Showing posts with label dai'e. Show all posts
Showing posts with label dai'e. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

Baca Doa Pastu Menari




Assalamualaikum wbt..

Sebelum masuk kepada tajuk posting kalini, sy nak rakamkan jutaan terima kasih pada suami yg susah payah jaga saya waktu saya demam ni..pg tadi terjaga dari tidur, suami tgh usap kepala, dahi, leher..dia cakap panas..bila saya bangun, dia kata blkg badan sgt panas..risau muka dia..pagi tadi, dia yg sediakan sarapan utk saya..dia tak bg saya buat papa..ubat pun dia sediakan dan paksa saya minum sampai muntah2..huhuhu..pastu dia dah tak paksa minum ubat tu dah..roti saya pun dia yg tlg habiskan..sgt tak lalu makan..
semalam suami buat rawatan urutan dgn air kat kaki..saya kata, "Kesian kat abg..". Dia cakap, "Yah kan isteri abg..kalau bukan isteri abg, taubat abg tak buat camni.."

Terima kasih byk2 ya abg..yah syg abang..abang dah buktikan yang yah beruntung dapat abang..moga berterusan..ameen..

ok, masuk pada topik saya tu..pasaipa nak baca doa pastu menari-nari lak? baca doa tu kan bagus..menari tu sebaliknya (kalau tak kena tempat, situasi)..

saya bercakap atas dasar sbg org yg selalu mengikuti program-program di universiti dulu..apa saja keramaian yg dibuat, majlis ke apa ka yg kebanyakannya dibuat oleh pihak universiti dan sesetengah persatuan, mesti ada 2 benda yg bertentangan ni. mula-mula baca doa bukan main. pastu ka mulala menari-nari, menyanyi-nyanyi. tak payahla ckp universiti, artis2 tu dah tentulah. buat kenduri, baca doa punyala..jemput ustad2 yg hebat2 lak tu. pastu, pakat2 nyanyi dan menari..apa tu?

dulu saya selalu cakap, yang putih tak boleh bercampur dgn yg hitam. dia akan jadi warna coklat. kan dah tak suci..macam tu jugak, yg baik tak boleh bercampur dgn yg jahat..mesti jadi bahat..ni tak, baca doa sikit punyala, mintak ampun dah kat Allah, mintak Allah berkati majlis dan sebagainya..tp pastu buat benda yg Allah tak suka lak. adoila..camnala Allah nak makbulkan doa..camnala nak dapat berkat tu..

saya ckp ni, saya pesan kat diri sendiri..nak buat apa2 keramaian pasni, jgn dok biaq bercampuq habis semua..benda ni sbnrnya mcm takleh nak kata apa dah. macam dah jadi budaya dah. mesti ada doa, nyanyi dan tari. mesti selalu camtu. payahlah nak jumpa yg tak bercmpur melainkn dianjurkan oleh pihak yg tegas dgn agama..contohnya PMIUSM..hihi..nak jugak promote tu..=)

erm, dahla..paham2la..point saya jelas dah dgn huraian yg pendek dan ringkas ni..jgn sampai kita terlibat dgn propaganda ibilis dan syaitan sudahla..insyaAllah..mudah-mudahan..

k, wallahua'lam..wslm..


..bintubahariyah..
..16.7.09..
..TSB..

Wednesday, February 04, 2009

Remote Emosi


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua pengunjung SH? Wahh..meriahnya SH sekarang. Terima kasih kepada semua ahli ziarah. Apa jua pandangan yang kalian lontarkan, semuanya pasti telahpun Allah takdirkan ianya berlaku. Apa jua kesannya kepada pembaca-pembaca lain, pasti telahpun ada dalam pengetahuan Allah. Walau bagaimanapun, moga sekeping hati ini bisa terus tegar menjadi medium dakwah buat pemiliknya terutamanya dan juga buat semua ahli ziarah. Sesungguhnya, apa jua yg telah saya nukilkan, benar-benar datang dari hati ini..sebab itu saya namakan rumah ini ‘Sekeping Hati’.

Alhamdulillah, hingga kini telah Allah bagi peluang untuk saya melihat dunia ini hampir 23 tahun. Terlalu banyak benda yang saya belajar. Berapa banyak sifat negative yang pernah beraja dalam diri, berapa byk pula mahmudah diri datang minta bertapa di dalam hati. Ada yang pernah saya ambil dan simpan sekian lama. Ada pula yang datang dan pergi. Ada yang tidak bisa lagi saya lekatkan untuk menjadi darah daging sendiri..dan ada 1 sifat mazmumah yang sedang saya cuba untuk buang jauh-jauh, lontarkan ke dalam lautan yang dalam. Itulah EMOSI yang bernafsu ammarah.

Peringkat-peringkat nafsu

Pengisian usrah oleh kak radieah tersayang pernah menghighlightkan peringkat-peringkat nafsu. Nafsu ada 7 peringkat semuanya. Dari yang paling teruk ke yang paling baik:

1) Ammarah

2) Lawwamah

3) Mulhamah

4) Muthmainnah

5) Radhiyah

6) Mardhiyyah

7) Kamilah

Ringkas di sini, nafsu ammarah yang paling teruk, yang paling rendah tahap dia. Nafsu kamilah merupakan nafsu para nabi. Utk org kebanyakan macam kita, nak sampai nafsu muthmainnah pun sangat payah.

Rapat umum

Sebut pasal emosi, paling byk word ni disebut pada saya ialah ketika rapat umum waktu bertanding kerusi umum MPP. Ada 3 rapat umum semuanya. Malam pertama, saya agak berjaya mengawal emosi, byk ketawa, agak agresif tapi masih bertenang. Malam kedua, emosi saya dicucuk-cucuk bila pro-Mahasiswa difitnah berapi-rapi oleh pro-Aspirasi. Dapat pulak notes daripada sahabat saya, ejay, yang mintak saya balas balik apa yang telah difitnah tu. Bertambah-tambah panaslah diri. Namun, malam ketiga saya telah dinasihatkan oleh semua senior agar lebih bertenang dan cuba kawal emosi.. So, apa dah jadi?

Memang malam itu, provokasi terlalu melampau. Dan malam itu, saya patut menjadi orang yang paling marah. Namun, berkat al-Quran yang terbimbit di tangan, setiap kali teriakan fitnah dihamburkan, setiap kali itulah saya pekakkan telinga dan terus melantunkan alunan al-Quran. Alhamdulillah..sampai pada 1 tahap, bila ada satu tuduhan yang paling pedih dilemparkan, sekali saya selak lembaran ayat Allah, terus saya temui satu ayat yang seolah-olah Allah sedang berbicara dengan saya..apa ayatnya? Boleh klik kat sini..
(dah ada posting pasal rapat umum sebelum ni). Ayat yang cukup indah..

Nikmat Menahan Marah

Pulang dari Rapat Umum pada malam itu, saya sudahpun merasakan sebuah kemenangan. Ya, menang dalam melawan nafsu ammarah. Menang bila bisa mengatasi diri sendiri. Inilah suatu kepuasan yang tiada kata dapat menggambarkan. Hanya orang yang benar-benar diberikan kekuatan untuk bersabar sahaja bisa merasai nikmat menahan marah. Alhamdulillah, terasa Allah memilih diri yang hina ini..

REMOTE EMOSI

Apakah remote yang boleh membantu kita mengawal nafsu ammarah? Senior-senior kat sekolah agama yan dulu rajin bagi tazkirah tentang bbrp cara kita nak kurangkan dan kawal rasa marah tu.

