Showing posts with label Anak-anak buah maksu. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak buah maksu. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

Sekitar Julai 2009

Assalamualaikum wbt.

Entry kalini just nak share bbrp kisah manis yg dah Allah izinkan terjadi dalam bulan 7 ni. memandangkan blog ni pun mcm sunyi ja dan saya dah lama tak kluar idea nak menulis, kita tgk gmbq dahla..


Ok, stat dgn pic ni..ni 2 org anak menakan saya yg dok kat pahang. yg kakak tu namanya nur alya amira dan yg kecik tu mohammad hadif. depa ni anak bgmat dan kakna..baru ja p tidoq rumah depa awal bulan haritu..bolehla lepas rindu kat mak..kakya ni baru kena kerat rambut dgn tok dia..dia suka sungguh dodoi adik dia dgn selawat..baru 2 tahun sebulan, dah pndai selwat..siap ada taranum lg..hihi..pandai bgmat ajaq. yg si kecik tu, mmg kecik..comey sgt..baru lahir bulan 6 baru ni..kira sbln lebih la baru..geram sggh kat dia..


Tgk next pic lak...ni cik abg tgh dok asyik kena urut kat mata..spek mata suria perkasa hitam ni bergegaq-gegaq tau..ni sambil dok atas kerusi sambil kaki kami diurut dgn mesin refleksologi..dia dok lena la tu..hihi..sapa2 nak try free ja, p kat tesco extra tepi usm tu..takyah beli pun takpa, dpt urut 5/10 min pun dah ckp nak regangkan otot2..


Kita tgk pic ni lak..ha...nila shbt usm yg 1st yg mai baitul ilmi kami ni..mas, zati, yasha dan raden..4 org je. ingatkan depa nak mai dalam 10org..punyala kanda gayah dan kanda afzan siapkan laksa, kopok lekor, cucuq cempedak dan teh china. bykla buat. last2 bg la depa bawak balik laksa tu skt..nak hrp kami 2, mmg 2 hari la baru habis..by the way, trm kasih byk2 ya shbt..pasni kena mai lagi..shbt2 lain pun maila nae..hbq bila, kita plan baik punya noo..iA..




Ada lagi gmbq nii..masa ni kami kat teluk bayu..pg2 buta lg ni..matahari pun tak naik habis g..joging2 sehatkan badan..pastu, rehat kat batu-batu ni..cik abg ni amik kayu tu tang mana ntah. buat2la belakon mcm hero..hihi..pastu dia buat meditasi reiki..then, kami makan2 sarapan kopok lekor dan roti telur sambil tgk pantai..tenang hati..alhmdulillah..



Ada lg? ada...cuba teka ni sapa ni? hihi...akhirnya jumpa dpn mata dgn ayahda azizan ni..tegezut..waktu ni kami p expo kerjaya..ustaz zahran kawan abg saya pun tak ketinggalan. saja ja pi tgk peluang kerjaya baru..tup2 pakcik zizan sampai jadi VIP..dia rasmi expo ni..waa..berbaloi jugak sampai ke kulim..dpt tgk dekat2 pemimpin kesayangan saya ni..=)


Okla, dah habis kot. tu je pic yg smpt sy snap..nnt2 kalau ada lg, saya share lg iA..

k la, nak p masak lak. bye..wassalam..

..bintubahariyah..

..30/7/09..

..TSB..

Monday, June 22, 2009

Ahmad Hanaffi Sidqi b. Ahmad Faizal

~Adik dan bangchu pd hari para wali saya nak serahkan tgjungjawab pada insan lain...

Assalamualaikum wbt.


13hb dilahirkan ke dunia..namun, matanya terpejam rapat sbb lemas sewaktu dilahirkan..shingga ke 19hb dia ditempatkan di ICU GH Penang..semakin hari, harapan kami terutama bangchu dan kak kinah makin berbunga..sbb ada proggression yg baik. badannya sudah bertukar warna dari biru sbb kekurangan oksigen ke merah dan ke warna kulit asal dia dijadikan Allah, putih melepak. muka dia lebih mcm bangchu dan kulit dia ikut kak kinah..


Indah sekali nama diberi..AHMAD HANAFFI SIDQI B. AHMAD FAIZAL..


Hari-hari seterusnya memudarkan harapan kami dan hanya pada Allah kami memohon agar segalanya yg terbaik utk Hanaffi dan mak dan ayahnya..

