Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Monday, July 07, 2008

Segugus kalam buat adik-adik baru USM..

Assalamualaikum..
Buat insan-insan pilihan, adik-adik yang dibanggai Rasulullah,
Tulisan ini ditujukan khas untuk adik-adik yang baru melangkah ke alam kampus,
semoga kalian terus terpilih untuk mendapat kasih syangNya..
moga kehadiran kalian di sini bukan menjadi penyebab kalian semakin jauh dariNya..
tapi semoga langkah ini merupakan kemaraan memburu janji Tuhan..

Adik-adik sayang,
Mesti adik-adik dah muak dgn ucapan tahniah dan selamat datang kan?
Untuk pengetahuan adik-adik, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Pro-Mahasiswa dah cuba mencari ungkapan-ungkapan dalm bahasa lain untk meraikan kehadiran adik-adik supaya adik-adik tak bosan dgn ayat-ayat yang sama. tapi adik-adik tak sempat nak tatap..maaf, sbb 9 banner tersebut telah lenyap dari pandangan..semoga banner itu menjadi saksi di akhirat nnt bahawa kami semua ikhlas menyambut adik-adik dan semoga ia memberitahu seluruh umat manusia di padang mahsyar nnti, siapakh gerangan manusia yang suka menggunakan tangan dan kakinya untuk melakukan kemungkaran..ameen..

adik-adikku syg,
kalian ialah permata hati ibu dan ayah,
mungkin adik-adik tak pernah melihat titisan air mata kesyukuran ayah ibu
kerana anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke universiti terbaik di Msia..
namun, apalah gunanya jika kesyukuran mereka tidak adik-adik biarkan berpanjangan..


Adik-adikku tercinta,
Universiti ini merupakan medan pertempuran,
Medan menadah ilmu,
Medan perjuangan yang panjang,
sbenarnya langkah adk-adik baru bermula di sini,
selalu org meletakkan tujuan akhir pengajiannya ialah U,
maknanya bila melangkah ke U,
dah habis tempoh belajar.
salah itu dik, salah..
kerana di sini segala ilmu kalian akan teruji,
iman kalian tercabar,
prinsip kalian akan tersiat-siat..
terlalu byk benda pelik-pelik yg akan adik jumpa di sini..


lantaran itu adik-adikku,
dengarlah nasihat kakandamu yg tidaklah bagus ini..
carilah shbt2 yg baik,
yg boleh membimbing dirimu menjadi lebih baik dari semalam..
ini medan mentarbiyyah diri,
medan mendekatkan diri kepada Ilahi,
jika diri makin jauh pergi,
segeralah muhasabah diri,
cepat-cepatlah dikau kembali..

kerana hidup ini sudah tidak lama adik-adikku..
ramai saja pelajar U yg telah kembali menemui Allah..

adik-adikku,
selamat menempuh alam kampus yg penuh dgn rintangan,
isilah kekosongan hatimu dgn mencari ilmu-ilmu pembersihan diri dan jiwa..
ayuhlah selalu sediakn telingamu utk mendengar ceramah dan kuliyyah agama,
sediakan matamu utk melihat kebenaran,
sediakan lidahmu untuk basah dalam menyeru kebaikan,
sediakn tngn dan kakimu utk berjln dan mengutip hikmah yg telah tercicir daripada umat Islam,
sediaknlah hatimu utk diisi oleh cahaya pengetahuan..jgn dicemar dgn maksiat yg menjadi penghalang sinarnya..
jgn ditiru gelagat senior2 mu yg sedang terlupa pembalasan tuhan..
jadikan ia sebagai suri teladan buat dirimu yang masih suci murni itu..
dan kita doakanlah agar mereka dan kita diberi petunjuk..
duhai adik-adikku syg,
kakanda di sini sering mendoakan kalian,
agar tak rebah di tgh jurang kepanasan..
akak sedia menanti di sini utk membantu meringankan sbrg kesukaran...
insyaAllah, semoga rahmat Allah yg telah mendtg tidak kau tukar manjadi laknat yang tidak berkesudahan...

salam syg utkmu adik-adikku,

..bintubahariyah..
..12.22 pm..
..08/07/08..


p/s: utk anak sedara maksu yg sgt maksu syg, farah alwani, teguh ya hadapi semuanya kat U ni..iA, maksu akan cuba tlg selagi terdaya..lepas ni along dah nak kena dok sorang..bljr jadi independent tau. tp cmna pun, maksu kagum dgn along..

utk shbt baru, hajar (rumate along), semoga kita jadi kwn baik smpai mati..
utk laila (adik k syikin) ada papa, do contact me as soon as possible..
utk zaimah, iA, ada masa nnt kita jalan2 ya..
utk amira, atilia, fatin, nida...bla agknya kita boleh jumpa lg ya?=)

dan utk semua adik-adikku di USM dan semua U lain..adik-adik smkay, farhana ilma dan semuala yg k gyh tak tersebut kat sini, kalian ialah mutiara yg sedang berkembang di dalam tiram kasih syg kak gayah..=)

Maattaufiq wannajah fi imtihan...

Monday, June 30, 2008

Barisan MPP Pro-M

Mohd Azahari bin Abu Bakar




Nurul Izzati Zamuri










Nur Mastura Mansor




Nur Harizam Abd Majid











Siti Rogayah Bahari











Inilah Barisan MPP Pro-Mahasiswa

Friday, June 13, 2008

Memorandum MPP ProM utk TNC HEP tersyg..

