
Wednesday, March 18, 2009
Berhenti Berharap

Tuesday, November 18, 2008
Ubat Melupakan Kenangan

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, dah habis last paper..anatomi tumbuhan perbandingan..makasih mak tersyg yg siang malam mendoakan adik..juga abg2..dan juga shbt2..ni paper terakhir spnjg bergelar mahasiswa undergrad kat usm ni..sem dpn dah takdak exam bertulis..yg ada hnya prktikal utk teori2 yg dah dipelajari nii..semoga dpt observer, guru pembimbing, shbt2 bakal guru, anak2 murid dan pihak pentadbiran sekolah yg baik dan berniat utk membantu mendidikku menjadi guru yg bertaqwa dan mengajak kepada ketaqwaan..iA..
Ok, posting kali ni bkn nak cerita psl paper tu..tp nak bercakap soal lain..
Ada tak ubat yg boleh bg lupa semua kenangan pahit?
Erm, teringat sebuah crita cina yg penah saya tgk kat tv dulu. Ada sorg pompuan ni yg sgt terkenal dgn kekuatan dia dalam berlawan..dia ada sorg suami yg sgt dicintainya..tp suami dia tu plak disukai oleh seorang puteri kepada mhraja cina waktu tu....then, disebabkan pompuan ni kuat, dia mengamukla..paham2la cerita cina..byk merapu2..habis dia musnahkan. pokok2 dia boleh cabut dan katok sana-sini..huhu..herm..depa nak diamkan dia dan nak dia lepaskan suami dia tu, depa ugut nak seksa suami dia..dan depa suruh dia minum sejenis ubat yg boleh lupakan semua kenangan dia dgn suami dia..akhirnya dia beralah sbb terlalu sygkan suami dia, dan dia minum ubat tu.. so, dia pun tinggalkan tempat tu dah mhrja cina sediakan sebuah rumah khas utk dia di satu tempat yg jauh dari situ..
huhu..sadisnya..tp ending dia bestla..tp teman takmau cerita ending dia..nak fokus pd benda ni ja..
UBAT NAK LUPAKAN KENANGAN..wujudka?
Alangkah indahnya kan kalau ubat tu mmg wjud..minum ja sekali, nah! hilang semua mslh..jadi org baru dan bina hidup baru..tp malangnya, ubat tu takdak yg semudah tu..ada ubatnya, tp dgn kaedah lain..kaedah yg pasti tetap menyakitkan dan memerlukan mujahadah..
Apa kaedahnya?
Kembali kepada Allah..Dia yg menguji..Dia maha menguji..tujuan Dia uji plak, semata2 utk kita..bkn Dia dpt papa pun kalau kita diuji..Dia sempurna..maha sempurna. kalau Dia bertambah, maknanya Dia kurang..DIa yg mencipta mslh dan Dialah sumber jalan keluarnya..semuanya hanya pada Dia..dan kita sbg hambaNya, wajib berhusnudhan dgn segala kehendakNya..pohonlah kekuatan kepadaNya utk melupakan kenangan pahit..Dia sumber kekuatan..Alhamdulillah, sy dah pun merasai kekuatan tersebut..
Apa jua yg kita lalui, seperit mana ujian yg terpaksa kita renangi, sekuat mana pun ombak badai datang menghempas diri, byk2lah mengadu kepada Ilahi..kadang2 Dia tak segera memakbulkan lantaran Dia masih ingin kita merintih dan mengadu kepadaNya..ataupun jua kerana doa kita terhijap oleh serpihan-serpihan dosa noda yg kita lakukan selama ini..
ya Allah, terima kasih atas kurniaan ujian yg ckp menduga ini..dan terima kasih kerana mengusulkan jalan keluar terbaik utkku..jauhkan aku daripada rasa ego dalam membuat keputusan..dan yg paling aku harapkan ya Allah...biarlah kekasihku merasai keikhlasanku selama ini..senyumannya pagi tadi memberi kekuatan utkku..dan kemaafannya sudah ckp utkku dan aku tidak layak meminta lebih daripada itu..
ya Allah, selamatkanlah dirinya dan seluruh keluarga di dunia akhirat..
Ubat utk lupakan kenangan? Rasanya aku tidak mahu melupakan kenangan kerana dgn kenangan pahit atau manis, kenangan itulah yg menjadikan aku seperti siti rogayah yg hari ini..namun, aku hrp ubat kekuatan menghadapi ujian bisa aku dapat bila-bila masa yang aku perlukan..kerana semua ini mengambil masa yang pnjg..ya Allah, segala puji hanya bagiMu dan aku memohon ampun atas segala dosa-dosaku..ameen..