Akhirnya, Allah katakan nak simpan Hanaffi utk mak dan ayahnya di syurga..


19hb Jun 2009 jam 1130 pg..Hanaffi mungkin dah pun berjumpa dgn Nabhan, sepupu dia (anak cikzai dan chik midah)..juga dgn abg2 saya yg tak sempat pun saya jumpa sbb sy tak lahir pun lagi waktu tu..abg zainal, abg ismail dan abg khairi..


TAKZIAH utk Bgchu dan Kak Kinah drp adik, bgjan, mak dan seluruh ahli keluarga kita..

Semoga bgchu dan kakkinah tabah hadapi semua ni..

Bgchu jg kak kinah, jgn biar kak kinah lonely..sbb takut setan kacau dia dan bisik yg bukan2..IA, bila bgchu dan kak kinah berjaya lalui ujian yg hebat ni, naiklah darjat kalian di sisi Allah..


Adik, bgjan, mak dan semua berpuas hati dpt ada dekat dgn bgchu dan kak kinah saat diperlukan..Byk benar hikmahnya adik ditakdirkan berjodoh dgn bgjan..makin terasa hikmahnya lepas mcm2 yg dh jadi ni..yg kita tak jangkakan dan rancangkan pun..


P/S: Adik syg sgt kat bgchu..adik doakan ada pengganti Hanaffi tak lama lgi..bukan sorg, bahkan biar lebih ramai lg...bak kata bgjan, " Cuba lagi, Bangchu!" hhihihi...



Salam syg,

Adik..

23 Jun 2009

TSB


Friday, April 04, 2008

Nabhan Telah Kembali..

Ada tak ros putih ni kat syurga, nabhan syg? Petikkan sekuntum utk maksu ya..


Bismillah walhamdulillah la ilaha illallah wallahuakbar la haula wala quwwatailla billah..

Nabhan telah kembali ke rahmatullah pada hari kamis malam jumaat pukul 1 pagi 4/4/08 bersamaan 27 rabiulawal 1429 hijrah setelah melihat dunia pada 29/11/07..hari yg indah utk seorang bayi yg sgt baik sepnjang 4bulan lebih hayatnya..

Maksu benar2 terasa kehilangan nabhan..Alhmdulillah, maksu bersyukur sbb Allah masih bg ruang kesempatan peluang dan tenaga utk Maksu menjadi seorang maksu buat Nabhan..
ditakdirkan Nabhan masuk hospital Penang yg sgt dekat dgn USM tmpt maksu menuntut ilmu..
ditakdirkan jua maksu telah berjya membina kekuatan utk bergerak ke hospital dengan mudah..
Maksu bersyukur dapat berada di samping nabhan beberapa ketika saat nabhan bertarung dgn jangkitan e. coli dalam kepala dan seluruh badan..
Maksu sgt bersyukur diberi kesempatan membelai tangan, kaki, perut, pipi dan seluruh badan nabhan yg semakin membengkak kerana tidak dapat menerima bantuan darah yg diberikan..nabhan tahu tak nabhan kehilangan banyak sgt darah waktu pembedahan otak nabhan? mungkin nabhan tak tahu, sbb nabhan memang dah tidur waktu tu..nabhan dah taknak respon pada sebarang ubat..maksu sedih tgk nabhan mcm tu..

3/4/2008 - Pagi

one msg receive: cik zai
Dr. cakap nabhan dah takdak harapan dah..

tenang di luar, bergelombang di dalam.

segera maksu bersiap dan merancang utk ke hosptal dgn makcik erina. plan maksu pg tu utk fokus study mmg telah hilang dari ingatan. yg ada hanyalah nama anak buah maksu ke12 ni..mohd nabhan b ahmad zaini..

perjalann dgn moto yg memakan masa 15 min hnya menyaksikan maksu dan makcik erin membisu..sampai di wad icu, ayah dan mama duduk di luar. mata ayah merah. nabhan, maksu tak penah tgk ayah nabhan menangis selepas arwah tokwan meninggal 11 tahun dulu.. pipi mama pula terus basah. itula kali pertama maksu menunjukkan yang maksu ada air mata yg byk di depan mama dan ayah setelah nabhan dibedah dua kali. laju sekali..

