Saturday, January 24, 2009

Aku Belajar Aku Mengajar


Waktu aku BELAJAR,
Guruku dihormati,
Setiap kata mereka kuamati,
Setiap nasihat mereka kuperinci,
Setiap murka mereka kuanggap keramat buat diri,

Waktu aku MENGAJAR,
Datang mulaku tidak dipeduli,
Ucapan salam berkunjung sepi,
Walau di kelas bersuara tinggi,
Namun pelajarku bertelinga ‘tuli’,
Pulang ke rumah letih sehari,
Duhai, kecewanya hati…

Waktu aku BELAJAR,
Guruku pelita, guruku insan mulia,
Walau tak mampu nak celik mata,
Minyak cap kapak kucalit di mata,
Itu tandanya guru tinggi martabatnya.

Waktu aku MENGAJAR,
Aku hanya kawan mereka,
Boleh dibuat suka-suka, gelak ketawa,
Nasib baik aku tak bagi muka,
Kalau tak, mesti kena ‘pijak kepala’.

Waktu aku BELAJAR,
Aku punya cita-cita,
Tak pernah jemu berusaha,
Matlamat jelas memburu jaya,
Kekasihku hanya ilmu di dada.

Waktu aku MENGAJAR,
Bila kutanya apa cita-cita mereka?
Katanya ‘masih belum tahu/ takde cita-cita’,
Mereka sebut sambil ketawa,
Target periksa lulus pun dah suka,
Kerana kekasih mereka insan berlainan jantina.

Waktu aku BELAJAR,
Aku cukup bahagia,
Waktu aku MENGAJAR,
Semacam jiwa menderita..
Huhuhu…
Moga-moga aku bisa bertahan mendidik anak bangsa,
Meniup semangat menyala-nyala,
Berusaha menjadi guru bertaqwa,
Dan membina insan berwibawa.

..Bintubahariyah..
..22/1/2009..
..4 pm, Galeri Sukan ASPURA..
..waktu meeting dgn JPN..

Monday, January 05, 2009

Pembantu Warden

Assalamualaikum wbt.

Alhmdulillah, ni baru dapat wifi yg sekolah punya. lani plak tak byk sgt keja..tak mengajaq lagi. amik kesempatanla nak tulis something dalam ni. menulis sambil bergelak-ketawa dgn rakan2 seLm ni. Farehan (E'), Kak Sya dan Azi..

erm, nak kongsi cerita skt psl pengalaman awal masa nak lapor diri dulu..ni lebih krg mcm refleksi yg nak dihantaq ke school plak.hehe..

21/12/2008

Bertolak dari rumah guna unser cikzai bersama cikzai, chaq, bangchu dan syafiq. sat ja sampai dalam sejam setengah ja. alhmdulillah. unser cikzai penuh dgn brg2 saya..

Kejutan!
sampai2 ja kat lorong 9, PENUH MAMAT BANGLA dok melepak kat luar rumah! cikzai terus cakap, "Tu dia...rumah tepi bangla! Apa kwn adik pilih rumah mcm ni?"
chaq sengap ja..dia positif..elokla abg2 2 org ni. yg abg (chaq) mmg positif..dia ckp suruh dok dulu rumah tu. tgk keadaan..nak masuk asrama sekolah pun, masa tu sekolah cuti dan tak dpt permission lg daripada pengetua. yg adik chaq plak (cikzai) mmg jenis suka provok. mmg padanla dgn body dia yg bulat tu..hehe..yg bgchu plak, pemerhati dia kata. dia dok tgh2..tak kata byk pun. yg si syafiq plak (anak ke2 chaq) kesejukan dan last2 demam..huhu..ekon unser kuat sgt tpi dia tak habaq kata sejuk. so, finally, punggahla barang2 semua masuk gak rumah tu. mujur kak sya pun sampai pada waktu yg sama.

