Friday, October 30, 2009

Iklan Air Asia Kurang Sopan

Assalamualaikum wbt.

23/10 bru ni saya dpt msg drp nadia, shbt baik saya:

"Lupa, tadi nak bagitau nad baca komen gayah pasal iklan airasia kat Berita Harian =). Bagus tindakan gayah tu. Nad tak pernah tgk lg iklan tu. Tapi baca komen gayah tu memang tak bagus iklan tu. Iklan lani banyak pelik2."

Erm, sbnrnya saya tak sangka pun surat tu keluar. hantar hari khamis, jumaat dah keluar dan tak diberitahu apa2 pun oleh pihak BH. Apa-apapun saya bersyukur sbb BH tak pandang enteng isu ini walaupun dengan hanya menyiarkan surat pembaca (bukan hasil inisiatif wartawan sendiri)

Saya nak letak link di sini, tp dah terlmbt sbb iklan berita bertarikh 23/10 dah dipindahkan. so, saya boleh letak isi kandungan terus jela.

IKLAN AIR ASIA KURANG SESUAI

SAYA menonton iklan terkini AirAsia di televisyen. Malangnya, iklan itu ada unsur tidak sopan. Adegan mengejutkan saya ialah apabila budak lelaki, Isaac digambarkan sangat gembira menceritakan pengalaman dikelilingi pramugari berpakaian seksi.

Lebih memalukan, punggung dan dada pramugari diberi fokus dan dikatakan ‘hebat’. Iklan ini selain merendahkan martabat wanita, mendedah unsur lucah kepada kanak-kanak dan contoh pendidikan seks yang tidak kena pada tempat serta mengelirukan.

Iklan ini harus ditukar segera jika AirAsia menghargai pelanggan yang masih mementingkan adab.

BINTUBAHARIYAH,
Pulau Pinang.

*Depa edit skt surat ni. tajuk tu asalnya Kurang Sopan tapi diganti dgn Kurang Sesuai. Yang lain tu depa ambik point2 yang penting ja utk meringkaskan lagi penulisan.

Sehari lepas surat tu keluar, saya tgk semula iklan tu dgn harapan dapat tunjuk pada mak dan anak-anak saudara saya tentang ketidaksopanan iklan tersebut. tapi nampaknya airasia dah segera bertindak. 2 part yang paling ketara pada bahagian badan pramugarinya sudah dibuang. cuma ada 1 part ja lagi yang masih dirasakan 'sesuai' oleh pihak mereka.

Di samping itu, ada juga beberapa laman weblog yg turut memberi komen tidak setuju dgn iklan tersebut.

Terima kasih saya ucapkan kepada BH kerana menyiarkan surat saya. Secara tak langsung, perkara salah yang makin dianggap biasa tidak dibiar menjadi budaya. Terima kasih jugak buat airasia yang terus mengambil tindakan yang sepatutnya walaupun tidak secara total.

Terima kasih jugak buat Nad sahabat saya yang alert pasal ni. Kalau Nad tak habaq, confirm Gayah taktau punya. hihi..

Dan TQ sgt utk hubby sbb bg galakan utk Yah tulis surat tu. Siap jadi editor lagi. hihi..

K la, any comment, boleh terus kita bincangkan kat sini..

Bintubahariyah,
931 pm
30/10/2005
TSB

5 comments:

Anonymous said...

tahniah gayah... memang patut ada org tegur pn pasal iklan tu... sy pn tengok iklan tu secara tak sengaja sekali ja malam jumaat tu.. pastu sy perasan surat gayah kat berita harian.. pastu perasan iklan tu dah takdak... hehehe... gayah tak kenal sy pn.. tapi sy slalu masuk blog gayah.. saja buka minda skit.. thanks gayah...

Anonymous said...

salam puan gayah. (hehe..) cayalah gayah. memang ye pun. iklan tu x patut begitu. kot ye pun nak promote 'they are the BEST', please.. (again, please!) promote anda adalah the BEST dari segi APA.

eh maaf la. ter'emo' pulak. huhu..

sekian.
Rina Lim =)

kak gie said...

bgs2..ada inisiatif tuk mencegah dan merubah..Tahniah gayah!
Ni lah cth guru berwawasan..hehe

Salam rindu..

Anonymous said...

greats job.....bukan semua orang berani bagi pandangan walaupun tahu benda yang salah....semoga tindakan gayah dapat menyedarkan sahabat-sahabat kita termasuklah diri saya supaya berani kerana benar....selemah-lemah iman adalah perasaan dalam hati....tapi gayah ranking atas melalui tindakan....tahniah...

nurulnadia said...

hehe..
Nad teruja tengok nama bintubahariyah..dh rindu sgt time tu (^^,)

jaga diri ya gyh..
jaga nikmat diri, kunci utama menjaga nikmat2 yg lain..

Salam sayang fillah