Friday, December 28, 2007

Selamat Hari Guru! =)

Alhamdulillah, sajak di bawah telah selamat dideklamasikan khas untuk semua guru2ku di USM..Terima kasih kepada semua shbt dan adik-adik yg telah menjayakan hari ini. Kita bakal pendidik, semoga hari yg menjadi ingatan ini akan memangkinkan semangat kita nak didik anak bgsa kita suatu hari nnti supaya kita dapat sumbg saham dlm mengembalikan umat manusia kepada ajaran Islam yg sebenar..

Tahniah utk ydp PIP, saudara Jefry yg dah berjaya meraih anugerah Kepimpinan Pelajar. Like what i said in the stage, u deserve to get it!=)



Kenangan bersama Shida dan Nadiah di pagi Hari Guru peringkat PPIP, 28/12/07.


(Dedikasi kepada Hari Guru dan guru-guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di manamana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang

Tuesday, December 25, 2007

Jadual Sem 6..(^_^)


Nama: Siti Rogayah bt. Bahari Tahun: 3 (Sem 6)
Target pencapaian: 3.80
“FAIZA ‘AZAMTA FA TAWAKKAL ‘ALALLAH..”

Aku tak pernah merancang untuk gagal..tapi sering gagal utk merancang..kalau aku terus gagal untuk merancang, bermakna aku merancang untuk gagal...nak ke gagal?? TAKNAK!!! Herm, ada lagi 3 sem ja nak habiskan degree ni cik gayah..act, hg ada peluang..ada peluang nak naikkan pointer tu..bknla apa..mmgla kalau pointer kurang sikit pun hg iA akan dapat gheja..tp hg takmau ka dapat satu kepuasan??takmau ka?? MESTILA NAK!!! Kalau nak, buat cara nak..dulu2 hg champion dlm merancang hidup ni. Tp lani makin kureng aku tgk hg! Jadi ct rogayah yg dulu balik! Cik gayah yg hebat..every minute tau nak buat apa. Mcmla hg ada byk masa lani! Sama ja, 24jam jugak. Mmg kena plan, tambah2 lani hg ada byk sgt amanah..pip, mpp, pmi..jgn nak merungut lak! Kalau Allah tau hg tak mmpu, Dia takkan bg punya..takkan hg tak yakin dgn ayat Dia?? Astaghfirullah..kena yakin..dan hg mmg yakin kan? Make it possible..hg deserve to get more if u do well at the beginning..iA..lgkah mula kalau dah mantap, mantapla yg seterusnya..InsyaAllah….Fastabiqulkhoirot…=) salam mujahadah ...
Bismillahirrahmanirrahim..
Jadual ku utk sem ni..agak padat, 20 unit ni..tak penah pun lg amik sampai 20..pling kuat pun 19 jam ja..sem yg mencabar ni..erm, kalau zoom pada hari pulak, rabu paling menduga..kamis paling menenang jiwa..heh..alhmdulillah, cantik susunan Allah buat..lepas dah penat berhempas pulas 8 jam hari rabu, hari kamis ada sikit waktu utk rest..
pada shbt2ku..bantulah daku,
jgn biar aku sendiri..
kerna aku sendiri pasti,
masa yg akan kulalui..
sgt menguji..
bukan saja aku,
malah turut juga menguji kamu
yg mungkin mengharapkan perhatianku...=)
iA, sama2 kita cuba buat yg terbaik,
moga masa2 akan datang terus lebih baik,
dan sentiasa menjanjikan yg baik-baik..
ameen...
utk jadual harian, cukuplah teman paparkan kat skrin laptop teman ja...malu nak tunjuk kat org..heh..
k, see ya..salam!

Monday, December 03, 2007

Astaghfirullah..


