Ibu reda Imam Syafie cari ilmu
PEPATAH ada mengatakan, di belakang lelaki yang berjaya, ada wanita. Bagi seorang isteri, sokongan dan rasa cinta adalah kunci kepada kejayaan suaminya, manakala bagi ibu pula, keredaan dan kerelaannya kepada anak adalah sumber kejayaan mereka.
PEPATAH ada mengatakan, di belakang lelaki yang berjaya, ada wanita. Bagi seorang isteri, sokongan dan rasa cinta adalah kunci kepada kejayaan suaminya, manakala bagi ibu pula, keredaan dan kerelaannya kepada anak adalah sumber kejayaan mereka.
Riwayat hidup Imam Syafie memperlihatkan bagaimana keredaan seorang ibu kepada anaknya menjadi punca kejayaan anak hingga dihormati dan disanjungi umat Islam.Walaupun ibu sering marah kepada anaknya di atas kesilapan tetapi mereka tetap menyayangi dan meredai perbuatan anak mereka seandainya ia berfaedah.
Di Makkah, Imam Syafie sudah menjadi ulama besar walaupun baru berusia 20 tahun. Namun, beliau masih belum puas dengan ilmu yang dimilikinya dan ingin meneruskan pengajiannya ke tempat lain terutama ke Madinah. Beliau teringin berguru kepada Imam Malik, penyusun kitab Muatta’ yang dihafaznya terlebih dulu.Wali kota Makkah ketika itu sangat gembira dan menyokong keazaman Imam Syafie dan berkenan memberi surat sokongan untuk dibawa ke Madinah.
Imam Syafie gembira menerima surat sokongan itu dan ingin segera berangkat ke Madinah. Beliau bergegas balik ke rumah untuk memberitahu dan meminta izin ibunya. Imam Syafie tidak dapat menahan perasaan gembiranya hingga ketika hendak masuk ke rumah, beliau mengetuk pintunya dengan kuat dan membuatkan ibunya kurang senang.
“Siapa di luar?” tanya ibunya.
“Saya Muhammad (Syafie),” jawabnya. Ibu Imam Syafie menganggap anaknya masih rendah pengetahuan adab sopan.
Dengan agak marah dia berkata: “Pergi! Jangan balik, sebelum belajar ilmu adab sopan dan santun. Jangan balik sebelum ilmu kamu sempurna.”
Mendengar arahan ibunya itu, Imam Syafie sedar akan kesilapannya. Beliau berfikir sejenak kemudian mengambil keputusan untuk pergi ke Madinah dan tidak akan balik selagi ilmunya belum sempurna sesuai dengan arahan ibunya.
Di Madinah, beliau diterima dengan baik oleh Imam Malik. Selepas beberapa tahun di Madinah, Imam Syafie ingin pergi ke Iraq untuk belajar dengan ulama besar di sana. Namun dia rindu kepada ibunya sebab sebelum berangkat ke Madinah, dia tidak sempat melihat beliau.
Imam Syafie meminta pandangan gurunya: “Tuan guru, sewaktu saya hendak keluar dari Makkah untuk mencari ilmu, saya tidak meminta izin ibu saya. “Maka apakah sekarang saya harus balik dulu ke Makkah untuk meminta izin atau bolehkah saya meneruskan perjalanan untuk mencari ilmu?”
Imam Malik menjawab: “Wahai anakanda, ilmu pengetahuan itu berfaedah, kembali kepadanya (ibu) untuk memberi faedah. Anakanda belum mengetahui bahawa malaikat membentangkan sayapnya kepada pelajar kerana reda pada apa yang dicarinya.”
Imam Syafie terus pergi ke Iraq tanpa meminta izin daripada ibunya lagi.Beliau sudah maklum bahawa ibunya meredai anaknya pergi ke mana saja untuk menuntut ilmu. Kedua beranak itu hanya saling doa mendoakan saja.
Menurut riwayat, ketika ibu Imam Syafie hendak meninggal, dia hanya berwasiat kepada jirannya dengan berkata: “Jika Syafie datang dengan membawa harta kekayaan, hendaklah harta itu dibahagikan kepada kaum kerabatnya yang menderita kekurangan.”
Imam Syafie balik ke Makkah selepas beberapa tahun ibunya meninggal dunia. Sesuai dengan wasiat ibu, semua wang yang diperolehnya sewaktu beliau bekerja habis disedekahkan sebelum memasuki kota Makkah.
Kasihmu ibu...hanya Allah yg Maha Tahu... Terima kasih ibuku...kerana didikanmu yg lembut itu, aku kini bisa berdiri seteguh ini...(=
No comments:
Post a Comment