~Masjid USM~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Memo yang dihantar kepada ayahanda Prof Omar Osman..

MEMORANDUM TERBUKA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM / PRO-MAHASISWABERHUBUNG MALAM CITRAWARNA

PADA 21-22 MAC 2008

Kepada:
Y. Brs. Profesor Madya Omar Osman
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia

Jumaat, 28 Mac 2008.Pejabat Hal Ehwal Pelajar USM

PENDAHULUAN

Kami, Barisan MPP Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia sangat prihatin dan peduli pada isu-isu kebajikan mahasiswa; termasuk Malam Citrawarna baru-baru ini. Segelintir mahasiswa yang terlibat telah berjumpa dan merungut kepada kami tentang perkara di atas.Kami pada asasnya sangat komited dengan program-program kebudayaan Malaysia, terutama program-program yang mampu menjana kecemerlangan mahasiswa selaras dengan visi dan misi Universiti.Walaupun demikian, Malam citrawarna tersebut dilihat kurang mempamerkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia dan ciri-ciri aspirasi universiti itu sendiri.Bagi kami, mahasiswa patut digalakkan berpartisipasi dengan program-program rasmi universiti. Namun, program-progam tersebut mestilah berlandaskan prinsip keintelektualan mahasiswa dan universiti. Justeru, kami barisan MPP pro mahasiswa sebulat suara ingin menggesa pihak universiti supaya menilai semula penganjuran Malam Citrawarna samada ia memenuhi aspirasi kebudayaan dan hasrat universiti dalam melestarikan integrasi kaum dalam kalangan warga universiti.

PENDIRIAN TERHADAP MALAM CITRAWARNA

Seperti mana yang kita sedia maklum, latihan malam citrawarna amat membebankan mahasiswa kerana mereka telah mula berlatih seawal jam 9 malam dan hanya akan tamat latihan sekitar jam 3 hingga 4 pagi.Selain itu, terdapat juga mahasiswa yang diugut tidak akan diberikan hak penginapan desasiswa sekiranya tidak memberikan komitmen terhadap program ini.Suka diingatkan di sini bahawa Malam Citrawarna ini juga masih dalam periodisasi umat Islam menyambut Maulidurasul sedangkan realiti yang berlaku dalam penganjuran citrawarna tersebut menunjukkan penggiat dan penonton bergaul bebas. Maka, penganjuran ini dilihat telah menyentuh sensitiviti umat Islam sekaligus imej murni universiti akan dipandang serong kerana rata-rata pentadbir universiti adalah beragama Islam.Kami juga berpendirian bahawa penganjuran citrawarna ini hanya memfokuskan kepada kecemerlangan jasmani dan mengabaikan tiga lagi aspek penting dalam pembentukan modal insan yang holistik, iaitu emosi, rohani dan intelek. Hal ini secara tidak langsung telah mempamerkan kepincangan dalam usaha memanifestasikan hasrat murni universiti dalam menghasilkan modal insan berkualiti.Justeru, kami berpendirian bahawa Malam Citrawarna ini adalah kurang rasional dan perlu dikaji semula. Kami amat khuatir akan prestasi akademik penggerak dan juga peserta program tersebut. Fenomena ini juga boleh mencalarkan imej universiti pada pandangan mata masyarakat dan ibu bapa.

TUNTUTAN KAMI, MPP USM PRO MAHASISWA:

1. Mengkaji semula tujuan asal dan implikasinya terhadap pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa.
2. Universiti perlu menjelaskan pendirian rasmi Universiti terhadap program tersebut terhadap memorandum ini.
3. Universiti juga perlu mengeluarkan satu garis panduan pempiawaian program dengan mengambil kira kepentingan budaya, agama, keintelektualan dan realiti kebajikan mahasiswa itu sendiri.
4. Menuntut universiti menubuhkan jawatankuasa pemantau program-program universiti dan MPP pro Mahasiswa sedia untuk mengisi keanggotaan jawatankuasa tersebut demi menjaga kesejahteraan kampus sejahtera.

Justeru, kami Barisan kepimpinan MPP Pro mahasiswa menaruh harapan yang tinggi agar tuntutan kami ini dipertimbangkan, seterusnya dilaksanakan demi memelihara nama baik universiti dan kebajikan pelajar itu sendiri. Kami juga bersedia pada bila-bila masa untuk berbincang mengenai kebajikan mahasiswa dan kepentingan universiti.

Sekian, terima kasih.

“PRO MAHASISWA SEDIA MEMIMPIN”
“WE UNITE FOR STUDENT’S AGENDA”

Disediakan oleh,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO MAHASISWA USM
SESSI 2007/2008

salam. memo ni..walaupun dah lambat sgt baru disiarkan..huhu...ayahda omar, kami nak jumpa ayahda lagi..rindu rasanya..
utk shbtku mhsswa USM yg tercinta..
kita sama2 berjuang. ingat balik tujuan kita..
jgn takut pada sesuatu yg tidak berkuasa apa pun.
ingat balik sabda nabi, kalau mereka berkumpul utk menghilangkan sesuatu darimu, ianya takkan hilang melainkan dgn izin Allah. jika mereka berkumpul utk memberikan sesuatu kpdmu, engkau takkan mendapatkannya tanpa izin Allah..
ingat, bukan ajal, maut, jodoh pertemuan ja di tngn Allah...semuanya di tgn Allah..
kalau kita tgh jalan2 dgn awek or pakwe kita, tiba2 tersepak batu, tu pun dari Allah. kalau kita dok syok menari utk citrawarna tu, tiba2 hujan turun, tu pun dari ALlah..
kalau kita dah prepare utk masuk exam, tiba2 ja blurr, tu pun daripada Allah. kalau kita plan nak balik kampung hari raya haji target sampai kul 2 ptg. tiba2 bas penuh, tiket takdak, bas rosak, semua daripdaNya..
dan semuanya daripada Allah..susah ka senang..semuanya merupakan bentuk2 ujian utk kita..so, apa yg anda takut pada makhluk yg sememangnya tak berkuasa satu apa pun bila segala nikmat yg Allah pinjamkan padanya ditarik balik????

wallahua'lam

bintubahariyah,
414 pm
13 jun 2008
alor star, kedah.

