Friday, January 29, 2010

Kenapa Bertukar drpd PENDIDIKAN kpd PELAJARAN?

~Aku ni dah tua..tau umoq aku berapa? Tekala sendiri..hihi..disebabkan aku ni dah lama hidup, aku pun pelek awatla cikgi2 ni tak dpt kuaca nak didik budak2 lani? budak2 la terok btoi. sampai aku yg tua ni pun depa tak hormat. herhhh..

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah..syukur atas segala limpah rahmatNya..

Baru sebulan bergelar guru, dah demam dah saya. agaknya, apa penyakitla nak dapat dalam bertahun-tahun akan dtg ya? Herm..

Balik dari sekolah, mangsa pertama mendengar segala cerita mestila hubby.. ada saja kerenah murid, guru dan kerja-kerja utk diluahkan. kerja byk tak apa, asalkan tahu apa nak dibuat. yg jadi tak best, bila nak kena buat benda yg tak pernah tau dan tiba2 mcm2 masalah pulak timbul walaupun dah ikut semua langkah yang diajar. Huuhhh..

Berbalik kepada persoalan tajuk, kenapa ya agaknya nama kementerian tu berubah? Dulu zaman saya belajar, namanya Menteri Pendidikan. Mai zaman saya mengajar pulak, bertukar jadi mcm lebih slow skt, 'pelajaran'.

Makna keduanya ni pun dah jauh berbeza. Mendidik merangkumi semua, hati, dalaman, luaran, ilmu dan emosi. tapi pelajaran cuma berlegar pada ilmu. Mungkin sebab tu agaknya, guru pada zaman ini seolah diikat tangan. buat hukuman sikit, ibu bapa ajak masuk mahkamah. undang- undang yang membantu guru mendidik juga ditarik 1 per satu. bila guru didakwa, tiada pun undang-undang yang sudi membela guru sebaliknya undang-undang yang sedia ada dirombak sesuai dgn kehendak ibu bapa yang hanya tahu membela anak sendiri.

Nampaknya fungsi guru sebagai pendidik benar-benar telah berubah. sekarang, guru hanya bertugas sebagai pengajar di dalam bilik darjah. keluar bilik darjah, tak payah ajar apa-apa. mungkin sebab itulah agaknya budak-budak sekarang jauh berbeza dgn budak-budak dahulu dari segi kekurangajaran mereka.

Sudahla kita sedia maklumi, didikan dari rumah rata-ratanya kurang berjaya dewasa ini. Di mana lagi anak-anak boleh mendapat didikan kalau bukan di sekolah? Nak didik, tp tugas hanya jadi pengajar jer..apa bleh buat..


**bintubahariyah**
**1031 pm**
**setelah sebulan menjadi guru**

5 comments:

MARIAM said...

salam, betul sangat-sangat apa yang gayah kata, situasi yang sama berlaku kat yam... huhu

Anonymous said...

Salam, kak.

Tertarik pula saya tentang luahan akak yang nih. Dari Pendidikan ke Pengajaran..

Kalau nak beri komen, takut lak panjang berjela. Tapi brief jela ye.. nanti2 saya datang lagi ke sini.. :D

Betul kata akak when u said, mendidik merangkumi semua and mengajar hanya sekitar ilmu sahaja. Apa yang saya fahamlah, from the word only we can predict what will happen for the next few years.. Tak payah jauh sgt lah, skrg pun sistem pendidikan Malaysia dah nampak akan ketidaksempurnaannya. Meaning that, pengajaran yang dihasilkan menyebabkan anak 'ajar' semakin tidak terajar akhlak dan sahsiahnya.. Anak 'ajar' sekarang lebih terajar akan ilmunya sahaja..

Wallahualam,

nanti saya datang lagi tau, kak.. ;)

love, wm..

Siti Rogayah Bahari said...

wm..maila lagi..

budak2 lani nak kata maju sgt dari sudut ilmu pun, xjugak. zaman kita dulu lagi bek dari yg lani. kualiti. lani byk kuantiti ja. kualitinya hampeh..

yam~ awat yam? yam kena apa? gyh ni sakit tekak sgt dah. harini tak pi sek. mc. nak jerit tak larat. suara pun jadi serak. tiap2 hari kena jerit ja kat budak. satgi depa komen plak kata tak dgr. semua salah kita! eee..geram2!

hikmah kembara said...

salam ziarah......:)

Nooreena said...

Sabar Gayah.. Sabar.. :)


PS: Gayah, Rin jatuh dari bas petang tadi. Huwa~