Tuesday, November 18, 2008

Ubat Melupakan Kenangan



Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, dah habis last paper..anatomi tumbuhan perbandingan..makasih mak tersyg yg siang malam mendoakan adik..juga abg2..dan juga shbt2..ni paper terakhir spnjg bergelar mahasiswa undergrad kat usm ni..sem dpn dah takdak exam bertulis..yg ada hnya prktikal utk teori2 yg dah dipelajari nii..semoga dpt observer, guru pembimbing, shbt2 bakal guru, anak2 murid dan pihak pentadbiran sekolah yg baik dan berniat utk membantu mendidikku menjadi guru yg bertaqwa dan mengajak kepada ketaqwaan..iA..

Ok, posting kali ni bkn nak cerita psl paper tu..tp nak bercakap soal lain..
Ada tak ubat yg boleh bg lupa semua kenangan pahit?

Erm, teringat sebuah crita cina yg penah saya tgk kat tv dulu. Ada sorg pompuan ni yg sgt terkenal dgn kekuatan dia dalam berlawan..dia ada sorg suami yg sgt dicintainya..tp suami dia tu plak disukai oleh seorang puteri kepada mhraja cina waktu tu....then, disebabkan pompuan ni kuat, dia mengamukla..paham2la cerita cina..byk merapu2..habis dia musnahkan. pokok2 dia boleh cabut dan katok sana-sini..huhu..herm..depa nak diamkan dia dan nak dia lepaskan suami dia tu, depa ugut nak seksa suami dia..dan depa suruh dia minum sejenis ubat yg boleh lupakan semua kenangan dia dgn suami dia..akhirnya dia beralah sbb terlalu sygkan suami dia, dan dia minum ubat tu.. so, dia pun tinggalkan tempat tu dah mhrja cina sediakan sebuah rumah khas utk dia di satu tempat yg jauh dari situ..
huhu..sadisnya..tp ending dia bestla..tp teman takmau cerita ending dia..nak fokus pd benda ni ja..

UBAT NAK LUPAKAN KENANGAN..wujudka?

Alangkah indahnya kan kalau ubat tu mmg wjud..minum ja sekali, nah! hilang semua mslh..jadi org baru dan bina hidup baru..tp malangnya, ubat tu takdak yg semudah tu..ada ubatnya, tp dgn kaedah lain..kaedah yg pasti tetap menyakitkan dan memerlukan mujahadah..

Apa kaedahnya?

Kembali kepada Allah..Dia yg menguji..Dia maha menguji..tujuan Dia uji plak, semata2 utk kita..bkn Dia dpt papa pun kalau kita diuji..Dia sempurna..maha sempurna. kalau Dia bertambah, maknanya Dia kurang..DIa yg mencipta mslh dan Dialah sumber jalan keluarnya..semuanya hanya pada Dia..dan kita sbg hambaNya, wajib berhusnudhan dgn segala kehendakNya..pohonlah kekuatan kepadaNya utk melupakan kenangan pahit..Dia sumber kekuatan..Alhamdulillah, sy dah pun merasai kekuatan tersebut..

Apa jua yg kita lalui, seperit mana ujian yg terpaksa kita renangi, sekuat mana pun ombak badai datang menghempas diri, byk2lah mengadu kepada Ilahi..kadang2 Dia tak segera memakbulkan lantaran Dia masih ingin kita merintih dan mengadu kepadaNya..ataupun jua kerana doa kita terhijap oleh serpihan-serpihan dosa noda yg kita lakukan selama ini..

ya Allah, terima kasih atas kurniaan ujian yg ckp menduga ini..dan terima kasih kerana mengusulkan jalan keluar terbaik utkku..jauhkan aku daripada rasa ego dalam membuat keputusan..dan yg paling aku harapkan ya Allah...biarlah kekasihku merasai keikhlasanku selama ini..senyumannya pagi tadi memberi kekuatan utkku..dan kemaafannya sudah ckp utkku dan aku tidak layak meminta lebih daripada itu..
ya Allah, selamatkanlah dirinya dan seluruh keluarga di dunia akhirat..