masuk ke dalam wad, maksu panggil nabhan, tp nabhan lgsg tak jawab. maksu gosok perut nabhan, tp nabhan buat tak tahu ja..maafkan maksu sbb dah basahkan badan nabhan ya syg..

tak tahan di situ, maksu dan makcik erin menuju ke surau..bacaan yasin dialunkan penuh dgn tersekat2..kali ni makcik erina yg lead maksu. lemah sekali..setiap kali sampai pada kalimah mubin, maksu mohon pada Allah agar nabhan pnjg umur dan sembuh..setiap kali..

tak puas dgn itu, maksu nak ckp lagi dgn Allah..solat dhuha menjadi telefon antara maksu dgn tuhan kita..maksu percaya harapan masih ada..

maksu msg pada shbt2 maksu, mintak doa mereka utk nabhan..

masa ni, ayah dgn mama dah start telefon semua member sekolah mereka memberitahu keadaan nabhan yg sgt kritikal. kami terus berharap agar nabhan terus bertahan dan kuat melawan bakteria tu.

Seorang Dr cina wanita dtg dan cuba menenangkan. dia cakap kalau nak tnya apa2 tnya je dia. nabhan, byk sgt wayar yg dicucuk kat kepala, badan, tangan, hidung, kaki dan seluruh badan nabhan. nabhan jgn kecil hati pada maktok sbb tak dtg ziarah nabhan..maktok tak boleh tgk nabhan dlm keadaan tu..dulu arwah adik ayah nabhan dah penah 'dipermainkan'oleh doktor seumpama itu. pasti lebih laju air mata maktok kalau dtg tgk nabhan..

Nabhan syg,
semakin waktu berjalan, semakin ramai org dtg nak tgk nabhan. yg dtg mula2 muka cool, mesti keluar jadi merah, mata berair. semua kasihankan nabhan..semua sygkan nabhan..

bacaan meter menunjukkan naik dan turun. harini bantuan darah dah dihentikan sbb nabhan lgsg taknak terima. sbb tu badan nabhan makin bengkak dan lebam..bantuan oksigen juga sudah sampai ke tahap maksimum. ubat dialirkan tanpa henti...tp nabhan nak tidur lg..

mama nabhan kejap berhenti kejap menangis kembali..maksu pun tak dapat nak terus cool..maksu tak boleh..

Malam

Waktu malam tiba, bdn maksu makin lemah, mintak tenaga. maksu keluar dgn ayah utk makan dan beli roti utk mama. tak lama lepas tu, pakngah, pakchaq, paksu dan abg ayih sampai ke hospital..maksu bawak semua tgk nabhan..lepas tu semua pegi solat isyak dan maksu masuk kembali teman nabhan dan mama..

maaf ya kalau maksu terpksa jugak baca nota..tak dpt nak selalu pegang tangan nabhan..maksu tau nabhan sejuk..maksu pun sejuk..lepas tu ada sepupu nabhan dtg dan maksu tggu di luar wad sbb tak ramai yg boleh masuk icu..kat luar maksu menggeletar dan mula tersengguk sbb dah letih sgt..mula2 maksu cdg nak tggu nabhan sampai sok pagi tp tak jadi sbb ramai pulak lelaki..maksu segan dan mengantuk. so maksu mintak kunci kereta kat ayah dan masuk dalam kereta dgn niat nak tidur. tp mengantuk maksu dah hilang pulak..somaksu sambung bc nota..masa tu dah dkt kul 1 jugak. lepas tu maksu terlelap seketika..hs maksu letak kat seat depan. area pukul 130 camtu, abg mama ketuk tingkap kereta. maksu terkejut dan abg mama nabhan cakap "adik dah takdak"..maksu tak dgr, "apadia?" "adik dah takdak" "nabhan dah takdak?" "ya, nabhan dah takdak" innalillah wainna ilaihirooji'uun..maksu terduduk selama beberpa ketika..maksu terkejut. minit2 maksu tertidur itu sebenarnya merupakan minit2 terakhir nafasmu nabhan..

abg mama suruh maksu tgk hs. ada miskol dari ayah tp maksu tak sedar.pukul 1.11 pg. kwn2 maksu hubungi mengkhabarkan bahawa nabhan telahpun mendapat syurga..tiada air mata..

