Saturday, February 03, 2007

JoM BiNa BaItUL MuSLiM?!

Bismillah walhamdulillah waastaghfirullah ‘ala kullihal..
Dgn nama Allah yg tiada nama yg lebih indah daripada namaNya..segala puji bagi Allah yg telah menganugerahkan bagiku nikmat iman dan islam yg hingga kini dapat kurasai sedang sebati mengalir dalam urat darahku..tanpa rahmatMu Tuhanku..pastilah aku menjadi lebih hina dari anjing di jalanan.. dan aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa besar dan kecilku yg aku lakukan dalam sedar atau tidak, dalam lena atau jaga..sungguh pintu taubatmu sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaMu yg terlalu jijik dan kotor ini..

Subhanallah…aku menulis semua ini tepat umurku 20 tahun 2 bulan 22 hari..syukur pada Allah dgn nikmat umur yg hakikatnya semakin singkat ini..mungkin jua masa utk roh dan jasad ini kembali menemui Pemiliknya hanya seperti jarak masa bagi sekuntum mawar yg sedang mekar utk layu dan gugur kelopaknya satu persatu…aku mohon padaMu agar usiaku dipanjangkan selagi aku dijamin berada dalam kebajikan…amen…

Erm…harini tergerak pulak hati ni nak tulis pasal MemBina Baitul Muslim…

Erm..apa tu baitul muslim ya??

Tu dalam bahasa Arab. Klw malay, kita kata nak bina rumahtangga islam..same meaning dgn nak bina rumahtangga bahagiala...sbb hanya rumahtangga Islam, yg ada sinaran bahagia yg sebetul2nya..ewah2..teman ni bukan ada pengalaman pun..tapi cakap macam org yg dah kawen 20 tahun pulak..=)

K, berbalik pada tajuk kita. Baitul muslim merupakan rumahtangga yg dibina berdasarkan ajaran islam yg sebenar, melahirkan zuriat yg berkualiti utk pembangunan ummah. Apa pentingnya baitul muslim ni?? Ok, kalau kita imbas balik zaman nabi dulu, nak bina sebuah negara islam langkahnya bermula dgn membina individu muslim tu dulu, pastu keluarga or usrah muslim then bina ummah dan akhirnya nabi berjaya bina ngra islam pertama di dunia iaitu madinah...kan? kan? Mcamla jugak bila Allah nak jadikan manusia, bermula dgn sel, pastu jadi tisu, pastu organ, pastu sistem pastu jadila manusia...kan? maknanya, nak bina apapun kena mula dari small part dulu..
So, itula kepentingan baitul muslim..

Tapi camna nak bina rumahtangga ya kalau takdak CINTA....??!! heh.
Ni yg makin complicated nih! CINTA, word yg dah sinonim dgn semua org yg sebaya dgn teman. Kecik2 dulu malu nak sebut. Kalau nyanyi lagu cinta pun, mai kat word tu, mesti sebut dlm hati ja..heh. lani pulak, lain jadinya..erm, tu bermakna teman ni normalla kan? =) eh, melalut pulak dah. K, maka, kena ada cinta dulu tak kirala camna pun keadaannya, I mean, before or after kawen. Jadi camna nak capai pembinaan baitul muslim ni bila cinta tu pun dah ada??

Kita kena ingat, nak berumahtangga ni mestila salah satu matlamatnya nak tambahkan bilangan umat islam..lagi ramai lagi bagus. Bak kata org putih yg tak berapa nak putih sgt..the more the merrier...sbb nabi suka kalau kat akhirat nnti umat baginda ramai…taknak ke buat nabi bangga?? Tapi takkan tau nak lahirkan anak je??camna pulak dgn didikan??lebih baik sikit yg berkualiti dari byk yg hampeh..tapi kita takmau camtu. Yg kita nak, byk dan berkualiti.
Tapi kan...persoalan timbul pulak, bila masa yg paling sesuai nak didik anak2 ni??

