Friday, April 04, 2008

Nabhan Telah Kembali..

Ada tak ros putih ni kat syurga, nabhan syg? Petikkan sekuntum utk maksu ya..


Bismillah walhamdulillah la ilaha illallah wallahuakbar la haula wala quwwatailla billah..

Nabhan telah kembali ke rahmatullah pada hari kamis malam jumaat pukul 1 pagi 4/4/08 bersamaan 27 rabiulawal 1429 hijrah setelah melihat dunia pada 29/11/07..hari yg indah utk seorang bayi yg sgt baik sepnjang 4bulan lebih hayatnya..

Maksu benar2 terasa kehilangan nabhan..Alhmdulillah, maksu bersyukur sbb Allah masih bg ruang kesempatan peluang dan tenaga utk Maksu menjadi seorang maksu buat Nabhan..
ditakdirkan Nabhan masuk hospital Penang yg sgt dekat dgn USM tmpt maksu menuntut ilmu..
ditakdirkan jua maksu telah berjya membina kekuatan utk bergerak ke hospital dengan mudah..
Maksu bersyukur dapat berada di samping nabhan beberapa ketika saat nabhan bertarung dgn jangkitan e. coli dalam kepala dan seluruh badan..
Maksu sgt bersyukur diberi kesempatan membelai tangan, kaki, perut, pipi dan seluruh badan nabhan yg semakin membengkak kerana tidak dapat menerima bantuan darah yg diberikan..nabhan tahu tak nabhan kehilangan banyak sgt darah waktu pembedahan otak nabhan? mungkin nabhan tak tahu, sbb nabhan memang dah tidur waktu tu..nabhan dah taknak respon pada sebarang ubat..maksu sedih tgk nabhan mcm tu..

3/4/2008 - Pagi

one msg receive: cik zai
Dr. cakap nabhan dah takdak harapan dah..

tenang di luar, bergelombang di dalam.

segera maksu bersiap dan merancang utk ke hosptal dgn makcik erina. plan maksu pg tu utk fokus study mmg telah hilang dari ingatan. yg ada hanyalah nama anak buah maksu ke12 ni..mohd nabhan b ahmad zaini..

perjalann dgn moto yg memakan masa 15 min hnya menyaksikan maksu dan makcik erin membisu..sampai di wad icu, ayah dan mama duduk di luar. mata ayah merah. nabhan, maksu tak penah tgk ayah nabhan menangis selepas arwah tokwan meninggal 11 tahun dulu.. pipi mama pula terus basah. itula kali pertama maksu menunjukkan yang maksu ada air mata yg byk di depan mama dan ayah setelah nabhan dibedah dua kali. laju sekali..

masuk ke dalam wad, maksu panggil nabhan, tp nabhan lgsg tak jawab. maksu gosok perut nabhan, tp nabhan buat tak tahu ja..maafkan maksu sbb dah basahkan badan nabhan ya syg..

tak tahan di situ, maksu dan makcik erin menuju ke surau..bacaan yasin dialunkan penuh dgn tersekat2..kali ni makcik erina yg lead maksu. lemah sekali..setiap kali sampai pada kalimah mubin, maksu mohon pada Allah agar nabhan pnjg umur dan sembuh..setiap kali..

tak puas dgn itu, maksu nak ckp lagi dgn Allah..solat dhuha menjadi telefon antara maksu dgn tuhan kita..maksu percaya harapan masih ada..

maksu msg pada shbt2 maksu, mintak doa mereka utk nabhan..

masa ni, ayah dgn mama dah start telefon semua member sekolah mereka memberitahu keadaan nabhan yg sgt kritikal. kami terus berharap agar nabhan terus bertahan dan kuat melawan bakteria tu.

Seorang Dr cina wanita dtg dan cuba menenangkan. dia cakap kalau nak tnya apa2 tnya je dia. nabhan, byk sgt wayar yg dicucuk kat kepala, badan, tangan, hidung, kaki dan seluruh badan nabhan. nabhan jgn kecil hati pada maktok sbb tak dtg ziarah nabhan..maktok tak boleh tgk nabhan dlm keadaan tu..dulu arwah adik ayah nabhan dah penah 'dipermainkan'oleh doktor seumpama itu. pasti lebih laju air mata maktok kalau dtg tgk nabhan..

Nabhan syg,
semakin waktu berjalan, semakin ramai org dtg nak tgk nabhan. yg dtg mula2 muka cool, mesti keluar jadi merah, mata berair. semua kasihankan nabhan..semua sygkan nabhan..

bacaan meter menunjukkan naik dan turun. harini bantuan darah dah dihentikan sbb nabhan lgsg taknak terima. sbb tu badan nabhan makin bengkak dan lebam..bantuan oksigen juga sudah sampai ke tahap maksimum. ubat dialirkan tanpa henti...tp nabhan nak tidur lg..

mama nabhan kejap berhenti kejap menangis kembali..maksu pun tak dapat nak terus cool..maksu tak boleh..

