Wednesday, December 31, 2008

Dari Simpang Ampat ke Butterworth

Assalamualaikum wbt

Ptg tadi ambik keputusan adhoc utk pi USM. gara-gara sok cuti, lusa plak tak perlu ke sekolah dn sabtu weekend mcm besa..3 hari nak dok kat area simpang 4 ni pastilah membosankan dgn takdak transport, member2 yg tak dpt nak pindah lagi ke asrama, nak carik makan susah..yg ada pun plg dekat cuma nashmir yg tekak ni dah pahit nk telan masakannya..huhu..finally, nak pi usm utk join ops sayangi remaja sempena malam tahun baru..

Lepas asar dalam pukul 510 pm..

K. sya hantaq ke bus stop. sampai kat sana ada 3 org manusia. sorg bangladesh, sorg lg mua mcm melayu dan sorg lagi pakcik cina. sampai ja, mat bangla tu dok usha..uhuu..mula2 tu dok agak jauh dari bumbng bus stop tu sbb takmau dekat dgn depa semua yg laki tu..but then, hujan dh turun...TERPAKSA la saya pi jugak buat muka serius nak berlindung di bwh bumbung..huhu..
tgu punya tggu ada la dekat sejam, bus tak sampey2 jugak..alahai..mamat bangla makin melambak..saya plak sorg2 ja anak dara kat situ..huhu..rasa macam nak pi salotape ja mata2 depa..bus nak mai dari belah kri..tp dok kalih2 belah kanan jugak..huhu..hati ni tak habis2 la dok baca ayat 9 surah yasin..takut woo...huhu..nasibla ada Allah nak berlindung...

640 pm

akhirnya bas pun sampey..alahai..penuhla plak..takpa2..berdiri tepi kak indon 2 org..kak tu baik alhmdulillah..siap suruh dok tepi dia lagi..uih...manala celuih..takpa2, tlg pegang beg pun dah makasih byk2..walaupun rambutnya bebas..tp hati baik..alhmdulillah..
perjalanan makan masa sampai maghrib..sepanjang jalan tu, dalam bas tu boleh bilang dgn jari masyarakat tempatan ada brp org..fuhh! mmg rasa mcm dok negeri bangla dan indon ja..
dahla pakcik bas tu dok menyumbat kalah sardin dah kalini. dulu2 dok geram kat bas milan. kalini geram kat rapid plak. bas nomot 801. dia sumbat tu masya Allah..tension2..dahla yang naik tu semua warga asing. bilang punya bilang, agak2 adala dalam 100 org dia sumbat. apa kesla pakcik ni. dalam hati tadi dok geram takdak dah!

GERAM!

geram pertama sbb byk gila warga asing. dari segi keselamatan mmg tak terjamin. teringat kat sorg menteri BN nama apa ntah. dia penah bangkitkan isu keselamatn akibat kebanjirn warga asing di m'sia..tp yang dipertua tak bg dia teruskan..huhu..menteri tu dah bgs..org besaq2 ni mana nampak keselamtan ka hapa benda ni. depa naik keta..aircond. pi mana pun polis escort. mana ada rasa risau mcm golongan rendah ni..yang jadi byk sgt kes dalam negara ni, antara puncnya sbb byk warga asingla..brp byk kes bunuh yg mamat indon buat. siap rogol lg tu. depa ni solat tu solat..tp jahat pun jahat jugak..dahla dgn rakyat sendiri pun dah seriyau. tambah bimbang dgn mamat indon, bangla plak..

geram kedua sbb pakcik rapid yg jadi slow tu. nak cepat jadi lagi lmbt. bas yg muatannya cuma 50 org disumbat sampai 100 org. huih, tak paham..yg dok kat pntu pun terkepit-kepit! masyaAllah..geleng kepala jela saya tadi..nasibla dok kat kak indon tu..alhmdulillah..yg mamat indon plak, nmpk org tua, org pompuan berdri, bkn nak bg duduk..tp depa plak yg bersenang-lenang sambil dok usha org pompuan..huhu..geram betulla! pakcik rapid, saya amik gmbr tadi..ada bukti pakck bawak lebih muatan. kalau saya hantar surat kat tv3 ka, naya pakcik dan syarikat rapid! teringat kat sorg kak tu, muka dia cukup takut dok kat pintu. dahla berhimpit, pintu plak kejap buka, kejap tutup. silap hari bulan, turun 1000 duit hantaran. huhu..

