Showing posts with label Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Tuan haji tapi tak mengaji!


Assalamualaikum wbt.


First sekali, nak ucap terima kasih pada sahabat2 yg teguh memberi sokongan pada gayah dalam senang, lebih2 lagi dalam susah. pada rakan2 guru, yg sama2 berkongsi kepedihan dalam usaha nak bg yg terbaik buat anak2. kepada pengkritik, juga terima kasih kerana dengan kritikan anda, menunjukkan anda PRIHATIN terhadap perasaan saya.


Kalini nak cerita skt psl pemikiran orang intelek zaman sekarang. semoga pemikiran saya juga, suami, ahli2 keluarga, shbt2 juga tak berubah jadik mcm ni.


Ada sorg kwn kepada kwn ayah mertua saya. dia seorang profesor. Tapi dia tak percayakan Allah, tak pernah bg zakat dan buat apa yg Allah suruh. suatu hari, kawan ayah yg juga golongan bijak pandai merangkap pak ustaz bermimpi yang harta prof tu, kebun dan ladang dia habis terbakar. maka, pak ustaz ni pun ceritakanla semua mimpi tu pada prof ni. prof ni pun percaya dan mintak pendapat apa yg patut dibuat. maka, pak ustaz ni pun suruh dia p beli baju2 baru semua, banyak2 dan sedekahkan kepada fakir miskin. Alhamdulillah, dia setuju dan buat mcm tu. akhirnya, Allah bagi hidayah kat dia dan dia berubah jadi lebih baik dari pak ustaz ni. Pernah suatu waktu, dia dgn pak ustaz ni pi mekah buat umrah sama2. Bila dah balik malaysia, dia tnya kwn2 lain semua yg dah p haji dan umrah,

"Tau tak kat mana imam masjidilharam solat?"

kawan2 yang lain semua taktaula sbb depa p lambat. sampai ja dah penuh manusia, mana nak nmpk tok imamnya. dia jawab,

"Aku tau. dia dok kat pintu kaabah. aku nampak"

Subhanallah..maknanya dia p awai gila la ke masjid bahkan lebih awai lg daripada pak ustaz tadi...


Erm, lagi 1 story yg jadi kat aku sendiri. waktu p interview, teruk gak saya kena marah sbb jawab tak menepati kehendak soalan. tp alhmdulillahla, saya tenang ja walaupun tuan haji tu kata dia tak bleh bg markah kat saya. tp dekat2 nak last tu, dia puas hati dgn jwpn tu. tp, bukan tu yg nak ceritanya. yg saya jadi tak best sgt bukan sbb ada soalan yg tak bleh nak jwb, tp sbb dia bg pandangan yg VERY RUDE!


Last sekali, masa refleksi, dia cakapla saya kena byak membaca supaya saya tau pasal masa depan untuk memudahkan saya mendekati pelajar saya. dia katala,

"Masa depan nnt memerlukan K-workers ataupun knowlegable workers untk menghadapi K-economy. baru pastu dia kata akan membentuk K-community."
Pastu dia kata, "Kena tekankan subjek yg penting. apa subjek yg penting? Sains, Teknologi, ICT, Fizik, Kimia, Bio..apa yg tak penting? PENDIDIKAN ISLAM, sejarah, geografi dan lain2..tu semua tak boleh dapat kerja pada masa akan dtg!" Masa ni, aku dah mula pndang serong kat pak aji ni. apa kejadah yg p ckp lagu tuh?


Pastu dia tambah lagi, " Ada orang yang hantaq anak depa belajar agama 3-4 tahun, balik negara, takdak kerja!" Astaghfirullah...awatla becok sgt mulut pak aji nih!


Dia kata lg," Orang yang intelek ni, depa tak makan di warung2 sebab depa pentingkan kebersihan. depa tau kat warung2 tu kotor. depa makan kat kfc, pizza hut, mc donald..Depa tinggal kat mana? Depa tinggal kat putrajaya.." Mujur waktu ni dah hbis sesi interview, kalau tak, tobat aku tibai balik!


Lagi dia kata, " Bacala buku2 ilmiah, mcm karangan Alvin Toffler bla2..." Ada lg 2 dia sebut tp aku pun tak ingat. yg aku ingat 1 nama ni pun sbb penah tgk hubby aku baca kat rumah. bila aku balik cek tnya, mmg si Alvin Toffler ni seorang pemikir Yahudi!


Dia kata, " Penulis tu memang pandai meramal masa depan." Patutla, pakcik ni, terpengaruh dgn bacaan, tulisan sapa? TULISAN YAHUDI! sbb tu dia boleh senang2 ja kutuk golongan alim ulama. baru tadi dia ckp dgn sy pasal FPK: 1 usaha yang berterusan ke arah mewujudkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari segi JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK.
Bila dia cakap pendidikan islam tak penting, mana nak letak ROHANI dalam FPK tuh? chiisiiya!


aku dan nampak dah. orang mcm ni la yg sebenarnya yg merosakkan sistem selama ni. gubal di atas kertas nampak cantek ja. mai nak laksanakan, dia sendiri buat tapisan kali kedua. yg paling tak syok, sbb dia dah naik haji. tp sanggup bg pandangan yg kuno camtu.
Kalau orang kafir kata kat nabi, hina islam, hina melayu, hampa melatah tergedik2. Hah, ni pakcik Aji ni terang2 kata PENDIDIKAN ISLAM TAK PENTING! hampa setujukah??? Taknak melatah? ni lagi terok ni. sbb org yg kata tu, 1, Orang Islam. 2, Orang Ilmuan. 3. Orang yg pegang title PAK HAJI. sapa lgi terok, kapiaq ka pak aji ni??


Aku berdoa moga aku terselamat daripada jadi camtu dan semoga dia diberi hidayah macam prof kwn pak ustaz kawan ayah mertua aku tu jugak. sbb hidayah ni mmg milik Allah, anytime Dia nak bg, kita takkan sangka dan anytime Dia nak ambik, takdak sapa bleh halang.


Ya Allah, selamatkan kami..tetapkan hati2 kami dalam agamaMu, dalam iman, dalam jihad dan perjuangan agamaMu..ameen..



Menulis utk memberi peringatan kat diri dan semua yg sudi membaca..

Bintubahariyah
12 april 2004
TSB

Thursday, April 01, 2010

Meluat, meluat, meluat!

~Alangkah damainya andai manusia mengikut arus yang ditentukan Allah..

Assalamualaikum wbt.


Sistem rosak lagi merosakkan! Sehari 2 ni rasa susah hati sgt. Terdengar kisah anak2 murid sendiri yg rata-ratanya dah pun rosak. baru tingkatan 1, 2. runsing! apa nak jadi? ada lesbian, bellen, menghala nak jadi pompuan..mcm2 yg jumpa lepas 3 bulan jadi cikgu. Istilah pun pelik2.


Aku rasa nak marah ja kat semua orang. Pada budak, waris, masyarakat dan yang paling aku rasa nak marah pada mereka yang memerintah selama 50 tahun ni. Dalam 50 tahun, mereka berbangga dgn pembangunan fizikal. mereka berbangga dgn koridor raya multimedia. mereka berbangga dgn KLCC, menara KL, bangunan2 pencakar langit yang lain, jambatan pulau pinang, menjarakkan jurang antara bandar dgn luar bandar dan macam2 lagi yang mereka banggakan. Tapi mereka lupa yang mereka memandang sepi soal pembangunan insan. 50 tahun, hasilnya apa? Keruntuhan akhlak, moral, susila! Anak2 luar nikah bersepah di jalanan dan bersepai di tong sampah, surau, masjid! Bohsia bohjan. mat rempit yang bahkan dibela dan dibela. walaupun bertukar nama jadi samseng jalanan, apa ada pada nama? anak2 saya sedang rosak diperlakukan oleh mereka!


Sistem rosak aku kata! Sistem pendidikan, sistem penjanaan ekonomi, sistem sosial, sistem penyampaian maklumat, semuanya rosak! Manakan tidak, dalam pendidikan, falsafah saja yang hebat bukan main. konon nak memperkasa jasmani, emosi, rohani dan intelek. lepas 50 tahun, adakah berjaya falsafah ini? berjayakah semuanya? kalau berjaya, kenapa ramai arkitek, engineer, doktor, polis, tentera, ahli politik yang makan rasuah? kenapa ramai muslim yang tak solat? kenapa ramai orang jahat? mungkin jasmani dan intelek berjaya. tp apa ada pada emosi dan rohani?