Malam

Waktu malam tiba, bdn maksu makin lemah, mintak tenaga. maksu keluar dgn ayah utk makan dan beli roti utk mama. tak lama lepas tu, pakngah, pakchaq, paksu dan abg ayih sampai ke hospital..maksu bawak semua tgk nabhan..lepas tu semua pegi solat isyak dan maksu masuk kembali teman nabhan dan mama..

maaf ya kalau maksu terpksa jugak baca nota..tak dpt nak selalu pegang tangan nabhan..maksu tau nabhan sejuk..maksu pun sejuk..lepas tu ada sepupu nabhan dtg dan maksu tggu di luar wad sbb tak ramai yg boleh masuk icu..kat luar maksu menggeletar dan mula tersengguk sbb dah letih sgt..mula2 maksu cdg nak tggu nabhan sampai sok pagi tp tak jadi sbb ramai pulak lelaki..maksu segan dan mengantuk. so maksu mintak kunci kereta kat ayah dan masuk dalam kereta dgn niat nak tidur. tp mengantuk maksu dah hilang pulak..somaksu sambung bc nota..masa tu dah dkt kul 1 jugak. lepas tu maksu terlelap seketika..hs maksu letak kat seat depan. area pukul 130 camtu, abg mama ketuk tingkap kereta. maksu terkejut dan abg mama nabhan cakap "adik dah takdak"..maksu tak dgr, "apadia?" "adik dah takdak" "nabhan dah takdak?" "ya, nabhan dah takdak" innalillah wainna ilaihirooji'uun..maksu terduduk selama beberpa ketika..maksu terkejut. minit2 maksu tertidur itu sebenarnya merupakan minit2 terakhir nafasmu nabhan..

abg mama suruh maksu tgk hs. ada miskol dari ayah tp maksu tak sedar.pukul 1.11 pg. kwn2 maksu hubungi mengkhabarkan bahawa nabhan telahpun mendapat syurga..tiada air mata..

beberapa ketika berlalu akhirnya maksu sempat juga masuk icu. tp nasib maksu mlg sbb nabhan telah dibalut dgn kain putih. maksu tak dpt nak tgk muka nabhan lagi..air mata laju kembali..
prosedur kematian diuruskan sebaik dan sesabar mungkin oleh semua pihak. lepas tu perjalanan pulang ke rumah maktok dimulakan pada jam 2lebih. jalan cukup tenang tp hati maksu terus berombak..maksu gantikan tugas mama menangis..pilu rasanya..ini kali kedua dalam hidup mksu terpaksa menerima hakikat sebuah kematian..dan nabhan pula sempat maksu jaga..sempat maksu belai sebelum saat2 akhir itu..

dulu masa arwah tokwan takde, tokwan cuma pergi lepas maksu tgk tokwan..malam maksu melawat tokwan, itulah malam terakhir tokwan di alam dunia fana nii..

Di Rumah

Sesampai di rumah, nabhan disambut oleh makngah, pakngah dan tok. tok bertelekung, barangkali tak boleh tidur. awal tok buat tahajjud malam ni. kain putih nabhan dibuka selepas nabhan diletakkn di atas katil bujang. sekali lagi air mata yg hampir kering tak boleh dihentikan..maksu kesian tgk nabhan..kesian..tak mampu maksu nak cerita di sini..biarlah ia jadi rahsia keluarga kita..tok tnya "adik bawak balik buku dak?" maksu jawab dgn air mata...maksu jrg nangis depan tok dan org ramai..tok syg maksu..peluk maksu..tok ckp, "nabhan dah jadi ahli syurga, kita ni ja yg taktau..sabaq la..sabaq.."

Beberapa ketika berlalu, pada Allah maksu mengadu..dan akhirnya maksu sgt letih dan tidur di bawah sejuk kipas angin..hanya 2jam lebih..esoknya badan menggeletar..tak larat nak bgn. paksu dtg rasa dahi dan leher, panas. nak demam. kena makan ubat.
tp nabhan, maksu paling tak suka kena makan ubat..alhmdulillah, dah normal balik lepas solat dan mandi..

