Showing posts with label Motivasi Insan. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Insan. Show all posts

Sunday, December 06, 2009

Dajal Dah Sampai? Biaq Btoi?


Assalamualaikum wbt.

Maaf buat hubby, ej, kak fiza dan semua kalau2 ternanti-nanti blog ni diupdate. Lama dah buat taktau kat dia sampai bila sedar dan sebulan kosong. Yg bulan 11 busy dgn sekolah. maklumla baru ja nak jadi cikgi. Dah cuti sekolah plak, charger plak rosak. Baru ni baru p pc fair kat pisa nak beli yg baru. Ingatkan kena keluaq rm70 dah. Alhmdulillah tak jadi sbb yg rosak kabel ja. Dari rm70 boleh turun jadi rm8..hihi..syukur..tula kan, Allah lapangkan rezki hamba Dia dgn 10001 cara..bukan kena tunggu banyak duit baru nak kata Allah murahkan rezki saja. Dengan mengurangkan nilai perbelanjaan pun murah rezki namanya tu. Hihih..

Dalam entry kali ni, saya lebih suka nak cakap pasal sebuah buku yg saya baru habis baca bertajuk “Kemunculan Dajal dan Ya’juj dan Ma’juj” karangan maulana Muhammad Ali yg bangchu saya bagi pinjam baru ni.

Secara keseluruhannya, saya kurang best dgn pengolahan dan bahasa yang digunakan. Byk silap tatabahasa (maklumla bekas pemantun negeri kedah yg cukup menjaga bahasa…HAHA) mungkin penulis ni terjemah buku dari bahasa arab ke bahasa melayu kot. Mungkin jugak takdak editor yg buat semakan seblum buku ni diterbitkan. Tp isi kandungan dia mmg mantap dan membuatkan kita sendiri tak sangka apa yg selamanya ni kita percaya sebenarnya Cuma kiasan saja. Ok, saya akan bg point2 penting jela dari buku ni. Takkan nak tulis balik. Kalau nak baca betul2, beli sendiri jela..^_^

Siapa dajal?

Dalam hadith ada suruh kit abaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah al-Kahfi dan kita dijamin selamat dari fitnah dajjal. Kenapa ayat2 tu? Cuba kita cek balik erti ayat2 tu. Semuanya bercakap pasal bangsa nasrani yang kata Allah ada anak, yg sukakan kebendaan.

Maksud dajal dikatakan sebagai penipu. Maksudnya, dajal menipu manusia dgn kebendaan dan keindahan duniawi. Dajal ni bukan hanya seorang manusia. Tp ialah sekumpulan manusia atau bangsa. Kalau kita fikir ikut logic akal, sempatka seorang manusia nak p jalan kat semua tempat di muka bumi ni kecuali mekah dan madinah untuk ajak org ikut dia?

Saya rasa lebih mudah utk saya terangkan maksud semua benda yg berkaitan dgn dajal, ya’juj ma’juj dan maksud hadith2 nabi yg lebih kepada perumpamaan.

DAJAL = BANGSA NASRANI (bukan seorang manusia)
BERMATA 1 = HANYA MELIHAT DUNIA, TIDAK MELIHAT AKHIRAT
MATA KANAN BUTA= BUTA AKHIRAT
MATA KIRI BERSINAR BAGAI BINTANG = MELIHAT KEINDAHAN DUNIAWI
MENGALIR BAGAIKAN AIR = PERNAH BERJALAN DI SEMUA TEMPAT DI SELURUH DUNIA KECUALI MEKAH DAN MADINAH (kafir diharamkan masuk 2 tempat ni)
PERGERAKAN LAJU BAGAIKAN AWAN DITIUP ANGIN = KAPAL TERBANG, ROKET
BUMI AKAN DIGULUNG UNTUKNYA = BERGERAK SANGAT PANTAS HINGGA BUMI TERASA KECIL UNTUKNYA
IA AKAN MENGGENGGAM AWAN DI TANGAN KANANNYA = TERBANG MENEMBUS DAN DI ATAS AWAN
MENDAHULUI MATAHARI DI TEMPAT TERBENAMNYA = KAPALTERBANG TERBANG LEBIH CEPAT DARI JALANNYA MATAHARI (orang yang berangkat di timur pada pagi akan sampai di barat seblum matahari terbenam)
LAUTAN HANYA SEDALAM MATAKAKI DAJAL = KAPAL SELAM
KELEDAI DAJAL YANG MEMPUNYAI TELINGA YANG BERJARAK 20 YARD ANTARA KEDUANYA = KERETAPI YANG PANJANG
DAJAL MENGELUARKAN KEKAYAAN BUMI = SEMUA MINERAL BUMI DIAMBIL BANGSA NASRANI TETAPI BANGSA LAIN HNYA MENJADI BURUH.
SAHABAT DAJAL HIDUP SENANG, MUSUH DAJAL SENGSARA = SAPA YANG IKUT DAJAL MESTI KAYA RAYA SEDANGKAN ORANG YANG MEMUSUHINYA NAK MAKAN PUN SUSAH.
DAJAL MENYERUPAI ROH IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL = ADA BANTUAN JIN KAFIR DAN SETAN DI SEBALIKNYA KERANA JIN DAN SYAITAN BOLEH MENIRU RUPA MANUSIA DAN MUNCUL UNTUK BERCAKAP-CAKAP DGN MANUSIA (SPIRITISM)
YAHUDI ADALAH TENTERA DAJAL = YAHUDI PENGIKUT DAJAL KERANA MEREKA KAYA-RAYA UNTUK BANTU BANGSA NASRANI MENCAPAI MATLAMAT MENGUASAI DUNIA.
ANAK LUAR NIKAH = TENTERA DAJAL JUGAK SBB DAJAL MENGGALAKKAN SEKS LUAR NIKAH DAN PERGAULAN BEBAS.
LEKAKI MENJADI WANITA DAN SEBALIKNYA = BANGSA NASRANI MENGAJAR BUDAYA PEREMPUAN BERAMBUT PENDEK, PAKAI SELUAR DAN MENGAJAR LELAKI MEMAKAI BAJU KETAT, BERAMBUT PANJANG DSBG.
PENYEMBUHAN AJAIB = DOKTOR YANG BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT PELIK SEKARANG INI.
YA’JUJ MA’JUJ = KUASA POLITIK DAJAL
MATAHARI TERBIT DI BARAT = CAHAYA ISLAM AKAN MULA BERSINAR DI BARAT, DIANUTI RAMAI ORANG EROPAH.

Dah baca semua maksud ni, paham dak? Saya nak terus buat kesimpulan..dajal ni bukan seorang manusia ja. Tak logic sangatla seorang manusia nak buat semua benda yg dajal tu buat..cth pling senang, camna dia nak p semua tempat di dunia ni nak ajak orang jadi kafir? Kalaula satu tempat tu sejam, dia perlu beratus tahun utk sampai ke semua tempat. Mana dia dan. Lani umur 70 pun kira dah tak berapa kuat dah.


Apa yang nabi bgtau tu semua daripada ilmu kerohanian baginda yang sangat hebat yg Allah bagi kat baginda. Semua tu perumpaan yang nak suruh kita fikir. Kalaula betul dajal tu mmg manusia bermata 1 dan menepati semua ciri dajal, takkanla kita tak kenal dia dan masih nak ikut dia? Tp bila dia mai dalam bentuk bangsa ni, ramai tak orang lani yg ikut dia? Ramai kan? Sebab dia bg kemewahan dan dunia kepada manusia lani. So, sedar tak sedar dah ramai pun yg ikut dia secara langsung (murtad) dan tak langsung (hiburan, gay, homoseks, lesbian, taknak solat, posa dsbg)..

Kalau ya’juj ma’juj plak, kuasa politik amerika lani. Mana ada kuasa lain dapat lawan depa? Adaka? PBB pun hok depa la. Majlis keselamatan mana ada orang islam. OIC? Ni patung ja. Tunggul. Tak leh nak lawan langsung si kafir tu. Mmg tak boleh. Kita tak mampu sampai suatu masa Nabi Isa turun berhujah dgn kafir, sedarkan depa balik pasal kesilapan depa selama ni.

Selama ni saya sendiri tak terfikir lgsg pasal semua ni. Mana logic kalau dajal tu mcm tu betul2. lani kan kita byk ikut logic akal…erm, maknanya dajal tu dah lama mai..dah lama dok ada di sekeliling kita. Kita ja yg tak perasan dan terus dok ikut dia lagi kan? Na’uzubillah..

Matahari pun dah lama dok terbit kot barat. Bumi pun dah jadik mcm2 ketidakstabilan lani. Mmg tak lama dah nak kiamat ni..semua tanda tu dah ada depan mata kita. Wallahua’alam…

P/S: kalau ada papa yg perlu dibincangkan, jangan ,malu jangan segan..mari kita berdiskusi. insyaAllah..=)

Wednesday, October 21, 2009

Belasan tahun dahulu..


Assalamualaikum wbt..


Alhmdulillah, hari ini saya dan hubby dan femly masih diberi peluang nak menikmati kehidupan dgn umur yang entah berapa baki lagi yang masih ada. Mungkin ada shbt yg tertanya-tanya kenapa takdak posting baru? selain sibuk dgn kehidupan berkeluarga stelah bertambah ahli ni, saya sbnrnya sedang rancak memerhati dan menganalisa apa jua yg terjadi di sekeliling saya. Bersama hubby, banyak saya belajar ttg kehidupan. walaupun saya masih masuk kategori 'mudi', saya beruntung mendapat hubby yg sudah pun masuk kategori dewasa.


Kami sering meluangkan masa menonton tv bersama untuk bersantai-santai. dari situ, perbincangan hangat sering kami kemukakan dan akhirnya masing-masing dapat membuat kesimpulan yang satu.


Baru-baru ini kami menonton kisah artis kumpulan elite. saya peminat lagu elite suatu ketika dulu. Dalam belasan tahun dahulu, saya masih kanak-kanak, hubby saya pula sebaya mereka..Dalam tempoh itu, kami masing-masing melalui proses kehidupan yang sebenarnya menjadi pilihan sendiri.


Kami cuba membuat perbandingan, apa yg lebih baik pada diri kami setelah belasan tahun itu berlalu dan apa pula yg ada pada semua ahli kump tersebut. Di sana, tertanam rasa kesyukuran kepada Allah..


Apa yang jadi pada semua ahli kump Elite?


Tiada apa yang berubah dalam hidup mereka. masih dalam jalan hidup yang agama tidak iktiraf sbg landasan yang betul. Masih dgn pakaian yang tidak lengkap melindungi segenap aurat. kehidupan berkeluarga pula diuji dgn pelbagai pancaroba dan semuanya pernah mempunyai sejarah yang menyedihkan (na'uzubillah utk saya dan hubby dan kita yang lain). Masih mencari rezeki, mengumpul harta dunia dgn cara yang sama, yang tidak menepati syaro'. cukupla huraian saya sedemikian. lalu apakah kebaikan yang dapat kita lihat sepnjang usia mereka yang sebelumnya? adakah benar hidup lebih baik dari semalam? itu yang dapat kami simpulkan dripada apa yg dilihat.


Dan kami pula bersyukur kepada Allah dan mohon agar dilindungi diri kami daripada menjadi lebih buruk daripada diri kami yang skrg dalam belasan tahun nnt. kami berdoa agar semua artis-artis di Malaysia kembali insaf, semoga hidup kita semua lebih baik. muhasabahlah diri. apakah bekalan kita utk bertemuNya? Kalau belum ada, cepat sediakan. kalau sgt sedikit, cepat banyakkan, kalau telah banyak, perelokkan semuanya..


Tugas kita dgn Tuhan kita tidak pernah selesai kerana hutang kita padaNya tidakkan bisa berbayar sampai bila-bila.

Kumpulan elite hanyalah contoh dalam tulisan saya ini. Semoga Allah yang berkuasa membolak-balikkann hati, terus menetapkan hati kita dalam agamaNya..semoga tidak diuji seperti mereka..semoga dicampakkan keinsafan dalam hati kita dan hati semua hambaNya..semoga terselamat kita semua daripada azab api nerakaNya..ameen..


bintubahariyah,

22/10/09

1048 am,

TSB.

Tuesday, September 15, 2009

Suka Baik ka Suka xBaik?


Assalamualaikum wbt.

‘Allahumma anta rabbi lailahailla anta kholaqtani wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, a’uzubika minsyarrima shona’tu abu u laka bini’matika ‘alaiya wa abu u bizanbi faghfirli fainnahu la yaghfiruzzunuba illa anta..’

Malam ni 25 Ramadhan dah..Adakah Ramadhan saya kalini lebih baik dari yg tahun2 lepas?? Atau senang ckp, adakah saya jadi manusia yang lebih baik? Alhamdulillah, banyak peningkatan yang saya dapat rasa dari sudut hubungan sesame keluarga, manusia..tp saya tahu saya perlu berusaha untuk menjadi lebih baik dari sudut hubungan saya dgn Allah dan Nabi..bila saya tgk suami..jauh berbeza dgn saya..mmg saya perlu contohi dia..saya tahu itu..dan mmg patut seorang suami menjadi contoh buat isterinya kerana dia secara fitrahnya dijadikan sebagai imam..yah ucapkan tahniah kat abg sbb berjaya jugak capai target abg utk ramadhan ni..Yah tak larat lg nak ikut..maapla..huhu..semoga Allah makbulkan semua doa abg..moga tahun2 depan kita jadi lebih baik..ameen..

Eh, kenapa yg dok cakap pasai baik2, nak jadi baik, nak jadi lebih baik ni? Saya teringat entry terbaru junior merangkap mantan YDP PMIUSM 2 tahun berturut-turut, adik Asyraf..bertajuk ‘Camna nak jadi baik ek?’ katanya secara fitrahnya manusia ni dijadikan sukakan kebaikan..dan inilah yg selalu saya dgr waktu sekolah dulu..