22/12/2008

Kami ber4 melaporkan diri kepada PK1, cikgu lela. patutnya kat Pengetua. tp cikgu jamaludin masih bercuti sbb baru dapat menantu sulong...hehe..cikgu jamaludin ni ayah kepada sorg shbt kat usm..farhana..hehe..mula2 taktau pun nak buat apa. lepas lapor diri, jln2 ja sekitar sekolah. masa tu rasa zero sgt.

Pendekkan cerita

Lani alhmdulillah, bila kami bangkitkan isu keselamatan pada pihak pentadbiran, depa izinkan kami tggl di asrama sekolah. sekolah ni sekolah baru. so asrama dia macam apartmen. dah ada kemudahan bilik air dah dalam bilik. luas dan alhmdulillah, selesa. isu keselamatan ni berbangkit sbb kami semua anak2 dara ni takut betul nak dok kat tepi 25 org bangla..huhu..dahla depa siap gosok gigi kat luar rumah. mak kata, melelehla air liur depa bila tgk anak2 dara tu..huhu..mak doa tiap2 malam, semak perut, risau yg teramat tak boleh tidur teringat kat anak pompuan sorg ni..tapi lani mak dah dapat tidur lena alhmdulillah..abg pun ada sembg2 dgn pengetua mintak consider kami dok kat asrama..terima kasih semua abg adik! (^_=)

Pembantu warden

Semalam kami dijemput utk join orientasi budak2 yg dok kat asrama. tp kami blurr lg. pi dok saja ja. sorg cikgu baru buat aktiviti dgn depa.
dan malam ni kami ber4 kena conduct malam kebudayaan depa. ada 11 grup yg nak buat persembahan. kami nak kena jadi hakim, nak kena jadi pengacara majlis dan nak kena control suasana..depa ada dalam 3ratus lebih semua. semoga pengalaman-pengalaman yg pernah ditimba sepnjg hayat ni dapat menjadi pedoman nak menjyakan malam ni..iA..

lagi 1 yg best, kami dapat makan free dan tggl free kat asrama alhmdulillah...mgkin sbb status pembantu warden tu yg boleh dpt keistimewaan tu.

Sahabat2?
Buat sahabat2 ku yg dok LM gak. apa cerita kalian? rindu betul kat ej, aisyah, min, shafa, kak day, mas, yam, yusra, adik2 dan semua la...huhu..

act, byk cerita yg lain utk dikongsi. malangnya, tak larat nak recall dan tak larat nak taip byk2. takpala..sikit2 dahla..asalkan tak berhabuk SH ni mcm HDH yg ej punya..heheh...sory ejay, melawak ja! Okeh! nak kena pi release klas dah ni..my first class..nasib baik baru release. ada idea dak nak buat apa?^&^%$#$%^&*huhu...

p/s: Semoga shbt2 yg dah bertunang akan dilindungi Allah..semoga kalian bertemu jodoh sehingga sah ikatan kalian..=)

..Bintubahariyah..
..1250 pm..
..6/12/2008..

Wednesday, December 31, 2008

Dari Simpang Ampat ke Butterworth

Assalamualaikum wbt

Ptg tadi ambik keputusan adhoc utk pi USM. gara-gara sok cuti, lusa plak tak perlu ke sekolah dn sabtu weekend mcm besa..3 hari nak dok kat area simpang 4 ni pastilah membosankan dgn takdak transport, member2 yg tak dpt nak pindah lagi ke asrama, nak carik makan susah..yg ada pun plg dekat cuma nashmir yg tekak ni dah pahit nk telan masakannya..huhu..finally, nak pi usm utk join ops sayangi remaja sempena malam tahun baru..

Lepas asar dalam pukul 510 pm..

