu, dahla depa kata depa tggu masa kedatangan arahan dunia baru daripada tuhan dan nak selamatkan dunia supaya dapat hidup aman damai. depa kata nabi Isa akan turun ke bumi, tggl di rumah nabi Daud dan akan tlg depa utk mengambalikan "Kingdom of GOD". benda ni la depa dok tggu2 kat palestin tu. depa dok nak rampas masjidil aqsa kita dan nak jadikan kuil haikal depa..herm...
tp tula, kalau tgk balik, depa ni mmg hebat gakla Allah bg..kulit lawa..pandai2..hebat2..sbb tu kot depa ni egoo..kes yg ahli kitab ni takmau mengaku Nabi muhammad ni nabi terakhir ni kes ego la tu..sbb depa still nak kata depa tu hebat..takmau terima hakikat keistimewaan yg Allah bg dulu tu dah dilucutkan..na'uzubillah..
dan perlu diingat, kenapa kita ada shahadatain? (dua shahadah?) bkn satu ja? sbb..itulah yg membezakan kita dgn org yahudi ni. kita percaya dgn 1 tuhan, depa pun sama..tp kita juga percaya pada nabi Muhammad sbg pesuruh Allah..depa tak, kan? itulah beza kita dgn depa..sbb tu masih bkn islam seseorang jika dia hnya percaya pada konsep 1 tuhan tp tak percaya pada utusan Tuhan yang Satu tu..iaitu Nabi Muhammad SAW..
ya Allah, tetapkan hati2 kami dalam agamaMu dan matikanlah kami dalam iman dan islam..ameen..


Wallahu'alam..


cukup dulula kot teman share ilmu ni utk harini. teman nak kena p klas plak ni. tgahri ada usrah plak. tak prepare lagi..semoga sikit ilmu yg kita peroleh harini menjadi penguat iman dan keyakinan kita kepada Agama Islam tercinta nii..fastabiqulkhoirot..


..bintubahariyah..
..1102 pagi..
..keseorangan di bilik..
..9 Sya'ban 1429H..


p/s: jgn dok pening2 la bila teman sat tulis bani israel, sat tulis org yahudi, sat tulis org judaism..semua ni sama ja..

ha, iA..lepas ni teman cerita pasal zionis plak nae..sama ka depa ni? herm..nntikan..iA..

pastu teman akan habaq pasai perayaan2 depa..iA..okla, salam..



Thursday, August 07, 2008

Agama Yahudi tuh cmna? (Part 1)


Bismillah walhamdulillah wassolatu wassalam 'ala rasulillah..


Syukur kepada Allah sbb dah ajarkan teman sikit ilmu tentang agama yahudi..

Syukur sbb Allah pilih teman masuk kelas perbandingan agama walaupun teman ni dah ada di final year..tak cukup setahun sebenarnya..masa klas first dulu, teman takdakla plan nak p sgt2. besa2 ja..dok main tarik tali. sat nak p sat takmau p. pastu sat nak p sat takmau p lagi..pastu sat tak mau p lagi..dan last2 terpi sendiri sbb alang2 dah dekat sgt bila hantaq rumate nak tgk baby dia kat sg 2..erm, so bila ditanya oleh brother kamarudin apa tujuan mai kelaih dia, teman cerita benda tu dan habaq takdak lain melainkan teman yakin Allah pilih teman utk dpt ilmu nii..alhmdulillah syukur..


So, rabu yg lepas was my second class..hehe..mula2 bro bg tazkirah sikit. bro amik ayat alBaqarah yg ckp pasal kewajipan berpuasa tu utk org mukmin..arahan Allah utk org mukmin bkn org islam..sbb puasa ni suatu yg susah..hanya orang yg beriman sj mampu ikut..

subhanallah..


pastu kali ni dia ajar pasal kandungan kitab bible..

as muqaddimah dan basic utk kami..


kandungan bible:


ada 2.