Situasi 1

2 minggu lepas saya ada ziarah jiran saya, Kak Ayu saya panggil. Dia ada anak laki 2org. Masa saya pi tu, anak dia yang bongsu tgh main game bola sepak.
Saya tanya dia, “yang pakai jersi kaler oren tu sapa?”.
Dia jawab, “Jahat”

Nak tergelak pun ada…haha..bukannya dia lawan streetfihgter..lawan bola ja..tp dia boleh label yg pasukan lawan tu sbg ‘jahat’. Kalau dah yg tu jahat, maknanya dia nak kata yg pasukan dia baikla kan? Peristiwa ni dgn jelasnya membuktikan kepada kita manusia tu diciptakan bersama sifat yg sukakan kebaikan dan ingin menjadi baik..

Situasi 2

Pernah dak anda tgk apa-apa cerita kat TV? Tak pun baca novel pasal kisah hidup manusia. Pernah dak? Mestila pernah kan..bohong dosa..biasanya cerita-cerita, drama-drama tu semua mesti ada watak yg baik dan watak jahat. Antagonis or protagonist. Biasanya anda sokong watak yang mana? Jahat ka baik? Saya yakin 99.99% yang sedang baca pertanyaan saya ni akan jawab anda sokong watak baik. Betul x? 0.01% tu kalau ada pun mungkin sokong watak jahat bukan sbb dia jahat, tp mungkin sbb factor lain spti watak jahat tu lawa ka..tak pun dia masih ada sifat baik ka..dan apa2 saja yg baik jugak..tp bukan sbb dia jahat..

Sekarang anda percaya tak yang anda, tak kirala sokong parti mana pun, mesti nakkan kebaikan? Sejahat-jahat manusia, jauh di sudut hatinya ttp nakkan kebaikan sekurang2nya utk diri dia sendiri. Dan kalau ada org jahat yg terus melakukan kejahatan, semua berpunca daripada hati yang dah mati..sbb dia taknak dgr kata hati dia yg masih bersih suatu ketika dulu..

Marilah kita berdoa supaya Allah jadikan kita manusia yg lebih baik setiap hari, agar kebaikan kita bertambah setiap hari..dan agar hari-hari yang dilalui tak pernah membuatkan kita menyesal di sana nnti..ameen..

Saki baki ramadhan yang ada ni..jom kita perbanyakkan bacaan penghulu istighfar mcm yang tertaip kat atas entry ni..semoga Allah ampunkan dosa kita, keluar ramadhan menjadi seperti baby yang baru lahir, terampunkan semua dosa kita, terlepas dari seksaan api nerakaNya..


Ya Allah..jadikan aku dan zuriatku mendirikan solat..jadikan hidup dan matiku, seluruh ahli keluargaku, guru-guru dan sahabat-sahabatku dirahmati, diberkati, diampuni, dipimpini sehingga hidup dan mati kami hanya keranaMu ya Allah..ameen..
..bintubahariyah..
..25 Ramadhan 1430h..
..Alor Setar..

Sunday, June 28, 2009

Ulat buku


Assalamualaikum wbt.


Camna boleh wujud istilah ulat buku ha? kalau pun nak gmbrkan org yg suka bc buku, kenapa ulat yg dipilih? kenapa bukan cacing ka, kalajengking ka, kancil ka, tupai ka, ladybird ka dan apa2 yg lain? dahla ulat tu mcm nak gmbrkan suka makan..mcm org yg makan buku lak. huhu..

aik, ni awat tiba2 ja pi persoal perumpamaan melayu ni? kena saman dgn DBP kang, cik abg gak yg susah hati..hihi..


Sbnrnya, entry kali ni nak ckp psl buku ja..psl minat membaca..saya ni sejak kecik lagi, bila ditanya apa hobi? saya mesti jawab membaca..(walaupun kdg2 ja suka bca)..dan kebanyakan kanak2 di sekolah lani pun, mesti akan tulis 'membaca' dalam buku rekod pencapaian mereka..ala, I tau la..I ni kan nak jadik cikgu..iA...hihi..

Sebenarnya kcik2 dulu suka bc mjlh ujang ja..bila masuk sek men, tak minatla bc buku selain buku akademik. masuk mtrik dan U, jadi rajin bc buku bila bgchu selalu bawak balik buku2 baru yg best2..dia beli kat mahasiswashop kat usm..


Waktu mula2 pindah rumah baru yg suami sewakan utk khidupan berdua kami, memang terkejut bukak2 pintu nmpk menimbun buku2 kat sudut rumah. Bila dok kemas rumah dan susun buku, boleh kata lebih 200 naskhah buku yg mcm2 jenis dimiliki oleh suami (ni kata ganti diri ketiga, so kena guna ayat pasif sedemikian..hihi)..suami mintak diasingkan kepada 3 bahagian waktu nak susun tu ikut tingkat2..


1) Atas sekali = buku2 agama, kitab2 lama, kitab2 baru, tafsir dan yg agama2 jela semua..

2) Motivasi dan ilmiah = byk sgtla..tak larat nak cerita kat sini..utk wanita, lelaki, tulisan

Dr. HM Tuah, Dr. Fazilah Kamsah, Ust. Hasrizal dan ramai lg..