K. sya hantaq ke bus stop. sampai kat sana ada 3 org manusia. sorg bangladesh, sorg lg mua mcm melayu dan sorg lagi pakcik cina. sampai ja, mat bangla tu dok usha..uhuu..mula2 tu dok agak jauh dari bumbng bus stop tu sbb takmau dekat dgn depa semua yg laki tu..but then, hujan dh turun...TERPAKSA la saya pi jugak buat muka serius nak berlindung di bwh bumbung..huhu..
tgu punya tggu ada la dekat sejam, bus tak sampey2 jugak..alahai..mamat bangla makin melambak..saya plak sorg2 ja anak dara kat situ..huhu..rasa macam nak pi salotape ja mata2 depa..bus nak mai dari belah kri..tp dok kalih2 belah kanan jugak..huhu..hati ni tak habis2 la dok baca ayat 9 surah yasin..takut woo...huhu..nasibla ada Allah nak berlindung...

640 pm

akhirnya bas pun sampey..alahai..penuhla plak..takpa2..berdiri tepi kak indon 2 org..kak tu baik alhmdulillah..siap suruh dok tepi dia lagi..uih...manala celuih..takpa2, tlg pegang beg pun dah makasih byk2..walaupun rambutnya bebas..tp hati baik..alhmdulillah..
perjalanan makan masa sampai maghrib..sepanjang jalan tu, dalam bas tu boleh bilang dgn jari masyarakat tempatan ada brp org..fuhh! mmg rasa mcm dok negeri bangla dan indon ja..
dahla pakcik bas tu dok menyumbat kalah sardin dah kalini. dulu2 dok geram kat bas milan. kalini geram kat rapid plak. bas nomot 801. dia sumbat tu masya Allah..tension2..dahla yang naik tu semua warga asing. bilang punya bilang, agak2 adala dalam 100 org dia sumbat. apa kesla pakcik ni. dalam hati tadi dok geram takdak dah!

GERAM!

geram pertama sbb byk gila warga asing. dari segi keselamatan mmg tak terjamin. teringat kat sorg menteri BN nama apa ntah. dia penah bangkitkan isu keselamatn akibat kebanjirn warga asing di m'sia..tp yang dipertua tak bg dia teruskan..huhu..menteri tu dah bgs..org besaq2 ni mana nampak keselamtan ka hapa benda ni. depa naik keta..aircond. pi mana pun polis escort. mana ada rasa risau mcm golongan rendah ni..yang jadi byk sgt kes dalam negara ni, antara puncnya sbb byk warga asingla..brp byk kes bunuh yg mamat indon buat. siap rogol lg tu. depa ni solat tu solat..tp jahat pun jahat jugak..dahla dgn rakyat sendiri pun dah seriyau. tambah bimbang dgn mamat indon, bangla plak..

geram kedua sbb pakcik rapid yg jadi slow tu. nak cepat jadi lagi lmbt. bas yg muatannya cuma 50 org disumbat sampai 100 org. huih, tak paham..yg dok kat pntu pun terkepit-kepit! masyaAllah..geleng kepala jela saya tadi..nasibla dok kat kak indon tu..alhmdulillah..yg mamat indon plak, nmpk org tua, org pompuan berdri, bkn nak bg duduk..tp depa plak yg bersenang-lenang sambil dok usha org pompuan..huhu..geram betulla! pakcik rapid, saya amik gmbr tadi..ada bukti pakck bawak lebih muatan. kalau saya hantar surat kat tv3 ka, naya pakcik dan syarikat rapid! teringat kat sorg kak tu, muka dia cukup takut dok kat pintu. dahla berhimpit, pintu plak kejap buka, kejap tutup. silap hari bulan, turun 1000 duit hantaran. huhu..

740 pm

Alhmdulillah, sampai kat butterworth. trus ke surau nak buat jamak maghrib dan isyak. mak dan abg2 tak habis2 tepon sblm tu nak tau perkembangan. risau benar mak dan abg2..maklumla anak bongsu..asalnya nak dtg usm..tp cncel sbb chaq suruh balik rumah gak..so, abg sulong dtg jemput dgn kak dan amni. malam ni bermalam di bertam..iA sok baru balik kedah..

