Suatu malam aku pulang,
Meeting tadi sungguh merunsingkan
Waktu sudah melepasi tengah malam
Kulewati laluan ke desasiswa Gemilang
Kelihatan seorang jejaka bertenggek di motonya
dalam samar kucuba amati
Ya, seperti kukenal pemuda ini
Buat apa dia di sini malam-malam begini?
Motor ku tunggangi hingga ke tempat parking
Rasa sangsi mengetuk hati untuk meneliti
Dalam sikit simbah cahaya lampu jalan
Kulihat seorang gadis mendekati pemuda itu
Mereka berbual seketika, mesra sekali
Dua minit kemudian gadis itu membonceng motor sang pemuda
Dan mereka pun hilang dari pandangan..
Langkah pulangku menuju bilik di tingkat 3 dipenuhi syahdu keinsafan...
Sungguh dunia begitu mempesona
Pesonanya bukan sekadar pesona
Tapi tipu dan daya
Gerun merajai diri
Aku yang sebegini adakah akan terus begini???
Kusejukkan hati dengan sebaris doa..
Moga Allah tunjukkan mereka jalan untuk kembali
Dan moga aku dilindungi dari perkara seumpamanya...
Ameen........
Bintubahariyah,
30 Julai 2007(1137pm)
USM.
1 comment:
Dulu nak cari orang buat maksiat cukup susah.. nak jumpa orang kale rambut pon payah.. kalau ada pon selalu dicemuh macam macam.. jalang la.. perempuang xelok la.. perempuan yang pakai seksi akan di sisihkan.. tapi sekarang.. makcik2 tua di kampung2 pon makin melarat.. umo dah masuk umor subsidi,.. tapi mak aih.. rambut kale.. kale.. skirt pendek.. Ni lah yang Rasul junjungan dah pesan.. akhirul zaman. manusia menggengam agama umpama menggengam bara api.. adapun hanya sebentar sahaja.
Wallahualam
Post a Comment