Monday, July 21, 2008

Penantian sungguh menyeksakan..huh!

Mak...nak cucu...cepat la...adik tak cuker tggu2 nii...nak cucu..nak cucu...huhuhuhu.....hwaaaaaaaaaaaa....~ni baby punya perangai, kalau nak tu takdan dan.huish! tp tula, kita rasa terseksa bila menunggu ni sejak kecik gii..so, apa nak buat...??=)


Assalamualiakum wbt.

semoga hari-hari yg dilalui terus dinobatkan hnya utk Allah..

saya nak bawak beberapa situasi penantian yang mungkin setiap daripada kita penah lalui..

1) tunggu bas. tension gila. bilala bas ni nak sampai. org nak cepat nih! bencinya menunggu..orang sebelah ni plak dok usha2 org buat pa taktau! hisy, tak jg pandangan lgsg! bas..cepatla..erm, kena hantarkan gelombang minda kat pakcik bas nii.."Pakcik bas, cepat meh amik org..cepatla.."

2) tggu member nak p klas sama2. ish, awatla kura-kura sgt member aku nii..sakit perut ka pg ni? tadi kata nak kluar dah. org kol tak angkat, msg tak deliver plak. klas nak start dah ni. cepatla anak dara oihh..kata nak jadi peljar cemerlang. haih..baik aku jalan dulu. jumpa kat kelas ja la. penat betul menunggu. last2 p sorg2 gak. nak nangis rasanya! hilang mood nak ngaji rajin2..

3) tunggu org nak meeting. janji kul 9 mlam. 915 tak nmpk bayang lagi. aku dahla ada test sok ni. apa cerita niii..hadoila...arrggghhhh...batinku menjerit...huhu...

cukupla kot 3 situsi penantian tu..cukup menyeksakan kan? punya terseksa memg habis ceritala.bila menunggu ni org yg tabah pun boleh nangis. sbb apa? geram! masa terbuang bodoh camtu ja..so camna nak buat?

Kurangkan rsa terseksa tu dgn..

1) lain kali bawakla buku ..kalau ada msa2 yg kena tggu2 camtu bulehla baca..terisi la jugak..dan fokus kita teralih kepada buku yg kita baca tu. so, kuranglah dera derita sbb tumpuan dah ada pada buku yg kita dok baca tu..hah, kan bagus..waktu sekolah dulu, ada akak ni penah ckp, kalau setiap minit yg terluang tu kita gunakan betul2..boleh buat satu buku yg tebal tau! huhu..I mmg pecayala cakap kak fazillah tu..

2) Kalaula takdak buku yg berunsur bacaan, pastikan jugak bawak pen dan kertas kosng. boleh tulis perancangan sepanjang hari tu or buat perancangan hidup..cth macam, apa nak jadi padaku sedikit masa lagi? tak pun, tulis ja rasa geram tu kat buku tu..tulis diari harian..hehe..pastu publish kat blog masing2..huhu..apa punya idea la tu..

3) In case la kalau takdak lgsg sbrg alatan yg buleh mengalih tumpuan tu, berzikirlah...istighfar byk2..elakkan rasa marah..kan ingatAllah tu hati akan menjadi tenang..masa ni la patut digunakan utk muhasabah diri..kalau kita sibuk sgt kan, mana la ingat nak zikir byk2 kecuali waktu solat..kan?kan?

so sebenarnya, penantian ni merupakan penyeksaan yang akan disertai dgn rahmat..kalau, kalau kita bijak menggunakan utk kebaikan..sy pun dapat idea ni sbb selalu ja kena tggu org. kdg2 tu, ingatkan kita yg lmbt..alih2 kita plak sellu jadik org awal..ish2..Alhamdulillah..at least, cuba utk tak jadik munafik..kdg2 tu bila geram, sj ja buat bg lmbt sbb nak balas dendam! huhu..mmg tak patut tuh! astaghfirullah..jauhkan aku dari sifat mazmumah tuu..

okla, cukup dulu kot utk pg nii..terima kasih ya Allah sbb izinkan tulisan ni terpublish..sementara menanti ke kelas, dpt jugak bg something utk diri sendiri dan shbt2..Alhamdulillah...=.
jumpak lagi lain kali insyaAllah..

..bintubahariyah..
..911 am..
..22/7/08..
..di kamar sepi..