Ekonomi. kemiskinan di bandar. kemiskinan di luar bandar. kenapa miskin? Sebab mereka yang memerintah sengaja menyusahkan rakyat. naikkan harga barang nu, barang ni, minyak nu, minyak ni. kalau si isteri tak bekerja, tak cukup duit nak tampung keluarga. makanya, si isteri pun bekerja kilang atau apa saja selama 12 jam sehari. kalau kerja kilang, p pagi, balik ptg. p ptg, balik pagi. tiada masa untuk diri dan anak2. takdak masa nak p mengaji kitab. tak dak masa nak sembang berbual bagi kasih syg kat anak2. takdak masa utk suami yang perlukan perhatian juga. p kerja, pakai bukan main lawa, baju ketat, make up berlebih, wangi2. pastu, jumpa lelaki lain. disebabkan masa di tempat kerja lebih byk daripada di rumah, lupa pada suami dan anak2. lalai dgn lelaki lain di tempat kerja. akhirnya, runtuhlah rumahtangga. anak2 merewang jadi hantu. tak siapa ambik tahu.


Sosial. Semua orang gila nak bertepuk tampar dgn bukan mahram. syok katanya. tak dapat laki or pompuan, tukar jadi lesbian or gay. jalur lebar yang semakin hebat ni, apa yang boleh halang daripada anak2 muda dapat video porno? pendidikan seks diperkenalkan konon nak bagi budak2 dapat mengelak daripada terjebak. tp apa yg jadi? aku dulu tak penah tau apa pun. elok ja alhmdulillah. zaman aku mana ada masalah ni. baru ja tadi, student aku buat2 nak kiss kat kwn pompuan dia. depan aku plak tuh! rasa mcm nak tonyoh2 ja mulut dia dgn cabai melaka.

Apa ni? hari merdeka, ramai2 anak muda diajak berpesta. mcm tu jugak dgn malam tahun baru. apatah lagi waktu valentine yang sesat tu. lani bila byk anak luar nikah kena buang, depa nak buat rumah kebajikan plak suruh letak budak2 tu dalam rumah tu. oih..kalau aku, lagila aku best..orang iktiraf kesalahan yang aku buat tu sebagai muliala namanya! mestila aku nak buat lagi..ada plak orang bela, kata tak boleh pandang hina kat perempuan yang terlanjur. padahal, mmg dia sengaja pi cari kehinaan tuh! tula, akhir zaman ni. yang salah terang2 dikatakan betul secara terang2! Meluat!


Media sebagai sumber maklumat. Banyak yang tak senonoh dari yang senonoh. konon menghiburkan. hakikatnya, mengajak orang buat maksiat. tak paham ka, orang cakap pompuan tak boleh menyanyi melalak melolong. pakaian dibuka mana yang berketul. tua2 pun gila nak menyanyi. ya, media ajar orang suruh gila jadi artis! tu yang jadi lani. gila jadi glamour. berapa persen ja lagu2, gmbr2, drama2 yang mendidik..yang lain tu merosakkan. ramai remaja yang gila nak jadi mat rempit gara2 tgk gambar, filem yang tunjuk action merempit. ramai orang yang gila nak jadi perogol, sebab tgk cerita lucah. walaupun tak tunjuk semua adegan panas di tv, itu sudah cukup membuatkan orang ramai sengaja mencari video porno dengan sendiri. filem jalang, apa yang orang dapat? orang tak tgk pada bab insaf tu. sbb bab tu tak best. yang best tu part yang tgh2 jalang menjadi jalang tu. aku heranla. camna cerita yang buruk camtu pun bleh lepas kat bahagian tapisan filem? aku bukan kata cerita tu ja. aku kata semua cerita yang ada unsur tu. hampa paham2 la sendri.


yang aku geram lg 1. pengacara2 kat tv pun sama. dok pakai baju seksi. hampa mmg kata tak seksi. tp cuba tnya org laki yg tgk hampa. depa terangsang dak? kalau terangsang, walaupun sorang yang tgk hampa berpakaian tak menutup aurat, hampa tetap dikira seksi. budak2 sekolah pun sama. p sekolah pakaila tudung. luar sekolah, bukak tudung, kepit dgn lelaki yang nak menjahanamkan depa. ada budak yang tak pernah pakai tudng, tiba2 ja pakai tudung, bila cek2, rupa2nya ada bekas di leher. tu dah berapa kali berzina tu????