1) old testamont =perjanjian lama yang diimani oleh yahudi dan kristian

2) new testamont = perjanjian baru yang diimani hanya kristian.


pastu adalah ditunjukkan chapter2nya tp depa tak pnggil chapter, depa panggil book. mcm kita, kita pnggil surah kan? dan ada gak byk sgt book yg dicipta oleh sorg paderi..next episode teman bgtau apa nama dia. lupala. teman ni mmg pelupa nama org. kecuali nama sendiri..heheh..


klas 1st dulu ada bro cerita pasal asal nama agama yahudi yg boleh jadi judaism. nntla teman habaq camna. tp mmg tak logik la..

watever, lepas dah msuk dalam2 sikit pasal agama yahudi ni, ternyata inilah agama yg paling dekat dgn agama Islam..sgt2 dekat..depa percaya pada tuhan yg satu sama mcm kita..berkhatan, bg salam, ada sambutan awal muharam, langgar 10 rukun iman, berdosa..dan ada lg mcm2..nnt next episode teman habaqla detailnya..

ni nak bg gimik ja..hehe..supaya kalian rasa teringin bangat nak ikut kelas perbandingan agama dalam sekeping hati nii..hehe..

nak pelawa entum p klas bro pun, bro dah tutup tau. sbb dia takmau terima org lain bila dia dah start..sbb kalau org tu tak tau yg basic, confirm dia akan blurr..ni kelas ya, bkn ceramah besa2..


watever, lani sorg adik teman ni ada mslh pasai kwn dia yg dimengoratkan oleh sorg budak kristian katolik tak silap teman..oh..sgt perlu membantu..sgt takut kalau akidah sorg siswi kita terkorban gara2 cinta asmara dana nii..ya Allah, berikan hidayah pada kami dan pada insan2 yg ikhlas mencari...ameen..


..bintubahariyah..

..338 ptg..

..sebelum ke kelas anatomi tumbuhan..

..080808..


p/s: harini satu keputusan besar dlm hidup telah kumaktubkan di hati..moga tidak tergugat lg lepas2 nii..ameen..

Monday, July 21, 2008

Penantian sungguh menyeksakan..huh!

Mak...nak cucu...cepat la...adik tak cuker tggu2 nii...nak cucu..nak cucu...huhuhuhu.....hwaaaaaaaaaaaa....~ni baby punya perangai, kalau nak tu takdan dan.huish! tp tula, kita rasa terseksa bila menunggu ni sejak kecik gii..so, apa nak buat...??=)


Assalamualiakum wbt.

semoga hari-hari yg dilalui terus dinobatkan hnya utk Allah..

saya nak bawak beberapa situasi penantian yang mungkin setiap daripada kita penah lalui..

1) tunggu bas. tension gila. bilala bas ni nak sampai. org nak cepat nih! bencinya menunggu..orang sebelah ni plak dok usha2 org buat pa taktau! hisy, tak jg pandangan lgsg! bas..cepatla..erm, kena hantarkan gelombang minda kat pakcik bas nii.."Pakcik bas, cepat meh amik org..cepatla.."

2) tggu member nak p klas sama2. ish, awatla kura-kura sgt member aku nii..sakit perut ka pg ni? tadi kata nak kluar dah. org kol tak angkat, msg tak deliver plak. klas nak start dah ni. cepatla anak dara oihh..kata nak jadi peljar cemerlang. haih..baik aku jalan dulu. jumpa kat kelas ja la. penat betul menunggu. last2 p sorg2 gak. nak nangis rasanya! hilang mood nak ngaji rajin2..

3) tunggu org nak meeting. janji kul 9 mlam. 915 tak nmpk bayang lagi. aku dahla ada test sok ni. apa cerita niii..hadoila...arrggghhhh...batinku menjerit...huhu...

cukupla kot 3 situsi penantian tu..cukup menyeksakan kan? punya terseksa memg habis ceritala.bila menunggu ni org yg tabah pun boleh nangis. sbb apa? geram! masa terbuang bodoh camtu ja..so camna nak buat?

Kurangkan rsa terseksa tu dgn..

1) lain kali bawakla buku ..kalau ada msa2 yg kena tggu2 camtu bulehla baca..terisi la jugak..dan fokus kita teralih kepada buku yg kita baca tu. so, kuranglah dera derita sbb tumpuan dah ada pada buku yg kita dok baca tu..hah, kan bagus..waktu sekolah dulu, ada akak ni penah ckp, kalau setiap minit yg terluang tu kita gunakan betul2..boleh buat satu buku yg tebal tau! huhu..I mmg pecayala cakap kak fazillah tu..

