Nabhan lepas pembedahan pertama..dah stabil waktu nii..
Assalamualaikum.
Anak menakan gayah, 3 bulan umurnya, mohd nabhan masuk hospital semula..
Kalau ikutkan dah lega sebenarnya..tp taktaula camna..kuasa Allah..
Lepas balik dari further treatment kat Hosptal Sultanah Bahiyah, Nabhan dah ok dan ceria2 ja sokmo..tak smpai 2 mnggu bahagia, tiba2 cik midah (mak nabhan) demam..
Nabhan pun demam gak..demam panas tak kebah2 even dah bg makan ubat, dibawa ke Hospital Sultnh Bahiyah lagi sekali..pegi pagi tapi mlgnya mlm baru dpt treatment..masa tu suhu bdan dah tggi..dan kritikal..dah nak tarik..ni la satu kelemahan hosptal awam ni..boleh buat halai balai ja. Bila Dr scan, dia kata ada pendarahan kat otak kat tempat yg sama dibedah sblm nii..lepas tu terus transfer ke Hosptal Penang..
Bila sampai HP, Dr scan sekali lagi cakap infection dan pendarahan tu kat sebelah kepala satu lagi plak..which 1 ha? erm, semua Dr. suspek nabhan penah jatuh sbb tu boleh berlaku pndrhn..tp kalau batul jatuh, kat luar takde bengkak ke aper...takkanlah kat dlm boleh teruk tp kat luar takdak sbrg kesan kalau betul jatuh..
Erm, at last baru Dr mengaku depa salah buat percaturan..mmg berlaku infection sebelum ni lagi, bkn sbb jatuh..WA..
Kesian Cik midah dgn cikzai..bedah isnin malam..sampai hari ni masih tak stabil..darah nabhan byk hilang..lani depa dok masukkan darah..dia tak tunjukkan lgsg respon positif..hati ibu mana yg tak risau..cik tak lena 2hari 2 malam dah..kesian..dia takut sgt..takut..
Aku hanya boleh tnjuk muka cool depan cik. kalau tak, takdak sapa nak tenteramkan sapa..just boleh pegang tangan nabhan dan sebut nama dia, bg semngat kat dia..sungguh, aku percaya, dia sedang bertarung dgn kuman2 dalam badan dia..nabhan..cepat sembuh ya..maksu nak tgk nbhan jadi anak soleh..
Hati ni resah gelisah..ya Allah..bantu kami..kuatkan kami..ringankan ujian ini..jgnlh kau uji kami melebihi kemampuan kami..sembuhkanlah nabhan dan panjangkanlah umurnya..
ameen...
Syukran pada shbt2 yg dah ambil berat dan mendoakan nabhan..kami terus menagih doa kalian...
-Maksu-
2.25 ptg
2 April 2008
USM.
5 comments:
salam..harap kak gayah dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah ini,ssgghnya Allah menguji hambanya mengikut tahap kemampuan hambanya..insyaallah...
moga nabhan kembali ceria dan dapat meneruskan kehidupan seperti insan lain..insyaallah
"Ya Allah,selamatkanlah mohd nabhan, berikanlah kekuatan kepadanya untuk melawan penyakit ini,berilah peluang kepadanya untuk terus hidup dan mengecapi keindahan dan dapat mengimarahkan bumiMU ini Ya Allah,Ya Allah,berikan kasih sayang dan rahmatMu keatas si kecil ini,berkatilah si kecil ini Ya Allah,moga dia dapat terus hidup dan membesar menjadi anak yang soleh Ya Allah.. Ya Allah,Engkau berikan juga ketabahan dan kekuatan kepada kedua ibubapanya,rahmatilah mereka,bantulah mereka Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..istajibillahummaduaa'na3...amin ya rabbal a'lamin..
salam...smg nabhah cepat sembuh. mak su skluarga jgn brsedih.ni ujian dari ALLAH utk menguji tahap keimanan kita. "Apakah mnsia itu mgira mrk akn dbiarkn hnya dgn mgtkn " km tlh briman" sdgkn mrk tdk diuji?" (al-Ankabut 29:2) harap cik midah bersabar dan tabahkn hati.Sungguh manisny ssorg yg apabila ditimpa musibah masih mampu tersnym. sstu yg trjadi mesti ada hikmah dsblkny. ALLAH tdk akn membebani ssrg melainkn ssuai dgn kesggupannya. Smg mohd nabhan cepat sembuh...SYAFAKALLAH...
sabar ye ustzh.. ujian Allah tu. Ana doakan moga2 anak kecil tu dapat merasa kehidupan seorang kanak2 riang, berlari kesana-sini tanpa memikirkan masalah. spt kanak2 lain.. Jgn lupe pergantungan kita pada Allah. Sesungguhnya setiap yang berlaku didlam percaturanNya, ade hikmah disebalik segalanya.. percaya dan yakinlah kepada Allah.
"Ya Allah, sembuhkanlah anak kecil itu"
Salam...gayah,byk2 la bersabar ye.Wan baru tahu lepas gayah mesej tadi. Wan pon rasa takut gak sebenarnya.Wan pon bakal jadi salah seorang petugas di hospital...Bila patients terlalu ramai,kadang2 xdapat bagi full commitment.Kerja2 yg melibatkan nyawa orang ni amat berisiko.Kalau kita salah sikit pon boleh membahayakn orang.
Apapon,hidup mati di tangan Tuhan.Doakanlah mana yg terbaik untuk dirinya.Semoga dia cepat sembuh la hendaknya..
Ya Allah.., Ssungguhnya Kau Tuhan Yang Maha Pengasih.., Kau kasihilah adik Nabhan sebagaimana Engkau mengasihi org2 yg beriman...
Ya Allah.., Ssungguhnya Kau Tuhan Yang Maha Mulia.., Kau berilah kebaikan kepada adik Nabhan..
“Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya Allah.., Ssungguhnya Engkau Tuhan yg Amat Penyayang, kami memohon agar Kau jadikanlah adik Nabhan pejuang agamaMu..
Ya Allah, dengan rasa rendah diri & kami mengakui kami adalah hamba Mu yang lemah lagi tak berdaya melainkan dengan pertolongan Mu, Ya Allah.. sembuhkanlah adik Nabhan yang kami sayangi..
Ya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa, perkenankanlah doa kami..
Ameen ya Rabbal 'Alamin..
Post a Comment