Wednesday, July 16, 2008

Cinta Hakiki




CINTA HAKIKI


oleh: RAIHAN

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Cintakan Allah tiada kecewa
Engakaukan tenang di waktu susah

Kembalilah kepada Tuhan,
Dia kan tetap menanti
Kehadiran hambaNya yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangnya tidak bertepi


p/s: Kepada bgchu..adik nak ucap selamat melangsungkan perkhwinan..walaupun bulan depan..heheh..adik tumpng bhagia bila bgchu bahagia..doakan adik dapat kejar cita2 adik..kalau dah dapat capai impian tu, and bila dah sedia dan waktu tu kalau takdak sapa nak kat adik, bgchu dan abg2 adik yg lain tlgla carikan. syaratnya yang beriman dan hatinya cintakan Allah ek..hensem dalam..tak hensem luar pun takpa..heheh..
buat shbt2ku yg dah jatuh cinta, make sure cinta kita kta Allah yg 1st ek..then, cintakan mak ayah..kalau utk lelaki plak, jgn ubah cinta pada mak ayah menjadi krg..even dah jumpa bakal isteri masing2..

ya Allah, kurniakan kepadaku cinta terhadap kebaikan dan bencikan kemaksiatan..dan kurniakan kepadaku cinta kepada ilmu pengetahuan yang boleh mengajar aku mengenalMu..dan kurniakanlah kepadaku cinta daripada shbt2 yg mencintaiMu, dan cinta daripada insan yang hampir denganMu..dan jadikanlah cintaku kepadaMu melebihi cintaku terhadap air yang sejuk di saat kemarau..

Terima kasih ya Allah..


..bintubahariyah..
..pg yg indah..
..17/07/08..

Monday, July 07, 2008

Segugus kalam buat adik-adik baru USM..

Assalamualaikum..
Buat insan-insan pilihan, adik-adik yang dibanggai Rasulullah,
Tulisan ini ditujukan khas untuk adik-adik yang baru melangkah ke alam kampus,
semoga kalian terus terpilih untuk mendapat kasih syangNya..
moga kehadiran kalian di sini bukan menjadi penyebab kalian semakin jauh dariNya..
tapi semoga langkah ini merupakan kemaraan memburu janji Tuhan..

Adik-adik sayang,
Mesti adik-adik dah muak dgn ucapan tahniah dan selamat datang kan?
Untuk pengetahuan adik-adik, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Pro-Mahasiswa dah cuba mencari ungkapan-ungkapan dalm bahasa lain untk meraikan kehadiran adik-adik supaya adik-adik tak bosan dgn ayat-ayat yang sama. tapi adik-adik tak sempat nak tatap..maaf, sbb 9 banner tersebut telah lenyap dari pandangan..semoga banner itu menjadi saksi di akhirat nnt bahawa kami semua ikhlas menyambut adik-adik dan semoga ia memberitahu seluruh umat manusia di padang mahsyar nnti, siapakh gerangan manusia yang suka menggunakan tangan dan kakinya untuk melakukan kemungkaran..ameen..

adik-adikku syg,
kalian ialah permata hati ibu dan ayah,
mungkin adik-adik tak pernah melihat titisan air mata kesyukuran ayah ibu
kerana anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke universiti terbaik di Msia..
namun, apalah gunanya jika kesyukuran mereka tidak adik-adik biarkan berpanjangan..


Adik-adikku tercinta,
Universiti ini merupakan medan pertempuran,
Medan menadah ilmu,
Medan perjuangan yang panjang,
sbenarnya langkah adk-adik baru bermula di sini,
selalu org meletakkan tujuan akhir pengajiannya ialah U,
maknanya bila melangkah ke U,
dah habis tempoh belajar.
salah itu dik, salah..
kerana di sini segala ilmu kalian akan teruji,
iman kalian tercabar,
prinsip kalian akan tersiat-siat..
terlalu byk benda pelik-pelik yg akan adik jumpa di sini..


lantaran itu adik-adikku,
dengarlah nasihat kakandamu yg tidaklah bagus ini..
carilah shbt2 yg baik,
yg boleh membimbing dirimu menjadi lebih baik dari semalam..
ini medan mentarbiyyah diri,
medan mendekatkan diri kepada Ilahi,
jika diri makin jauh pergi,
segeralah muhasabah diri,
cepat-cepatlah dikau kembali..

