Saturday, January 24, 2009
Aku Belajar Aku Mengajar
Waktu aku BELAJAR,
Guruku dihormati,
Setiap kata mereka kuamati,
Setiap nasihat mereka kuperinci,
Setiap murka mereka kuanggap keramat buat diri,
Waktu aku MENGAJAR,
Datang mulaku tidak dipeduli,
Ucapan salam berkunjung sepi,
Walau di kelas bersuara tinggi,
Namun pelajarku bertelinga ‘tuli’,
Pulang ke rumah letih sehari,
Duhai, kecewanya hati…
Waktu aku BELAJAR,
Guruku pelita, guruku insan mulia,
Walau tak mampu nak celik mata,
Minyak cap kapak kucalit di mata,
Itu tandanya guru tinggi martabatnya.
Waktu aku MENGAJAR,
Aku hanya kawan mereka,
Boleh dibuat suka-suka, gelak ketawa,
Nasib baik aku tak bagi muka,
Kalau tak, mesti kena ‘pijak kepala’.
Waktu aku BELAJAR,
Aku punya cita-cita,
Tak pernah jemu berusaha,
Matlamat jelas memburu jaya,
Kekasihku hanya ilmu di dada.
Waktu aku MENGAJAR,
Bila kutanya apa cita-cita mereka?
Katanya ‘masih belum tahu/ takde cita-cita’,
Mereka sebut sambil ketawa,
Target periksa lulus pun dah suka,
Kerana kekasih mereka insan berlainan jantina.
Waktu aku BELAJAR,
Aku cukup bahagia,
Waktu aku MENGAJAR,
Semacam jiwa menderita..
Huhuhu…
Moga-moga aku bisa bertahan mendidik anak bangsa,
Meniup semangat menyala-nyala,
Berusaha menjadi guru bertaqwa,
Dan membina insan berwibawa.
..Bintubahariyah..
..22/1/2009..
..4 pm, Galeri Sukan ASPURA..
..waktu meeting dgn JPN..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
What a very good poet!.
Better U commercial it, you can submitt this poet to B Harian, harakah or else. You can share with a lot of people out there.and of course you will get some.
I sugggest to your to write read a book " MEMOIR SEORANG GURU" written by Ckgu Azizi Abdullah.
I have one and you can take from me...
~Ano..
syukran..just my heart words about the days i have faced with smile, stress and tears..
herm, i never heard about that book before. looks like really interesting. so how can i get it from u?
bagi je buah serang..
diorang elak, k.gayah tangkap..
cekak menyerang, cekak menangkap.. he....
seronok sungguh melawak kt sini.. hehe. itulah dugaan seorang guru. jangan selalu marah, sebab marah takkan membawa apa2 kepada depa.. buatlah secara sabar dan berhikmah. sabar itu suatu kekuatan. semoga dapat menjadi guru yang baik (^_~)
adik gayah
jadi cikgu yg mulia ya. Sabar banyk2. Ini baru prapermulaan sblm memasuki alam sbnar pekerjaan...
sukanya baca (^^,)
takutnya rasa
x lama lagi turn nad pula..huhu
ntah mcmn la pulak kesnya..
huhu..sabaq byk2 ek gayah..
nad tau gayah 'kuat'..(^^,)
cabaran n dugaan berat,
hasilnya guru yg hebat =)
insyaALLAH..
Post a Comment