Sunday, April 20, 2008
Meh Pakat-pakat Bedah Buku!
Kucin oren yang keletihan kerana membaca terlalu banyak buku..hehe..rehat jap. biaq otak susun data dalam folder-folder secara sistematik..heheh.. (cikgu, pnjam gambaq kucin oren cikgu ni sat..tq..)
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah akan nikmat iman dan Islam dan kasih sygMu yg tak pernah kontang walaupun musim panas seringkali kau selitkan di celah-celah kesejukan hujan rahmatMu..Aku bersyukur kerana setiap degup jantungku, masih Kau sudi melemparkan senyumMu padaku yg seringkali menghantar persembahan yang kurang enak belaka kerana kelemahan-kelemahanku yang setiap hari terzahir sendiri sedikit demi sedikit..Ampunkanlah segala kekhilafanku selama aku Engkau izinkan mengembara di alam yg penuh dgn tipu daya ini..
Buat ahli-ahli ziarah..
Apa habaq semua ya? Ana nak ucapkan terima kasih byk2 atas segala keprihatinan kalian kepada keluarga ana selama ni..ana terharu dan hanya Allah sahaja Pembalas segala jasa kalian..
Dah lama ana ber'uzlah seketika lepas nabhan pergi ni, posting-posting yg selepas ni akan ana muatkan dgn ulasan-ulasan dan sedikit bedah buku yang ana buat secara peribadi lepas membacanya sendiri..
Sebenarnya telah byk buku yang ana baca, tapi sekalipun tak penah ana buat ulasan peribadi.
Akhirnya buku-buku yang mesti dibaca semua, tidak dibaca oleh yang lain-lain gara-gara tidak terdedah pada kelebihannya...huih..rugi tuu..
InsyaAllah, ana akan ulas secara peribadi tentang tulisan-tulisan akh Faisal Tehrani, akh Habiburrahman, Ustaz Harun Yahya, Prof Fathi Yakan dan beberapa penulis lain yang akan cuba ana habiskan pembacaan dalam musim cuti yang tak cuti nii..insyaAllah..
Selain daripada blog ana, shbt2 boleh mendapat rujukan buku yang lebih banyak dan hebat2 di blog komuniti sahabat-sahabat ana di sini http://scholarsfoundation.blogspot.com/ ...
Semoga sikit usaha yang ana nak buat ni letaknya di bawah payung petunjuk Allah..semoga kita semua dapat sama-sama berteduh kat bawah naungan cintaNya..
OK, Meh pakat-pakat bedah buku! Tak dpt jadik doktor bedah orang pun, bedah buku pun kira cantikk dah..hik hik!
Wallahua'lam. Wassalam.
-Bintubahariyah-
-1110 am-
-21 April 2008-
-USM-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment