Wednesday, February 04, 2009

Remote Emosi


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua pengunjung SH? Wahh..meriahnya SH sekarang. Terima kasih kepada semua ahli ziarah. Apa jua pandangan yang kalian lontarkan, semuanya pasti telahpun Allah takdirkan ianya berlaku. Apa jua kesannya kepada pembaca-pembaca lain, pasti telahpun ada dalam pengetahuan Allah. Walau bagaimanapun, moga sekeping hati ini bisa terus tegar menjadi medium dakwah buat pemiliknya terutamanya dan juga buat semua ahli ziarah. Sesungguhnya, apa jua yg telah saya nukilkan, benar-benar datang dari hati ini..sebab itu saya namakan rumah ini ‘Sekeping Hati’.

Alhamdulillah, hingga kini telah Allah bagi peluang untuk saya melihat dunia ini hampir 23 tahun. Terlalu banyak benda yang saya belajar. Berapa banyak sifat negative yang pernah beraja dalam diri, berapa byk pula mahmudah diri datang minta bertapa di dalam hati. Ada yang pernah saya ambil dan simpan sekian lama. Ada pula yang datang dan pergi. Ada yang tidak bisa lagi saya lekatkan untuk menjadi darah daging sendiri..dan ada 1 sifat mazmumah yang sedang saya cuba untuk buang jauh-jauh, lontarkan ke dalam lautan yang dalam. Itulah EMOSI yang bernafsu ammarah.

Peringkat-peringkat nafsu

Pengisian usrah oleh kak radieah tersayang pernah menghighlightkan peringkat-peringkat nafsu. Nafsu ada 7 peringkat semuanya. Dari yang paling teruk ke yang paling baik:

1) Ammarah

2) Lawwamah

3) Mulhamah

4) Muthmainnah

5) Radhiyah

6) Mardhiyyah

7) Kamilah

Ringkas di sini, nafsu ammarah yang paling teruk, yang paling rendah tahap dia. Nafsu kamilah merupakan nafsu para nabi. Utk org kebanyakan macam kita, nak sampai nafsu muthmainnah pun sangat payah.

Rapat umum

Sebut pasal emosi, paling byk word ni disebut pada saya ialah ketika rapat umum waktu bertanding kerusi umum MPP. Ada 3 rapat umum semuanya. Malam pertama, saya agak berjaya mengawal emosi, byk ketawa, agak agresif tapi masih bertenang. Malam kedua, emosi saya dicucuk-cucuk bila pro-Mahasiswa difitnah berapi-rapi oleh pro-Aspirasi. Dapat pulak notes daripada sahabat saya, ejay, yang mintak saya balas balik apa yang telah difitnah tu. Bertambah-tambah panaslah diri. Namun, malam ketiga saya telah dinasihatkan oleh semua senior agar lebih bertenang dan cuba kawal emosi.. So, apa dah jadi?

Memang malam itu, provokasi terlalu melampau. Dan malam itu, saya patut menjadi orang yang paling marah. Namun, berkat al-Quran yang terbimbit di tangan, setiap kali teriakan fitnah dihamburkan, setiap kali itulah saya pekakkan telinga dan terus melantunkan alunan al-Quran. Alhamdulillah..sampai pada 1 tahap, bila ada satu tuduhan yang paling pedih dilemparkan, sekali saya selak lembaran ayat Allah, terus saya temui satu ayat yang seolah-olah Allah sedang berbicara dengan saya..apa ayatnya? Boleh klik kat sini..
(dah ada posting pasal rapat umum sebelum ni). Ayat yang cukup indah..

Nikmat Menahan Marah

Pulang dari Rapat Umum pada malam itu, saya sudahpun merasakan sebuah kemenangan. Ya, menang dalam melawan nafsu ammarah. Menang bila bisa mengatasi diri sendiri. Inilah suatu kepuasan yang tiada kata dapat menggambarkan. Hanya orang yang benar-benar diberikan kekuatan untuk bersabar sahaja bisa merasai nikmat menahan marah. Alhamdulillah, terasa Allah memilih diri yang hina ini..

REMOTE EMOSI

Apakah remote yang boleh membantu kita mengawal nafsu ammarah? Senior-senior kat sekolah agama yan dulu rajin bagi tazkirah tentang bbrp cara kita nak kurangkan dan kawal rasa marah tu.

1) kalau tengah berdiri, duduklah

2) kalau tengah duduk, baringlah

3) kalau dah baring tp marah belum hilang, ambillah wudhuk.

4) Kalau ambik wudhuk pun belum hilang rasa marah, solatlah sunat 2 rakaat.

iA, amalkan cara ini. Sebab marah itu daripada syaitan yang berasal daripada api. Sejukkan ia dengan semua cara yang nabi sendiri ajar kat kita.