Buat semua ahli ziarah, adakah kalian pernah terfikir seperti sy? huhu..
..Bintubahariyah..
..231 pm..
..19/11/2008..
..USM..
Saturday, October 11, 2008
IKHTILAT

Seorang yang menggelarkan dirinya YANG JAHIL meminta saya untuk menulis artikel berkaitan ikhtilat dalam gerak kerja. Saya ada bertanyakan satu persoalan yang harus kita fikirkan bersama. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah hati.
Masalah hati dalam perbincangan ini bukan merujuk kepada hati yang tidak bersih sehingga melahirkan maksiat seprti mengumpat, mencela, dan juga merosakkan harta benda. Tetapi maksiat hati dalam ruangan ini merujuk kepada suatu dimensi perhubungan antara dua gender yang berbeza.
Lelaki dengan perempuan merupakan ciptaan Allah yang dijadikan untuk hidup bersama. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dengan tujuan untuk menampung. Lelaki mungkin ada kebijaksanaan akal 9/10 tetapi perempuan memiliki prestasi emosi 9/10. dengan emosilah perempuan jarang sekali terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti rasuah dan berat tulang.
Akal tinggi yang dimiliki lelaki akan menuntuni perempuan, maaf, lebih baik jika kita gunakan istilah wanita, manakala dengan emosi wanita yang baik itulah mereka menampung kekurangan lelaki. Antara keduanya ada satu magnet yang boleh mendekatkan antara keduanya.
Allah SWT mengizinkan magnet itu mencantunkam kedua-dua gender ini apabila tiba masanya. Lalu dengan magnet inilah lelaki menaruh perasaan kepada wanita dan wanita menaruh perasaan kepada lelaki. Ia sangat adil dan sangat indah apatah lagi kalau kekuatan magnet itu digunakan dengan cara yang baik dan berkesan.
“Akhi, ana cukup berkenan dengan si Ani tu. Dia seorang muslimah yang solehah. Kami pernah bekerja bersama-sama dalam satu program lama dahulu”.
Ah, bolehkah si Yusri ini (bukan nama sebenar) menaruh hati kepada si Ani yang pernah bekerja dengan beliau? Jika kita katakana salah, maka kita tidak bersikap adil kerana kita telah menafikan kuasa dan pengaruh magnet yang telah dibekalkan oleh Allah kepada kita.
Dengan kuasa magnet itulah Abang Naim berkahwin dengan Kak Suhaila. Maka apakah kedua-duanya salah kerana masing-masing ada perasaan semasa bekerja bersama-sama. Pastinya tidak sama sekali.
Lalu, bagaimana dengan maksud ikhtilat yang ingin kita bicarakan. Apakah si wanita yang bercakap dengan suara yang sangat perlahan sehingga dengar-dengar sahaja, memaksa si lelaki menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar bait-bait katanya? Ah, kalau sampai begitu, masakan kita mampu mencari pengganti Rafidah Aziz dan Shahrizat Jalil mahupun Nurul Izzah.
Apakah ikhtilat itu, si lelaki langsung tidak akan memandang wanita dengan matlamat menundukkan pandangan? Lalu jadilah seperti seorang kawan saya yang menundukkan pandangan ketika melintasi saya sehingga hampir terlanggar tiang.
Apakah ikhtilat itu, program harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya kian terjaga. Kalau begitu, maka saya dapat merasakan percambahan idea tidak akan berkembang. Idea lelaki dengan wanita pasti ada banyak bezanya, apatah lagi si wanita sangat halus dan teliti kerjanya sedangkan si lelaki pula hanya bersahaja.
Lalu, apakah ikhtilat itu? Saya sengaja mengemukakan beberapa persoalan terlebih dahulu agar difahami dengan baik secara realitas. Maaf, tulisan saya ada bercampur sedikit dengan bahasa
Saya dapat merasakan ikhtilat itu adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga melarutkan diri dalam lemas kesenangan. Mereka jadi tidak tenang dan gumam, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia.
Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begiru juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga.
Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.
Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.
Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertmu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjangan langsung tidak dihulurkan.
Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hlang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik.