Cikgu di sekolah, 40 orang guru nak kena handle 500 orang budak. larat ka? ditambah dgn degil dan keras hati mereka yang tak mahu menerima nasihat, ditambah lagi dgn keadaaan guru yang "diikat tangan", adakah guru2 mampu mendidik, membentuk dan melentur buluh2 di sekolah? akademik, akademik, akademik! sahsiah pun tak settle, nak pulun akademik mmg susah gila la..
mak bapak..tolongla jaga anak2 hampa..jadi orang yang dengar cakap..kalau tak dengar cakap, camna kami nak mengajar anak2 hampa? kalau dengar cakap, lembap tara mana pun, iA kami akan sabar mengajar..jgan manjakan sangat..aku pun nasihat kat diri aku jugak. kalau suatu hari nnt aku jadi ibu, aku kena pukul sambal lebam pun xpa kalau anak aku tu nakai sangat. anak2 hampa dok kelas belakang xpa..tu bukan masalah. tp jgn bg anak2 hampa tu kurang ajar...jgn letakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak2 hampa kat kami..hampa mak bapak depa. hampa boleh pukul depa. tapi kami tak boleh..


Kepada pemerintah, tlgla bg senang kerja rakyat nak cari makan, nak jaga rumahtangga..kepada mak bapak, tlgla bg ringan kerja cikgu nak didik anak2 hampa dgn memberi sepenuh perhatian pada anak2 hampa di rumah..biar lembut hati mereka, biar kenal mereka dgn agama..kepada media, tlgla jangan terus rosakkan rakyat. hampa dok baca berita yang nu yang ni pasal remaja, tp hampa sedaq dak yang hampa yang jadi punca remaja tu semua jadi mcm tu? sudahla..hentikan semua yang merepek yang hampa dok buat tu. pekdahnya duit ja. tp yg buruknya melambak2..


aku ni nak lepas geram sebenarnya. menaip pun sambil menakung air mata. malangnya anak bangsaku..


Ya Allah, ampunilah dosaku kerana aku terlalu lemah nak berdakwah dkt anak2 muridku. ampunilah aku kerana kurang kesabaran terhadap mereka. ampunilah aku kerana tidak berjaya menjadi guru yang sejati. Aku sudahpun maafkan semua kesalahan anak2 muridku padaku..Kau tolonglah ampunkan aku..berikan aku kekuatan ya Allah..dalam menggalas amanahMu yang sungguh berat ini..dan kalaulah aku berupaya mengubah semua sistem yang merosakkan sekarang ini..


p/s: kalau ada orang nak marah kat aku, marahla. aku cakap benda betul berdasarkan pemerhatian aku. ni pendapat aku. kalau hampa marah aku, bermakna hampa tu ego nak nyatakan kesalahan hampa..


..bintubahariyah..

..1 april 2010..

..TSB..

Wednesday, July 29, 2009

Sekitar Julai 2009

Assalamualaikum wbt.

Entry kalini just nak share bbrp kisah manis yg dah Allah izinkan terjadi dalam bulan 7 ni. memandangkan blog ni pun mcm sunyi ja dan saya dah lama tak kluar idea nak menulis, kita tgk gmbq dahla..


Ok, stat dgn pic ni..ni 2 org anak menakan saya yg dok kat pahang. yg kakak tu namanya nur alya amira dan yg kecik tu mohammad hadif. depa ni anak bgmat dan kakna..baru ja p tidoq rumah depa awal bulan haritu..bolehla lepas rindu kat mak..kakya ni baru kena kerat rambut dgn tok dia..dia suka sungguh dodoi adik dia dgn selawat..baru 2 tahun sebulan, dah pndai selwat..siap ada taranum lg..hihi..pandai bgmat ajaq. yg si kecik tu, mmg kecik..comey sgt..baru lahir bulan 6 baru ni..kira sbln lebih la baru..geram sggh kat dia..