Saturday, March 15, 2008

Selamat Bertugas Pimpinan Baru..=)


Assalamu'alaikum wbt.


Syukur pada Allah sebab bagi kesempatan menulis lagi. Kesibukan yang baru berlalu telah pun menghadiahkan pelbagai kelebihan pada diri yang serba kekurangan ini.


Alhamdulillah..Teman baru ja melepaskan satu amanah kepada junior2 baru..NYDP 1 Persatuan Ilmu Pendidikan USM sidang 2007/08 telah beralih tugas kepada adik hanafi..dik, tlg Hisyam, Jannah, Syarilla, Hasanah, Ibnor dan Shila ya..semoga kalian, MT PIP yg baru ni tak luntur semangat nak bantu shbt2 school kita utk menjana potensi diri terutamanya dalam meningkatkan kemahiran insaniah.. jadi mcm abg jeff..dulu, abg jeff mmg jadi pemimpin yg paling hebat spnjng akak kerja dgn dia. Dan dia tak penah kata tak boleh.byk prgm yg dijana merupakan prgm yg out of the box. contohilah abg jeff, kak ej, kak fairos, kak aini, kak habsah dan abg ihsan. K gyh doakan kalian meneruskan kecemerlanagn pimpinan abg jeff. rapatkan hubungn dgn pensyarah2. dan anggaplah segala kesulitan sbg cabaran..cabaran itulah sebenarnya sebuah tarbiyyah utk menyiapkan kita kepada agenda yang lebih besar pada masa hadapan insyaAllah..


Buat mantan YPD ku, sedara Jeff..mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang menjadi sayap kiri kepimpinan PIP sidang lepas. Walaupun kdg2 jeff buat kami semua tension, tp tension tu dah jadi kenangan indah skrg. ingat lagi mula-mula dulu, ana penah demam sbb terlalu byk p meeting..heheh..tgk2 demam denggi..huhu..mmg kenangan..=) buat shbtku ej yang dah jadi SU yg mantop, fairos (SUK), Ihsan (NYDP 2), Kak Aini (Bendahari kehormat) dan siti habshah(Bendahari 2), syukran jazilan atas segala kerjasama yg telah kalian bg..sapalah kita tanpa sorang daripada kita..


buat semua exco2 ku..shida, ayu, aini, nadiah, sani, zahid, jasni, anas, kak yani, ajudin, nadmi, vestly dan semua sekali yg tak tersebut kat sini..kalianlah yang menjadi dahan-dahan dan ranting-ranting kepada pohon PIP kita..alhamdulillah, akhirnya kita dapat bunga2 yang indah dan buahnya juga manis..semoga segala usaha kalian dan kita semua selama ini, Allah kira sebagai ibadah di sisiNya..ameen..


juga buat TE2 yang dikasihi, kalian pula merupakan tunas-tunas kepada pohon kita..kalianlah yang akan terus menerajui PIP selepas ini..kalian akan bertumbuh menjadi ranting-ranting dan dahan-dahan pula untuk terus menyokong pohon kita yang semakin rendang..


buat semua ahli PIP dan shbt2 dari school ilmu pendidikan, kalianlah daun-daunan yang meneduhkan bawah pohon kita..tanpa kalian, tiada aktiviti dapat bergerak seperti yang dirancangkan..


Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita kerana kelalaian kita dalam menjalankan setiap amanahnya..dan semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang menolong agamaNya..ameen..


SelAmAt BeRtUgAs WaHai pImPiNaN bArU..=)
-Bintubahariyah-
0000 am
16 mac 2008.

Saturday, February 16, 2008

MADINA (Malam Dimensi Nasyid)



Assalamualaikum.
Ni contoh tiket MADINA (Malam Dimensi Nasyid) yang akan berlangsung di USM pada jumaat mlm sabtu ni (22hb 2 08). belakang tu fail sponsor dari jabatan mufti penang sempena konvensyen MPI harini (16hb 2 08), konvensyen yg pling best yg penah teman hadiri..rasa cam nak panggil semua student turun..yg meramaikan dtsp hanya budak2 sekolah..malu beb..malu..budak2 U lenyap dibuai kesibukan...huhu..cedih...

ok, berbalik pada MADINA ni, sapa yg berminat nak pi tgk nazri dan far east bernasyid life depan mata, moh le p ramey2..
iA, depa akan alunkan 14 buah lagu..tiket harga rm 7. so kira satu lagu 5kupang la. murah lg dari kita dedicate lagu kat org waktu function2 tertentu mcm time konvo or hari kantin sekolah..heheh...takkan rasa mahai kot...kan jpa dah naik, kpm lagila belambak. ptptn plak, teman tak berani nak komen lebih...kalau naik pun, kena bayar lagi byk ..dah la ada caj yg ala-ala riba laks!

herm, pasal ptptn ni, sok malam ada Forum Diskusi Mahasiswa nak cakap hal ni. moh le..tgk balik tentatif kat posting sblm ni pasal detailnya..ni semua ada kaitan dgn kita nii...

sapa nak beli tiket tu, buleh contact teman ja. ada lagi 46 tiket kat teman. tq utk rumate ku miss rina lim yg jd manusia first yg beli..yg kedua utk cg khairil sbb beli 3 tiket sekaligus..heheh..

ni no teman : 0134687856...