Erm, mesti ramai yg cakap bermula dari dalam rahim lagi…setuju tak?? Tapi sebenarnya, nak didik anak2 bermula dari sebelum kawen lagi… heh, insyaAllah, teman masih waras…dan biiznillah, moga waras sampai masuk syurga nnti…amen…

Erm, btul..nak bina baitul muslim wajiblah bermula dgn langkah pertama yg paling bergaya. yela…lgkh mula2 nak jadi suami isteri…kalau nak p ke changloon tapi lgkh mula senget2 je pastu menghala ke parit buntar, camna tu???
Nak kata akan sampai ke changloon tu, mungkinla akan sampai..tu pun kalau dia patah balik dan sedaq yg dia dah salah jalan tapi mesti lambat punya..…

So, camna nak pastikan tak salah jalan? Kan tadi teman ada sebut pasal cinta kan??erm, nila jalannya..gunakan cinta anugerah Allah tu sbg jambatan nak bina baitul muslim. Allah tak bagi hampiri zina kan?? Bercouple tu hampiri zina tak?? Keluaq berdua2an..makan sama2...dok dekat2..naik moto sama2..tlg picit2 kalau lenguh...bila nak berpisah siap salam dan cium tgn lagi! Erm...bolehkah begitu?? ish, boleh ka tu?? Bukan haram ka pegang pompuan or laki yg bkan mahram. Sampai teman penah dgrla yg nabi penah bersabda, lebih baik bagi laki tu memeluk babi yg penuh dgn lumpur dari bersentuhan dgn pompuan!! Tu nak gambarkan betapa Allah dan nabi benci perbuatan tu..sampai babi yg sedia haram tu pulak jadi lebih baik utk diPELUK, bukan diSENTUH!! Erm, dahsat tu!! So, akan terbinakah baitul muslim yg nabi banggakan kelak??

Tapi tu yg pegang2la..camna pulak dgn yg tak pegang, jumpa pun tak penah, main pakai handset ja punya percintaan..ni macam bagus je kan?? Mmg macam baguih ja. Tapi jgn lupa, bercinta kan pakai hati...kalau takdak hati, takdakla percintaan tu...tu cinta jin kot..so, dlm hal ni, fitnah hati pulak yg dok menjadi2..dok terbayang2la kekasih hati..rindula kat dia..tambah pulak kalau dia yg mmg jenis baguihla..dok bagi tazkirah je selalu...nampak beriman..ish2..lagi cair!! Tapi sedarlah, fitnah hati sesungguhnya jauh lebih membinasakan dari yg kita dok nmpak tuh. Sbb ia mekar di dalam diam..tak dak sapa yg tau. Pastu, hilang fokus pada Allah dan pada tugas dan tanggungjawab sendiri. Solat pun jauh sgt dari nak khusyuk. Dahla mmg terlampau payah nak dapat khusuk tu, mai pulak masalah dok tringat2 dan terindu2 kat si dia...erm...punahla satu persatu...
Hati dah makin jauh dgn Allah sbb dibuai keasyikan bercinta dgn hambaNya tanpa ikatan yg sah..

Erm tula problem yg menyebabkan rumahtangga yg dibina lani rapuh sgt, mudah runtuh. Sbb dibina atas dasar cinta yg sudah menemui kepuasan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan yg sebenar...bila dah kawen, mulala boring..tapi dlm boring2 tu Allah bagi jugak cahaya mata yg cute..tapi last2 budak kecik tu terbiaq ja sbb mak bapak dia dah mula borink..hilang tumpuan nak didik anak sbb kalut dok bertengkaq..
Last2..tak tercapai jugak hasrat nak bina rumahtangga bahagia sprti acuan Islam...

So, apa penyelesaiannya???

Senang ja...pada yg dah jumpak, kalau dah bersedia dgn kelengkapan mental dan fizikal, cepat2la kawen...tapi jgn lupa bagitau kat teman sekali. Tak panggil makan kenduri pun takpa..teman nak tau ja...nak tlg bagitau kat yg lain2..supaya tak timbul pulak fitnah..=)

Pada yg masih mencari, tapi tak jumpak lagi, tanya balik diri, aku betul2 bersediakah?? Kalau dah, mintak mak ayah tlg carikan...depa msti cari yg the best punya...ada ka mak ayah yang nak tgk anak dia tak bahagia??
Tapi kalau tak bersedia lagi, hentikanlah dulu pencarian..sbb kalau jumpa pun, takleh wat papa lagi…lagi masalah adala sbb nak kena control hati dari dok tringat2 kat dia..ish, macam susah ja nak buat tue...kena kuat bermujahadah..ingat, nak bina baitul muslim kena betul caranya...ala...takkan lari gunung dikejar..hilang kabus, nampaklah ia...=)