beberapa ketika berlalu akhirnya maksu sempat juga masuk icu. tp nasib maksu mlg sbb nabhan telah dibalut dgn kain putih. maksu tak dpt nak tgk muka nabhan lagi..air mata laju kembali..
prosedur kematian diuruskan sebaik dan sesabar mungkin oleh semua pihak. lepas tu perjalanan pulang ke rumah maktok dimulakan pada jam 2lebih. jalan cukup tenang tp hati maksu terus berombak..maksu gantikan tugas mama menangis..pilu rasanya..ini kali kedua dalam hidup mksu terpaksa menerima hakikat sebuah kematian..dan nabhan pula sempat maksu jaga..sempat maksu belai sebelum saat2 akhir itu..

dulu masa arwah tokwan takde, tokwan cuma pergi lepas maksu tgk tokwan..malam maksu melawat tokwan, itulah malam terakhir tokwan di alam dunia fana nii..

Di Rumah

Sesampai di rumah, nabhan disambut oleh makngah, pakngah dan tok. tok bertelekung, barangkali tak boleh tidur. awal tok buat tahajjud malam ni. kain putih nabhan dibuka selepas nabhan diletakkn di atas katil bujang. sekali lagi air mata yg hampir kering tak boleh dihentikan..maksu kesian tgk nabhan..kesian..tak mampu maksu nak cerita di sini..biarlah ia jadi rahsia keluarga kita..tok tnya "adik bawak balik buku dak?" maksu jawab dgn air mata...maksu jrg nangis depan tok dan org ramai..tok syg maksu..peluk maksu..tok ckp, "nabhan dah jadi ahli syurga, kita ni ja yg taktau..sabaq la..sabaq.."

Beberapa ketika berlalu, pada Allah maksu mengadu..dan akhirnya maksu sgt letih dan tidur di bawah sejuk kipas angin..hanya 2jam lebih..esoknya badan menggeletar..tak larat nak bgn. paksu dtg rasa dahi dan leher, panas. nak demam. kena makan ubat.
tp nabhan, maksu paling tak suka kena makan ubat..alhmdulillah, dah normal balik lepas solat dan mandi..

Proses memandikan, mengkafankan,menyembahyangkan dan mengebumikan nabhan berjalan lancar..alhmdulillah..walaupun sebenarnya ada beberapa perkara yg terjadi di luar perancangan..namun, semuanya berhikmah..ramai yg dtg tgk nabhan dan sempat tgk nabhan..alhmdulillah..semua mendoakan kesejahteraan nabhan dan menyokong ayah dan mama nabhan dan seluruh keluarga kita...ramai sampai tak cukup dan semua menyempit2..di kampung tu, jrang sgt ada kes baby meninggal. waa...nabhan kira special kes la nii..=)

Nabhan syg,
waktu maksu menulis ni, pada mulanya maksu menulis sambil menangis..dan part yg last2 ni maksu dah dapat kekuatan lepas solat isyak dan bersembang dgn makcik erina dan beberapa org makcik nabhan yg lain..alhmdulillah..dah puas menangis..tp maksu tak jamin air mata ni akan kering utk nabhan..maksu tak kuat..skrg mungkin nabhan tgh terbang di dalam syurga kan? bermain-main dgn bidadari..bestnya..nabhan akan rindukan mama, ayah, abang2 nabhan, tok, maksu dan keluarga kita kan? nabhan dah jumpa tokwan? apa kabar ya ayah maksu? rindu sgt..bila ya kita dapat jumpa semula?

Dedikasi

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih utk semua shbt yg telah mendoakan nabhan dan keluarga gayah samada sebelum atau selepas nabhan pegi..gayah syukur dapat shbt2 berhati sufi mcm kalian..sungguh hanya Allah yg dpt balas..pada aisyah, erina, nik, yg selalu teman gayah ke hospital, syukran kathir..buat pengirim-pengirim sms..ikhwan dan akhowat yg gayah tak tersebut nama kat sini sbb entum terlalu ramai yg memberi sokongn dan kata-kata semangat..tak kurang juga yg dtg melawat kat hospital, kat rumah lg..yg baca yasin dan solat hajat dan yg niatkan sekali utk kesembuhan nabhan waktu solat hajat utk exam..gayah sungguh terharu..syukran kathir...syukran kathir..

tlg doakan kejyaan bersama ya utk final kita nii..ana uhibbukum fillah..=)

Bangmat, adik dah ciumkan nabhan utk bangmat. tp waktu tu dia dah takdak dah. sbb waktu kat icu tu takdak ruang nak syg sbb gangguan wayar2 dan balutan di kepala..bgmat dan kakna dan alya jgn sedih tak dpt nak tgk nabhan utk kali terakhir. adik yakin nabhan rasa kasih syg bgmat sekeluarga pada dia..