3) English and etc = byk btoi buku org putih, novel2 pun ada..buku ayurveda pun ada..herba dan mcm2la..cik abg mmg minat sgt bab2 herba dan rawatan tradisional ni..cik abg ni pandai mengurut..sapa sakit2 sendi, urat ka apa ka, contact ja suami..hihi..iA..dia boleh cuba membantu..(takpa ka saya promote2 ni, abg?)


Tula buku2 abg saya..tmbh pulak dgn buku saya..jadi lebih2 lagi la koleksi buku kami..saya pulak jenis yg suka sgt bc kisah2 perang ni..tulisan yg sy sgt2 la cinta, karya pakcik Abdul Latip Talib: Novel Sejarah Islam..antara buku yg dah pun saya khatam:


1) Salahudin Penakluk Jerusalem (pinjam kat farhana, trm ksih farhana)

2) Khalid Mengejar Syahid (pinjam kat sufi, trm kasih dik..)

3) Abu Bakar Sahabat Setia

4) Abu Ubaidah Penakluk Parsi

5) Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel (Senior hadiahkan sempena hari lahir, trm kasih byk2..=)

6) Ikramah b. Abu Jahal (tak ingat tajuk sampai habis)


Yg baru ja sy beli di pasar malam bersama suami minggu lepas ada 3 sekaligus..huhu..takpala kluar duit lebih skt..buku punya psl..


1) Umar al-Khattab Reformis Dunia Islam (tgh dok baca)

2) Ali b. Abi Talib Mutiara Ilmu Islam

3) Tariq Menang ataupun Syahid


Saya sgt suka tulisan pakcik latip ni. bahasa dia ringan..jalan cerita dia tak berkias2..direct to d point dan dia membuatkan kita mcm ada kat zaman shbt2..mcm kisah khalid mengejar syahid, rasa mcm dok berperang sekali ja dgn pahlawan2 islam..


Saya dok nak cari buku Thalhah lak pasni..herm, buku2 yg suami pun takdan nak bc lagi..waktu kawen dlu pun, hantarannya buku bertajuk 'Aisyah, Keanggunan Sejati' pun tak baca lg..


Bak kata suami, "Baca No. 2, yg penting koleksi..dapat tgk buku2 yg cmni pun dah rasa tenang hati.."

Tak hairanla, kalau jumpa ja kedai buku2 kat mn2 pun, itula yg diterpa dulu..belek2 ja apa yg ada walaupun tak beli..


Abg, nak kategorikan abg dalam ulat buku ka apa buku ni? hihi..


Jomla kita pakat2 minat membaca..tak rugi pun..duit yg kita laburkan utk buku, sikitpun tak rugi..bgmat pun penah kata, beli buku, kluar duit byk mana pun takpa..dripada kita dok top-up 10-10-10-30 tu, baik jimatkan duit..credit tu bila habis, bukan nmpk brg pun..tp bila beli buku, duit habis pun brg ada depan mata..btul x? btul x apa yg sy kata ni?


Lg 1, pasni dinasihatkan kalau nak tukar2 hadiah waktu jamuan perpisahan ka apa, tak payhla dok beli menda2 frame ka, kotak2 pensil ka, bunga ka dan sewaktu dgnnya..tp hadiahkanlah buku..tukaq2 buku..mcm kami buat waktu liqa' 86 tahun lepas..sy dpt buku tajuk "Peranan Wanita pada Zaman Rasulullah SAW"..Min bg..best sgt2..tq min!

Kalu kita tak mampu nak amalkan pun, at least kita dapat gak saham bila org yg bc buku yg kita hadiahkan tu amalkan ilmu yg dia dapat daripada buku tu..


p/s: Make sure buku yg dibeli tu ilmiah jugakla walaupun sikit ja ilmiahnya..asalkan ilmiah gak..krgkanla beli mjlh2 yg pelek2 lani..(pesanan ringkas ni dibawakan khas utk saya dan semua remaja-remaji di luar sana)



Meh2 beli buku, hadiahkan buku dan bacalah buku..

..bintubahariyah..

..640 pm..

..28.6.09..

..Bayan Lepas..

Thursday, October 16, 2008

Solat itu Ahmad?


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kifhal? smoga semua sehat sjhtera.. kalau sakit fzkl, carilah penawarnya dgn bantuan Doktor..tp bukan berhrp pdnya..itu sbg usaha saja..kalau yg nak lebih menjaga, carila ubat2an herba..mcm HPA..hehe..promote plak. maklumla, dah selamat hntaq borang..=)

Kalau sakit iman plak, ubatilah dgn penawar alQuran dan alHadith..suburkan kembali jiwa yg gersang dgn siraman bacaan ayat2Nya..dan teguklah nasihat2 yg berguna..

Harini teman nak tnya pada kita semua 1 soalan ni. Apakah perkara yg PALING TERPUJI yg kita lakukan sehari2?