kerana hidup ini sudah tidak lama adik-adikku..
ramai saja pelajar U yg telah kembali menemui Allah..

adik-adikku,
selamat menempuh alam kampus yg penuh dgn rintangan,
isilah kekosongan hatimu dgn mencari ilmu-ilmu pembersihan diri dan jiwa..
ayuhlah selalu sediakn telingamu utk mendengar ceramah dan kuliyyah agama,
sediakan matamu utk melihat kebenaran,
sediakan lidahmu untuk basah dalam menyeru kebaikan,
sediakn tngn dan kakimu utk berjln dan mengutip hikmah yg telah tercicir daripada umat Islam,
sediaknlah hatimu utk diisi oleh cahaya pengetahuan..jgn dicemar dgn maksiat yg menjadi penghalang sinarnya..
jgn ditiru gelagat senior2 mu yg sedang terlupa pembalasan tuhan..
jadikan ia sebagai suri teladan buat dirimu yang masih suci murni itu..
dan kita doakanlah agar mereka dan kita diberi petunjuk..
duhai adik-adikku syg,
kakanda di sini sering mendoakan kalian,
agar tak rebah di tgh jurang kepanasan..
akak sedia menanti di sini utk membantu meringankan sbrg kesukaran...
insyaAllah, semoga rahmat Allah yg telah mendtg tidak kau tukar manjadi laknat yang tidak berkesudahan...

salam syg utkmu adik-adikku,

..bintubahariyah..
..12.22 pm..
..08/07/08..


p/s: utk anak sedara maksu yg sgt maksu syg, farah alwani, teguh ya hadapi semuanya kat U ni..iA, maksu akan cuba tlg selagi terdaya..lepas ni along dah nak kena dok sorang..bljr jadi independent tau. tp cmna pun, maksu kagum dgn along..

utk shbt baru, hajar (rumate along), semoga kita jadi kwn baik smpai mati..
utk laila (adik k syikin) ada papa, do contact me as soon as possible..
utk zaimah, iA, ada masa nnt kita jalan2 ya..
utk amira, atilia, fatin, nida...bla agknya kita boleh jumpa lg ya?=)

dan utk semua adik-adikku di USM dan semua U lain..adik-adik smkay, farhana ilma dan semuala yg k gyh tak tersebut kat sini, kalian ialah mutiara yg sedang berkembang di dalam tiram kasih syg kak gayah..=)

Maattaufiq wannajah fi imtihan...

Wednesday, July 02, 2008

Motivasi Secara Langsung Drpd Allah..


Inilah firman Allah yang benar-benar menjawab segala persoalanku..benarlah, Al-Quran ialah motivasi yang terbaik, penawar bagi hati yang sakit, penghibur bagi hati yang bermuram..

Ya Allah, terima kasih atas nikmat yg maha besar ini..
Bismillahirrahmaanirrahim..

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TuhanMu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (Ya Allah, masukkan aku dalam golongan ini...)

" Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu BERSABAR, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar."

" Dan bersabarlah (Muhammad). Dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah. Dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan."

" Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."


[Surah An-Nahl: 125-128]


Terkenang sewaktu menghadapi PRK yang lalu..Allah terus-menerus memotivasikanku..
Kala hebat shbt2 ku yang menggelarkan mereka 'aspirasi universiti 'memberi provokasi, kala shbt2 calon lantang memfitnah Persatuan Ilmu Pendidikan di mana aku ditakhlifkan sebagai NYDP1, kala pelbagai tohmahan yang tak dapat diterima oleh mana-mana makhluk dilemparkan bertalu-talu, lembaran Al-Quran ku selak perlahan. Kemarahan yg membara segera disejukkan oleh nasihat Allah :

"BERSABARLAH atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia sangat taat (kepada Allah)"

Surah As-Sad : 17

Seterusnya, aku mulai ucapan umumku dengan 10 ayat pertama daripada surah al-Waqi'ah. Suasana yang penuh provokasi itu bertukar wajah dgn ayatMu..walaupun pada mulanya masih ada yang terlupa aku sedang membacakan ayat-ayatMu hingga shbt bukan Islam hairan, apakah sebenarnya yang sedang ku pegang dan sedang ku baca? al-Quran kah? Mengapa orang Islam di depan sana masih tidak menghormati kitab suci mereka? Maafkanku duhai shbt..Islam itu indah tetapi ia sering diburukkan oleh orang Islam itu sendiri..Maafkanku kerana tidak berjaya menunjukkan keindahan Islam ini kepadamu..