Nabhan syg, maksu nak undur diri dulu. kwn maksu dah dtg bilik nak study sekali. maksu exam isnin ni paper first. maksu tak menyesal jaga nabhan walaupun ada tekanan exam. tp sebaliknya maksu cukup rasa beruntung...


Salam syg utk nabhan yg sgt maksu syg...
MAKSU,
944 pm
4/4/08
USM.

Tuesday, April 01, 2008

Nabhan Masuk Hospital Lagi..='(

Nabhan lepas pembedahan pertama..dah stabil waktu nii..




















Assalamualaikum.

Anak menakan gayah, 3 bulan umurnya, mohd nabhan masuk hospital semula..
Kalau ikutkan dah lega sebenarnya..tp taktaula camna..kuasa Allah..

Lepas balik dari further treatment kat Hosptal Sultanah Bahiyah, Nabhan dah ok dan ceria2 ja sokmo..tak smpai 2 mnggu bahagia, tiba2 cik midah (mak nabhan) demam..

Nabhan pun demam gak..demam panas tak kebah2 even dah bg makan ubat, dibawa ke Hospital Sultnh Bahiyah lagi sekali..pegi pagi tapi mlgnya mlm baru dpt treatment..masa tu suhu bdan dah tggi..dan kritikal..dah nak tarik..ni la satu kelemahan hosptal awam ni..boleh buat halai balai ja. Bila Dr scan, dia kata ada pendarahan kat otak kat tempat yg sama dibedah sblm nii..lepas tu terus transfer ke Hosptal Penang..

Bila sampai HP, Dr scan sekali lagi cakap infection dan pendarahan tu kat sebelah kepala satu lagi plak..which 1 ha? erm, semua Dr. suspek nabhan penah jatuh sbb tu boleh berlaku pndrhn..tp kalau batul jatuh, kat luar takde bengkak ke aper...takkanlah kat dlm boleh teruk tp kat luar takdak sbrg kesan kalau betul jatuh..

Erm, at last baru Dr mengaku depa salah buat percaturan..mmg berlaku infection sebelum ni lagi, bkn sbb jatuh..WA..

Kesian Cik midah dgn cikzai..bedah isnin malam..sampai hari ni masih tak stabil..darah nabhan byk hilang..lani depa dok masukkan darah..dia tak tunjukkan lgsg respon positif..hati ibu mana yg tak risau..cik tak lena 2hari 2 malam dah..kesian..dia takut sgt..takut..

Aku hanya boleh tnjuk muka cool depan cik. kalau tak, takdak sapa nak tenteramkan sapa..just boleh pegang tangan nabhan dan sebut nama dia, bg semngat kat dia..sungguh, aku percaya, dia sedang bertarung dgn kuman2 dalam badan dia..nabhan..cepat sembuh ya..maksu nak tgk nbhan jadi anak soleh..

Hati ni resah gelisah..ya Allah..bantu kami..kuatkan kami..ringankan ujian ini..jgnlh kau uji kami melebihi kemampuan kami..sembuhkanlah nabhan dan panjangkanlah umurnya..
ameen...

Syukran pada shbt2 yg dah ambil berat dan mendoakan nabhan..kami terus menagih doa kalian...

-Maksu-
2.25 ptg
2 April 2008
USM.

Sunday, February 24, 2008

Perkembangan Mohd Nabhan~ Anak buah maksu ke-12..


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, diberi jua kesempatan, kekuatan dan idea utk posting terbaru. posting ini masih lagi berkisar ttg anak buah ana yg bernama mohd nabhan..


lepas teman melawat nabhan tempoh hari, inilah kronologi yg terus dikhabarkan oleh Chik midah kepada ana..act, cerita pasal lawatan pertama ana ke GH ada ana letak dalam ruangan komen pada posting lepas..klik ja kat tepi ni..link yg masuk ke ruangan komen...




