Monday, January 25, 2010

Saya Mula Rasa Public Canning Sangat Wajar

~Alangkah mudahnya mengajar anak kecil membaca Quran, tidak seperti mengajar budak besar umpama melentur buluh yang sudah keras..~

Assalamualaikum wbt.


Sudah hampir sebulan sesi persekolahan 2010 bermula. Hari-hari yang datang ialah kerja baru. Lepas selesai satu, datang lagi 10. baru saya mengerti tugas guru. tugas yang bukan hanya berhubungkait dengan ilmu dan akal, bahkan berlegar ke seluruh ruang hati dan perasaan. Mendidik kanak-kanak zaman sekarang, tiada siapa yang mampu berkata 'mudah'. Semua orang percaya, ianya memerlukan usaha keras. Siapa yang perlu berusaha? Pastilah guru di sekolah di mana ibu bapa meletakkan 100% tanggungjawab mendidik ketika anak-anak berada di sekolah.


Saya ditakdirkan Allah ditempatkan di sekolah yang mempunyai tahap pelajar dari A ke Z sebagai sekolah kedua. Bermula daripada kelas depan-depan, agak mudah mendidik dalam erti kata yang sebenar. Tapi, semakin melangkah ke abjad tengah dan belakang, skala cabaran berubah daripada mudah ke sukar.


Walaupun pelajar baru berusia kanak-kanak ribena, hormat mereka pada guru hilang entah ke mana. Di dalam kelas, bukan belajar yang jadi fokus utama. bila ditanya apa tujuan datang ke sekolah, mesti jawapan stereotaip yang diberi, BELAJAR..tapi lagaknya bukan seperti orang yang ingin belajar walaupun sikit.


Awal-awal buka sekolah, sudah bertimpa-timpa kes jenayah. tapi guru tidak berkuasa kerana kuasa guru untuk mendidik disedut perlahan-lahan oleh kementerian. kalau dulu saya sebagai pelajar, bila disuruh menjawab soalah karangan BM bertajuk, " Wajarkah hukuman rotan di khalayak ramai?", saya menjawab tidak wajar kerana memalukan pelajar. Tapi paradigma saya bertukar seratus peratus setelah saya sendiri terlibat secara langsung untuk mendidik pelajar.


Saya mula rasa Public Canning ini sangat wajar dijalankan kerana murid-murid hari ini sudah tidak terkawal disiplinnya. lambakan guru perempuan di sekolah pula menambahkan lagi kesukaran kerana murid memandang rendah kepada guru perempuan yang dianggap lemah. Kita memang tidak mampu menahan murid daripada menerima arus kemodenan di luar sekolah, namun kita masih mampu mengimbangi pengaruh itu dengan didikan menyeluruh di sekolah.


Tapi bila kuasa yang sedikit itu juga ditarik balik, apa lagi daya guru. Pembelaan selalu tidak menyebelahi guru. Bila anak-anak berjaya, anak-anak dikatakan pandai. Tapi bila mereka gagal, guru di sekolah yang dituduh tidak pandai mengajar. Terima kasih tiada, keji pula berkunjung tiba.


Murid-murid sekarang, bila dipanggil ke depan perhimpunan kerana melakukan kesalahan, sikitpun mereka tak rasa menyesal sebaliknya berbangga atas populariti yang baru diterima. Mungkin tempias dari dunia hari ini yang gilakan populariti. Nak rotan di khalayak, jadi satu kesalahan oleh guru. tak buat, budak-budak sikitpun tak rasa malu dan insaf.


Em, tiba-tiba ja saya terfikir pasal hukum hudud. Kenapa agaknya hukum hudud tu semua dijalankan di khalayak ramai ya? Pastinya nak bg kesedaran kepada masyarakat yang melihat supaya tidak buat kesalahan yang sama. bukan nak mengaibkan tapi nak menyedarkan pesalah dan juga pemerhati.


Kalau kita analogikan dgn merotan pelajar di khalayak ramai ni, pastilah tujuannya juga sama. Supaya pelajar terbabit sedar dan pelajar yang melihat mendapat pengajaran. jadi, di mana salahnya merotan di khalayak? uhhh...susahnya hati saya..


Tujuan saya menyatakan rasa hati ini bukanlah nak memperlekeh undang-undang yang dibuat kementerian. cuma saya sekadar menyatakan hakikat menjadi pendidik pada zaman ini. Tiada siapa yang memahami profesion keguruan ini jika tidak masuk terus ke dalam pintu sekolah dan menjadi guru sebenar.


Indah khabar dari rupa. Walaupun cuti kami 'nampak' panjang. Namun, dera gelora hati ini tak pernah surut sepanjang persekolahan. bayangkanlah andai cuti kami sama saja dengan profesion yang lain, pasti ombak tsunamilah memukul hati kami.


Kesimpulannya, bilakah agaknya kuasa guru untuk mendidik diberi sepenuhnya kembali?


4 comments:

Nazrie said...

mcm kenal ja gambar di tas :).Huzaifah.nti knal ayah dia gak ke

fata said...

setuju sgt!!!nak banding bdk2 lani dgn kita dl mcm langit dgn bumi..xreti hormat cikgu lgsg bdk2 skrg ni.drpd pengalaman mengajar yg cetek dpt akak timba, akak simpulkan semuanya bermula dr rumah...didikan dr rmh...

Dayzam said...

betul tu..dibalik pagar sekolah..terlalu banyak pengorbanab seorang guru...guru oh guru

Siti Rogayah Bahari said...

nazrie~ tak, tak kenai pun.

kak fata~ yg bermula dari rumah yg tak kena tula kita nak cuba kawal di sek dan ajak depa jadi baik balik. tp tak bagi. apa kes? huhu..bukan marah kak fata tau. geram kat waris2 yg banyak songeh.

dayzam~ ejay, gyh kdg2 takmau korban byk sgt. tp kesian plak kat budak2. takut depa tak paham, xdak sora pun ttp nak jerit2 bg kuat gak walaupun abg gyh tak bg jerit. huhu..