Tgk next pic lak...ni cik abg tgh dok asyik kena urut kat mata..spek mata suria perkasa hitam ni bergegaq-gegaq tau..ni sambil dok atas kerusi sambil kaki kami diurut dgn mesin refleksologi..dia dok lena la tu..hihi..sapa2 nak try free ja, p kat tesco extra tepi usm tu..takyah beli pun takpa, dpt urut 5/10 min pun dah ckp nak regangkan otot2..


Kita tgk pic ni lak..ha...nila shbt usm yg 1st yg mai baitul ilmi kami ni..mas, zati, yasha dan raden..4 org je. ingatkan depa nak mai dalam 10org..punyala kanda gayah dan kanda afzan siapkan laksa, kopok lekor, cucuq cempedak dan teh china. bykla buat. last2 bg la depa bawak balik laksa tu skt..nak hrp kami 2, mmg 2 hari la baru habis..by the way, trm kasih byk2 ya shbt..pasni kena mai lagi..shbt2 lain pun maila nae..hbq bila, kita plan baik punya noo..iA..




Ada lagi gmbq nii..masa ni kami kat teluk bayu..pg2 buta lg ni..matahari pun tak naik habis g..joging2 sehatkan badan..pastu, rehat kat batu-batu ni..cik abg ni amik kayu tu tang mana ntah. buat2la belakon mcm hero..hihi..pastu dia buat meditasi reiki..then, kami makan2 sarapan kopok lekor dan roti telur sambil tgk pantai..tenang hati..alhmdulillah..



Ada lg? ada...cuba teka ni sapa ni? hihi...akhirnya jumpa dpn mata dgn ayahda azizan ni..tegezut..waktu ni kami p expo kerjaya..ustaz zahran kawan abg saya pun tak ketinggalan. saja ja pi tgk peluang kerjaya baru..tup2 pakcik zizan sampai jadi VIP..dia rasmi expo ni..waa..berbaloi jugak sampai ke kulim..dpt tgk dekat2 pemimpin kesayangan saya ni..=)


Okla, dah habis kot. tu je pic yg smpt sy snap..nnt2 kalau ada lg, saya share lg iA..

k la, nak p masak lak. bye..wassalam..

..bintubahariyah..

..30/7/09..

..TSB..

Monday, June 09, 2008

Minyak: Pemimpin Tak Lestari

Apa kaitan kucing ni dgn minyak dan pemimpin dan lestari? entahla..huhu..hiasan ja nii..sbb comey..=)

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama bebenor tak update blog ni. bercuti punya pasal. alhmdulillah, dah buat byk sgt benda spnjg cuti ni. naik flight pun dah, beli mutiara pun dah, dah dapat keluarga angkat 2 buah sekaligus masa pi sabah baru2 ni, UMS pun dah pi tgk, UPM pun dah pi, anak2 sedara pun dah jumpa semua, melawat harimau, singa, zirafah dan lain2 lagi kat zoo ipoh pun sampai 2 kali dalam masa 2 mnggu, berkelah kat tgh laut, teman mak, dan mcm2 lagi..

di samping tu, tak kurang jugak dgn kursus dan program-prgm yg menjamu selera roh yang kelaparan..so, nak cerita la sikit pasal sustainability leadership yg saya dah pi kat perak bulan 4 yg lalu. even dah agak lewat, takpala..kira halal la..=)

sblm nak pi lagi detail, penah dak entum tau pasal lestari ni? apaka mendanya lestari ni? kalau dulu teman selalu guna waktu berpantun. maklumla, pemantun negeri waktu sekolah dulu. tp lani dah tak reti..