Act teman petik soalan ni dan jwpn yg bkl teman bg ni daripada tazkirah ringkas yg telah disampaikan oleh ukhti shafinaz dalam jamuan raya PMI baru2 nii..tQ pinat nae..k gyh suka sgt..dan berhajat benar nak share dgn ahli ziarah SH ni..syukran..=.=

oklah, dah dpt jwpn? apa? SOLAT? hehe..betulla tu..
nak evidence secara empirical tak?
ok, i'll prove it!

Perbuatan Solat
Apa yg mula2 kita buat dalam solat?
BERDIRI BETUL..ya betul..kedudukan kita ketika ini boleh kita samakan dgn ALIF, kan?
seterusnya, kita RUKUK kan? ya..RUKUK ni plak boleh nmpk mcm bentuk HAA..

then, kita SUJUD plak. SUJUD ni mcm huruf MIM...

finally kita DUDUK ANTARA DUA SUJUD yg boleh nmpk mcm DAL..

so, campur semua huruf jadik ALIF, HAA, MIM, DAL..apa tu?
ya..AHMAD...mean? TERPUJI....^_^ get it?

so, as a conclusion, SOLAT ialah perbuatan yg paling TERPUJI berdasarkan bukti empirical..subhanallah..tidak Engkau perintahkan sesuatu dgn sia-sia..

SOLAT

Ada apa dgn solat yg terpuji ni? ok, kita tgk pd takrifan setiap huruf dalam SOLAT..

S- Sejarah
Kenapa ada sirah dan sejarah dalam Islam? kenapa kita selalu kena tgk kisah2 yg terdahulu? kenapa kita perlu selalu ambil pelajaran daripada sirah nabi dan shbt2? ini apa? bukankah semua kisah yg telah terjadi itu sejarah? and why we must learn history? because we might repeat the mistakes that the people before us have done. cth, kisah kaum luth, kaum syu'aib dan kaum Nuh..kalau kita tak bljr sejarah pasal depa, kita mgkin jadi org yg mengulangi sejarah itu..na'uzubillah..sbb tu ada lagu tomok dulu2 tajuk "sejarah mungkin berulang" heheh..betulla tomok oii..sjrh mmg akan berulang kalau kita tak bljr melalui sejarah..=)

(teman tahu lagu ni kat part 'sejarah mgkin berulang' tu je..yg lain2 tu apa lriknya pun xtau..heheh..soryla cik tomok..)

O- Organisasi
Islam menganjurkan konsep berjemaah..amik cth solat jemaah ja..ada sorg imam, bilal dan anak2 makmum..syaratnya kena dok dalam soff yg tersusun, dan kena ikut semua perbuatan iman. yg si bilal ni plak jadik pembantu imam nak pggl org turun solat.. imam baca fatihah, makmum kena dgr..mcm dgr arahan dari ketua la camtu..then, imam rukuk, sujud, semua ikut..maknanya, makmum bertindak ikut arahan..hehe..nice..subhanallah..inilah 1 cth organisani yg ckp rapi yg Allah ajarkan kepada kita..tnpa solat jemaah, kita tak dpt pahala 27kali ganda..cas2 negatif positif slm badan pun tak dapat dineutralkan..sbb tu kena lebih baik solat jemaah..kerna ia merupakan syiar kekuatan umat Islam..bukak dalam surah as-saff 1-5..ada Allah cakap psl ni..ibarat bgunan yg tersusun kukuh..

L- Love
Ni part yg plg best la..Allah menjadikan sifat rahmat 100 bahagian. Maka dipegang 99 bahagian dan diturunknNya 1 bhgn ke bumi..maka dgn 1 bhgn inilah sluruh makhluk berkasih syg sesamanya, hingga seekor haiwan mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak olehnya. Kata Nabi SAW: Pulihkan kasih syg yang berantakan. Yg putus disambung, yg pecah dicantum. Ditakuti tidak berkasih syg membawa erti tidak mendapat rahmatNya meski berada dalam bulan rahmat (Riwayat Imam Muslim dari Abi Hurairah)

A- Akhlak
Akhlak tu perbuatn, tatacara hidup, sikap dan seumpama dgnNya..Akhlak Islam ialah semua sifat yang menjdikan seseorang itu disenangi tidak kira oleh siapa sahaja..dgn akhlak Islam yg ada pd nabi kita, ramai kaum yg bencikan ISlam memluk Islam..teringat kisah Bro Kamarudin semalam dlm Kelas Perbandingan Agama..sorg shbt membawa shbtnya yg sudah 90% ingin memeluk Islam berbuka puasa di masjid..(shbtnya ini sudah beljar berpuasa)..shbt ini atas dasar akhlak yg terpuji meminta izin kepada Imam masjid tersbut supaya mmbenarkan shbtnya ini berbuka bersama..thu apa kata imam tersbut? TANGGA MASJID PUN DIA TAK BOLEH PIJAK! dan org islam lain berbuka puasa dgn enak sekali...boleh bygkan tak apa perasaan shbt kita yg baru berminat dgn Islam ini? daripada 90% mungkin sudah jadi 9% sahaja..kenapa? akhlak Islam tiada! zero! astaghfirullah..sapa kata kaum belum Islam ini tidak boleh masuk masjid? tgk balik sirah nabi dgn kaum najhan..(again, sejarah itu ptg)