Ubat utk lupakan kenangan? Rasanya aku tidak mahu melupakan kenangan kerana dgn kenangan pahit atau manis, kenangan itulah yg menjadikan aku seperti siti rogayah yg hari ini..namun, aku hrp ubat kekuatan menghadapi ujian bisa aku dapat bila-bila masa yang aku perlukan..kerana semua ini mengambil masa yang pnjg..ya Allah, segala puji hanya bagiMu dan aku memohon ampun atas segala dosa-dosaku..ameen..

Buat semua ahli ziarah, adakah kalian pernah terfikir seperti sy? huhu..

..Bintubahariyah..
..231 pm..
..19/11/2008..
..USM..

8 comments:

Anonymous said...

salam kak gayah.. jom nyanyi nak..
~ na, na, na.. na na na.. ...

erm..tukar lagi nak.. erm..
lagu Aisyah.. "seperti camar pulang senja" um...um...um.( nynyi dlam hati hehe )

tahniah kerana sudah melepasi exam bertulis. Semoga dilapangkan hati dan tenteram dengan segala rahmat kasih sayangNYA. erm.. Perasan tak yang ALLAH sangat2 sayangkan kita. Dia tahu apa di benak hati kita.Apa yang kita mampu, yang tak mampu. Dia paling awal tahu isi hati kita. Dia yang paling awal membantu kita. Percayalah..tanpa keizinan DIA, kita tk mampu buat apa2 pun. Dia paling dekat ngan kita. Kalau tak silap orang dlam surah AL BAQARAH 186.Semoga kita sentiasa dalam perlindunganNYA.

so..macam yang org ada bagi tu, kita kena sentiasa ceria. Apa org putih tu ckap, keceriaan ( rasa bersyukur ) bukanlah destinasi, tetapi perjalanan. So, sepanjang kita menjalani kehidupan kita, kita kena sentiasa ceria dan bersyukur. Bukan bermaksud kita kena gelak ketawa je..tapi, dlm sedih2 ( sbnrnya sedih tu pun stu tiket untuk gembira dn ceria)kita kena sentiasa ucapkan alhamdulilah. InsyaALLAH, ALLAH akan kagum dgn ketabahan hati kita, dan DIA akan mmberi kita rezeki yg tk terduga nnti. insyaALLAH.

so.. kak gayah ceria-ceria selalu yek. Doakan org jugak. Yakinlah dgn janjiNYA. insyaALLAH, lebih baik tangisan di dunia daripada tangisan di akhirat. =)

semoga aku dan sahabat2ku semua tergolong dalam list ahli syurgaMu..amin.

Anonymous said...

Now think about life
Life is not always easy
Life is not always comfortable
Sometimes life is very hard
Thing don't happen like we wish
People don't treat us like hope

-mna

miesmoshe said...

'salam..klu ade jumpe ubat utk lupakan kenangan pahit tu, precribe kat mushy skale..ekk

hehehe

Siti Rogayah Bahari said...

~Ana Fyruz..
makasih dik...okies! kita cria2 selalu ek! ptg ni kita g ronggeng kat sg 2..ada org tu nak bljr bawak moto..kena berani..stgi kak gyh cuba bantu...hehe..iA..

-kak gayah

Siti Rogayah Bahari said...

~Ano @mna
thnx!
peopel dont treat us like we hope but Allah do..praise to Him for His Merciful and belssings..

p/s: tapi ni sp ya? mna? huhu..susah nak carik..

-bintubahariyah

Siti Rogayah Bahari said...

~miesmoshie
alala..mursyi..huhu..gyh kena cari doc dulu la..tggu kad ek..hehe..iA..

p/s: tgh jadik ceria nii..^__^

-gayah

Anonymous said...

-mna @ ???? = nazrie5799 ;)

SembilanPuluh said...

salam ziarah..
you write very well..