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah..."

Sekian, terima kasih.

Yang mempromote,
_cik bintubahariyah_

1231am
17hb 2 08.

USM.

Monday, February 04, 2008

Minggu Pengahayatan Islam (MPI'08)


MINGGU PENGHAYATAN ISLAM (MPI) 2008 USM

Ceramah Motivasi & Pendedahan Eksklusif

Tajuk: Menyelongkar di Sebalik Tirai Besi


Oleh: En Mohd Salleh Bin Talib

(Bekas banduan paling lama di penjara Malaysia)


Tarikh: 12 Februari 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Tuanku Syed Putra

Masuk FREE!! Jom reramey...=)

Malam Kesenian Siswa dan Siswi

Tarikh: 13 & 14 Februari 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Budaya

Jomla join..ada pertndingan Nasyid, sajak, dan macam2la..utk SISWA 13 hb, SISWI 14hb, yg SISWA terbuka, semua buleh pi tgk. utk SISWI, sapa yg rasa dia pompuan ja la yg layak masuk..mintak maap ya SISWA..byk yg ada kat kami HARAM dilihat oleh entum...erm, nak tau selebihnya contact

FARID: 013-4311298 or 'AISYAH:019-4317289

Majlis perasmian Pembukaan Minggu Penghayatan Islam 2008 dan Konvensyen Penghayatan Islam

Tarikh:16 Februari 2008
Masa: 8.30 am
Tempat: DTSP
11.00 am: Pembentangan Kertas Kerja

Hubungi SUFIAN: 013-4391447 @ YUSRA: 013-5072840

Konvensyen Penghayatan Islam

Tajuk 1: “Islam cara hidup sempurna”
Pembentang: Dr Jamnul Azhar Bin Haji Mulkan


Tajuk 2: “Keserasian Islam dengan sains”
Pembentang: Dr Danial Bin Zainal Abidin

2.15 pm:
Forum: “Penghayatan Al-Quran dan As-Sunnah
Teras Pembentukan Modal Insan”
Ahli-ahli panel:
Dr Jamnul Azhar Bin Mulkan
Dr Muhammad Azizan Bin Sabjan

Tuan Haji Dr Haji Ellias Haji
Zakaria

Explorace: Know Your University

Tarikh: 17 Februari 2008
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Tasik Harapan dan Sekitar USM

satu group samada 4 or 5 org. sorang bayar rm3 ja...kita pusing USM...iA..jom la masuk reramai..iA, gayah akan masuk dgn set2 MPP PROMAHASISWA..heh, jom la lawan secara sehat..heheh...nasihat ni teman tujukan khas kat PROASPIRASI tercayang..jom la..=)

cepat2 contact YUSRA: 013-5072840


Forum Diskusi Mahasiswa

Tajuk: PTPTN; Mahasiswa Tidak Bersyukur?
Tarikh: 17 Februari 2008
Masa: 8.30 malam – 12.30 malam
Tempat: Dewan Tuanku Syed Putra

ni lagi satu diskusi ilmiah yg semua budak2 ptptn patut hadir..entum dah kena tipu tanpa disedari..ada penjelasan yg entum kena tau! jgn berlengah lagi...jempu2 semua ke DTSP..masuk FREE!! ahli2 panel dia kalau nak tau, kena pi la..iA, org2 yg mantop2..tak payah contact sapa2..


Pertandingan Tilawah Al-Quran
Tarikh: 20 Februari 2008
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Kuliah G-31

ni terbuka utk muslimin ja..kalau mat nak masuk, kita kena fikir cara lain la..utk mat saja..sora power2, bila min dgr, cair satgi!erm, yg ni min yg berminat nak alunkan ayat2 mulia ALLAH, do contact MIOR AZMI:013-4662198


Ceramah Halal dan Haram

Tajuk: Produk Halal Tanggungjawab Bersama
Oleh: Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad
(Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd)
Tarikh: 21 Februari 2008
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Budaya

yang ni pun masuk FREE!!Jom!=)


Malam Dimensi Nasyid (MADINA)
FarEast dan Nazrey Johani

Tarikh: 22 Februari 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Tuanku Syed Putra
Tiket: RM7

Nak beli tiket bulehla hubungi

JEFRI: 013-5417499

SHAFAWATI: 016-4641994

or

contact ja Gayah: 0134687856 - last choice..


ok, shbt2ku...jemputla kita memeriahkan minggu penghayatan islam ni..watever, kita sebenarnya takkan berjaya menghayati ISLAM sesingkat 2 minggu ja..byk yg kita kena cari sendirik..semoga MPI yg telah diusahakan oleh pihak PMIUSM ni dikira sbg ibadah di sisiNya dan semoga ia menjadi titik tolak untuk kita berhijrah kepada yg lebih baik..

erm, kaunter masih akan dibuka sepanjang 11-16hb ni di foyer DK iA selari dgn pameran MPI..pameran MPI ni tiap2 hari ada benda2 yg lain..yg pelik2..heheh..nantikan..dan rajin2la berjalan..bermusafirlah melihat pameran MPI...so, sesapa yg berminat nak masuk papa pertandingan, tak payahla segan2 noo..ni utk kita gak..segan pun biar bertempat la ya..kata USM Kami Memimpin..PROVE IT!