Astaghfirullah rabbal baroya
Astaghfirullah minal khothoya

Ya Ilahi ya Tuhanku
Ampunilah dosa-dosaku
Aku rindukan kehadiranMu
Sepanjang jalan hayat hidupku
Tiada berharap hanya dariMu

Ya ilahi mohon padaMu
Penuh harapan petunjukMu
Aku tersesat di jalan ini
Tak tahu lagi arah kembali
Tuntunlah aku ke mana pergi

Astaghfirullah rabbal baroya
Astaghfirullah minal khothoya

Ya Ilahi ya Tuhanku
HambaMu ini menujuMu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Hanya rahmatMu selamatkanku
Relakan aku dekat padaMu

Astaghfirullah rabbal baroya
Astaghfirullah minal khothoya

Ya Allah ya Ilahi
Ya Allah...

Ya Ilahi,
Pandanglah kami
Dan curahkan belas kasihMu
Agar ku dapat keredhaanMu..
Marshanda,
Drama Anak Adam,
Indonesia



Friday, November 09, 2007

Aku dah tak tahan lagi..


Ya Allah..aku dah tak tahan lagi melihat semua itu…

Hari ini entah kali ke berapa aku menjengketkan jemariku sambil mengadap laptop..ku teruskan tarian jari telunjukku ke arah icon internet explorer..dua kali aku klik..then keluarla page yg beralamat htttp///.

Aku gerakkan lagi jemariku ke anak panah di hujung alamat tu, aku mencari address friendsterku..sekali klik aku terus sampai ke homepage milik siti rogayah..then aku klik pula ke who’s viewed me. Herm, ada nama baru terpampang di skrin..f****.eh, dah lama la aku tak tgk profile dia..jari terus menari..klik sana klik sini...ku lihat gambar sahabat2 sekolahku yg diambil sewaktu bertandang ke rumah ustazah fakiroh dan cikgu osman..seronok rasa hati melihat kesatuan sahabat2 muslimin smkay yg dari dulu tak pernah kurang kata sepakatnya sampailah setelah 3 tahun melangkah keluar dari sana..

Terhibur dengan fizikal mereka yg sudah byk berubah, aku terus excited klik anak panah seterusnya..tapi..sesuatu yg menukar mood aku sama sekali! Aku terjumpa gambar yang bertitle “berdua dengannya”..cantik gambar tu ibarat sepasang suami isteri yg sedang berkasihan...astaghfirullah...beristighfar panjang hatiku...astahfirullah.......jemari terus ku tarikan, berjoget2 di atas pentas tarian laptop acer berwarna silver ini..dan mataku dijamu pula dengan lukisan lensa kamera, wajah seorang gadis yg indah sekali bertitle “gadisku”. Sekali lagi hati ini beristighfar....kesedihan menyelubungi segenap ruang hati. Melalui gambar yang digrab itu, aku terus ke page gadisku itu..page nya juga telah lama tidak kuziarah..dan di sana bertambah parahlah hati ini bila kulihat terlalu byk komen yg dihantar oleh f****.

Gambar bear yang melukis love di badannya, kemudian memeluk seekor bear lg..memberikan hatinya..kata-kata rindu dan ingatan yg tidak berkesudahan...dan bermacam-macam lagi...lantas, aku sudah tidak tahan lagi! Terus kutanyakan kepada kedua shbt smkay ku itu..adakah kalian telah berkahwin?? Satu soalan peribadi yg sama yg pernah kutanyakan pada beberapa org shbtku yang lain sebelum ini melalui inbox friendster juga..ada yang berbalas ada yg sepi 1000 bahasa. Ada juga yang terus berterimakasih..alhmdulillah...

Duhai temanku,
Aku tahu nalurimu,
Aku tahu peritnya hatimu mencari kasih,
Aku tahu kerana aku juga sepertimu,
Aku juga mendamba seorang teman..

Telah berkali-kali kukatakan padamu,
Jauhkan diri dari semua itu,
Takut nanti syaitan menggodamu,
Muslihatnya 1001,
Kerna pengalamannya bukan satu,
Tapi kau degil!