1) kalau tengah berdiri, duduklah

2) kalau tengah duduk, baringlah

3) kalau dah baring tp marah belum hilang, ambillah wudhuk.

4) Kalau ambik wudhuk pun belum hilang rasa marah, solatlah sunat 2 rakaat.

iA, amalkan cara ini. Sebab marah itu daripada syaitan yang berasal daripada api. Sejukkan ia dengan semua cara yang nabi sendiri ajar kat kita.

Sejak mula-mula masuk Latihan Mengajar ni, saya paling tidak boleh mengawal nafsu ammarah. Sering beremosi lantaran berjumpa dengan suasana baru yang cukup menduga. Namun, alhamdulillah, berkat nasihat dan didikan daripada orang yang suka mendidik, saya sedar yang saya patut kembali berubah dan menjadi orang yang tenang selalu. Kelebihannya bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk saya sendiri, pasangan hidup, generasi saya, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Bila kita tenang, ketenangan itu akan bertebaran ke mana saja kita berjalan, sepanjang mana masa selagi kita dalam ketenangan.

Kehendak Allah

Malam ini, kala hati saya telah lama berniat untuk menulis sesuatu tentang emosi ini, sekali lagi terasa Allah sedang berbicara dengan saya melalui ayatnya dalam surah at-Taghabun ayat 11 bermaksud:

Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Pernah tak waktu kita membeli laksa di pasar malam untuk berbuka puasa, kuahnya tawar? Atau terlebih masin? Kita pun hampa dan marah-marah pada pakcik dan makcik yang jual laksa tu. Selalunya beli sedap ja! Ishy, geram3! Kita lupa…Sedangkan hakikatnya, Allah lah yang telah menggerakkan jarinya untuk mencedok garam berapa banyak pun kuantitinya ataupun mengilhamkan yang mereka telahpun meletakkan garam sedangkan tak letak pun lagi sebenarnya. Bukan salah pakcik dan makcik tu pun. Dah harini memang tertulis di loh mahfuz yang mereka akan terlebih letak garam or lupa letak garam dalam kuah laksa itu. Sapa yang punya angkara? Tak, bukan angkara depa, bukan jugak kehendak depa. Tapi itulah kehendak Allah. Kita lupa.

Macam tu jugak dengan apa yang sedang berlaku dalam SH ini. Kenapa Allah izinkan ada hati yang sakit cuba menyatakan sesuatu dalam chatbox? Dan mengapa Allah izinkan ada insan yang cuba membetulkan persepsi kurang tepat itu tanpa saya terlibat sendiri dan tanpa saya sendiri tahu siapakah insan-insan tersebut? Mengapa? Mengapa ada pula sahabat yang terus-menerus menghembuskan kata-kata semangat tanpa goyah sedikitpun keyakinan mereka kepada saya?

Meyakini ayat Allah yang agung di atas, Ya, pastilah ini kehendak Allah..dan semestinya saya WAJIB redha dengan kehendakNya dan teruskan berusaha menjadi orang yang beriman. Semoga Allah memberi petunjuk kepada hati yang cukup gersang ini untuk terus meneguk kasihNya..kerana Dia Maha Mengetahui segala apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.

Di sini, saya terlalu ingin mengucapkan terima kasih kepada semua shbt, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik yang tidak goyah keyakinan kepada usaha dakwah saya. Saya terharu kerana benar, hilang seorang, datang 1000 pada saya. Dan, saya yakin, hati-hati kalian yang tetap tega meyakini saya, jua dipegang oleh Allah dan Dia berkehendak agar yang hak terus tertegak. Insan-insan yang kuhargai, hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

Maaf dan hikmah

Andai ada kesilapan insan padamu, maafkanlah. Kerana dengan memberi maaf, dirimu akan tenang, ammarahmu tunduk membisu. Tiada dendam yang menguasai kalbumu. Andai segala yang terjadi terlalu mencabar keegoanmu, berdiamlah seketika, ingatkanlah akan Pencipta yang mengizinkan segala, fikirkan dan carilah hikmah yang tersirat di sebalik semua yang Dia kehendaki terjadi kepadamu. Kerana sekali-kali tidak Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Maha suci Allah daripada segala sesuatu yang penuh dengan kelemahan.

Sahabat-sahabatku, muslimin-muslimat yang dibanggai Rasulullah,.. bicara dari hati ini kuharap bisa sampai ke hati itu..iaitu hatimu..

Wallahua’lam.


..Bintubahariyah..
..951 pm..
..3 Februari 2009..
..Pearl 101..

Saturday, January 24, 2009

Aku Belajar Aku Mengajar


Waktu aku BELAJAR,
Guruku dihormati,
Setiap kata mereka kuamati,
Setiap nasihat mereka kuperinci,
Setiap murka mereka kuanggap keramat buat diri,

Waktu aku MENGAJAR,
Datang mulaku tidak dipeduli,
Ucapan salam berkunjung sepi,
Walau di kelas bersuara tinggi,
Namun pelajarku bertelinga ‘tuli’,
Pulang ke rumah letih sehari,
Duhai, kecewanya hati…

Waktu aku BELAJAR,
Guruku pelita, guruku insan mulia,
Walau tak mampu nak celik mata,
Minyak cap kapak kucalit di mata,
Itu tandanya guru tinggi martabatnya.

Waktu aku MENGAJAR,
Aku hanya kawan mereka,
Boleh dibuat suka-suka, gelak ketawa,
Nasib baik aku tak bagi muka,
Kalau tak, mesti kena ‘pijak kepala’.

Waktu aku BELAJAR,
Aku punya cita-cita,
Tak pernah jemu berusaha,
Matlamat jelas memburu jaya,
Kekasihku hanya ilmu di dada.

Waktu aku MENGAJAR,
Bila kutanya apa cita-cita mereka?
Katanya ‘masih belum tahu/ takde cita-cita’,
Mereka sebut sambil ketawa,
Target periksa lulus pun dah suka,
Kerana kekasih mereka insan berlainan jantina.

Waktu aku BELAJAR,
Aku cukup bahagia,
Waktu aku MENGAJAR,
Semacam jiwa menderita..
Huhuhu…
Moga-moga aku bisa bertahan mendidik anak bangsa,
Meniup semangat menyala-nyala,
Berusaha menjadi guru bertaqwa,
Dan membina insan berwibawa.

..Bintubahariyah..
..22/1/2009..
..4 pm, Galeri Sukan ASPURA..
..waktu meeting dgn JPN..

Saturday, October 18, 2008

Agama Yahudi tuh cmna? (Part 3)


Assalamualaikum wbt.

kali ni sy nak cerita sambungan kisah pasal agama yahudi. lama dah nak buat ni. tp mcm terbang dihembus angin kelupaan..teruk btul. mgkin sbb penah ponteng kelas bro kamarudin sampai 3 kali berturut2 gara2 tak sehat. lepas terjumpa bro sblm raya baru ni, rasa malu sgt..then, bro bersggh pesan supaya attend back his class after raya..huhu..dan alhmdulillah, dpt gak rasai kemanisan yg dah lama jadi tawar dulu..lani dah masuk bab agama kristian dah. tp in this entry, i still want to share about Judaism, not Christ yet. plis be patient k..=.=


erm, ringkas ja kali ni. iA, nak explain pasal persamaan agama yahudi ni dgn agama kita..

bro cerita, yahudi percaya, masa nabi musa naik bukit tursina nak berkhalwat dgn Allah, Allah bg 10 arahan kepada nabi dan kaumnya iaitu bani israil supaya dilaksanakan. lebih krg macam rukun iman la..kita ada 5 kan? ha..sapa yg kata ya tu, nak kena tuh! huhu..rukun islam la yg 5..rukun iman ada 6...heheh..jgn tergugat k! ingt betul2 sblm mengiakan apa2 jua..fikir dulu..=.= k, apakah persamaannya? check it out!