Pada yg dah jumpak pulak, tapi tak bersedia lagi... cubala mengawal diri..ingat balik niat asai kita..nak bina rumahtangga yg Allah redha…bukan setakat memenuhi keperluan manusia..tapi tujuan asai kita jauh lebih mulia dari tu...jauhkan dari maksiat hati, maksiat mata, maksiat tgn dan segala maksiat yg sewaktu dgnnya…

Yang teman nak sarankan, tak perlulah bercinta...tapi cukuplah membenarkan org yg dicinta tahu akan perasaan cinta anda…bak kata sorg kwn teman, buat tanda kapur dulu...heh, btoila..takut terlepas..kang menyesai pulak!!satgi teman pulak yg dipersalahkan...konon nak bina baitul muslim, last2 langsung tak leh bina...ish2..

Maka, jagalah cinta tu..biaq terpelihara..agar ijab kabul di hari pernikahan yg meleburkan segala yg haram bisa menjadi batu asas yg terbaik dlm pembinaan sebuah baitul muslim...
Tula hakikat sebenar baitul muslim yg diimpi...pabila langkah pertma penuh bergaya, maka langkah2 seterusnya pasti akan mantap segerak beriringan dgn pasangan masing2...
Ish, dapat dak anda bayangkan betapa hebatnya langkah tu??

erm, sama2la kita hisab balik diri…teman ni pun byk je yg kurang..so, tulisan teman ni sebenarnya buat mengisi jiwa teman sendirik..pada yg sudi mengomen, komenla..kita bincang apa yg patut…

K, syukran sbb sudi baca sampai habis noo....sesungguhnya semuanya dari Allah...moga terisi jiwa2 yg kosong dan ketandusan bahagia dlm mencari cinta suci...
JOM BINA BAITUL MUSLIM!! salam..


p/s: Dulu2 teman tak penah pun dgr baitul muslim ni. Even sekolah agama. Tapi bila dah kue besaq ni, byk pulak terdedah dgn hal2 yg macam ni.
Baguih jugak..sbb kena buat persediaan..=)



12 comments:

f-sha said...

wah,sudah pandai adik skang ni. mantap2. :)

7 tangga ke? make sure tangga yg 1st dah ready yer...

Siti Rogayah Bahari said...

7 tangga??ish, gayah tak fahamla kak sya........huhu...explain plis......

f-sha said...

erk???

tu yang akak tanya, gayah belajar kat mana ni, bab munakahat....

Siti Rogayah Bahari said...

heh, tak amik g munakahat tu...ish, taktaula bila..insyaAllah, nnti dah amik gayah jadi lagi pandaila...hehe...=)
thnx ya...doakan gayah sama tau..
salam syg..

shamsun_nisa said...

Jom...
Tapi kesabaran adalah segala-galanya..
bukan bleh main terdesak, btul x?
Sampaikan nak p changloon pn bleh senget ke parit buntar. Nasib baik x jatuh parit...tapi kenapa senget ke parit buntar? xdak tempat lain dah ka?

Apa-apa pun teruskan menulis untuk isi hati-hati yang selalu lalai ni...klu bleh tulis balik warkah untuk mujahid muda lagi baik...

Wslm..

Siti Rogayah Bahari said...

syukran ya shamsun nisa..erm, bukan takde tempat lain selain dari changloon dan parit buntar, byk g...tu sbg cth ja...
erm, enti penah ka baca pasal warkah utk mujahid muda tu??
tgkla kalau hati ni terdetik nak tulis yg seumpama dgnnya, enti bolehla baca ya.
actually warkah tu sgt personal dan tak sepatutnya disiarkan...
mungkin perlu lebih penambahbaikannya..insyaAllah..akan diusahakan..

whatever, syukran sbb jadi pembaca setia Sekeping Hati ni..

wslm...=)

hamba Allah said...

ishk, kalu tanda kapur macam mana?