Sunday, January 27, 2008

Aura Orang Minyak, Surauku Penuh Semalam!





Bismillah,walhamdulillah..subhanallah..Allahuakbar! Surau teman penuhla semalam…

Kemarin teman pi rehlah dgn shbt2 kat tepi pantai..makan sedap, buat istana pasir, main poncho-poncho..1st time tu! Mana penah berponcho pun. Selalu dgr ja. Erm..dah tinggalkan USM seketika tenang ja hati..jauh dari mcm2 masalah yg menghimpit jiwa..pulak, dapt jumpa dgn kak gie, kak yani, dan shbt2 yg jrg sgt dapat jumpa senang2 kat USM ni. Semua muslimat..Ina dan Teh pun ikut sekali..depa siap basuh ikan lg..nak bakaq..tula, sampai awai kena buat ghejala..heh.

Erm, sampai di USM pun dah lewat sbb bas lewat..tunggu punya tggu bila bas sampai, madu teman pulak dah sampai dekat..dia mai amik..then, tggal 4 org ja yg naik bas.tiket dah bayaq utk smua org..hilang camtu ja RM6..takpola..rezeki pakcik bas tu kot..kak yani, nnti kami byaq balik no duit tu!=) dah sampai USM, solat zohor, baca nota sikit dan terlelap..sampaila asar..

Dah agak lewat baru bgn dan solat asar..lepas ja solat asar, ada org ketuk pintu..”Masuk!”
Aini dan Rafiza pun masuk dgn muka yg toya sambil bawak air 6 kupang, tanpa bg salam ka apa..peliknya..awat pulak budak2 ni??adeh..then, aini duduk belakang teman, sambil hisap straw dia kalih tgk teman..”Gayah…takutla..”

Erm, posisi teman terubahla mengadap depa..”Awat pulak ni??pasai org minyak ka? Ingatkan takdak papa dah..”

“Ada pulak org kena semalam..depa tidoq sebilik 5 orang, sorang kena..”

“Yaka? Ingatkan senyap dah..”

“Takutla Gayah..”

Setelah brainstorm dgn Rina sekali, “Kita kena buat solat hajat dan bacaan Yasin ni!”
Teman call Wahid, Exco kerohanian CG, maklumkan pasal progm tergempar ni, alhamdulillah, dapat sokongan penuh..sbb Wahid sendiri nak buat Cuma dia sgt sibuk sampai takdan..then, call Hani, Aisyah jawab, mintak depa stand by utk announce kat wing depa pasai ni. Time tu dah 6.40 ptg dah. Nak maghrib dah..kena cepat nih! Try kol izzati pulak. Mula2 just nak jemput dia mai sekali tp last2 mintak dia run solat hajat dan Yasin kat Bakti plak. Kena cover semua tmpat yg jadi target sbnrnya! Kat gemilang ni dah dgr 2 kes! Sorg budak cina dan yg terbaru tu taktaula sapa..

Alhmdulillah, pertama kali setelah kuar SMKAY, teman bertindak sbg “pengawas” sekolah yg dok announce kat blok. Heh. Best gak ar..

“ASSALAMUALAIKUM! PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGHUNI CAHAYA GEMILANG, H34, KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM, MALAM INI AKAN DIADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN DI SURAU KITA BERSEMPENA DENGAN TRAGEDI HITAM YANG MENIMPA USM BARU-BARU NI. AGENDA KITA, SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH, SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN SOLAT ISYAK BERJEMAAH..DIHARAP SEMUA DAPAT NAIK KE SURAU BERAMAI-RAMAI..”

Ada la plak org suruh ulang suara..segan sebenarnya..heh. tp kena “paksa” so ulangla sekali lg. batuk2 pun nasib suara kuaq. Aini dan Rafiza jadi peneman setia teman..heheh..suruh depa announce, depa dok panggil member2 depa ja nak habaq..heh..

Erm, dah cover wing sendiri, pi plak kat wing 1 lagi.nak mintak aisyah dan hani yg run, depa takmau. Sekali lagi la teman menjerit..huhu..takpa2..

Ok, akhirnya tibala saat2 berada di surau. Orang yg paling awai, mestila Aini dan Rafiza..Rina pun awai gak!heh. time maghrib takdakla rasa sempit sgt. Ada dalam 4-5 saff kot. Alhmdulillah...sejuknya hati..dah habis tu, terus nak buat solat hajat. Surau dah start tak celuih. Yang mana ‘cuti’ pun kena kuaq nak bg ruang kat org nak solat hajat. Ruang antara saff dikecilkan. SURAU AKU PENUH!!! 1st time nih! kira hari ini dalam sejarah..hebatnya Allah..senang ja nak buat hambaNya kembali padaNya..bagi aura oily man ja..Subhanallah..Kalau tak, penuh time solat tawarikh ja(bak kata ipin)..tu pun tak sepenuh tu rasanya. Sbb ramai yg pi buat kat masjid or lobi solat tarawikh tu. Dalam solat hajat, kami mintak yg sama,”dgn rahmatMu ya Allah, lindungilah kami dari kejahatan jin dan manusia dan syaitan yg bertopengkan manusia..”