The ten commandments and the confirmation in the Quran


The 10 commandments (Exodus 12:1-17 & Deuteronomy 5:6-21)


1) Thou (you) should not take any God except one God.

Quran kata: There is no God except one God (47:19)


2) Thou shall make no image of God.

Quran kata: There is nothing whatsoever like unto Him. (42:1)


3) Thou shall not use God's name in vain( dgn sewenangnya)

Quran kata: Make not God's name an excuse to your oaths. (2:224)


4) Thou shall honor thy (to) mother and father.

Quran kata: Be kind to your parents if one or both of them attain old age in thy (to) life, say not a word of contempt nor repel them but address them in terms of honor. (17:23)


5) Thou shall not steal.

Quran kata: As for thief, male or female, cut off his or her hands, but those who repent after a crime and reform shall be forgiven by God for God is forgiving and kind. (5:38-39)


6) Thou shall not lie or give false testimony.

Quran kata: They invoke a curse of God if they lie. (24:7). Hide not the testimony. (2:283)


7) Thou shall not kill.

Quran kata: If anyone has killed one person it is as if he had killed the whole mankind. (5:32)


8) Thou shall not commit adultery (zina).

Quran kata: Do not come near adultery. It is an indecent deed and a way for other evils. (17:32)


9) Thou shall not covet (mengorat) thy neighbour's wife or possessions.

Quran kata: Do good to your parents, relatives and neighbours. (4:36) Saying of the Prophet Muhammad (hadith) "one of the greatest sin is to have illicit sex with your neighbour's wife"


10) Thou shall keep the Sabbath holy.

Quran kata: When the call for the Friday Prayer is made, hasten to the rememberance of God and leave off you business. (62:9)


Alhamdulillah, berjaya taip sampai habis..&__&

erm, nampak dak persamaannya? sbb tu bro kata, agama yahudi ni ialah agama yg plng dekat dgn Islam. dan kita semua patut sgt2 bersyukur sbb org yahudi tak mengamalkan dakyah utk tarik org masuk yahudi macam kristian. kalau x, habisla...huhu...hikmahnya Allah bg depa tu sombong bangat..


erm, shbt2 yg turut g kelas bro, plis do add something. sy tulis apa yg dan ja ni. mata pun dah pedih lepas jamuan raya IPSI yg bro buat tu. best dpt makan dgn Que, Hui Hui, Kin Yin, Yi Ling, Chia Ling dan adik2 lain. dpt gak jumpa Henglong dan rakan lain..depa dpt buku pasal keajaiban alQuran dalam bahasa mandarin pun ada.

Que, baca tau! dan suruh adik2 kita yg lain pun baca. hehe..kalau tak brp jelas, lets have a long discussion insyaAllah.. really love you..sincerely from my kiss and hug..


okla, semoga dapat manfaat k. iA, kalau ada kesempatan, kita bukak cerita pasal new testament plak. iA..sy pun blurr lg ni. Syukran membaca sampai habis..do jot ur feeling under this comment space..*__*


ni link ke part 1 & 2 utk sapa2 yg tak bc lg..(tq utk afiq yg bg idea ni) =.=

http://bintubahariyah.blogspot.com/2008/08/agama-yahudi-tuh-cmna-part-1.html

http://bintubahariyah.blogspot.com/2008/08/agama-yahudi-tuh-cmna-part-2.html

Assalamualaikum. Wallahua'lam.

..Bintubahariyah..
..19/10/2008..
..0057 am..
..Cahaya Gemilang USM..

Monday, September 08, 2008

Menjelang Ramadhan 1429 hijrah

Adik2 bertekun dlm LDK..heheh..tu kak fasi tu..pakai vest PMI..Team Bonding ni under PMIUSM..terbuka pada semua budak USM..mehla join..dok promote nii..=)

Bismillah walhamdulillah..

Syukur pada Allah kerana menyampaikan daku dalam bulan ramdhan ni..semoga ini bkn ramadhan yg terkhir utkku dan juga bondaku dan seluruh ahli keluargaku dan shbt2ku..ameen..

Stlh sepurnama lebih gak membiarkan rumah ni kesnyian, kali ni nak bg sesuatu gak supaya rumah ni tak dihuni hantu..hhuhu..kisah sebelum teman posa..dipersembahkan…

Prgm di MRSM Pendang

2hari sebelum berprgm..tiba2 daku diserang sakit belakang..sakit tulang belakang yang menyebabkan badanku tak mampu nak diluruskan..bak kata sorg adik, dah jadi mcm udang..sorg adik lg kata jadi mcm nenek kebayan..huhu..mmg itulah gamaknya..
Lalu rawatan diberikan oleh rumateku yang tgh jadik isteri mithali utk suaminya lani..hehe..dia ckp mmg urat tgh bengkak..ramai yg mendoakanku kala ni..tak bgtau mak..takut sgt mak risau..mak pun demam time nii…cedih…

Sehari sebelum..

Gawat! K gyh sakit blkg nii..nak jalan pun tokleh..nak p training fasi? Mintak maaf sgt dik..huhu...teman2 sejati dah start kuarkan idea yg menakutkan pengarah projek..”tak payah pi la prgm tu..” huhu..tokleh2! teman org penting dlm prgm nii..biarla tulang blkg teman tenat..asalkan terus jadik tlg blkg prgm..huhu..dahla tak ckp fasi nih! Herm…

Detik2 akhir..
Takleh tahanla tuan pengarah..teramat sakit nii..so, dia offer nak belikan kokyok..hehe..hilang 8kupang duit dia..makasih tuan din noo..

Naik bas
Alhamdulillah, mmpu jua aku mendaki tangga bas yang takla setinggi mana tu..hehe..dalam bas buat2 tak sakit..padahal dia dok mencucuk2..jade tlg jadi nurse..
Pastu ada g adk2 yg takdan nak kenai satu sama lain..adala plak sesi berkenalan dalam bus tu. Lupa sekejap kesakitan nii..gheja gelak ja..aduhai..
Nasibla min2 yg baik semua kami halau pi depan..tggaila kami mat2 yg ayu ni kat blkg…so, yg ayu2 ni pun takdakla jadik pemalu sangat…

Bus stop gurun
Act, tak plan pun nak berhenti..tp adala sorg dinda nii..hehe..nak qadha hajat plak dia..air cond bas mrsm pendang ni mmg power..mengetaq semua..huhu..tipula kalau ketaq tu..tp sejuknya tahap induce pundit kencingla..
So, pakcik pun berhentila kat R&R Gurun..kami solat, makan skt alas perut..beli sorg sikit pkt bedak atas bas..

MRSM Pendang

Alhamdulillah, agak lewat skt, sampai dgn selamat..nila 1st time cek jejak kaki kat tempat yg bernam maktab rendah sains mara..tak kisahla yg kat kedah ka, ganu ka, ni la first time..huhu..budak mrsm jgn dok gelak nae..(^-^)
Sampai2 ja terus makan..sedap gak even sardine ja..heheh..dah lapaq..semua sedap..