Sejak mula-mula masuk Latihan Mengajar ni, saya paling tidak boleh mengawal nafsu ammarah. Sering beremosi lantaran berjumpa dengan suasana baru yang cukup menduga. Namun, alhamdulillah, berkat nasihat dan didikan daripada orang yang suka mendidik, saya sedar yang saya patut kembali berubah dan menjadi orang yang tenang selalu. Kelebihannya bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk saya sendiri, pasangan hidup, generasi saya, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Bila kita tenang, ketenangan itu akan bertebaran ke mana saja kita berjalan, sepanjang mana masa selagi kita dalam ketenangan.

Kehendak Allah

Malam ini, kala hati saya telah lama berniat untuk menulis sesuatu tentang emosi ini, sekali lagi terasa Allah sedang berbicara dengan saya melalui ayatnya dalam surah at-Taghabun ayat 11 bermaksud:

Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Pernah tak waktu kita membeli laksa di pasar malam untuk berbuka puasa, kuahnya tawar? Atau terlebih masin? Kita pun hampa dan marah-marah pada pakcik dan makcik yang jual laksa tu. Selalunya beli sedap ja! Ishy, geram3! Kita lupa…Sedangkan hakikatnya, Allah lah yang telah menggerakkan jarinya untuk mencedok garam berapa banyak pun kuantitinya ataupun mengilhamkan yang mereka telahpun meletakkan garam sedangkan tak letak pun lagi sebenarnya. Bukan salah pakcik dan makcik tu pun. Dah harini memang tertulis di loh mahfuz yang mereka akan terlebih letak garam or lupa letak garam dalam kuah laksa itu. Sapa yang punya angkara? Tak, bukan angkara depa, bukan jugak kehendak depa. Tapi itulah kehendak Allah. Kita lupa.

Macam tu jugak dengan apa yang sedang berlaku dalam SH ini. Kenapa Allah izinkan ada hati yang sakit cuba menyatakan sesuatu dalam chatbox? Dan mengapa Allah izinkan ada insan yang cuba membetulkan persepsi kurang tepat itu tanpa saya terlibat sendiri dan tanpa saya sendiri tahu siapakah insan-insan tersebut? Mengapa? Mengapa ada pula sahabat yang terus-menerus menghembuskan kata-kata semangat tanpa goyah sedikitpun keyakinan mereka kepada saya?

Meyakini ayat Allah yang agung di atas, Ya, pastilah ini kehendak Allah..dan semestinya saya WAJIB redha dengan kehendakNya dan teruskan berusaha menjadi orang yang beriman. Semoga Allah memberi petunjuk kepada hati yang cukup gersang ini untuk terus meneguk kasihNya..kerana Dia Maha Mengetahui segala apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.

Di sini, saya terlalu ingin mengucapkan terima kasih kepada semua shbt, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik yang tidak goyah keyakinan kepada usaha dakwah saya. Saya terharu kerana benar, hilang seorang, datang 1000 pada saya. Dan, saya yakin, hati-hati kalian yang tetap tega meyakini saya, jua dipegang oleh Allah dan Dia berkehendak agar yang hak terus tertegak. Insan-insan yang kuhargai, hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

Maaf dan hikmah

Andai ada kesilapan insan padamu, maafkanlah. Kerana dengan memberi maaf, dirimu akan tenang, ammarahmu tunduk membisu. Tiada dendam yang menguasai kalbumu. Andai segala yang terjadi terlalu mencabar keegoanmu, berdiamlah seketika, ingatkanlah akan Pencipta yang mengizinkan segala, fikirkan dan carilah hikmah yang tersirat di sebalik semua yang Dia kehendaki terjadi kepadamu. Kerana sekali-kali tidak Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Maha suci Allah daripada segala sesuatu yang penuh dengan kelemahan.

Sahabat-sahabatku, muslimin-muslimat yang dibanggai Rasulullah,.. bicara dari hati ini kuharap bisa sampai ke hati itu..iaitu hatimu..

Wallahua’lam.


..Bintubahariyah..
..951 pm..
..3 Februari 2009..
..Pearl 101..

3 comments:

Anonymous said...

Orang yang paling gagah dan hebat dan dipandang penuh kemuliaan adalah seorang yang mempunyai sifat sabar yang tinggi. Walau apa pun keadaan dan situasi, dia akan tetap cool and steady. Akhirnya sikapini akan menimbulkan kehormatan dan dihormati orang.

Sifat sabar adalah kunci utama untuk mengawal emosi.Walaupun di dalam dah bagai nak pecah, tetapi sifat sabar yang lahir daripada kawalan daripada aqal yang waras dan ketenangan hati dapat mengawal diri daripada diterjemahkan dengan tindakan luar melalui tindakan fizikal diluar jangkaan


Jadi belajarlah meningkatkan sifat sabar anda. Sejauh mana sifat sabar anda?

Anonymous said...

remote= jauh

mungkin enti maksudkan control=kawal

Anonymous said...

asalamuailaikum..sy faiz.kak Rogayah msh igt x...kenangan umh ank ytm kulim..kalu msh igt alhamdulilah.skrg faiz ok.faiz igt lg kata2 kak iaitu igt pd allah byk2..