Proses memandikan, mengkafankan,menyembahyangkan dan mengebumikan nabhan berjalan lancar..alhmdulillah..walaupun sebenarnya ada beberapa perkara yg terjadi di luar perancangan..namun, semuanya berhikmah..ramai yg dtg tgk nabhan dan sempat tgk nabhan..alhmdulillah..semua mendoakan kesejahteraan nabhan dan menyokong ayah dan mama nabhan dan seluruh keluarga kita...ramai sampai tak cukup dan semua menyempit2..di kampung tu, jrang sgt ada kes baby meninggal. waa...nabhan kira special kes la nii..=)

Nabhan syg,
waktu maksu menulis ni, pada mulanya maksu menulis sambil menangis..dan part yg last2 ni maksu dah dapat kekuatan lepas solat isyak dan bersembang dgn makcik erina dan beberapa org makcik nabhan yg lain..alhmdulillah..dah puas menangis..tp maksu tak jamin air mata ni akan kering utk nabhan..maksu tak kuat..skrg mungkin nabhan tgh terbang di dalam syurga kan? bermain-main dgn bidadari..bestnya..nabhan akan rindukan mama, ayah, abang2 nabhan, tok, maksu dan keluarga kita kan? nabhan dah jumpa tokwan? apa kabar ya ayah maksu? rindu sgt..bila ya kita dapat jumpa semula?

Dedikasi

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih utk semua shbt yg telah mendoakan nabhan dan keluarga gayah samada sebelum atau selepas nabhan pegi..gayah syukur dapat shbt2 berhati sufi mcm kalian..sungguh hanya Allah yg dpt balas..pada aisyah, erina, nik, yg selalu teman gayah ke hospital, syukran kathir..buat pengirim-pengirim sms..ikhwan dan akhowat yg gayah tak tersebut nama kat sini sbb entum terlalu ramai yg memberi sokongn dan kata-kata semangat..tak kurang juga yg dtg melawat kat hospital, kat rumah lg..yg baca yasin dan solat hajat dan yg niatkan sekali utk kesembuhan nabhan waktu solat hajat utk exam..gayah sungguh terharu..syukran kathir...syukran kathir..

tlg doakan kejyaan bersama ya utk final kita nii..ana uhibbukum fillah..=)

Bangmat, adik dah ciumkan nabhan utk bangmat. tp waktu tu dia dah takdak dah. sbb waktu kat icu tu takdak ruang nak syg sbb gangguan wayar2 dan balutan di kepala..bgmat dan kakna dan alya jgn sedih tak dpt nak tgk nabhan utk kali terakhir. adik yakin nabhan rasa kasih syg bgmat sekeluarga pada dia..

Nabhan syg, maksu nak undur diri dulu. kwn maksu dah dtg bilik nak study sekali. maksu exam isnin ni paper first. maksu tak menyesal jaga nabhan walaupun ada tekanan exam. tp sebaliknya maksu cukup rasa beruntung...


Salam syg utk nabhan yg sgt maksu syg...
MAKSU,
944 pm
4/4/08
USM.

8 comments:

Anonymous said...

innalillahi wa innailaihiroji'uun..

Ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Apakah kita kan sabar,
Atau pun sebaliknya..

InsyaAllah, semuanya sabar2 belaka hadapi ujian ini..
Semoga Allah meluluskan semua dengan ujian kepulangan ini..
terutama kepada ibubapa nabhan..

Kepada maksu nabhan, hadapi pulak ujian di USM dengan cemerlang..
Gud Luck exam..

Anonymous said...

innalillahi wa innailaihiroji'uun...

harap ukhti gayah sekeluarga bersabar dan tabah mghadapi ujian dari ilahi.

GUD LUCK 4 final exm...

Teruskan usaha...

USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN

insyaALLAH...

rossees said...

salam takziah..

Anonymous said...

takziah buat gayah sekeluarga..

Anonymous said...

salam`alayk gayah~

susah senang, kita pasti bersama
menangis ketawa kita juga pasti bersama
semoga kebersamaan ini kekal sehingga ke syurga abadi

(p/s: boleh la kita sama2 jumpa nabhan) =)


.aunty rin.

Nazrie said...

innalillahi wa innailaihiroji'uun..

Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)

Abah Mui'zz said...

Untuk seorang ayah yang diberi peluang besar oleh Allah merangkul dan mendukung bayi hampir setiap hari, abah ada sebab untuk rasa terharu dengan kisah Nubhan.

Semoga Allah jauhkan abah dari ujian sebegitu kerana abah tahu abah tak kuat untuk hadapi.

Takziah dari abah sekeluarga utk Siti. Nabhan lebih dikasihi Allah tatkala ini, dan semoga kita juga akan berada disisi kekasih2Nya juga kelak, insyaAllah.

Anonymous said...

assalamualaikum.. gayah, aku baru baca post hang ni.sorry terlewat..takziah.sabar ye, aku tau hang kuat....
-learner86