Kata BUDAK U, kahwinlah…
Tulisan sorg hamba Allah..
so, jaga ikhtilat kiter..supaya dapat lahirkan zuriat yg soleh-solehah nnt..senang nak didik..
jgn lupa, nak dpt anak soleh-solehah tu, starts before marriage..lgkah mula utk mendapatkan ibu dan ayah utk anak2 tu kena betul..cmna cara jaga batasan..semua tu akan jadi rahmat ataupun laknat after kawen..so, muhasabah balik deh..nak laknat ka nak rahmat?
kat sini, sy nak petik kata2 kak fatimah syarha dalam conversation kami baru2 ni after tak sampai sebulan kak ha diijabkabul..kak ha kata:
"Perkahwinan itu indah bila jalan menujunya tidak dicemari maksiat"
Jadi, pesan utk diri dan shbt, lebih2kan taqarrub dgn Allah kala diri hebat menerima ujianNya..Dialah Pemberi Ujian..hanya Dia yang ada jalan keluarnya..Dia tahu dirimu sanggup atau tak utk terima ujian tu..jgn sekali2 menurut hati yg gersang dgn ingatan kepadaNya..kerna hati itu hanyalah sekeping hati yang dimanjai oleh syaitan durjana..Cari kembali sinar di hatimu, sinar dlm setiap gerak lakumu melalui teguran dan nasihat bersulam mawaddah keranaNya oleh shbt2mu..kerna shbt2mu selalu mendoakan dirimu..
wallahua'lam
salam sayang utk diri dan sahabat2 tersayang keranaNya,
..bintubahariyah..
..2.35 pagi..
..12/10/2008..
..USM..
Tuesday, April 01, 2008
Nabhan Masuk Hospital Lagi..='(
Assalamualaikum.
Anak menakan gayah, 3 bulan umurnya, mohd nabhan masuk hospital semula..
Kalau ikutkan dah lega sebenarnya..tp taktaula camna..kuasa Allah..
Lepas balik dari further treatment kat Hosptal Sultanah Bahiyah, Nabhan dah ok dan ceria2 ja sokmo..tak smpai 2 mnggu bahagia, tiba2 cik midah (mak nabhan) demam..
Nabhan pun demam gak..demam panas tak kebah2 even dah bg makan ubat, dibawa ke Hospital Sultnh Bahiyah lagi sekali..pegi pagi tapi mlgnya mlm baru dpt treatment..masa tu suhu bdan dah tggi..dan kritikal..dah nak tarik..ni la satu kelemahan hosptal awam ni..boleh buat halai balai ja. Bila Dr scan, dia kata ada pendarahan kat otak kat tempat yg sama dibedah sblm nii..lepas tu terus transfer ke Hosptal Penang..
Bila sampai HP, Dr scan sekali lagi cakap infection dan pendarahan tu kat sebelah kepala satu lagi plak..which 1 ha? erm, semua Dr. suspek nabhan penah jatuh sbb tu boleh berlaku pndrhn..tp kalau batul jatuh, kat luar takde bengkak ke aper...takkanlah kat dlm boleh teruk tp kat luar takdak sbrg kesan kalau betul jatuh..
Erm, at last baru Dr mengaku depa salah buat percaturan..mmg berlaku infection sebelum ni lagi, bkn sbb jatuh..WA..
Kesian Cik midah dgn cikzai..bedah isnin malam..sampai hari ni masih tak stabil..darah nabhan byk hilang..lani depa dok masukkan darah..dia tak tunjukkan lgsg respon positif..hati ibu mana yg tak risau..cik tak lena 2hari 2 malam dah..kesian..dia takut sgt..takut..
Aku hanya boleh tnjuk muka cool depan cik. kalau tak, takdak sapa nak tenteramkan sapa..just boleh pegang tangan nabhan dan sebut nama dia, bg semngat kat dia..sungguh, aku percaya, dia sedang bertarung dgn kuman2 dalam badan dia..nabhan..cepat sembuh ya..maksu nak tgk nbhan jadi anak soleh..
Hati ni resah gelisah..ya Allah..bantu kami..kuatkan kami..ringankan ujian ini..jgnlh kau uji kami melebihi kemampuan kami..sembuhkanlah nabhan dan panjangkanlah umurnya..
ameen...
Syukran pada shbt2 yg dah ambil berat dan mendoakan nabhan..kami terus menagih doa kalian...
-Maksu-
2.25 ptg
2 April 2008
USM.