2) Kalaula takdak buku yg berunsur bacaan, pastikan jugak bawak pen dan kertas kosng. boleh tulis perancangan sepanjang hari tu or buat perancangan hidup..cth macam, apa nak jadi padaku sedikit masa lagi? tak pun, tulis ja rasa geram tu kat buku tu..tulis diari harian..hehe..pastu publish kat blog masing2..huhu..apa punya idea la tu..

3) In case la kalau takdak lgsg sbrg alatan yg buleh mengalih tumpuan tu, berzikirlah...istighfar byk2..elakkan rasa marah..kan ingatAllah tu hati akan menjadi tenang..masa ni la patut digunakan utk muhasabah diri..kalau kita sibuk sgt kan, mana la ingat nak zikir byk2 kecuali waktu solat..kan?kan?

so sebenarnya, penantian ni merupakan penyeksaan yang akan disertai dgn rahmat..kalau, kalau kita bijak menggunakan utk kebaikan..sy pun dapat idea ni sbb selalu ja kena tggu org. kdg2 tu, ingatkan kita yg lmbt..alih2 kita plak sellu jadik org awal..ish2..Alhamdulillah..at least, cuba utk tak jadik munafik..kdg2 tu bila geram, sj ja buat bg lmbt sbb nak balas dendam! huhu..mmg tak patut tuh! astaghfirullah..jauhkan aku dari sifat mazmumah tuu..

okla, cukup dulu kot utk pg nii..terima kasih ya Allah sbb izinkan tulisan ni terpublish..sementara menanti ke kelas, dpt jugak bg something utk diri sendiri dan shbt2..Alhamdulillah...=.
jumpak lagi lain kali insyaAllah..

..bintubahariyah..
..911 am..
..22/7/08..
..di kamar sepi..


Wednesday, July 16, 2008

Cinta Hakiki




CINTA HAKIKI


oleh: RAIHAN

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Cintakan Allah tiada kecewa
Engakaukan tenang di waktu susah

Kembalilah kepada Tuhan,
Dia kan tetap menanti
Kehadiran hambaNya yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangnya tidak bertepi


p/s: Kepada bgchu..adik nak ucap selamat melangsungkan perkhwinan..walaupun bulan depan..heheh..adik tumpng bhagia bila bgchu bahagia..doakan adik dapat kejar cita2 adik..kalau dah dapat capai impian tu, and bila dah sedia dan waktu tu kalau takdak sapa nak kat adik, bgchu dan abg2 adik yg lain tlgla carikan. syaratnya yang beriman dan hatinya cintakan Allah ek..hensem dalam..tak hensem luar pun takpa..heheh..
buat shbt2ku yg dah jatuh cinta, make sure cinta kita kta Allah yg 1st ek..then, cintakan mak ayah..kalau utk lelaki plak, jgn ubah cinta pada mak ayah menjadi krg..even dah jumpa bakal isteri masing2..

ya Allah, kurniakan kepadaku cinta terhadap kebaikan dan bencikan kemaksiatan..dan kurniakan kepadaku cinta kepada ilmu pengetahuan yang boleh mengajar aku mengenalMu..dan kurniakanlah kepadaku cinta daripada shbt2 yg mencintaiMu, dan cinta daripada insan yang hampir denganMu..dan jadikanlah cintaku kepadaMu melebihi cintaku terhadap air yang sejuk di saat kemarau..

Terima kasih ya Allah..


..bintubahariyah..
..pg yg indah..
..17/07/08..

Monday, July 07, 2008

Segugus kalam buat adik-adik baru USM..

Assalamualaikum..
Buat insan-insan pilihan, adik-adik yang dibanggai Rasulullah,
Tulisan ini ditujukan khas untuk adik-adik yang baru melangkah ke alam kampus,
semoga kalian terus terpilih untuk mendapat kasih syangNya..
moga kehadiran kalian di sini bukan menjadi penyebab kalian semakin jauh dariNya..
tapi semoga langkah ini merupakan kemaraan memburu janji Tuhan..