Namun ku akui kesalahan diri,
Kutinggalkan engkau saat aku kauperlukan,
Semua ini salah aku!
Maafkan aku teman..
Maafkan aku...

Inginkah kau dengar satu kisah?
Suatu ketika dulu,
Aku juga pencari cinta,
Setelah hampir kujumpa,
Aku terkejut dari leka,
Kerna Allah masih pelihara,
Aku tersedar,
Kembali ke alam nyata,
Bahawa cinta hanya untukNya,
Bahawa apa jua yang ingin kucinta,
Merupakan jalan untuk aku bercinta denganNya..

Dan kini Dia hadiahkan seorang teman,
Yang takutkan azab Tuhan,
Setelah yakin dengan perancangan,
Dia ‘tinggalkan’ aku tidak keseorangan,
Bersama doa sebagai peneman,
Demi pengembaraan untuk mencari ilmu
Dalam membina sebuah baitul muslim idaman.

Aku redha dengan semua ini,
Kerana aku juga inginkan sedemikian,
Walau jauh tak pernah bersua,
Zikrullah menjadi pelerai rindu,
Dan aku sungguh bahagia,
Kerana aku yakin inilah jalan yang terbaik,
Jalan mujahadah...

Kalaupun aku ditakdirkan pergi,
Sebelum tiba saatnya aku diijabkabulkan,
Aku yakin akan pergi dengan senyuman,
InsyaAllah...
Kerana aku yakin,
Telahpun kusahut sebuah seruan jihad..
Daripada Ar-Rahman..

Sahabat, kita pernah membesar bersama-sama,
Tika itu aku menjadi penonton kenalanmu,
Engkau pula menjadi pentertawa segala karenahku,
Bukankah pernah guru-guru kita berpesan?
Jaga imanmu, jaga pergaulanmu..

Cikgu, maafkan anak didikmu ini,
Aku gagal menjadi sahabat yang baik..
Pakcik dan makcik, maafkan daku..
Diriku terlalu lemah dalam perjuangan dakwahku,
Diriku terlalu longlai menyelesaikan masalah sendiri,
Hingga ku abaikan teman-temanku yang bergelar anak-anakmu..

Duhai teman,
Kembalilah dikau kepada fitrahmu,
Jangan sekali kau siakan ilmu yang dulu,
Jangan sekali kau jadi punca tercampaknya orang yg kau cinta
Ke dalam jurang maksiat..
Kerana cintamu tidak seberapa..
Mampukah kau hadiahkannya sebuah taman sehebat syurga??
Tidak temanku, tidak..
Jika beginilah caramu...
Hanya cinta Allah selayaknya untuknya
Dan untukmu jua,
Dan untukku dan kita semua..
Cinta Allah cuma, sebagai penyelamat kita..

Tinggalkanlah dia,
Dan kembalilah semula setelah engkau dan dia bersedia,
Melayari bahtera rumahtangga..
Dan itulah jalannya mencari redha..
Hanya dengan cara itu kau dapat hadiahkan dia,
Sebuah syurga gemerlap tak terjangkau,
Dek khayalan minda..

Terimalah nasihatku ini,
Nasihat yang pastinya untuk diriku sendiri..

Aku sudah tidak tahan lagi..
Ya Allah berilah kekuatan...
Berikan petunjukMu..
Yang suatu ketika dulu
Mekar dalam taman hati kami..
Campakkanlah perasaan bencikan maksiat ke dalam hati kami..
Agar kami tenang dengan hanya mengingatiMu..
Duhai tuhanku…
Ya Allah…

Bintubahariyah,
1553 pm, 9 November 07,
h34-330, USM.

Thursday, November 01, 2007

"...kamu dtg berbaris-baris"


Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.
Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
WASSALAM. SILA PANJANGKAN MAKLUMAT INI....
wallahua'lam..
p/s: makasih pada prof wildan yg bg peringatan ni melalui emel..