Time prgm..
Teman dah lupa plak..teman crita part2 yg plg bestla..tak lrt nak cerita semua..
Malam yg pi tu, kami buat ice breaking skt..nyanyi lagu tema..lagu raihan..tajuk dia apa ntah. Tgkla, kalau rajin teman letak kat posting baru..
Mlm ni teman kena jadik fasi sat..sbb tak ckp fasi. Ada g yg tak dpt nak mai g..nasibla bdn kena kat adik2 laki..5org sepatutnya tp sorg blk..
Adik2 laki ni nasibla pemalu2..sorg nama firdaus (sedap dia bc doa)..sorg nama iman..tggi orgnya..dan paling pemalu antra semua..heheh..sorg g namanya leman..nama dia yg lain tp org pggl leman..leman ni sopan sgt..muka dia innocent..sorg g plak namanya nidhom..yg ni suka gelak..budak pandaila semua2 nii..depa ada trademark masing2 tau..hasil paksaan kanda depa nii..malu pun terpksa buat..heheh..tp tu rahsia grup kami ja..bkn utk tontonan umum..maaf ek..=.=

Tp esoknya rombakan fasi dibuat semula..maka, tak dptla nak jadik kak fasi depa sampai akhir..walaupun teman nak sgt..

Sabtu
Ni prgm penuh..ada jmput sorg pnceramah nak bg motivasi pasal pljrn la gak..tp last2 jadik kot lain..dia punya buat sampai fasi2 nangis lg teruk dari adik2..aku pun sama la..tersedu2..huhu..ish, part ni sepatutnya malam..tp jadik siangla plak..dia tunjuk video pasai mak ayah..tobat semua cedih..ditunjuknya video pasai azab kubur..part ni yg plg takleh nak lupa yg jadik induce kat teman nii..takutnya bila ingat balik..
Herm, part tu diakhiri dgn doa utk mak ayah dan shbt2 dan pelukan kasih syg semua rakan2..

Petang sabtu
Time ni riadah..sblm2 tu adala LDK2 dgn pengisian2nya…tak payahla crita..mmg prgm ni berbentuk team building..sbb tu byk LDK dari ceramah..
Ok, waktu ptg ni adik2 muslimin kena halau pi luar dewan dulu. Sbb adik2 mat nak bersenam tanpa gangguan mata..huhu..kami main atas rumput…cmna? Heheh…kena join prgm Team Bonding la baru tau..papapun adik2 ingat pengjaran atas rumput tu..kena tutup aurat..kerana sapa? Kerana Allah…=) insyaAllah..
pastu adala bbrp acara mass yg baik2…
Adik2 ni jugak diminta buat trademark utk homeroom masing2..uish, mmg mantap! Ada yg jundullah..ada yg berpndukan kerjasama..ada yg macm2…tak ingat dah..siap ada yg angkat2 kwn2 depa lagi..hehe..

Erm, adik2 ni gak diberi markah..target depa mesti lebih dari 5000 markah..tukang bg markah mestila kanda gayah nii..dan alhamdulillah…semua homeroom berjaya melepasi target 5000 tu..pulun depa bila dpt markah camtu. Cuba tak bg..sorg pun tak hingin nak bgn respon soklan k gyh..sorg pun buat taktau bila tgk smpah bahkan dibuatnya sampah lg adala..uih2…ha, ni sbnrnya pengjaran yg akak lupa nak habaq hari tu…sama tak markah tu dgn pahala? Sama? Uih, mana sama…pahala tu Allah punya..markah tu k gyh pinjam sat ja buat2 mcm k gyh yg punya…tp mmg ada persamaan..dosa pahala kita tak nmpk..tp kita tau ada ganjaran tu..k gyh nak maksudkan..markah tu sbg pahala yg sengaja dinampakkan..tgk, kalau nmpk, berebut2 nak amik..tp mslhnya kita lani…tak penah nak rasakan pahala dosa tu ada..sbb tu kita selalu buat taktau..jadi, amik pengajran dari markah nii..rebutlah pahala yg Allah sediakan khas utk kita..selalu2 kita beringat ya dinda2ku..=) iA..utk k gyh gak..

Malam
Slot muhasabah g..
Fasi tidur awal skt mlm niii..tp teman dan 2 org shbt g ada urusan dunia perlu dibincangkan…tidur sejam setengah..

Pagi ahad
Arahan berkumpul pukul 5pg dah dikeluarkan oleh cikgu anas..ni arahan utk fasi..bkn utk adik2..huhu..so, semua bgn dgn pening2..teman paling pening rasanya..sbb tidur sejam stgh ja..huhu..watever, ada perubahan pda tentative..pg tu bkn nak bt treasure hunt ja tp jugak projek sekolah impian..TH yg teman conduct tu dah melalui mcm2 peringkat perubahan..syukur berjaya dilaksanakan..dan projek sekolah impian lg hebat..ia berjaya mencungkil bakat setiap individu…(cikgu anas punya modul) sy pinjam modul ni nnt nae cikgu?=)

The end
Ada mjlis penutup..ada bcaan doa daripada adik teman bernama firdaus..tak sgka adik teman yg jadik imam budak2 tu selalu..mmg sesuai sgtla..mendayu2 doa yg dia baca..menusuk ke dalam jiwa..alhmdulillah..ada bacaan ikrar..ada nyanyian lagu tema dan 5 cinta (pengarah prgm punya lgu kegemaran) erm, moga dinda2ku sekalian jadik anak soleh/ah nae…

K gyh mintak maaf salah silap, grg2 sikit2 tu besala..provoke ja..hehe..erm, do keep in touch nae..iA..

Ptg ahad
Bertolak pulang dgn keterlenaan yg terheley…huhu..alhmdulillah..lega..
Adik2 fasiku..msih byk masa nak gilap bakat kita..papapun, perlu ada pengalaman..daripada cara huraian pengajaran dsbgnya..kita perlu lebih byk pendedahan..bersedia utk ditarbiyyah supaya boleh menjadi pentarbiyyah iA..
Semoga Team Bonding ni bermanfaat sepanjang zaman..ameen..

So, isninnya dah puasa…alhmdulillah…ku sambut ramadhan dgn perkongsian ilmu, hati, perasaan, kasih sayang, pengalaman dan semuanya dgn ramai insane yg memerlukan…=)
Semoga ramadhan kali ni, benar2 menginsafkan dan menyucikan jiwa setiap insane..
Ok, sudah dulu stkt nii..sbb teman sdg dikifarahkan dgn sakit yg lain plak..alhamdulillah..


Sedang menahan sakit,


..bintubahariyah..
..2254 pm..
..Cahaya Gemilang..
..USM Apex..


Friday, June 13, 2008

“Desperate Housewife” ~Ada pengajaran..

~Anak menakan maksu dgn kwn2 dia waktu pertndingan nasyid Pasti..omey tul..lagu intifadhoh lagi depa nasyid..heheh..syafiq, anak menakan maksu, no 2 dari kanan tukang tarik part yg tinggi2..heheh..insyaAllah, anak2 soleh solehah nii..~

“Desperate Housewife” ~Ada pengajaran.

Assalamualaikum wbt.