T- Timeline..
Solat ada timeline tak? ada kan? bila waktu zhor, bila asar, dan semua sampai subuh..semua ada..pergerakan mthari dan bumi ada timeline dak? ada kan..bila siang..bila malam..hidup kita ada timeline dak? ada kan..bila nak tidur, bgn, mandi, makan, solat, bila nak mati..semua ada..
so, timeline ni ptg dalam hidup kita..Islam ajar kita supaya pandai manage masa..selalu org ckp tak cukup masa. tak betul alasan tu..sbb semua org ada masa 24 jam..kenapa ada yg boleh jalankan tugas yg sama dgn kita sdgkan kita tak boleh? takkan masa dia ada 24 jam 1 minit dan 1 saat kot?

so, renung2kan..fikir2kan..sbg tazkirah ringkas utk kita semua di ptg yg nyaman ini..iA..semoga bermnfaat..=.=

salam ukhwah fillah..

..bintubahariyah..
..550 pm..
..16/10/2008..
..Cahaya Gemilang USM..





Saturday, October 11, 2008

IKHTILAT


Assalamualaikum wbt..

hrp semua ahli ziarah sehat2..dan tenang2 hati kalian..sbb syurga mukmin di dunia ialah ketenangan..=.=


Pg yg syahdu ni, terasa sgt ingin mencoret sesuatu..kerna ketenangan hati dicerobohi..tujuan nak menulis pun utk memperkatakan sesuatu kepada shbt tersyg fillah..tp kelu dan terkedu..lama memandang skrin tanpa tahu apa dari mana ingin memulakan. Alhamdulillah, folder lama ku klik satu persatu dan kujumpa satu artikel ttg ikhtilat..setelah dibaca utk kedua kalinya, ya! inilah yg ingin ku katakan buat teman2ku..dan juga utk peringatan diri yg cukup pelupa nii..IKHTILAT..tulisan seorang hamba Allah yg entah dari mana aku jumpa..apa2pun, ana taknak sewenang2nya publish artikel org dan katakan ini tulisanku..

maaf kepada penulisnya..aku lupa nak copy linknya..maaf..


oklah shbt2..meh kita baca sesama2...sblm tu, mintak doa agar Allah tak hijab hati kita kerana dosa2 kita sampai kita tak nmpk kebenaran..

IKHTILAT

Seorang yang menggelarkan dirinya YANG JAHIL meminta saya untuk menulis artikel berkaitan ikhtilat dalam gerak kerja. Saya ada bertanyakan satu persoalan yang harus kita fikirkan bersama. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah hati.

Masalah hati dalam perbincangan ini bukan merujuk kepada hati yang tidak bersih sehingga melahirkan maksiat seprti mengumpat, mencela, dan juga merosakkan harta benda. Tetapi maksiat hati dalam ruangan ini merujuk kepada suatu dimensi perhubungan antara dua gender yang berbeza.

Lelaki dengan perempuan merupakan ciptaan Allah yang dijadikan untuk hidup bersama. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dengan tujuan untuk menampung. Lelaki mungkin ada kebijaksanaan akal 9/10 tetapi perempuan memiliki prestasi emosi 9/10. dengan emosilah perempuan jarang sekali terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti rasuah dan berat tulang.

Akal tinggi yang dimiliki lelaki akan menuntuni perempuan, maaf, lebih baik jika kita gunakan istilah wanita, manakala dengan emosi wanita yang baik itulah mereka menampung kekurangan lelaki. Antara keduanya ada satu magnet yang boleh mendekatkan antara keduanya.

Allah SWT mengizinkan magnet itu mencantunkam kedua-dua gender ini apabila tiba masanya. Lalu dengan magnet inilah lelaki menaruh perasaan kepada wanita dan wanita menaruh perasaan kepada lelaki. Ia sangat adil dan sangat indah apatah lagi kalau kekuatan magnet itu digunakan dengan cara yang baik dan berkesan.

“Akhi, ana cukup berkenan dengan si Ani tu. Dia seorang muslimah yang solehah. Kami pernah bekerja bersama-sama dalam satu program lama dahulu”.

Ah, bolehkah si Yusri ini (bukan nama sebenar) menaruh hati kepada si Ani yang pernah bekerja dengan beliau? Jika kita katakana salah, maka kita tidak bersikap adil kerana kita telah menafikan kuasa dan pengaruh magnet yang telah dibekalkan oleh Allah kepada kita.