20 Februari 2008, 0935 am


~Hari ni, lepas 24 jam bubuh tiub, scan tengok, kalau masih ada nanah pekat yang melekat, tak buang lagi tiub, doc kata 5 hari biasanya cair. kalau takdak dah nanah, dan otak yang tertekan tu kembang balik, tiub tu dibuang. -chik midah



malam tu ana call chik tnya pasal nabhan..chik kata doc tersilap cakap. act, scan hanya lepas 48 jam..so, 130 tghari esoknya baru scan semula..nabhan kena puasa selagi tak scan..kesian...




21 Februari 2008, 1020 am


Alhamdulillah, doc kata sat lagi depa buang saluran pernafasan kat mulut dia, dia nampak aktif, lepas scan nanti dia boleh minum susu.- chik midah




21 Februari 2008, 1328 pm


~Kena pasang balik tiub pernafasan kat mulut dia, dia tak boleh lagi..lani dia lena. - Chik midah




21 Februari 2008, 0853 am


~Baru lepas tanya doc, semalam depa scan, takdak dah nanah, depa plan nak buang tiub kat kepala, nampak dia tidur lena, lepas depa mandi dan mula pakaikan baju kat dia..- Chik midah




21-22 Februari 2008


~ Cik zai (abg ana) mai tgk nabhan dan teman chik semalaman sampai esoknya..




malam tu cikzai tepon suruh pi GH tapi ana tak boleh p sbb ada meeting. lagipun baru ja lepas accident malam sebelum tu..alhmdulillah, sikit ja. cuma dada lebam sikit sbb hujung handle terhentak kat dada waktu terlanggar tiang besi..heh..yg bestnya lepas accident tu boleh gelak plak..huhu..act ana dah nampak tiang tu dan rasa mcm akan jatuh kat situ waktu dok perangat enjin lagi. bila dah bawak tu pun rasa benda yg sama. bukan tak boleh nak break, tp entah kenapa rasa nak terus bawak ja..then bila dah langgar tu, terus biar..huhu..dah la bawak aisyah sekali..kesian aisyah..daripada plan nak p kelas ngajar tuisyen jalan kaki, then, tukar plan naik moto dgn ana, tp last2 kami 2-2 jalan kaki jugak..huhu..nasib sikit ja..alhamdulillah..agak2nyala, org yg nak mati macam tu kot yg dia rsa..dah rasa mcm nak tuju maut, tapi tetap nak pi jugak..erm, moto ja la teruk sikit. side mirror hampir nak tercabut, break bengkok dan rosak, raga kemek..kalau la teruk, sorang plak lagi yg masuk GH..




23 Februari 2008, 645 pm




~Lawatan ana kali kedua ke GH. pi dgn kak tina syg..naik teksi. sampai agak lewatla. syukur sbb jalan smooth ja. kalau tak lagi lmbt. dah sampai tu, chik tak boleh nak kuar dari icu lagi sbb nabhan dok nangis. so ana pun masukla..time ni nabhan dah jaga..mata dia merah sbb nangis. masih ada tiub kat kepala dan berbalut lagi. kat hidung ada saluran pernafasan dan kat mulut bawak tiub masuk air. kesian sgt2..then, doc nak salin lampin kot kalau tak salah. so chik ajak ana dan kak tina keluar makan...



pastu masuk balik tgk nabhan dgn kak tina, chik tggu luar. kami basuh tgn dengan pencuci khas sbb nak pegang nabhan..dah dok kat situ leklok, misi plak mai nak bagi ubat cairkan kahak kat nabhan..dia nangis sikit..then batuk2..lama la jugak ubat tu disembur kat hidung nabhan bersama oksigen..




dah siap tu ana pun pegang nabhan, sayang dia beberapa kali..ana cakap kat dia..

" nabhan..maksu nii..nabhan budak baik, kan? dok leklok tau..nnti maksu mai lain.." teman ulang dua kali sambil terus kucup dahi dia..nmpak dia faham dan mcm tersenyum...adehh..syahdu plak..huhu..sebelum balik, ana bg tafsir quran yg ana pinjam dari surau tanpa bgtau sapa2..huhuu..rasanya tuan dia dah jadi mak org..tahun 1994 lagi..


alhmdulillah, balik naik teksi dan terus ke penutup Minggu Penghayatan Islam..