Hari selasa baru-baru ni, sy ada tgk gambar “desperate housewife”. Tapi tgk sekerat ja sbb ada gmbr lain yg lebih menarik di tv lain. Erm, ada pengajaran rupanya. Episode kali cerita pasal housewife2 yg pi gereja setiap minggu. Kira alim la depa ni. Tp ada plak sorg housewife ni yg tak penah p gereja sejak kecil. Tp hari tu dia rasa terpanggil nak pi. Bila dia cakap kat suami dia, suami dia takmau pi. Dia kata dah bosan sejak kecik kena paksa p church. Husband dia bg alas an anak2 depa pun tak perlu p gereja sbb depa dah kenal sapa jesus dsbg. So, anak laki dia menyampuk cakap dia tahu sapa jesus, “Jesus ialah pembantu santa claus!” hahah..terus si husband kata depa kena pi church mulai hari tu. Huhu..tu anak2 org putih, yg kafir pada Allah. Kita org Islam, anak2 kita camna? Kenal nabi? Kenal Allah? Kita nak mengajar anak2 tak perlu dan tak wajib pun bawak anak2 ke masjid. Kat sekolah ada la jugak sikit silibus agama..tp tak cukup. Boleh jugak hantaq anak2 pi belajar baca quran dgn tok guru kat kampong macam mak ayah saya buat kat saya adik-beradik. Saya dgn bangchu, mak hantaq ngaji dgn tok jang kat depan rumah. Arwah tok jang dah pegi lama dah. Semoga Allah cucuri rahmatNya utk tok jang tersyg yg dah byk berjasa dlm hidup saya dan bgchu. Al-Fatihah utk tok jang.

Erm, cakap pasal silibus sekolah, teringat waktu saya jadi cikgu ganti tuisyen beberapa bulan yang lalu. Tunggu punya tunggu, adala 4 org ja anak murid yang sudi mai. Semua muslimin. Okla tu daripada takdak lgsg. Kena ajar m3 tajuk transformasi form 5. actually, kena bg soklan ja. Tak payah ajar kata cikgu asal kelas tu. Dia siap dah fotostat dah soklan utk anak2 murid dia. Legala jugak sbb cikgu siti ni bukan pro dalam m3. bidang cikgu bio and chem.. itu kalau bg iA la..

Anak murid 1st yg dtg tu bersongkok lagi. Ingatkan cikgu tuisyen gak ms mula2 tgk. Tinggi betul. Bagus budak ni. Masuk kelas ja smntara tggu kwn2 dia, dia bukak mathurat, bc pelan2. heh. Sejuk hati cikgu tgk dia. Pastu dtgla tiga org lagi. Sorg tu pakai cap. Dok sebelah yg pakai kepiah ni. Baru ja sampai dah tunjuk benda apa ntah kat kwn yg dtg sama2 dgn dia, kaler kuning. Cikgu suruhla simpan dan mintak depa bc doa. So, mulala nak ngajar. Bg ja soklan tu. Tp tgk2 mcm tak focus plak. Satu apa pun tak tulis kat ketas. kosong ja. Yg si songkok ni dah jauh tggl kwn2 dia. So, reti tak reti cikgu ct ni kenala jugak mengajar. Dah ajar byk kali pun dok tak paham situ la. Pastu dok main2. kuku pun ada taruh pnjg. Then, tak tahan dah punya pasal, cikgu pun menyatakan kesedihan tgk anak2 Islam ni jadi cmni. ~Sesi tazkirah bermula la..~ cerita2 syurga, nabi, semua keluar. Lebih setengah jam jugak rasanya. Yg sedihnya, bila tnya pasal kisah nabi Nuh pun, tak tahu apa kisahnya, terbalik dgn kisah nabi lain. Sedih…sedih…ni kisah nabi Nuh pun fail, cikgu pun tanyala pasal solat, cukup ke tak? Alhmdulillah, yg bersongkok tu mmg cukup. Yg lain, kurang sikit…kena lagi tazkirah. Lagi terukla kali ni. Nak cerita isinya pnjg sgt pulak. Sampai merah mata2. alhmdulillah, syukur sgt sbb ada peluang sampaikan dakwah camtu. Semoga ada la yg depa bawak balik hari tu. Semoga kuatla hati depa nak berubah. Bukan taknak, bukan tak sedar, Cuma byk sgt tekanan luar yg tak membina. Cikgu pun dah pesan, kalau kwn2 cabar dan perli2 bila depa nak berubah, abaikan. Yg nak dapat kebaikan, bukan depa tp kita. Kena matang dah. Dah boleh jadi bapak budak dah. Sampai solat pun tak ckp lg ni camna kan? Huhu….anak2 murid cikgu…cikgu ni ganti ja. Bkn boleh survey every week..lepas ni pi LM, camnala pulak…

Okla cerita psal tu, ada lg cerita pasal desperate housewife yg boleh jadi iktibar utk kita semua. Ada sorg lagi housewife yg mmg “alim” plak p jumpa dgn father. Dia ckp nak kawen lain. Father tu terkejut sbb suami dia baru ja mati 2minggu. Pastu dia kata dia dah lama kawan dgn Carlos (org yg dia baru nak kawen ni), beberapa bulan sblm husband dia mati. Maknanya dia curangla. Father tu terkejut sgt. Then dia cakap dia mmg seorang pengikut yg jahat dan dia pujuk gak paderi tu kawenkan dia dgn carlos. Paderi terpksa kata boleh dan suruh dia janji akan setia dgn Carlos sampai mati. Dia janji. Then, bila nak kluar dari church tu, dia ckp kat paderi tu, kalau dia curang lagi dgn suami dia, dia akan tukar agama. Then paderi tu kata thank you sambil tersenyum. Huhu….

Dalam islam, ada ka ulama’ kita senyum dan ucap syukran bila ada org islam yg jahat nak murtad? Na’uzubillah.. Itu bukan ajaran kita. Benci camna pun kita pd saudara seislam kita, kita masih kena syg dia sbg satu asset Islam. Tanpa seorang daripada dia, kuranglah seorang utk bersama-sama kita di dalam syurga nnt. Kita kena ingat, muslim, jahat camna pun, yg mengucap 2 kalimah syahadah dgn hatinya yg tulus tempat akhrnya pastilah di syurga. Kalau kita balik pada desperate housewife tadi, dia senang ja kata nak kluar agama bila dia tak boleh nak setia dgn Carlos tu. Agak2 pasaipa dia boleh berani cakap tak boleh setia camtu? Sbb agama dia tak ajar pun tujuan sebuah perkahwinan mcm agama kita. Dia walaupun boleh dikatakan alim, akhirnya tak dpt nak bg jaminan dan agamanya dijadikan cagaran. Na’uzubillah..agama kita sebaliknya tak penah ajar penganutnya jadi mcm tu dan buat mcm tu. Sbb Islam is the best. Kalau pompuan tadi nak masuk Islam takpa jugak. Sbb terang2 agama dia mmg salah. Tp kalau kita yg dah ada dlm agama sbnr, yg menjamin kebahagiaan dunia akhirat ni nak tukar2 agama, kita dah takdak pilihan yg lebih baik dari agma ini. Apa pun jadi, kembalilah kepada Allah.

Erm, sbg akhirnya, kita hayatilah sabda nabi ni:

“Engkau memegang pso penting dari pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos (terlepas) dari pengawasanmu”

Wallahu’alam. Bye..=)

Bintubahariyah,

12 June 2008, 0910 pm,

Alor Star, Kedah

Saturday, March 22, 2008

Kaedah Dakwah




ayashioki san: salam


ayashioki san: kak gayah


ayashioki san: yaya nk luahkan prsn ni kak gayah


ayashioki san: yaya anggap kak gayah mcm kakak yaya la.. walaupun yaya xde kakak and kak gayah tak der adik..