740 pm

Alhmdulillah, sampai kat butterworth. trus ke surau nak buat jamak maghrib dan isyak. mak dan abg2 tak habis2 tepon sblm tu nak tau perkembangan. risau benar mak dan abg2..maklumla anak bongsu..asalnya nak dtg usm..tp cncel sbb chaq suruh balik rumah gak..so, abg sulong dtg jemput dgn kak dan amni. malam ni bermalam di bertam..iA sok baru balik kedah..

Pengajaran

1) Pengalaman
Alhmdulillah, jauh di sudut hati..saya bersyukur dgn peluang mencedok pengalamn2 yg mcm ni..kalau Allah tak takdrikan LM di sekolah yg agak jauh mcm ni, mmg tak rasa la suasana mcm di indon dan bangla..heeh..ni free..tak pyh kuar duit pun nak pi ngara org..=)

2) Muhasabah
Bila kita selalu berada di atas, kita kerap kali terlupa org yg di bwh..ketakutan yg sy rasakan tu juga merupakan ketakutan yg sama setiap wanita di luar sana..takut beg diragut, takut dgn ganguan seksual, risau dihimpit lelaki, lemas dgn suasana yg tidak terjamin. mungkin phak atasan perlu turun, menyamar, dan rasai sendri ketakutan rakyat..

3) Kasih syg
Semakin jauh dgn keluarga, semakin kuat ikatan kasih, semakin manis rasa cinta..sepnjang jalan mak kol, chaq kol, abang kol, bgchu pun sama..bgmat pun tiap2 hari msg tnya kabar dan kesihatan...mak la org yg plg risau..semak perut fikir psl anak pompuan bongsu sorg ni..mak kata bila risau ja mak bc quran..dan tenang balik..bila risau lg, baca lgi..alhmdulillah..bersyukur sbb pergantunagn mak pada Allah tak dpt dinafikan..terima kasih mak dan abg2 adik..=)

4) Kuat semangat
Mak selalu risau. tp mak jugak selalu rasional. mak selalu pesan..'adik ada silat, kena kuat semangat! kalau jadi papa, lawan!' iA mak...adik tgh bljq lani..

Alhmdulillah..dah hbis 1 pengalamn perjalanan seorang bakal guru pada minggu ROS di sekolah..kemungkinan ada cerita baru akan dikongsikan lepas2 ni..iA..
semoga dapat bg tak byk pun, skt manfaat pada kita semua iA..

WALLAHUA'LAM.

p/s: pic tak bluetooth lg dalam laptop. iA nnt2 akan display gmbr org jadi sardin rapid..huhu..

..bintubahariyah..
..11.08 pm..
..31/12/2008..
..Bertam..

Sunday, December 28, 2008

Salam Ma'al Hijrah


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang memiliki segala kemuliaan dan kebesaran, ampunilah dosa-dosa kami pada tahun lalu dan terimalah segala pengabdian kami..jadikanlah tahun baru yang muncul ini tahun yang penuh rahmat dalam kehidupan kami...dekatkanlah segala sesuatu yang boleh mendekatkan kami dgnMu dan jauhkanlah segala sesuatu yang menjauhkan kami daripadaMu..tolonglah dan bantulah kami untuk mencari keredhaanMu..

SALAM MA'AL HIJRAH 1430..


..bintubahariyah..
..8.52 pm..
..1 Muharram 1430h..

Thursday, December 18, 2008

Pengumuman utk ex-SMKAYans...


Assalamualaikum...
kepada sahabat2 ex student of smkay, di setiap peringkat sesi pengajian di smkay, sila send maklumat diri anda kepada mohd faris bin zaini,

ismiefa_ris87@yahoo.com

kerana atas kesedaran beberapa pihak di setiap peringkat pengajian mahupun yang telah bekerja tentang betapa pentingnya kita mengaktifkan semula alumni smkay yg telah terkubur sejak sekian lama..
sila send maklumat berikut:

nama penuh
ic
alamat tetap/surat menyurat
no fon utk dihubungi
tahun, kos n tempat pengajian
pekerjaan(jika sudah bekerja)
emel utk dihubungi

sila sebarkan kepada rakan2 yg belum mengetahui...
kerjasama anda didahului dgn ucapan terima kasih

p/s: pls send the details as soon as possible

Tuesday, November 18, 2008

Ubat Melupakan Kenangan



Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, dah habis last paper..anatomi tumbuhan perbandingan..makasih mak tersyg yg siang malam mendoakan adik..juga abg2..dan juga shbt2..ni paper terakhir spnjg bergelar mahasiswa undergrad kat usm ni..sem dpn dah takdak exam bertulis..yg ada hnya prktikal utk teori2 yg dah dipelajari nii..semoga dpt observer, guru pembimbing, shbt2 bakal guru, anak2 murid dan pihak pentadbiran sekolah yg baik dan berniat utk membantu mendidikku menjadi guru yg bertaqwa dan mengajak kepada ketaqwaan..iA..