Lepas solat hajat, semua buat bulat nak baca yasin..then, ada sikit takirah..pentazkirah jemputan kami, Kak Radieah, mantan exco Dakwah Tarybiyyah PMI sidang lepas..kak Radieah pun bagila tazkirah..Thanx Kak Radieah!

“Tidak Allah jadikan jin dan Manusia melainkan utk beribadah kepadaNya” point dari ayat ni K. Radieah membuatkan kami berfikir..Allah tggikan taraf manusia dan jin ni utk beribadat kepadanya. Nak banding dgn haiwan, serangga dan tumbuhan, mana ada nama depa disebut utk beribadat kat Allah pun, tp depa ni tak berhenti pun berzikir kat Allah..betapa ruginya manusia ni sbb lupa pengiktirafan Allah tu..jangn jadi serendah2 haiwan atau lebih rendah lg tapi jadila setinggi darjat manusia yg telah Allah anugerahkan..insof..insof..

Pastu kak Radieah ceritala pasal pengalaman2nya sepanjang sekolah dulu, pengalamn sepupu kak Radieh yg sangat cantik..berkenaan makhluk2 halus ni..kak radieh sendiri ada pengalamn dgn org minyak..adeh..kak radieh meyakinkan kami yg oily man (bak kata ayu-nama manja utk org minyak) ni mmg wujud..semua makin gabra!!

“Nak kata jgn takut, tak jugak, berani pun, tak jugak..jgn takut sgt dan jgn berani sgt..”

Erm, pastu kak Radieh cakap pasal cara nak pagar bilik..dapat ilmu baru..

Petua yg k. Radieh bagi, sebelum pagar katil ka bilik, duduk di tgh bilik, then baca ayat kursi hembuskan 360 darjah, buat sebyk 3 kali. Lepas tu baru buat pagar katil. Baca ayat kursi penjuru katil dan tarik ke hujung, baca lagi, tarik lagi sampai habis semua( ni cara yg teman dapat waktu sekolah dulu)..kak radieh kata lagi, kalau ada air yasin yg dibaca 3 kali, letak dalam penyembur tu, sembur 360 darjah. Kalau ‘dia’ ada, bulu roma kita akan mencacak sbb mungkin ‘dia’ terbakar..-semakin menarik perbincangan!

Herm, ayat yg paling baik utk diamalkan, ayat 9 surah yasin..cuba cek balik..bacala 3 kali..hembus gak. Pastu Sunnah nabi sblm tidur, baca 3 qul hembuskan kat tgn sebelum tidur, then sapu dari kepala sampai ke kaki kecuali tempat sulit. Sebelum tidur tu bersihkan diri dari sbrg kotoran..amikla wudhuk..

Satu lg pesan yg paling terkena kat batang hidung semua org, sblm tidur jgn dgr lagu..sbb lagu tu akan mencorakkan kita..dia masuk dlm kepala..dan dianalisa oleh otk waktu tidur..rock lagu yg kita dgr, rock la kita..rock man!!!ingat tu!!

Byk lagi sebenarnya, pasal kena tindihla dsbg..tp takpala..cukup kot teman cerita yg paling ptg ja buat masa ni.

Smlm teman pun tido reramai kat bilik sern dan ira..8 org! Hehe..Ina pun ada dapat msg, suruh pindah bilik sbb gemilang jadi target oily man tuh! Sebelum tu kami buat la apa yg kak radieh cakap reramai..iA, kita bukan yakin dgn apa yg dibuat tu, tp kita yakin dgn Allah..bukan apa yg dibuat tu yg nak tlg kita, tp Allah! Ha, lagi 1, pagar yg dibuat tu akan ‘runtuh’ kalau kita kuar dari bilik or turun dari katil..wallahua’lam...

Ada gak yg kata pakai kain batik, baju terbalik, buluh kuning dll..tp wallahua’lam..taktaula..satu lagi pakai garam, kak radieh cakap, pengetua sekolah dia dulu cakap, manusia alergic dgn asid, jin plak alergic dgn garam..so jgn main campak ja garam tu. Takut ‘dia’ balas dendam kat kita kalau terkena dia tnpa kita sengaja..tp papapun yg kita buat, jgn sampai syirik kat Allah..byk ayat 2 hikmah dari alQuran sendiri yg Allah hadiahkan utk melindungi kita..iA..

Alhamdulillah..terima kasih yaAllah..semua ini sbg amaran utk kami..mgkin Engkau ingin mengingatkan kami yang alpa dan lupa dan leka..seringkali maksiat berleluasa di sini, hingga larut malam pun masih ada dara yang membonceng moto pemuda..

ya Allah, kami insaf ya Allah..bantulah kami..kami ingin benar kembali mndapat ketenangan dgn mengingatiMu..

ya Allah, kami telah berusaha menjaga diri kami, menjaga maruah kami, menjaga aurat kami..janganlah Engkau biarkan senang saja ‘dia’ meragut kehormatan kami hanya kerana ilmu hitam yang juga milikMu itu..selamatkanlah kami dunia akhirat..ameen...

Terima kasih shbt2..pencetus kemeriahan surau semalam tak lain tak bukan, AINI dan RAFIZA dan juga ERINA..thnx a alot! K.Radieah, makasih ya! gayah yakin ramai yg insof teramsukla adik gayah..iA..