Pengajaran

1) Pengalaman
Alhmdulillah, jauh di sudut hati..saya bersyukur dgn peluang mencedok pengalamn2 yg mcm ni..kalau Allah tak takdrikan LM di sekolah yg agak jauh mcm ni, mmg tak rasa la suasana mcm di indon dan bangla..heeh..ni free..tak pyh kuar duit pun nak pi ngara org..=)

2) Muhasabah
Bila kita selalu berada di atas, kita kerap kali terlupa org yg di bwh..ketakutan yg sy rasakan tu juga merupakan ketakutan yg sama setiap wanita di luar sana..takut beg diragut, takut dgn ganguan seksual, risau dihimpit lelaki, lemas dgn suasana yg tidak terjamin. mungkin phak atasan perlu turun, menyamar, dan rasai sendri ketakutan rakyat..

3) Kasih syg
Semakin jauh dgn keluarga, semakin kuat ikatan kasih, semakin manis rasa cinta..sepnjang jalan mak kol, chaq kol, abang kol, bgchu pun sama..bgmat pun tiap2 hari msg tnya kabar dan kesihatan...mak la org yg plg risau..semak perut fikir psl anak pompuan bongsu sorg ni..mak kata bila risau ja mak bc quran..dan tenang balik..bila risau lg, baca lgi..alhmdulillah..bersyukur sbb pergantunagn mak pada Allah tak dpt dinafikan..terima kasih mak dan abg2 adik..=)

4) Kuat semangat
Mak selalu risau. tp mak jugak selalu rasional. mak selalu pesan..'adik ada silat, kena kuat semangat! kalau jadi papa, lawan!' iA mak...adik tgh bljq lani..

Alhmdulillah..dah hbis 1 pengalamn perjalanan seorang bakal guru pada minggu ROS di sekolah..kemungkinan ada cerita baru akan dikongsikan lepas2 ni..iA..
semoga dapat bg tak byk pun, skt manfaat pada kita semua iA..

WALLAHUA'LAM.

p/s: pic tak bluetooth lg dalam laptop. iA nnt2 akan display gmbr org jadi sardin rapid..huhu..

..bintubahariyah..
..11.08 pm..
..31/12/2008..
..Bertam..

Sunday, December 28, 2008

Salam Ma'al Hijrah


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang memiliki segala kemuliaan dan kebesaran, ampunilah dosa-dosa kami pada tahun lalu dan terimalah segala pengabdian kami..jadikanlah tahun baru yang muncul ini tahun yang penuh rahmat dalam kehidupan kami...dekatkanlah segala sesuatu yang boleh mendekatkan kami dgnMu dan jauhkanlah segala sesuatu yang menjauhkan kami daripadaMu..tolonglah dan bantulah kami untuk mencari keredhaanMu..

SALAM MA'AL HIJRAH 1430..


..bintubahariyah..
..8.52 pm..
..1 Muharram 1430h..

Thursday, December 18, 2008

Pengumuman utk ex-SMKAYans...


Assalamualaikum...
kepada sahabat2 ex student of smkay, di setiap peringkat sesi pengajian di smkay, sila send maklumat diri anda kepada mohd faris bin zaini,

ismiefa_ris87@yahoo.com

kerana atas kesedaran beberapa pihak di setiap peringkat pengajian mahupun yang telah bekerja tentang betapa pentingnya kita mengaktifkan semula alumni smkay yg telah terkubur sejak sekian lama..
sila send maklumat berikut:

nama penuh
ic
alamat tetap/surat menyurat
no fon utk dihubungi
tahun, kos n tempat pengajian
pekerjaan(jika sudah bekerja)
emel utk dihubungi

sila sebarkan kepada rakan2 yg belum mengetahui...
kerjasama anda didahului dgn ucapan terima kasih

p/s: pls send the details as soon as possible