Adik-adik sayang,
Mesti adik-adik dah muak dgn ucapan tahniah dan selamat datang kan?
Untuk pengetahuan adik-adik, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Pro-Mahasiswa dah cuba mencari ungkapan-ungkapan dalm bahasa lain untk meraikan kehadiran adik-adik supaya adik-adik tak bosan dgn ayat-ayat yang sama. tapi adik-adik tak sempat nak tatap..maaf, sbb 9 banner tersebut telah lenyap dari pandangan..semoga banner itu menjadi saksi di akhirat nnt bahawa kami semua ikhlas menyambut adik-adik dan semoga ia memberitahu seluruh umat manusia di padang mahsyar nnti, siapakh gerangan manusia yang suka menggunakan tangan dan kakinya untuk melakukan kemungkaran..ameen..

adik-adikku syg,
kalian ialah permata hati ibu dan ayah,
mungkin adik-adik tak pernah melihat titisan air mata kesyukuran ayah ibu
kerana anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke universiti terbaik di Msia..
namun, apalah gunanya jika kesyukuran mereka tidak adik-adik biarkan berpanjangan..


Adik-adikku tercinta,
Universiti ini merupakan medan pertempuran,
Medan menadah ilmu,
Medan perjuangan yang panjang,
sbenarnya langkah adk-adik baru bermula di sini,
selalu org meletakkan tujuan akhir pengajiannya ialah U,
maknanya bila melangkah ke U,
dah habis tempoh belajar.
salah itu dik, salah..
kerana di sini segala ilmu kalian akan teruji,
iman kalian tercabar,
prinsip kalian akan tersiat-siat..
terlalu byk benda pelik-pelik yg akan adik jumpa di sini..


lantaran itu adik-adikku,
dengarlah nasihat kakandamu yg tidaklah bagus ini..
carilah shbt2 yg baik,
yg boleh membimbing dirimu menjadi lebih baik dari semalam..
ini medan mentarbiyyah diri,
medan mendekatkan diri kepada Ilahi,
jika diri makin jauh pergi,
segeralah muhasabah diri,
cepat-cepatlah dikau kembali..

kerana hidup ini sudah tidak lama adik-adikku..
ramai saja pelajar U yg telah kembali menemui Allah..

adik-adikku,
selamat menempuh alam kampus yg penuh dgn rintangan,
isilah kekosongan hatimu dgn mencari ilmu-ilmu pembersihan diri dan jiwa..
ayuhlah selalu sediakn telingamu utk mendengar ceramah dan kuliyyah agama,
sediakan matamu utk melihat kebenaran,
sediakan lidahmu untuk basah dalam menyeru kebaikan,
sediakn tngn dan kakimu utk berjln dan mengutip hikmah yg telah tercicir daripada umat Islam,
sediaknlah hatimu utk diisi oleh cahaya pengetahuan..jgn dicemar dgn maksiat yg menjadi penghalang sinarnya..
jgn ditiru gelagat senior2 mu yg sedang terlupa pembalasan tuhan..
jadikan ia sebagai suri teladan buat dirimu yang masih suci murni itu..
dan kita doakanlah agar mereka dan kita diberi petunjuk..
duhai adik-adikku syg,
kakanda di sini sering mendoakan kalian,
agar tak rebah di tgh jurang kepanasan..
akak sedia menanti di sini utk membantu meringankan sbrg kesukaran...
insyaAllah, semoga rahmat Allah yg telah mendtg tidak kau tukar manjadi laknat yang tidak berkesudahan...

salam syg utkmu adik-adikku,

..bintubahariyah..
..12.22 pm..
..08/07/08..


p/s: utk anak sedara maksu yg sgt maksu syg, farah alwani, teguh ya hadapi semuanya kat U ni..iA, maksu akan cuba tlg selagi terdaya..lepas ni along dah nak kena dok sorang..bljr jadi independent tau. tp cmna pun, maksu kagum dgn along..

utk shbt baru, hajar (rumate along), semoga kita jadi kwn baik smpai mati..
utk laila (adik k syikin) ada papa, do contact me as soon as possible..
utk zaimah, iA, ada masa nnt kita jalan2 ya..
utk amira, atilia, fatin, nida...bla agknya kita boleh jumpa lg ya?=)

dan utk semua adik-adikku di USM dan semua U lain..adik-adik smkay, farhana ilma dan semuala yg k gyh tak tersebut kat sini, kalian ialah mutiara yg sedang berkembang di dalam tiram kasih syg kak gayah..=)

Maattaufiq wannajah fi imtihan...

Wednesday, July 02, 2008

Motivasi Secara Langsung Drpd Allah..


