Thursday, July 16, 2009

Baca Doa Pastu Menari




Assalamualaikum wbt..

Sebelum masuk kepada tajuk posting kalini, sy nak rakamkan jutaan terima kasih pada suami yg susah payah jaga saya waktu saya demam ni..pg tadi terjaga dari tidur, suami tgh usap kepala, dahi, leher..dia cakap panas..bila saya bangun, dia kata blkg badan sgt panas..risau muka dia..pagi tadi, dia yg sediakan sarapan utk saya..dia tak bg saya buat papa..ubat pun dia sediakan dan paksa saya minum sampai muntah2..huhuhu..pastu dia dah tak paksa minum ubat tu dah..roti saya pun dia yg tlg habiskan..sgt tak lalu makan..
semalam suami buat rawatan urutan dgn air kat kaki..saya kata, "Kesian kat abg..". Dia cakap, "Yah kan isteri abg..kalau bukan isteri abg, taubat abg tak buat camni.."

Terima kasih byk2 ya abg..yah syg abang..abang dah buktikan yang yah beruntung dapat abang..moga berterusan..ameen..

ok, masuk pada topik saya tu..pasaipa nak baca doa pastu menari-nari lak? baca doa tu kan bagus..menari tu sebaliknya (kalau tak kena tempat, situasi)..

saya bercakap atas dasar sbg org yg selalu mengikuti program-program di universiti dulu..apa saja keramaian yg dibuat, majlis ke apa ka yg kebanyakannya dibuat oleh pihak universiti dan sesetengah persatuan, mesti ada 2 benda yg bertentangan ni. mula-mula baca doa bukan main. pastu ka mulala menari-nari, menyanyi-nyanyi. tak payahla ckp universiti, artis2 tu dah tentulah. buat kenduri, baca doa punyala..jemput ustad2 yg hebat2 lak tu. pastu, pakat2 nyanyi dan menari..apa tu?

dulu saya selalu cakap, yang putih tak boleh bercampur dgn yg hitam. dia akan jadi warna coklat. kan dah tak suci..macam tu jugak, yg baik tak boleh bercampur dgn yg jahat..mesti jadi bahat..ni tak, baca doa sikit punyala, mintak ampun dah kat Allah, mintak Allah berkati majlis dan sebagainya..tp pastu buat benda yg Allah tak suka lak. adoila..camnala Allah nak makbulkan doa..camnala nak dapat berkat tu..

saya ckp ni, saya pesan kat diri sendiri..nak buat apa2 keramaian pasni, jgn dok biaq bercampuq habis semua..benda ni sbnrnya mcm takleh nak kata apa dah. macam dah jadi budaya dah. mesti ada doa, nyanyi dan tari. mesti selalu camtu. payahlah nak jumpa yg tak bercmpur melainkn dianjurkan oleh pihak yg tegas dgn agama..contohnya PMIUSM..hihi..nak jugak promote tu..=)

erm, dahla..paham2la..point saya jelas dah dgn huraian yg pendek dan ringkas ni..jgn sampai kita terlibat dgn propaganda ibilis dan syaitan sudahla..insyaAllah..mudah-mudahan..

k, wallahua'lam..wslm..


..bintubahariyah..
..16.7.09..
..TSB..

3 comments:

marsitah said...

salam...
kak gayah yg disayangi...
sebenarnya sy bnyak keliru dgn gerak kerja dakwah..ac2lly sy pun ahli pmi...tp sy xaktif sgt ngan pmi..kwn2 sy bnyak yg aktif..melalui pengamatan sy la npe gerak kerja pmi mcm bercampur gak antara lelaki dan perempuan..cth mcm nak meeting..satu g bla anjur program nmpak ja exco perempuan bercakap or berbincang ngan lelaki tyme ni sy pegi semurni lebaran..tp sy berbaik sangka mesti bicang pasal kerja..hehe..satu g skang ni sesi pendaftaran ahli bru pmi..mcm gerak kerja bercampur..kdg2 sy konpius kalo nak berdakwah kne bercampur atau tak..satu g ada ja group yg menyebarkan dakwah totally x bercampur...TERSANGATLAH KONPIUS...

Siti Rogayah Bahari said...

salam dik marsitah yang disayangi..
akak jawab ni berdasar skt ilmu yg akak ada yer..
utk gerak kerja dalam pmi, iA akak berani ckp yg ia masih di atas landasan Islam. Islam mengharuskan pergaulan antara lelaki dan perempuan utk gerak kerja islam yg tak sampai menimbulkan fitnah dan menaikkan syahwat.
Jgn sekali kita haramkan apa yg dah Allah halalkan pada kita.

Ustaz akak penah cerita dulu, pd zmn rasulullah, tampil asma' seorang wanita yg paling berani ke depan dan tanyakan psl nasib wanita yg tak dapat berjuang di medan perang sepertimana kaum lelaki pada rasulullah. kalaula tak dibenarkan percmpuran mcm tu, mesti rasulullah dah menegah.

Kita perlu tgk pada waqi' dik. suasana di USM memerlukan muslimin dan muslimat berkomunikasi dgn baik. yg ptg, muslimatnya menutup aurat, tak memerdukan suara, tak pakai wangi2an yg melampau dan semua yg ptt dijaga, dijaga dgn baik. bukan tak boleh bergerak kerja kalau tak bercmpur lgsg. tp benda tu akan jadi makin complicated dan kemungkinan usaha dakwah yg mmg susah itu jadi semakin payah.

adik jgn risau ya? akak harap adik boleh terus bergiat aktif dalam pmi. adik boleh berkecuali kalau takmau lgsg bercakap dgn muslimin. biar muslimat lain yg ambil bahagian yg memerlukan komunikasi dgn mereka. namun, jgn tinggal lgsg medan tarbiyyah yg terbuka luas utk adik dalam PMIUSM ni..ya dik?

akak harap adik dapat jwpn dgn explaination akak. akak boleh jwb stkt ilmu akak yg tak setara mana ni je..

ada papa, kita bincang ya dik?

WA..wslm.

salam syg,
kak gayah

~PakKaramu~ said...

salam ziarah dari Pak Karamu