Maafkanku juga duhai Ramadhan..kerana malam-malam yang sepatutnya diisi dengan munajat, zikir dan keindahan taqarrub dengan Allah telah menjadi medan yang menyedihkan..Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kami kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang menyayat hati itu..

Itulah malam yang paling menenangkan. Jika Allah takdirkan aku kalah sekalipun dalam merebut kerusi umum yang lalu, aku tahu yang aku sudah pun menang. Menang dalam mengawal nafsu amarahku..Ya Allah..terima kasih...terima kasih kerana memilihku untuk melalui jalan ini..dan tetapkanlah hati ini dalam jalan yg aku yakini ini..ameen..



Bintubahariyah,
Dini hari,
3 Julai 2008.

Doaku, Rayuanku, Kematianku, RedhaMu..


Bismillah walhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaai walmursalin wa a'al alihi wasohbihi ajma'in..


Ya Allah, masukkanlah diriku dalam golongan org2 yang sedikit..sepertimana firmanMu, ....


"tetapi sedikit sekali hambaKu yang bersyukur.."


Saidina Umar pernah mendengar seorang shbt berdoa supaya Allah menjadikan beliau daripada golongan yang sedikit, Saidina Umar bertanya kenapa berdoa sedemikian? Shbt menjawab : Aku mendengar firman Allah ; sedikit sekali hambaKu yang bersyukur..

Umar insaf dan merasakan betapa rendahnya martabat dirinya..


Ya Allah, jadikanlah hati ini cintakan kebenaran dan bencikan kemaksiatan. Engkau tempat daku bergantung. Kalau seluruh isi bumi dan langitMu berkumpul untuk memberiku kebaikan, tanpa izinMu tiadalah akan terjadinya ia. Dan jika seluruh isi bumi dan langit berkumpul untuk merancang kejahatan dan fitnah terhadapku, tiadalah akan terjadinya tanpa izinMu..ya Allah, daku mewakafkan diriku kepadaMu..hakikatnya aku hanyalah pinjamn semata..siapalah diriku di hadapanMu..hanyalah insan lemah yang tidak mampu bernyawa tanpa oksigenMu, tidak mampu melihat, mendengar, berkata-kata tanpa pancainderaMu, tidak mampu berjalan tanpa kaki pinjamanMu, tidak mampu tersenyum tanpa rahmat dan kasihMu..Kami sedar diri ini sekadar pinjaman, tercipta daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah yg hina..dipijak2 dan tempat terkumpulnya segala benda yang kotor yang tidak ingin pun dipandang oleh mana-mana insan..


Teringat kisah pengalaman seorang ustaz yang Allah berikan kelebihan kepadanya. Sewaktu beliau pergi ke rumah seorang ibu untuk mengubatinya, membuang saka yang masih berbaki, dari luar beliau melihat bilik si ibu dihuni bukan setakat si ibu tetapi ada 4 orang lagi lelaki yang memakai pakaian serba putih yang sedang melakukan 'tugas2' mereka dengan perlahan sekali. Apabila tiba waktu utk ustaz masuk mengubati si ibu, keempat-empat pemuda segak berpakaian putih tersebut memberi laluan, keluar dari bilik dan menunggu di luar.

4 hari sebelum ibu meninggal dunia, ustaz kembali menziarahinya. Ketika itu beliau melihat keempat-empat pemuda tersebut melakukan 'kerja' dengan jauh lebih pantas daripada sebelumnya. Meremang bulu roma, berombak degupan di dada kala mendengar kisah ini..


ya Allah, adakah sekarang disisiku sudah dtg hambaMu yang bernama malaikat maut? adakah mereka sedang membuat persediaan menyambut kepulanganku kepadaMu? Adakah kerja mereka semakin laju? Adakah mereka kasihankan aku? ya Allah...Engkau Maha Mengetahui..Aku mengharap hanya kasihMu, redhaMu..semoga Engkau izinkan pengakhiranku dalam kebaikan seperti yang diidamkan semua pejuang agamaMu..


Selaut pun syukurku, tak mampu membayar walaupun setitis rahmatMu itu..

Tuntunlah langkahku menuju redhaMu yang maha mahal itu...


Bintubahariyah,

3 Julai 2008.