Siti Rogayah: (senyum)


Siti Rogayah: ok dik


Siti Rogayah: silakan


Siti Rogayah: akak tgh baca ni


ayashioki san: kita anggap mcm adik brdik la ok?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: ok2..


ayashioki san: mcm ni..


Siti Rogayah: okie dokie!


ayashioki san: sblm ni yaya slalu sgt membtakan hati ..


ayashioki san: bila kawn ajak yaya g kelas agama


ayashioki san: mcm2 je yaya kate


ayashioki san: dl yaya ska la sgt gne bju ketat2..


ayashioki san: makin org puji


ayashioki san: makin tu la yaya ske..


ayashioki san: ish2


ayashioki san: terok2..


ayashioki san: alhamdlillah...


ayashioki san: bpk yaya..


ayashioki san: dia penaung HIkMAH di tempt yaya


ayashioki san: tp yaya tak ekot kata bpk..


ayashioki san: terok beno yaya ni..


ayashioki san: bpk hadiahkan yaya bju pjg2.


ayashioki san: tp bpk tak bg terus2


ayashioki san: bpk bg melalui sister2 dlm Hikmah ni


ayashioki san: yaya pun pelik.. tiba2 dpt baju


ayashioki san: 4 helai lg tu


ayashioki san: then.. maybe Allah nk bkak pintu hati yaya...


ayashioki san: mcm yaya mengimbas kembali


ayashioki san: kngan dlu2


ayashioki san: mksd yaya..ayashioki san: nasihat2 yg bpk bg.. and semua2 bg


ayashioki san: and yaya pk blk


ayashioki san: kan bgs kalau yaya buat mcm diorg suruh


ayashioki san: hmm..ayashioki san: pastu


ayashioki san: yaya rasa malu sgt dgn best fren yaya


ayashioki san: sbb best fren yaya gne tudng labh..


Siti Rogayah: boleh akak tnya


Siti Rogayah: sejk bila yaya terbuka nak dgr cakap bapak yaya?


ayashioki san: alhamdulillah


ayashioki san: baru bbrp bulan


Siti Rogayah: oo


Siti Rogayah: alhmdulillah..


Siti Rogayah: yaya


Siti Rogayah: yaya ni bagus tau


ayashioki san: hidayah dr Allah


ayashioki san: tp yaya sedih sgt2


ayashioki san: bila yaya nk berdakwah..


ayashioki san: org ttp kate


ayashioki san: Yaya.. pehal plak tiba2 nk bg ceramah?


ayashioki san: and pehal plak tiba2 berubah?


ayashioki san: dia kate yaya bersemngt nak berdakwah sbb baru join ceramah2 pa sume..


Siti Rogayah: (senyum)


ayashioki san: so.. yaya rase sedih gler2..


ayashioki san: sbb kwn2 ungkit blk diri kita yg lepas..


ayashioki san: hhh


Siti Rogayah: la tahzan yaya yg k gyh syg..


Siti Rogayah: akak penah jumpa sendiri dan insan mulia mcm yaya


Siti Rogayah: erm


Siti Rogayah: satgi k gyh ulas lagi ya


Siti Rogayah: k gyh nak solat jap


Siti Rogayah: zhor


Siti Rogayah: yaya byk ingat Allah


ayashioki san: ok


Siti Rogayah: k?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: ok2..


ayashioki san: kak gyh solat la dlu


ayashioki san: yaya bersemngt nk membaca ni..


ayashioki san: hehe


Siti Rogayah: salam yaya


Siti Rogayah: ok


Siti Rogayah: akak boleh komen kot pasal kes yaya


Siti Rogayah: erm, bgus sgt yaya nak dakwah pada kwn2


Siti Rogayah: itulah tugs kita sbg sorg da'ie


Siti Rogayah: sapa2 yg kata lailahaillallah, maka dia ialah pendakwah


Siti Rogayah: tp jln dakwah bukan jalan yg dihmparkan karpet merah dik


Siti Rogayah: jln dkwah penuh dgn onak duri, kita akan sentiasa sakit


Siti Rogayah: sbb hakiktnya jalan yg mudah itu bkn nama perjuangan


Siti Rogayah: dah yg sakit2 itulah tarbyyah buat diri kita yg lemah ni dik


ayashioki san: hmm


ayashioki san: betol2


Siti Rogayah: jadi kita patut suka bila Allah bg taribyyah yg direct mcm ni


ayashioki san: aah


ayashioki san: jadikan UJIAN SEBAGAI PELUANG


Siti Rogayah: so, kita tak boleh nak harap yg senang2 je


Siti Rogayah: kalau nak yg sennag, kita bukan seorang pejuang


ayashioki san: hmm


ayashioki san: btol2


Siti Rogayah: pun begitu, nak berdkwh ni kena byk beljar


Siti Rogayah: kena asah skil


layashioki san: yap..


ayashioki san: mmg pn


Siti Rogayah: 125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk


Siti Rogayah: an-nahl


ayashioki san: yaya tgh rajin gler nk join mende2 ni..


Siti Rogayah: perhatikan ayat tu


Siti Rogayah: ada 3 kaedah dakwah yg dah Allah ajarkan pada kita


Siti Rogayah: boleh yaya kluarkan 3 kaedah tu utk akak tak?


Siti Rogayah: 125. Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.


Siti Rogayah: yg ni lebih mudah difahami


ayashioki san: 1) hikmah (qauliyah)


ayashioki san: 2) pelajaran (fi'liyyah)


ayashioki san: 3) membimbing mrk.. bermuzakarah


Siti Rogayah: erm


ayashioki san: hmm?


Siti Rogayah: yg 1 dan 2 tepat


Siti Rogayah: yg ketiga, berbahas dgn cara yg lebih baik


Siti Rogayah: akak huraikan ya


ayashioki san: hehe


ayashioki san: ok2


ayashioki san: boleh2


Siti Rogayah: 1- hikmah sprtmana husaini


ayashioki san: sila2


Siti Rogayah: yg dah tnjuk cara nak amik wudhuk kat sorg pakcik tua


Siti Rogayah: kiranya kepada org yg jahil


Siti Rogayah: 2- kepada org kebanyakan


Siti Rogayah: kwn2 di sekeliling kita


Siti Rogayah: yg kurang faham ttg islam


Siti Rogayah: or yg tahu tapi tak dak kekuatan nak buat


Siti Rogayah: dgn perbuatan kita, coth teladan yg baik


Siti Rogayah: bila depa tgk kita, depa rasa nak dekat dan selesa dgn kita


Siti Rogayah: kita tak boleh terus dakwah secara direct utk org mcm ni


Siti Rogayah: depa payah nak terima


ayashioki san: hmm


ayashioki san: btol2


Siti Rogayah: yg ketiga utk org yg mencari2


ayashioki san: biar kita buat and dia tgk kita


Siti Rogayah: org yg mcm ni cthnya nonmuslim yg nak kaji islam


Siti Rogayah: kita kena bahas dgn depa dgn baik


Siti Rogayah: gunakan ayat2 Allah utk bidas balik hujah depa


Siti Rogayah: kira akak boleh golongkn org yg yaya nak dakwah ni dlm kelompk kedua


ayashioki san: btol2


Siti Rogayah: kita pun tahu, ramai yg masuk Islam pada zmn Rasulullah dulu sbb depa jatuh cinta dgn akhlak rasulullah


Siti Rogayah: bukan sgt sbb kata2 nabi


ayashioki san: aah..