Ok, posting kali ni bkn nak cerita psl paper tu..tp nak bercakap soal lain..
Ada tak ubat yg boleh bg lupa semua kenangan pahit?

Erm, teringat sebuah crita cina yg penah saya tgk kat tv dulu. Ada sorg pompuan ni yg sgt terkenal dgn kekuatan dia dalam berlawan..dia ada sorg suami yg sgt dicintainya..tp suami dia tu plak disukai oleh seorang puteri kepada mhraja cina waktu tu....then, disebabkan pompuan ni kuat, dia mengamukla..paham2la cerita cina..byk merapu2..habis dia musnahkan. pokok2 dia boleh cabut dan katok sana-sini..huhu..herm..depa nak diamkan dia dan nak dia lepaskan suami dia tu, depa ugut nak seksa suami dia..dan depa suruh dia minum sejenis ubat yg boleh lupakan semua kenangan dia dgn suami dia..akhirnya dia beralah sbb terlalu sygkan suami dia, dan dia minum ubat tu.. so, dia pun tinggalkan tempat tu dah mhrja cina sediakan sebuah rumah khas utk dia di satu tempat yg jauh dari situ..
huhu..sadisnya..tp ending dia bestla..tp teman takmau cerita ending dia..nak fokus pd benda ni ja..

UBAT NAK LUPAKAN KENANGAN..wujudka?

Alangkah indahnya kan kalau ubat tu mmg wjud..minum ja sekali, nah! hilang semua mslh..jadi org baru dan bina hidup baru..tp malangnya, ubat tu takdak yg semudah tu..ada ubatnya, tp dgn kaedah lain..kaedah yg pasti tetap menyakitkan dan memerlukan mujahadah..

Apa kaedahnya?

Kembali kepada Allah..Dia yg menguji..Dia maha menguji..tujuan Dia uji plak, semata2 utk kita..bkn Dia dpt papa pun kalau kita diuji..Dia sempurna..maha sempurna. kalau Dia bertambah, maknanya Dia kurang..DIa yg mencipta mslh dan Dialah sumber jalan keluarnya..semuanya hanya pada Dia..dan kita sbg hambaNya, wajib berhusnudhan dgn segala kehendakNya..pohonlah kekuatan kepadaNya utk melupakan kenangan pahit..Dia sumber kekuatan..Alhamdulillah, sy dah pun merasai kekuatan tersebut..

Apa jua yg kita lalui, seperit mana ujian yg terpaksa kita renangi, sekuat mana pun ombak badai datang menghempas diri, byk2lah mengadu kepada Ilahi..kadang2 Dia tak segera memakbulkan lantaran Dia masih ingin kita merintih dan mengadu kepadaNya..ataupun jua kerana doa kita terhijap oleh serpihan-serpihan dosa noda yg kita lakukan selama ini..

ya Allah, terima kasih atas kurniaan ujian yg ckp menduga ini..dan terima kasih kerana mengusulkan jalan keluar terbaik utkku..jauhkan aku daripada rasa ego dalam membuat keputusan..dan yg paling aku harapkan ya Allah...biarlah kekasihku merasai keikhlasanku selama ini..senyumannya pagi tadi memberi kekuatan utkku..dan kemaafannya sudah ckp utkku dan aku tidak layak meminta lebih daripada itu..
ya Allah, selamatkanlah dirinya dan seluruh keluarga di dunia akhirat..

Ubat utk lupakan kenangan? Rasanya aku tidak mahu melupakan kenangan kerana dgn kenangan pahit atau manis, kenangan itulah yg menjadikan aku seperti siti rogayah yg hari ini..namun, aku hrp ubat kekuatan menghadapi ujian bisa aku dapat bila-bila masa yang aku perlukan..kerana semua ini mengambil masa yang pnjg..ya Allah, segala puji hanya bagiMu dan aku memohon ampun atas segala dosa-dosaku..ameen..

Buat semua ahli ziarah, adakah kalian pernah terfikir seperti sy? huhu..

..Bintubahariyah..
..231 pm..
..19/11/2008..
..USM..