Inilah firman Allah yang benar-benar menjawab segala persoalanku..benarlah, Al-Quran ialah motivasi yang terbaik, penawar bagi hati yang sakit, penghibur bagi hati yang bermuram..

Ya Allah, terima kasih atas nikmat yg maha besar ini..
Bismillahirrahmaanirrahim..

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TuhanMu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (Ya Allah, masukkan aku dalam golongan ini...)

" Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu BERSABAR, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar."

" Dan bersabarlah (Muhammad). Dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah. Dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan."

" Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."


[Surah An-Nahl: 125-128]


Terkenang sewaktu menghadapi PRK yang lalu..Allah terus-menerus memotivasikanku..
Kala hebat shbt2 ku yang menggelarkan mereka 'aspirasi universiti 'memberi provokasi, kala shbt2 calon lantang memfitnah Persatuan Ilmu Pendidikan di mana aku ditakhlifkan sebagai NYDP1, kala pelbagai tohmahan yang tak dapat diterima oleh mana-mana makhluk dilemparkan bertalu-talu, lembaran Al-Quran ku selak perlahan. Kemarahan yg membara segera disejukkan oleh nasihat Allah :

"BERSABARLAH atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia sangat taat (kepada Allah)"

Surah As-Sad : 17

Seterusnya, aku mulai ucapan umumku dengan 10 ayat pertama daripada surah al-Waqi'ah. Suasana yang penuh provokasi itu bertukar wajah dgn ayatMu..walaupun pada mulanya masih ada yang terlupa aku sedang membacakan ayat-ayatMu hingga shbt bukan Islam hairan, apakah sebenarnya yang sedang ku pegang dan sedang ku baca? al-Quran kah? Mengapa orang Islam di depan sana masih tidak menghormati kitab suci mereka? Maafkanku duhai shbt..Islam itu indah tetapi ia sering diburukkan oleh orang Islam itu sendiri..Maafkanku kerana tidak berjaya menunjukkan keindahan Islam ini kepadamu..

Maafkanku juga duhai Ramadhan..kerana malam-malam yang sepatutnya diisi dengan munajat, zikir dan keindahan taqarrub dengan Allah telah menjadi medan yang menyedihkan..Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kami kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang menyayat hati itu..

Itulah malam yang paling menenangkan. Jika Allah takdirkan aku kalah sekalipun dalam merebut kerusi umum yang lalu, aku tahu yang aku sudah pun menang. Menang dalam mengawal nafsu amarahku..Ya Allah..terima kasih...terima kasih kerana memilihku untuk melalui jalan ini..dan tetapkanlah hati ini dalam jalan yg aku yakini ini..ameen..



Bintubahariyah,
Dini hari,
3 Julai 2008.

Doaku, Rayuanku, Kematianku, RedhaMu..


Bismillah walhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaai walmursalin wa a'al alihi wasohbihi ajma'in..


Ya Allah, masukkanlah diriku dalam golongan org2 yang sedikit..sepertimana firmanMu, ....


"tetapi sedikit sekali hambaKu yang bersyukur.."


Saidina Umar pernah mendengar seorang shbt berdoa supaya Allah menjadikan beliau daripada golongan yang sedikit, Saidina Umar bertanya kenapa berdoa sedemikian? Shbt menjawab : Aku mendengar firman Allah ; sedikit sekali hambaKu yang bersyukur..

Umar insaf dan merasakan betapa rendahnya martabat dirinya..


Ya Allah, jadikanlah hati ini cintakan kebenaran dan bencikan kemaksiatan. Engkau tempat daku bergantung. Kalau seluruh isi bumi dan langitMu berkumpul untuk memberiku kebaikan, tanpa izinMu tiadalah akan terjadinya ia. Dan jika seluruh isi bumi dan langit berkumpul untuk merancang kejahatan dan fitnah terhadapku, tiadalah akan terjadinya tanpa izinMu..ya Allah, daku mewakafkan diriku kepadaMu..hakikatnya aku hanyalah pinjamn semata..siapalah diriku di hadapanMu..hanyalah insan lemah yang tidak mampu bernyawa tanpa oksigenMu, tidak mampu melihat, mendengar, berkata-kata tanpa pancainderaMu, tidak mampu berjalan tanpa kaki pinjamanMu, tidak mampu tersenyum tanpa rahmat dan kasihMu..Kami sedar diri ini sekadar pinjaman, tercipta daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah yg hina..dipijak2 dan tempat terkumpulnya segala benda yang kotor yang tidak ingin pun dipandang oleh mana-mana insan..