Siti Rogayah: yaya kena selitkan dakwah ni dlm kehidupan dan tutur kata seharian


ayashioki san: aah.. melalui perbuatan


Siti Rogayah: tak boleh terus tiba2 je


Siti Rogayah: yer


Siti Rogayah: melalui perbutan yg baik


Siti Rogayah: dan sebenarnya org yg dah bertaubat ni suci


Siti Rogayah: suci dari dosa2 silamnya


Siti Rogayah: so, org lain tak boleh ungkit balik keslhan org yg dah bertaubat ni


Siti Rogayah: tp bila depa ungkit,, anggapla depa masih kurang faham


Siti Rogayah: tugas kita la nak cari kefahaman dan memahamkan kwn2 kita..


Siti Rogayah: berat kan tugas kita?


Siti Rogayah: (senyum)


ayashioki san: berat


ayashioki san: bila yaya dgr syahadatul haq


ayashioki san: yaya nangis kat dpn2 tu jgk..


ayashioki san: sbb yaya dh phm mission yaya


ayashioki san: alhamdulillah


Siti Rogayah: alhmdulillah..


Siti Rogayah: so masih sedih ke?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: tak lg..


ayashioki san: (senyum)


Siti Rogayah: alhmdulillah..


ayashioki san: tp bila ingt blk..


ayashioki san: hmm


ayashioki san: berat giler je tggungjwb..


Siti Rogayah: tula..


Siti Rogayah: yaya


Siti Rogayah: boleh tak akak nak mintak permission


Siti Rogayah: akak nak letak conversation kita ni dlm blog akak


Siti Rogayah: boleh?


ayashioki san: hehe


ayashioki san: boleh!~yaya setuju


Siti Rogayah: Syukran dik!


ayashioki san: hehe


ayashioki san: tak pe..


ayashioki san: kisah sy biar dkongsikan sama2..


ayashioki san: hehehe..


ayashioki san: mane tau. org lain terbukak hati.. InsyaAllah


ayashioki san: yaya pn nk org lain sama2 mcm yaya


Siti Rogayah: bagusla..

syukran utk yaya atas conversation ni. semua ni buat akak teringat balik apa yg akak penah belajr dulu..akak pun tgh menghadapi ujian dakwah nii..tlg doakan akak dan shbt2 kuat ya dik...
salam syg..=)

Monday, March 17, 2008

My First Talk..herm..

Ni sebahagian daripada barisan fasi waktu program mega KPRS, Gamitan Bestari 2..=)


Assalamualaikum wbt.


Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillah, allahuakbar, la haula wala quwwataillabillah..


sabtu yang lepas, lepas je letak jawatan sbg nydp 1 PIP, tugas seorang dai'e harus diteruskan. pertama kali dalam sejarah hidup, aku dijemput sebagai penceramah secara rasmi..herm..selalu cakap2, sembang2, jadi fasi, CC(Camp Commandent) tu penahla..kali ni, depa suruh jadi penceramah?? erm, mcam tak masuk akal plak. mana reti formal2 ni..dalam makro dan simulated teaching pun, tak jadi formal2..

masa mula2 jeff bagtau tu..nak tolak, ish..tak patut sgt..kesianla..ni prgm under PPIK, pengetua sekolah yg mintak nak buat. ada tiga buah sekolah terlibat, semua pengawas yg terdiri daripada budak2 darjah 4, 5, 6..so, lastly, terima jela..

namun dgn kesibukan meghadapi kerenah assignment2, lab report, presentation, penganjuran dinner PIP, AGM PIP, bangchu bertunang, liqa', usrah, ditambah lagi dgn masalah hati yang meruntun rasa, remuk redam hati dibuatnya dan segala macam lagi, tak sempat lgsg nak prepare..nak kecek gapo kalo tak tahu nak ghoyak gapo-gapo? segala video tak cari lagi..powerpoint? jauh sekali..adeh..

mujurla aku ni pernah dididik di bawah pimpinan KPRS (Kelab Pembimbing Rakan Sebaya) selama setahun-2 sejak masuk USM..ni tak lain, puncanya mestila bangchu kesayanganku..dia ni mantan YDP KPRS..tak pasai2 adik dia plak depa lantik jadi exco. dahla tak penah kenai, baru 1st year plak tu! uih2..hebat aura bangchu ni! heheh..adik tumpang tempiasnya ja noo..tq la..

alhamdulillah, dgn sikit pengalamn yg ada sewaktu melibatkan diri dalam KPRS dan beberapa prgm luar yg memerlukan kemahiran yg sama, dapatla jugak aku menyediakan apa2 yang patut..but it was not actually a talk! just main2..buat aktiviti..=) maybe ia lebih berkesan utk kanak2 rebina macam adik2 tu..kalau org tua pun mengantuk bila dgr ceramah, inikan pula budak2..dahla depa ni tido tak cukup..tak leh lena malam sebelum tu..pastu bgn awal plak sbb ingat dah subuh. ada yg solat subuh sejam seblum masuk waktu..hiikhik! memang smgt sungguh adik nii..heheh..

KALUT

erm, memang kalut tul..ptg sblm AGM, kena kuar pi beli teh, gula dan pinggan plastik. utk jamu semua mantan exco PE dan MT sendiri. sebelum tu gi check up tempat, tgk2 meja dan kerusi tak dihantar lg..bergerak pulak ke DKU nak cari org jbtn pembangunan..takdak! erm, then balik pulak ke DK H..pastu pi tesco dgn ej..

ups! pinggan, gelas, camca dan garpu utk VIP tak amik g! adeh..dah dekat maghrib, bergerak ke rumah Nik amik semua tu.. tu pun kena cari sendiri..basuh dulu..letihnya waktu tu..dah layu dah..tp alhmdulillah..selesai gak bab tu..

lepas habis AGM, jam dah tunjuk area kul 12 lebih..makan dan tlg kemas sikit2 segera bergerak pulang..take time for myself..pastu ngadap laptop balik..dok baca2 modul, boleh plak tersengguk depan laptop..erm, dah lewat plus dah sgt letih..no choice, kena tido gak! yg pasal ceramah, fikir sok ja..

esoknya alhmdulillah, dapat bangun dgn segar dan kuat..terus ngadap laptop lagi dan cari modul2 yg sesuai..syukur sgt ada assisstant yg cekap..cik erina, my rumate. setiap idea yg dapat semua dikongsikan bersama. dia plak hasil didikan PPM (Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat), adik beradik KPRS gak..cuma bezanya sikit ja..byk modulnya lebih kepada org dewasa, agak serius sikitla..jadi payah sikitla nak perah otak nak buat kat budak2 kecik nii..tp takpa, best2 ja idea erina..makasih byk tau!

so, kami sama2 susun flow aktiviti. mmg tak buat dah slide show ke ape..main bawak 4 buah lagu nasyid ja..pasang waktu budak2 berfikir dan main..=) ok, settle satu bab. then, dah sampai kat moto, kunci moto plak lupa amik..reen lagi jadi mangsa..herm..sian..

PENGALAMAN BERMULA

Sesampainya kat DK T, takde sapa sambut..hehe..maklumla yg conduct pun budak2 USM gak..tetamu plak sama2 student..cumanya, pengetua sekolah dtg bertegur sapa..