lestari ni kalau nk ikut yg teman paham, sesuatu yg kekal, mapan dan mcm lebih kurang abadi la jugak. kalau pembangunan lestari, ia bermaksud, kita nak membangun dgn menggunakan sumber2 alam yg ada kat dunia ni, dan dalam masa yg sama tak abaikan generasi akan datang. maksud kata, kita taruhla kat cucu-cucu kita sama. dia jugak merupakan pembangunan yg dianjurkan islam. tak membazir mcm setan. amik cth mudah, tebang balak, tanam balik. kita guna balak tu utk buat perabot ka dsbgnya dan kita bg jugak anak cucu kita boleh tebang yg baru nnt. kot2 depa nak buat laptop pakai kayu ka..hehe..

actually, pmbangunan lestari ni tak terhad utk persekitaran ja. perlunya ada lestari dari segi sosial, ekonmi, politik, budaya dan kesihatan. kalau mcm sosial tu, cara kita bergaul pun dikira lestari ka dak. yg dok jadi kes zina dsbg tu ertinya tak sustain la. mcm tu gak dgn gejala maknyah. lembut tu takpa, dah semulajadi. tp kalau sampai nak tukar jantina dan buat kerja maksiat tu, mmg dah tak sustain la. dari segi ekonomi plak, kita amik ja cth penggunaan air dan lektrik yg melampau banyak. dahla bazir satu hal, kena bayaq byk satu hal lagi. tak cukup dgn tu, environment pun terjejas. nabi pun dah ajar kita, nak amik wudhuk tu, pakai segelas air pun dah ckp sbnrnya. nak habaq kata, tak payah membazir, supaya sustain. tp mai kat kita, masa nak boh ubat gigi kat berus gigi pun bleh biaq ayaq dok terbuka camtu ja...cuba tgk sekali kalau takdak ayaq, apa la yg nak jadi no?

herm, tgk dari sudut kesihatan plak, yg dok merokok tu, mmg tak sehatla bila dah tua..dahla dok bakaq duit. ekonomi tak sustain, kesihatan tak sustain. yg boleh hidup lama, jadi hidup sat. mmg la ajal maut kat tgn Allah. tp Allah pun tak suruh kita sengaja bunuh diri. siap tak boleh cium bau syurga lagi kalau bunuh diri. herm..entahla..

apa lagi? sustain dari sudut politik plak. pemimpin, mentadbir negara secara adil. tak amik duit rakyat utk kekayaan sendiri, tak tipu dan kelirukan rakyat, tak naikkan harga minyak sesuka hati, tak jadikan rakyat mangsa sbb kesalahan sndiri, dan mcm2 lagi la. erm, kalau sblknya, rakyat pun nak mencari kembali kelestarian, mcm2la yg akan rakyat buat. mujurla rakyat lani dah tak buta mcm yg pemimpin yang tak sustain harapkan..

erm, cakap bab minyak ni, mmg menyakitkan hati betoi. hari yg akhir harga minyak belum dinaikkan, ptg tu sy ada kat perak, rumah mak mertua abg. on the way nak balik, kami tgk semua stesen minyak penuh. sedih sgt rasa. kesiannya kat rakyat...huhu..lepas ni harga barang lain pun akan naik sbb kos penghantaran tinggi. yg nak kawen tu, lagi kesian. harga anak dara lagila melambung tggi..jgn sampai meningkat kes zina sudahla..tp mungkin itula yg akan berlaku..kes jenayah lain, mcm mencuri dan merompak pasti akan bertmbh. rakyat akan mengalami kesempitan hidup yg bertmbh2...kalau yg dah kaya tu, mgkin tak rasa sgt. tp yg susah akan terus susah. sapa antaranya? mestila gol student...kebykn pakai kenderaan..dahla duit dipinjam. nak bayar kena pakai sistem riba plak..pastu duit nak makan pun bertmbh. kesian..

semoga kelestarian akan utk semua aspek akan jadi agenda kita semua lepas ni..nak lestari hidup, pilihlah pemimpin yg mengamalkan kelestarian dalam hidupnya..insyaAllah, hidup kita pun akan lestari sama sbb pemimpin yg baik itu ada berkatnya..=)

okla, cukup dulu tulisan lestari ni utk mengasah fikiran teman yg dah lama sepi dari mengarang dan moga adala sikit manfaat utk kita semua..

wslm.

bintubahariyah
532 pm
9 jun 2008.