Teringat kisah pengalaman seorang ustaz yang Allah berikan kelebihan kepadanya. Sewaktu beliau pergi ke rumah seorang ibu untuk mengubatinya, membuang saka yang masih berbaki, dari luar beliau melihat bilik si ibu dihuni bukan setakat si ibu tetapi ada 4 orang lagi lelaki yang memakai pakaian serba putih yang sedang melakukan 'tugas2' mereka dengan perlahan sekali. Apabila tiba waktu utk ustaz masuk mengubati si ibu, keempat-empat pemuda segak berpakaian putih tersebut memberi laluan, keluar dari bilik dan menunggu di luar.

4 hari sebelum ibu meninggal dunia, ustaz kembali menziarahinya. Ketika itu beliau melihat keempat-empat pemuda tersebut melakukan 'kerja' dengan jauh lebih pantas daripada sebelumnya. Meremang bulu roma, berombak degupan di dada kala mendengar kisah ini..


ya Allah, adakah sekarang disisiku sudah dtg hambaMu yang bernama malaikat maut? adakah mereka sedang membuat persediaan menyambut kepulanganku kepadaMu? Adakah kerja mereka semakin laju? Adakah mereka kasihankan aku? ya Allah...Engkau Maha Mengetahui..Aku mengharap hanya kasihMu, redhaMu..semoga Engkau izinkan pengakhiranku dalam kebaikan seperti yang diidamkan semua pejuang agamaMu..


Selaut pun syukurku, tak mampu membayar walaupun setitis rahmatMu itu..

Tuntunlah langkahku menuju redhaMu yang maha mahal itu...


Bintubahariyah,

3 Julai 2008.



Monday, June 30, 2008

Barisan MPP Pro-M

Mohd Azahari bin Abu Bakar




Nurul Izzati Zamuri










Nur Mastura Mansor




Nur Harizam Abd Majid











Siti Rogayah Bahari











Inilah Barisan MPP Pro-Mahasiswa

Friday, June 13, 2008

Memorandum MPP ProM utk TNC HEP tersyg..

~Masjid USM~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Memo yang dihantar kepada ayahanda Prof Omar Osman..

MEMORANDUM TERBUKA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM / PRO-MAHASISWABERHUBUNG MALAM CITRAWARNA

PADA 21-22 MAC 2008

Kepada:
Y. Brs. Profesor Madya Omar Osman
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia

Jumaat, 28 Mac 2008.Pejabat Hal Ehwal Pelajar USM

PENDAHULUAN

Kami, Barisan MPP Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia sangat prihatin dan peduli pada isu-isu kebajikan mahasiswa; termasuk Malam Citrawarna baru-baru ini. Segelintir mahasiswa yang terlibat telah berjumpa dan merungut kepada kami tentang perkara di atas.Kami pada asasnya sangat komited dengan program-program kebudayaan Malaysia, terutama program-program yang mampu menjana kecemerlangan mahasiswa selaras dengan visi dan misi Universiti.Walaupun demikian, Malam citrawarna tersebut dilihat kurang mempamerkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia dan ciri-ciri aspirasi universiti itu sendiri.Bagi kami, mahasiswa patut digalakkan berpartisipasi dengan program-program rasmi universiti. Namun, program-progam tersebut mestilah berlandaskan prinsip keintelektualan mahasiswa dan universiti. Justeru, kami barisan MPP pro mahasiswa sebulat suara ingin menggesa pihak universiti supaya menilai semula penganjuran Malam Citrawarna samada ia memenuhi aspirasi kebudayaan dan hasrat universiti dalam melestarikan integrasi kaum dalam kalangan warga universiti.