Siti Rogayah Bahari said...

akak iman_aisyah..
yg gayah tahu, nak tanda kapur tu ada byk kaedah. tapi teknik yg paling baik dgn mintak bantuan org tgh macam mak ayah atau ustaz ustazah..tanya kat insan pilihan hati tu dia dah berpunya ka blom..klw dah ada, takpela..say goodbye jela..heh. tapi kalau dia masih free, tnyala kalau kita nak amik dia jadi imam or makmum dlm hidup kita, dia sudi tak??=)
klw dia sudi, cukuplah setakat tu. takpayah nak contact2 ka apa dah. teruskan berdoa dan bertawakkal..sampai masa dah sedia nnti, moga diijabkabulkan dgn selamat...=)

tu cara paling baik..

tapi kalau nak tanya kat dia directly pun takpa..dah dapat jawapan tu, stop lah..jgn dok melebih pulak...konsep nak bina baitul muslim tu dah tak betulla kalau dok terus berhubung..

masa nila nak test sejauh mana kita tawakkal kat Allah...

akak iman, gayah ni bagi pendapat peribadi gayah ja..kalau ada teknik yg lebih baik, kak iman bagitau la ye..utk kita kongsikan bersama..

syukran ya akak iman...=)

shamsun_nisa said...

Ingat ke ade ape2 la dngn name tmpt 2.. Tapi best la tulisan enti, warkah mujahid muda2 salah satu, yang lain lain cam lemahnya diri ini, sebenarnye, bila saye bace cam saye je yang kt tempat 2? Tapi saye lemah dalam nak handle..cara yang terbaik utk handle prsaan 2 bleh x enti critakan? dan enti dah penah ke pangkah kapur? dan camane ye nk tau yg si dia sudi trime kite ke x?

Siti Rogayah Bahari said...

shamsun nisa: erm, syukran ya atas semua penghargaan tu. sungguh2 semuanya selayaknya ditujukan utk Allah, sumber sgl ilham..
cara nak handle perasaan ada byk sbnrnya. enti ni msih student ka?? klw student cam saya, byk ja perkara lain yg jauh lbh ptg utk difikirkan..ada byk tggjwb lain..sibukkan diri dgn aktiviti persatuan dsbg. dan "masalah ialah sesuatu yg difikirkan.." so, tak payahla fikir pasal insan tu..insyaAllah, terhandlellah perasaan dgn sendirinya..camna nak elakkan dari berfikir?? senang ja..tak payah cakap pasal dia or benda2 yg bleh dorong kita teringat kat dia...lagi 1, baca buku2 yg meniupkan smngt perjuangn,mcm buku sheikh ahmad yasin ka..buku pasal palestin...dll... bukan novel2 cinta dsbg..maafla saya nak cakap ni...elakkan jugak baca novel2 yg cerita pasal cinta walaupun islamik..bukan apa, melalui pengalamanla..pengaruh watak yg soleh solehah tu sgt mempengaruhi hati..erm, susah nak cakap..harap fahamla maksud saya..dan,
sorg shbt saya penah pesan, ayat dia simple je.."selagi tak terlarang, jgn tinggal solat malam.." so, sama2la kita didik diri utk berkhalwat dgn Allah..insyaAllah, nila jln terbaik nak handle hati yg sering berbolak balik..jg hub kita dgn Pencipta perasaan kita...heh, maaf ya, saya just bleh cakap apa yg saya tau ja..kalau ada yg dah dibuat, teruskan..dan klw ada yg blom, tryla cuba..insyaAllah..akan ada kesannya..=)

erm, penah ka saya memangkah or dipangkah??=) belum ada jawapnnya lagi..tapi shamsun nisa' jgn risaula noo..kalau dah sampai masa nnti..saya akan jemput insyaAllah..=)

k, harap puas hati ya..syukran kathiron..salam..=)

Anonymous said...

dear gayah...tengkiu so much coz bg aku baca tulisan hang ni...menyedarkan aku dari perkara-perkara yang melalaikan ni..isk isk isk...mmgla couple ni byk dosa..doakan la aku cepat2 kawen ye..nnt aku jemput..ozah

Siti Rogayah Bahari said...

dear ozah..sama2...aku kenal hg dah lama..dan aku syg pd pershbtn kita..tak byk yg aku boleh buat melainkn mengajak hg mereleksi diri camni..makasih byk sbb sudi luang masa baca tulisan buruk aku ni..

insyaAllah, moga cepat jodoh hg..dan juga jodoh aku bila kita dah bersedia nnti..

umah kita dekat ja..insyaAllah, aku pi tlg make up hg...(heh, aku make hg jadi muka aku pa...aku mana reti make up2 ni..=))

apa papa aku sentiasa ada masa utk tlg h..insyaAllah..best of Hidayah for u my dearie..uhibbuki fillah..