"Ni ka penceramah?" (aku malu-malu doremon..)
"keciknya.."(heh, best plak org kata kita kecik..)
"Penceramah harini semua kecik-kecik ya?" (hehhe)

then, adala benda yg dibualkan..bagus pengetua ni..syg sungguh kat anak murid..dia pun pesan suruh buat aktiviti, byk interact dgn student..supaya depa tak ngantuk..erm, nasibla teman mmg prepare game ja..=) lega satu benda..

kini tibala masa nak bg 'ceramah'..plan asal taknak cakap nama lg, tapi tiba2 ja moderator sebut nama..huhu..takpela..

ok, dah pegang mic, beta la yg berkuasa..kalau tadi malu2 doremon, lani dah jadi giant dah. heh..

start dgn tnya kabar..pastu senaman minda..ha, nak tau cmna, kena mai jumpa personally..hheheh..then, bg kumpuln utk buat bunyi binatang, ular, kambing, kucing dan harimau..heheh..diorang akan berbunyi mengikut tgn akak penceramh..adala jugak yg nakal sikit..so, kump dia hampir kalah kalau akak tak bg peluang main byk kali..heheh..then, adala pengajrannya..

pastu, tibala saat2 genting..nak buat modul kotak misteri sebenarnya..tp lupa buat kotak tu!!! adeehhh...nasibla lan dgn ghazali ada..bilik Azlan pun dekat, so dia pi amik dan buat dgn ghazali at hook btul! akak penceramah plak, pandai2 la amik masa nak cover apa yg sepatutnya tu..suruh adik2 kluarkan ketas dan tulis kelemahan masing2..jgn bgtau org lain..sambil2 depa tulis tu, bg dgr lagu sekeping hati, lagu jalinan, kasih mesra dan kawan...then panggil sapa2 turun bawah utk bgtau apa kelemahan yg ditulis..so, akak gayah cubala neutralkan balik..ni pakai kaedah psikologi..semoga adik2 ni dapat atasi kelemahan tu..

alhmdulillah, ghazali dan lan berjaya menyiapkan kotak tu nicely..tak sgka org laki buat keje kemas btul. heh, makasih ya. malu sy rasa..

dalam kotak tu ada wajah seseorang..semua pakat2 nak tgk..so, ada la dua tiga org yg terpilih utk tgk..akak gayah bawak pi tgk kat hujung dewan lagi..semua org lain tak boleh tau. then, adik yg tgk tu kena bgtau apa sifat positif yg ada pada org tu..akak mintak semua sifat positif yg diperlukan utk seseorang berjaya diberikan oelh adik2..waa..pakat2 jawab sampai akak pening. bila suruh angkat tgn, pakat2 angkat tgn..aktif btul budak2 kan? cuba suruh budak2 U, huhu...ajaib binti hairan la kalau ada yg berebut2 nak jawab..bukan kata kat sapa2, aku pun sama ja..heheh..erm, ada adik yg first ni, bila kak gayah pesan tak boleh cakap kat org, sapa yg ada dlm kotak tu, dia pekup mulut dia..heheh..pastu bila naik kat tempat dia, abg2 fasi quarantine plak dia..heheh..jujur adik ni..

then, ramai lagi yg nak tgk tp takleh lg..kira box ni jadi umpan la utk adik2 ni turun bawah and say their words..suke la! akak gayah ni mmg nakal sikit ya..hehe..nama pun bakal cikgu, kenala cerdik nak tackle anak2 murid..=)

then, ajak adik2 ni main silap mata menggunakan tarikh lahir..time ni ada la yg panggil kak gayah ni, ustazah..hehhe..puas dah bahasakan dri dgn akak..ustazah jugak yg dipanggil..erm, tp mmg patutla, pemilihan pakaian akak ni, jubah biru dgn tudung biru cair..sekali pandang sebijik mcm ustazah la...2-3 kali pandang lagila nmpk mcm ustazah..huhu..

at the end of the magic, semua akan dapat jawapan 9..moralnya, Allah ciptakan kita semua sama..yg membezakan kita hanyalah...??

ada adik yg jawab, jantina..selain dari tu? laki dan perempuan..(heh, sama la tu dik..=) nak pggil adik2 ni turun, kotak misteri tu la jadi umpan lagi..heheh..

pengajarannya, yg membezakan manusia ialah TAQWA..=) ni masanya selitkan dakwah sebenar..masuk gak cerita pasal mak ayah, anak yatim, syurga dan sbgnya..

pastu main teka teki..=)

after that, akak suruh adik2 ni gumpalkan ketas yg depa tulis kelemahan tu..then akak suruh adik2 baling ketas tu sejauh yg mungkin..erm, akak gayahla yg jadi mangsa...pakat2 baling kat akak..huhu..apala dosa akak..benci sgt ke kat akak nii???huhuh...abg2 fasi pun marah kat adik2 nii..buat kat penceramah camtu? hehehe..by the way, tak rasa papa pun..best ja..saja buat gimik kat adik2..
then, akak tanya apa sebenrnya yg dibaling tu? erm, semestinya diorang baling kelemahan masing2..

ok, pastu akak bagi adik2 ni tgk kotak tu one by one..=) tau apa dlm kotak tu? heheh..dalam tu ada cermin..so sapa ja yg tgk, akan nmpak diri sendiri yg mempunyai semua sifat positif yg disebut tadi...so, adik2 ni hebat..semua boleh berjaya sebenarnya..cumanya kena atasi segala kelemahan..

hehe..best tak modul ni?? herm..nak yg ori, emel teman ya..tq utk dik fairuz yg bg modul ni kat kak gayah..

then, main along kata plak..=)

main punya main sampai dah letih dah akak nii..sampai cakap sambil duduk atas kerusi..erm, sora pun dah tak larat nak kuar..so tibala hujung ceramah..akak mintak adik2 ni tulis apa yg dah depa dapat sepanjang hari ni dan apa yg dpt pada part kak gayah..

alhmdulillah, syukur sgt dan puas hati sbb dapat feedback yg bagus2..semua faham ttg setiap pengajran modul dan rasa gembira..tak mengantuk..

Ni salah satu daripada refleksi yang akak gayah dapat..

" Pada hari ini saya berasa sungguh gembira kerana mempunyai seorang kakak yang peramah, baik hati dan mulia. Kakak itu juga mengajar saya serta kawan-kawan yang lain cara-cara untuk mengatasi kelemahan diri yang kita ada sekarang ini. Kemudian kaka itu mengajak saya serta kawan-kawan permain (ni salah tatabahasa sikit ni dik) Along kata. Dalam permainan ini saya mendapat banyak pengajaran seperti

1. Kita haruslah mendengar arahan along
2. Kita harus fokus
3. Kita mesti ada kejujuran"

alhamdulillah...
akhir sekali tibalah masa nak undur diri..

akak tnya adik-adik kenal tak dgn akak yg kat depan ni?

" tak kenal sgt..tau nama ja akak rogayah.."
heh, so dah tak kenal taknak tnya papa ka?
herm..pakat2la tnya pastu..yg nakai sikit tnya ada boyfriend dak? erm, jwpnnya, akak ada ramai borfriend..semua abg2 fasi ni pun bf akak..heheh..kecewa adik tu..ada lagi yg siap mintak no phone..
ermh3..budak2 zaman sekarang..by the way, akak ni sporting..boleh nak bg nombor, syaratnya bila msg, nyatakan siapakah diri anda..iA, segala bantuan boleh dihulurkan..

Alhamdulillah, akhirnya 2 jam yg diberi berjaya dimanfaatkan sebaiknya..benar2, tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan Allah..

Buat adik-adik tersyg,
Jadilah anak yg soleh solehah, murid yg baik, shbt sejati dan hamba Allah yang bertaqwa..=)


Salam syg,
-Akak Ct Rogayah-
917 pm, 17hb Mac 2008
-USM-