PENDIRIAN TERHADAP MALAM CITRAWARNA

Seperti mana yang kita sedia maklum, latihan malam citrawarna amat membebankan mahasiswa kerana mereka telah mula berlatih seawal jam 9 malam dan hanya akan tamat latihan sekitar jam 3 hingga 4 pagi.Selain itu, terdapat juga mahasiswa yang diugut tidak akan diberikan hak penginapan desasiswa sekiranya tidak memberikan komitmen terhadap program ini.Suka diingatkan di sini bahawa Malam Citrawarna ini juga masih dalam periodisasi umat Islam menyambut Maulidurasul sedangkan realiti yang berlaku dalam penganjuran citrawarna tersebut menunjukkan penggiat dan penonton bergaul bebas. Maka, penganjuran ini dilihat telah menyentuh sensitiviti umat Islam sekaligus imej murni universiti akan dipandang serong kerana rata-rata pentadbir universiti adalah beragama Islam.Kami juga berpendirian bahawa penganjuran citrawarna ini hanya memfokuskan kepada kecemerlangan jasmani dan mengabaikan tiga lagi aspek penting dalam pembentukan modal insan yang holistik, iaitu emosi, rohani dan intelek. Hal ini secara tidak langsung telah mempamerkan kepincangan dalam usaha memanifestasikan hasrat murni universiti dalam menghasilkan modal insan berkualiti.Justeru, kami berpendirian bahawa Malam Citrawarna ini adalah kurang rasional dan perlu dikaji semula. Kami amat khuatir akan prestasi akademik penggerak dan juga peserta program tersebut. Fenomena ini juga boleh mencalarkan imej universiti pada pandangan mata masyarakat dan ibu bapa.

TUNTUTAN KAMI, MPP USM PRO MAHASISWA:

1. Mengkaji semula tujuan asal dan implikasinya terhadap pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa.
2. Universiti perlu menjelaskan pendirian rasmi Universiti terhadap program tersebut terhadap memorandum ini.
3. Universiti juga perlu mengeluarkan satu garis panduan pempiawaian program dengan mengambil kira kepentingan budaya, agama, keintelektualan dan realiti kebajikan mahasiswa itu sendiri.
4. Menuntut universiti menubuhkan jawatankuasa pemantau program-program universiti dan MPP pro Mahasiswa sedia untuk mengisi keanggotaan jawatankuasa tersebut demi menjaga kesejahteraan kampus sejahtera.

Justeru, kami Barisan kepimpinan MPP Pro mahasiswa menaruh harapan yang tinggi agar tuntutan kami ini dipertimbangkan, seterusnya dilaksanakan demi memelihara nama baik universiti dan kebajikan pelajar itu sendiri. Kami juga bersedia pada bila-bila masa untuk berbincang mengenai kebajikan mahasiswa dan kepentingan universiti.

Sekian, terima kasih.

“PRO MAHASISWA SEDIA MEMIMPIN”
“WE UNITE FOR STUDENT’S AGENDA”

Disediakan oleh,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO MAHASISWA USM
SESSI 2007/2008

salam. memo ni..walaupun dah lambat sgt baru disiarkan..huhu...ayahda omar, kami nak jumpa ayahda lagi..rindu rasanya..
utk shbtku mhsswa USM yg tercinta..
kita sama2 berjuang. ingat balik tujuan kita..
jgn takut pada sesuatu yg tidak berkuasa apa pun.
ingat balik sabda nabi, kalau mereka berkumpul utk menghilangkan sesuatu darimu, ianya takkan hilang melainkan dgn izin Allah. jika mereka berkumpul utk memberikan sesuatu kpdmu, engkau takkan mendapatkannya tanpa izin Allah..
ingat, bukan ajal, maut, jodoh pertemuan ja di tngn Allah...semuanya di tgn Allah..
kalau kita tgh jalan2 dgn awek or pakwe kita, tiba2 tersepak batu, tu pun dari Allah. kalau kita dok syok menari utk citrawarna tu, tiba2 hujan turun, tu pun dari ALlah..
kalau kita dah prepare utk masuk exam, tiba2 ja blurr, tu pun daripada Allah. kalau kita plan nak balik kampung hari raya haji target sampai kul 2 ptg. tiba2 bas penuh, tiket takdak, bas rosak, semua daripdaNya..
dan semuanya daripada Allah..susah ka senang..semuanya merupakan bentuk2 ujian utk kita..so, apa yg anda takut pada makhluk yg sememangnya tak berkuasa satu apa pun bila segala nikmat yg Allah pinjamkan padanya ditarik balik????

wallahua'lam

bintubahariyah,
414 pm
13 jun 2008
alor star, kedah.