Herm..subhanallah..surauku penuh semalam...


“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

Surah Yasin 36:9

Yang bersyukur,
Bintubahariyah,
0830 am.
19 Muharram 1429
28 Januari 2008

Monday, December 31, 2007

Pak Arab Pi Masjid..


JoM p SolAt kAT mAsJiD!!!~kata sinchan soleh..=)
Bismillahirrahmanirrahim..

Kemarin teman pi BJ, cari kasut. Alhamdulillah, jumpa 2 pasang. Harga pun puas hati..cari murah ja..student kena jimat..byk g boleh guna utk sumbangkan kepada kemaslahatan Islam..

Ok, pelik pulak tiba2 ja cerita pasai pi beli kasut kan ? actually, i have another story..
USM, 3tahun dah teman dok sini..herm..tak byk pun perubahan. Student dok camtu ja. Takdak kemajuan..

Kemarin teman balik dari BJ pun dah lewat. Maghrib dah. Kalau tak, boleh lebih awal, tp ada hal sblm tu yg buat teman and dayah, shbt yg teman pi BJ kemarin, terlambat sikit..

Dalam keadaan dan maghrib tu, kami act nak beli selipar teman yg dah putus pg kemarin, tapi cancel the plan sbb dah azan..segan pulak anak dara jalan2 waktu maghrib..wlupun act bukan jln, nak moto..hehe..

Then, dah masuk pintu sungai 2 tu, terus jumpa masjid yg dok tgh kedengaran azan. Ramaila manusia yang bernama tok arab berpusu-pusu ke masjid..yg baru keluar dari school kimia, dari harapan, dari segala bucu USM la depa kuaq menuju ke masjid jamek alMalik Khaliq. Ish2…kita naik segan sbb dok kat atas moto lagi..tp jauh di sudut hati, sejuk ja..tgk org2 yg betul2 pegang ayat Allah..

Ok, pastu moto kami melalui simpang harapan ke bakti, terlihatla 2 pasang merpati sejoli..dok jalan2 dgn cool sekali..sepasang kat depan sepasang kat blkg..pastu kat belah kanan kami, ada pulak 4 org tok arab dok jalan pakai kain pelikat…nak pi masjidla tu…

Pastu kami kona plak naik ke café bakti, perut dok vibrate dah…kena bg makan..astaghfirullah..mata teman dijamu pulak oleh sepasang lg hamba Allah dok makan kat café..teman kenai sgt adik tu..laki, dulu dia penah kata suka cara org pompuan pakai tutup aurat cam teman..alhamdulillah, sejuk hati..tp alih2 panas la pulak..dah maghrib tuu…huhuh…teman taktau nak tegur camna..so, tak pasai2 teman ajak dayah jalan kat depan meja depa, padahal lagi jauh ikut jalan tu nak sampai ke moto..teman just buleh senyum ja kat dia..

Uih2…cedih…huhuhu…kalau semua nak tau, nasib USM ni ada pak2 arab ja..depala yg dok imarahkan masjid kami..mai tgk anak muda islam melayu nii…adehhh…keciwa…huhu..

Org laki yg teman tau, kena pi solat kat masjid…kena pi jemaah…sampai ada cerita tu kata nabi nak bakar rumah sorg shbt ni sbb tak mau pi solat kat masjid…wallahua’alam.
Kalaula takdak pak2 arab ni, taktaula apa nak jadi kat USM nii…ish2..na’uzubillah…

Kalau dulu bulan posa teman diberitahu, pak2 arab ja g dok qiam kat masjid selalu and ustaz2 pusat islam USM and mgkin segelintir student..yg lain?? Mana pi ha? Ish2..sedih lgi!

Org laki…hampa jadila muslim sejati..jgn buat kami sedih camni..sapa yg nak bimbing kami lagi..pasni hmpa nak jadi ayah utk anak2 kami..camna nak didik anak2 kita nnti? Kalau masa muda hampa macam ni???tulun..tulun….

Astaghfirullah…maafkan teman ya kalau teguran ni direct sgt..mintak maaf…tak dapat ku tahan kesedihan di hati ini..wallahua’lam..

Friday, December 28, 2007

Selamat Hari Guru! =)

Alhamdulillah, sajak di bawah telah selamat dideklamasikan khas untuk semua guru2ku di USM..Terima kasih kepada semua shbt dan adik-adik yg telah menjayakan hari ini. Kita bakal pendidik, semoga hari yg menjadi ingatan ini akan memangkinkan semangat kita nak didik anak bgsa kita suatu hari nnti supaya kita dapat sumbg saham dlm mengembalikan umat manusia kepada ajaran Islam yg sebenar..

Tahniah utk ydp PIP, saudara Jefry yg dah berjaya meraih anugerah Kepimpinan Pelajar. Like what i said in the stage, u deserve to get it!=)



Kenangan bersama Shida dan Nadiah di pagi Hari Guru peringkat PPIP, 28/12/07.


(Dedikasi kepada Hari Guru dan guru-guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di manamana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang

Sunday, October 07, 2007

Wahai anakanda di Penjara Menara Gading!


Wahai anakanda di Penjara Menara Gading!
Daripada: Ayahandamu Assyahid Hassan Al Banna

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama mahasiswa.Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya anakanda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan mahasiswa jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka anakanda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu anakanda itu akan menjadi bertambahberat. Oleh itu sepatutnya anakanda berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah anakanda menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Anakanda di penjara menara gading,
Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.
Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Anakanda yang berada di penjara menara gading hari ini,
anakanda bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan.
Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Anakanda di penjara menara gading,
Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.
Memandang semua inilah ayahanda berasa berkewajipan menerangkan dengan jelasnya kepada anakanda sekalian dari hal hakikat dan program dakwah Islam untuk kurun yang ke-14 hijrah ini.

