Wednesday, July 02, 2008

Motivasi Secara Langsung Drpd Allah..


Inilah firman Allah yang benar-benar menjawab segala persoalanku..benarlah, Al-Quran ialah motivasi yang terbaik, penawar bagi hati yang sakit, penghibur bagi hati yang bermuram..

Ya Allah, terima kasih atas nikmat yg maha besar ini..
Bismillahirrahmaanirrahim..

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TuhanMu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (Ya Allah, masukkan aku dalam golongan ini...)

" Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu BERSABAR, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar."

" Dan bersabarlah (Muhammad). Dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah. Dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan."

" Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."


[Surah An-Nahl: 125-128]


Terkenang sewaktu menghadapi PRK yang lalu..Allah terus-menerus memotivasikanku..
Kala hebat shbt2 ku yang menggelarkan mereka 'aspirasi universiti 'memberi provokasi, kala shbt2 calon lantang memfitnah Persatuan Ilmu Pendidikan di mana aku ditakhlifkan sebagai NYDP1, kala pelbagai tohmahan yang tak dapat diterima oleh mana-mana makhluk dilemparkan bertalu-talu, lembaran Al-Quran ku selak perlahan. Kemarahan yg membara segera disejukkan oleh nasihat Allah :

"BERSABARLAH atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia sangat taat (kepada Allah)"

Surah As-Sad : 17

Seterusnya, aku mulai ucapan umumku dengan 10 ayat pertama daripada surah al-Waqi'ah. Suasana yang penuh provokasi itu bertukar wajah dgn ayatMu..walaupun pada mulanya masih ada yang terlupa aku sedang membacakan ayat-ayatMu hingga shbt bukan Islam hairan, apakah sebenarnya yang sedang ku pegang dan sedang ku baca? al-Quran kah? Mengapa orang Islam di depan sana masih tidak menghormati kitab suci mereka? Maafkanku duhai shbt..Islam itu indah tetapi ia sering diburukkan oleh orang Islam itu sendiri..Maafkanku kerana tidak berjaya menunjukkan keindahan Islam ini kepadamu..

Maafkanku juga duhai Ramadhan..kerana malam-malam yang sepatutnya diisi dengan munajat, zikir dan keindahan taqarrub dengan Allah telah menjadi medan yang menyedihkan..Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kami kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang menyayat hati itu..

Itulah malam yang paling menenangkan. Jika Allah takdirkan aku kalah sekalipun dalam merebut kerusi umum yang lalu, aku tahu yang aku sudah pun menang. Menang dalam mengawal nafsu amarahku..Ya Allah..terima kasih...terima kasih kerana memilihku untuk melalui jalan ini..dan tetapkanlah hati ini dalam jalan yg aku yakini ini..ameen..



Bintubahariyah,
Dini hari,
3 Julai 2008.

2 comments:

Anonymous said...

YES...mcm ni bagus. tak perlu dilayan CHE MAT yg gila kuasa itu..!

Anonymous said...

Ya allah,
terbayang kembali saat berkempen di malam-malam Ramadhan yang mulia...Ana sendiri meremang bulu roma tatkala mendengar ukhti rogayah membacakan ayat-ayat permulaan surah Al-Waqiah, pada ketika itu juga, air mata bergenang..Ayat ini menceritakan perihal hari kiamat yang pasti tiba...
[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
MasyaAllah...
bagi ana ini suatu tindakan yang bijak barangkali.....kala itu suara kami ditenggelamkan dek hiruk pikuk nyanyian mereka yang menonjolkan semangat kenbangsaan... Di mana semangat Ramadhan????

Ya Allah, bilakah hati kami dan mereka akan bersatu??
Ya Allah, berikanlah hidayahMu kepada kami dan mereka....Ameen.