Saturday, October 18, 2008

Agama Yahudi tuh cmna? (Part 3)


Assalamualaikum wbt.

kali ni sy nak cerita sambungan kisah pasal agama yahudi. lama dah nak buat ni. tp mcm terbang dihembus angin kelupaan..teruk btul. mgkin sbb penah ponteng kelas bro kamarudin sampai 3 kali berturut2 gara2 tak sehat. lepas terjumpa bro sblm raya baru ni, rasa malu sgt..then, bro bersggh pesan supaya attend back his class after raya..huhu..dan alhmdulillah, dpt gak rasai kemanisan yg dah lama jadi tawar dulu..lani dah masuk bab agama kristian dah. tp in this entry, i still want to share about Judaism, not Christ yet. plis be patient k..=.=


erm, ringkas ja kali ni. iA, nak explain pasal persamaan agama yahudi ni dgn agama kita..

bro cerita, yahudi percaya, masa nabi musa naik bukit tursina nak berkhalwat dgn Allah, Allah bg 10 arahan kepada nabi dan kaumnya iaitu bani israil supaya dilaksanakan. lebih krg macam rukun iman la..kita ada 5 kan? ha..sapa yg kata ya tu, nak kena tuh! huhu..rukun islam la yg 5..rukun iman ada 6...heheh..jgn tergugat k! ingt betul2 sblm mengiakan apa2 jua..fikir dulu..=.= k, apakah persamaannya? check it out!


The ten commandments and the confirmation in the Quran


The 10 commandments (Exodus 12:1-17 & Deuteronomy 5:6-21)


1) Thou (you) should not take any God except one God.

Quran kata: There is no God except one God (47:19)


2) Thou shall make no image of God.

Quran kata: There is nothing whatsoever like unto Him. (42:1)


3) Thou shall not use God's name in vain( dgn sewenangnya)

Quran kata: Make not God's name an excuse to your oaths. (2:224)


4) Thou shall honor thy (to) mother and father.

Quran kata: Be kind to your parents if one or both of them attain old age in thy (to) life, say not a word of contempt nor repel them but address them in terms of honor. (17:23)


5) Thou shall not steal.

Quran kata: As for thief, male or female, cut off his or her hands, but those who repent after a crime and reform shall be forgiven by God for God is forgiving and kind. (5:38-39)


6) Thou shall not lie or give false testimony.

Quran kata: They invoke a curse of God if they lie. (24:7). Hide not the testimony. (2:283)


7) Thou shall not kill.

Quran kata: If anyone has killed one person it is as if he had killed the whole mankind. (5:32)


8) Thou shall not commit adultery (zina).

Quran kata: Do not come near adultery. It is an indecent deed and a way for other evils. (17:32)


9) Thou shall not covet (mengorat) thy neighbour's wife or possessions.

Quran kata: Do good to your parents, relatives and neighbours. (4:36) Saying of the Prophet Muhammad (hadith) "one of the greatest sin is to have illicit sex with your neighbour's wife"


10) Thou shall keep the Sabbath holy.

Quran kata: When the call for the Friday Prayer is made, hasten to the rememberance of God and leave off you business. (62:9)


Alhamdulillah, berjaya taip sampai habis..&__&

erm, nampak dak persamaannya? sbb tu bro kata, agama yahudi ni ialah agama yg plng dekat dgn Islam. dan kita semua patut sgt2 bersyukur sbb org yahudi tak mengamalkan dakyah utk tarik org masuk yahudi macam kristian. kalau x, habisla...huhu...hikmahnya Allah bg depa tu sombong bangat..


erm, shbt2 yg turut g kelas bro, plis do add something. sy tulis apa yg dan ja ni. mata pun dah pedih lepas jamuan raya IPSI yg bro buat tu. best dpt makan dgn Que, Hui Hui, Kin Yin, Yi Ling, Chia Ling dan adik2 lain. dpt gak jumpa Henglong dan rakan lain..depa dpt buku pasal keajaiban alQuran dalam bahasa mandarin pun ada.

Que, baca tau! dan suruh adik2 kita yg lain pun baca. hehe..kalau tak brp jelas, lets have a long discussion insyaAllah.. really love you..sincerely from my kiss and hug..


okla, semoga dapat manfaat k. iA, kalau ada kesempatan, kita bukak cerita pasal new testament plak. iA..sy pun blurr lg ni. Syukran membaca sampai habis..do jot ur feeling under this comment space..*__*


ni link ke part 1 & 2 utk sapa2 yg tak bc lg..(tq utk afiq yg bg idea ni) =.=

http://bintubahariyah.blogspot.com/2008/08/agama-yahudi-tuh-cmna-part-1.html

http://bintubahariyah.blogspot.com/2008/08/agama-yahudi-tuh-cmna-part-2.html

Assalamualaikum. Wallahua'lam.

..Bintubahariyah..
..19/10/2008..
..0057 am..
..Cahaya Gemilang USM..