Friday, January 26, 2007

Gadis Idaman Hati...(=

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" Riwayat Muslim

Kita pasti gembira bila diri kita menjadi idaman lelaki. Apatah lagi lelaki yang baik dan cerdik. Kita akan jadi lebih gembira apabila kita menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama. Dan kita tentunya amat gembira apabila kita menjadi wanita idaman kekasih Allah , Rasulullah S.A.W.

Kekadang kita terfikir sendiri, bagaimanakah cara utk menjadi seorang wanita idaman sedangkan kita tidak mempunyai kulit seputih kapas, bahkan kita tidaklah secantik purnama. Prasangka ini hendaklah kita hapuskan dgn kata2 mulia Rasul tercinta : Daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda " sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati-hati kamu"

HATI
Inilah yang plg penting. Hati hendaklah dibersihkan. hati perlu dihidupkan selalu dengan sentiasa mengingati Allah, kenal akan Allah, yakin dengan hakikat yang kita adalah hamba Allah. hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan dari sampah mazmumah. Tapi kita kena ingat, nak membersihkan hati bukannya mudah. kita kena mujahadah selalu. Apabila hati kita tunduk pada Allah, bersih dari kekotoran maka buah akhlak akan muncul. Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati.

LUARAN
Kalau kita sudah dpt menutup aurat kita mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut. Pakaian wanita Islam yang dikehendaki penciptaNya ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Telekungnya hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras dada. Pakaian itu Allah dah tetapkan. Dia yang menciptakan kita, tahulah apa yang baik utk ciptaanNya.

PEMIKIRAN
Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. dgn kata lain, dia sentaisa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat. Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul dan bertunjangkan Al Quran dan Sunnah.Walaubagaimanapun, apa juga yang kita lakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan danpujaan masyarakat tapi sebagai untuk memenuhi kewajipan kita sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNyaMemang nak jadi gadis idaman bukan mudah. tapi kita kena berusaha. Benda yang mahal memang payah nak dapat. Umpama intan dan kaca. mana yang lebih susah nak dapat. mana yang lebih mahal. bahkan kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan. hakikatnya intan jauh lebih mahal dari kaca. Intan jualah yang tetap menjadi idaman.


p/s: erm, maka sama-samala kita berusaha nak buat yg terbaik utk jadi muslimah yg LUAR BIASA BAGUS dan HEBAT SEKALI ye??!!=)

4 comments:

rosnal said...

Berubahlah kerana sedar kita ini milikNya dan bukannya untuk dimiliki atau memiliki manusia.

Siti Rogayah Bahari said...

erm, betul tu rosnal.
berubah kerana sedar kita milikNya dan hanya keranaNya..
syukran tau!

Anonymous said...

Saya nak menambah sikit, memang benar, nak jadi gadis idaman hati bukanlah sesuatu yang mudah. bukan juga mudah untuk mempertahankan kesucian kecantikan seorang wanita, tak usahlah mengharap kulit putih melepak baru nak dikatakan cantik, cukuplah sekadar wajah itu terpapar kejernihannya, memberi ketenangan kepada sesiapa saja yang memandang. ketenangan raut wajah itu biasanya akan terpancar dari kejernihan hati. maka, perelokkanlah hati kita, insyaAllah, akan eloklah wajah kita. biarlah dibibir itu sentiasa terhias dgn senyuman. tapi bukan senyuman untuk memikat dan menggoda, senyum untuk sedekah dan menenangkan hati sesiapa saja yang memandang. benar ilmu itu pula akan membuatkan kita lebih matang dan cemerlang.
seandainya disandarkan segala-galanya kerana Allah, insyaAllah segala-galanya indah. tapi bukan mudahkan untuk mencapai ke tingkat ini tatkala kita diuji dengan ujian yang amat berat? nyata, memang sukar untuk menjadi gadis idaman hati, dan jika kita mampu menjadi gadis idaman hati, pasti dan nyata kita juga mengharapkan jejaka idaman hati untuk menjadi pendamping diri kita. sedangkan untuk membina diri memenuhi kriteria gadis idaman hati pun sukar, nyata dan pasti jugalah untuk menemui jejaka idaman hati yang seperti mana gadis idaman hati.

Siti Rogayah Bahari said...

btul tu akak..erm, mudah2an kita sentiasa jadi org yg cuba memperbaiki diri..syukran kathiron..=)