Anakanda di penjara menara gading,
Sebenarnya kita telah pun beriman tanpa sebarang keraguan atau prasangkaan malah kita sudah pun yakin dengan sepenuhnya sekira-kiranya keyakinan kita ini lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang memasak bumi, lebih dari segala lubuk hati sanubari bahawa tidak terdapat sebarang apa pun jua fikrah perjuangan melainkan hanya satu sahaja fikrah yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-cengan dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.
Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya.
Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah "Islam yang maha suci" yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.

Allah berfirman(Al-Imran:18-19):
Allah menjadi saksi, dan para malaikat dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam.

Suatu lagi firman Allah (Al-Maaidah:3):
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.

Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak.
Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum melainkan Islam.

Allah berfirman (Al-Imran : 85):
Dan barangsiapa mencari ugama selain dari Islam maka usahanya itu tidak sekali - kali akan di terima.

Anakanda di penjara menara gading,
Islam serta penganut-penganutnya pernah mengalami suatu zaman cubaan di mana mereka ditimpa dengan pelbagai kemalangan dan diselubungi oleh bencana yang bertubi-tubi. Pada ketika itulah musuh-musuh Islam telah bekerja untuk memadamkan sinarannya, cuba untuk menyembunyikan keindahannya bahkan untuk menyesatkan para pemeluknya, membantutkan pelaksanaan hukum hududnya serta melemahkan bala tenteranya di samping memutar ajaran serta hukum-hukumnya.
Kadang-kadang mereka lakukan dengan cara mengurangkannya dan terkadang pula dengan jalan menambah-nambahkannya dan selain dari itu, dengan mentafsirkan hakikatnya dengan cara yang tidak sewajarnya.
Dalam usaha yang jahat itu mereka mendapat peluang yang baik bila berlaku kehilangan kuasa politik dari umat Islam dan kehancuran pemerintahan sejagat mereka di samping kemerosotan semangat Muhammadiyah di kalangan bala tenteranya. Akhirnya jatuhlah seluruh umat Islam itu ke dalam genggaman umat kufur sebagai mangsa penghinaan dan penjajahan.
Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita wahai anakanda tercinta ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.
Di samping itu kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah islam itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.

Anakanda di penjara menara gading,
Pegangan kita dalam semunya itu ialah kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.
Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.
Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia.

Cogan kata kita ialah :
Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami;
danMati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.

Anakanda di penjara menara gading,
Sesungguhnya Allah telah memuliakan kamu dengan menamakan anakanda semua angkatanNya, dengan mengurniakan iman kepada anakanda serta mendidik anakanda sekelian atas dasar ugamanya, dan Allah telah meletakkan anakanda di martabat tertinggi di muka dunia dan di kedudukan para da'ie di kalangan orang ramai serta Allah menganugerahkan kepada anakanda kemuliaan seperti yang dianugerahkannya kepada maha guru di hadapan muridnya.

Allah berfirman (Al-Imran : 110):
Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

Allah berfirman (Al-Baqarah : 143):
Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi terhadap umat manusia.

Oleh itu perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru ialah hendaklah anakanda mempunyai keyakinan diri sendiri, dan hendaklah anakanda menyedari martabat diri anakanda dan yakinlah bahawa anakandalah sebagai tuan di dunia walaupun musuh-musuh kamu sudah tentu ingin melihat kamu berada di dalam kehinaan.
Hendaklah anakanda yakin bahawa anakanda adalah sebagai guru kepada umat-umat di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi anakanda dalam sesuatu sudut yang tertentu; namun demikian, kemenangan terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua.

NOTA DARI EDITOR:Warkah atau ucapan permulaan dari assyahid Hasan Al Banna ini dibuat dalam satu perjumpaan bersejarah bersama ribuan mahasiswa di Universiti Qahirah pada tahun 1940-an. Beberapa suntingan kecil dilakukan kepada ucapan berkenaan.Semoga tiupan semangat Imam Banna ini akan membangkitkan semangat juang buat mahasiswa di IPTA hari ini. Lebih-lebih lagi pilihanraya kampus semakin panas dengan pelbagai isu dan tekanan.

Roh perjuangan Imam Banna sentiasa menemani mahasiswa sekelian.Walaupun beliau telah kembali ke rahmatullah, namun bingkisan dan ucapannya tetap relevan sepanjang zaman. Semuga dorongan beliau ini akan memberi motivasi kepada semua mahasiswa yang berada di penjara menara gading. Roh perjuangan imam banna tetap segar walaupun beliau sedang bersenadi tenang di pusara. Biarkan orang lain tidak membela mahasiswa! Allah dan rasulNya tetap bersama pejuang yang bersabar.Warkah kedua akan menyusul. Insya-Allah!sumber :

Mungkinkah kita Terlupa, Tuhan ada janjinya. Jadi, Redhalah diatas segala yang berlaku. ada hikmah disebaliknya........

[ Telah diedit oleh: mohamad pada 28-09-07 11:40 ]


Kenangan terindah yang telah kulalui sepangjang tempoh pilihanraya kampus 07/08..akan menyusul selepas ini insyaAllah..