24 Februari 2008, 0910 am


~Harini depa dah buang tiub pernafasan, pakai jenis serkup pula, kepala dah tak berbalut, misi kata dah ok banyak. tiub kat kepala doc mai satgi baru buang.- Chik midah




24 Februari 2008, 1714 pm


~ Lama duduk dgn dia tadi, dia tak lena tapi di sebalik serkup yang jernih tu nampak mulut dia senyum dan nak bersembang, rasa legaaa sangat.- Chik midah




25 Februari 2008, 0340 am


~ 130 pg tadi nabhan masuk wad biasa. - Chik midah




25 Februari 2008, 0612 am


~Bagi susu kat dia pukul 4 tadi, tolong misi bagi ubat cair kahak kat dia. lani dia tidur nyenyak. kat wad ni ada bilik nak tumpang sembahyang. pukul 7 bagi susu plak.- Chik midah




25 Februari 2008, 0927 am


~Lepas bg susu tadi dia lena, salin pampers, lap badan salin baju pun tak celik mata. lepas tu, hala asap cair kahak 20 minit pun tak celik mata...lani masih lena..- Chik midah.




demikianla perkembangan anak menakan ana..hehe..alhamdulillah, dia dah balik ke normal..dulu2 sebelum sakit pun gheja dia lena ja..sedaq pun nak susu ja..tu pun mata lali sokmo..


lega dengar..iA, papa perkembangan yg selanjutnya akan ana post pada ruangan komen pada posting ini..




erm, mak ana tersayang pulak tak sanggup nak dtg tgk nabhan. mak takut nangis..sbb dulu arwah abg khairil pun kena cucuk sana sini letak tiub sana sini mcm nabhan..mak takut teringat kat abg khairil..abg khairil dah lama kembali ke rahmatullah sblm ana dan 2 org abg ana dapat tgk dunia lagi..



actually mak dah nangis dengar cerita dari cikzai dan chaq pasal nabhan..itu baru ja dgr, belum mai tgk sendiri....




ya Allah..tlglah selamatkan nabhan..jadikanlah dia anak yg soleh, ansarullah...dan tenangkanlah hati ibunya, ayahnya, mak aku dan seluruh ahli keluargaku dalam menghadapi ujianMu ini..hanya padaMu kami berserah diri..





Maksu @ bintubahariyah,

321 pm, 25 Februari 2008..

USM.



Monday, February 18, 2008

Mohd Nabhan~ Anak buah maksu ke-12..


Assalamualaikum.
Sewaktu Dewan Tunku Syed Putra hangat mebincangkan isu ptptn, teman mendapat panggilan dari mak tersyg..
"mak nak bgitau ni, anak cikzai, nabhan masuk hospital..mula2 tarik, pastu bawak pi hospital alor star depa kata ada air kat kepala dia..sbb tu kepala dia besaq sikit..kesianla..depa bawak pi hospital penang lani."
"ya Allah...mak tgk dak?"
"Mak tak pi. tapi mak kepada chik (besan mak) pi tgk..kesianla..dok teriak hiikkkhiiikk..budak baik tu...depa cucuk sana sini bubuh air.."
"kesiannya..."
"mak tak bagitau lagi kat bgchu dgn bgmat nii.."
"takpa2, adik telepon bgchu dgn bgmat. satgi adik tepon chik tgk. dah dekat dah dgn tmpt adik ni.."
dan lepas tu cikzai pulak telepon bagitau....
kesiannya anak buah maksu ke12 nii..dah la lahir tak cukup bulan dulu..hanya 2.4 kilo ja...kecik sgt..dah tu baik pulak. tak gaduh apa. nangis pun sbb nak susu ja..sampai lani pun tdo ja..bila org main bukan main pandai gelak2 dgn org..malam ni mgkin dia dibedah..puasa seharian, cucuk ubat bius. bernafas pun pakai alat bantuan..kesian sgt...
ya Allah..tlglah selamatkan mohd nabhan yg aku sygi..tlgla bg peluang dia menjadi hambaMu yg berjuang di jalanMu menegakkan keadilan utk agmaMu di akhir zaman ini..tlglah berikan ketenangan kepada cikzai dan chik midah dan juga mak ku...semoga ujianMu ini hanya sementara dan bahagia yg Engkau janjikan utk org yg bersabar segera menjelma...ameen.....
Ikhlas,
1.09 am
12 Safar 1429 H @ 19 Feb 08
Desa Gemilang,
USM.