Dengan kuasa magnet itulah Abang Naim berkahwin dengan Kak Suhaila. Maka apakah kedua-duanya salah kerana masing-masing ada perasaan semasa bekerja bersama-sama. Pastinya tidak sama sekali.

Lalu, bagaimana dengan maksud ikhtilat yang ingin kita bicarakan. Apakah si wanita yang bercakap dengan suara yang sangat perlahan sehingga dengar-dengar sahaja, memaksa si lelaki menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar bait-bait katanya? Ah, kalau sampai begitu, masakan kita mampu mencari pengganti Rafidah Aziz dan Shahrizat Jalil mahupun Nurul Izzah.

Apakah ikhtilat itu, si lelaki langsung tidak akan memandang wanita dengan matlamat menundukkan pandangan? Lalu jadilah seperti seorang kawan saya yang menundukkan pandangan ketika melintasi saya sehingga hampir terlanggar tiang.

Apakah ikhtilat itu, program harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya kian terjaga. Kalau begitu, maka saya dapat merasakan percambahan idea tidak akan berkembang. Idea lelaki dengan wanita pasti ada banyak bezanya, apatah lagi si wanita sangat halus dan teliti kerjanya sedangkan si lelaki pula hanya bersahaja.
Lalu, apakah ikhtilat itu? Saya sengaja mengemukakan beberapa persoalan terlebih dahulu agar difahami dengan baik secara realitas. Maaf, tulisan saya ada bercampur sedikit dengan bahasa Indonesia.

Saya dapat merasakan ikhtilat itu adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga melarutkan diri dalam lemas kesenangan. Mereka jadi tidak tenang dan gumam, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia.

Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begiru juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga.

Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.

Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertmu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjangan langsung tidak dihulurkan.

Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hlang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik.

Kata BUDAK U, kahwinlah…

Tulisan sorg hamba Allah..

ni teman nak tambahla skt..kalau nak kawen jugak, tp masih tak mmpu...betul2 tak mmpu nih..erm..terimala hakikat yg kita mmg tak mmpu..so, jalani kehidupan sbg org yg tak mmpu utk kawen lagi la..tak payah dok susah2 hati..sibukkan diri dgn kebaikan..agar takla kita disibukkan oleh cik2 keburukan..

so, jaga ikhtilat kiter..supaya dapat lahirkan zuriat yg soleh-solehah nnt..senang nak didik..

jgn lupa, nak dpt anak soleh-solehah tu, starts before marriage..lgkah mula utk mendapatkan ibu dan ayah utk anak2 tu kena betul..cmna cara jaga batasan..semua tu akan jadi rahmat ataupun laknat after kawen..so, muhasabah balik deh..nak laknat ka nak rahmat?

kat sini, sy nak petik kata2 kak fatimah syarha dalam conversation kami baru2 ni after tak sampai sebulan kak ha diijabkabul..kak ha kata:

"Perkahwinan itu indah bila jalan menujunya tidak dicemari maksiat"

Jadi, pesan utk diri dan shbt, lebih2kan taqarrub dgn Allah kala diri hebat menerima ujianNya..Dialah Pemberi Ujian..hanya Dia yang ada jalan keluarnya..Dia tahu dirimu sanggup atau tak utk terima ujian tu..jgn sekali2 menurut hati yg gersang dgn ingatan kepadaNya..kerna hati itu hanyalah sekeping hati yang dimanjai oleh syaitan durjana..Cari kembali sinar di hatimu, sinar dlm setiap gerak lakumu melalui teguran dan nasihat bersulam mawaddah keranaNya oleh shbt2mu..kerna shbt2mu selalu mendoakan dirimu..

wallahua'lam

salam sayang utk diri dan sahabat2 tersayang keranaNya,

..bintubahariyah..

..2.35 pagi..

..12/10/2008..

..USM..


Wednesday, July 16, 2008

Cinta Hakiki




CINTA HAKIKI


oleh: RAIHAN

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Cintakan Allah tiada kecewa
Engakaukan tenang di waktu susah

Kembalilah kepada Tuhan,
Dia kan tetap menanti
Kehadiran hambaNya yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangnya tidak bertepi


p/s: Kepada bgchu..adik nak ucap selamat melangsungkan perkhwinan..walaupun bulan depan..heheh..adik tumpng bhagia bila bgchu bahagia..doakan adik dapat kejar cita2 adik..kalau dah dapat capai impian tu, and bila dah sedia dan waktu tu kalau takdak sapa nak kat adik, bgchu dan abg2 adik yg lain tlgla carikan. syaratnya yang beriman dan hatinya cintakan Allah ek..hensem dalam..tak hensem luar pun takpa..heheh..
buat shbt2ku yg dah jatuh cinta, make sure cinta kita kta Allah yg 1st ek..then, cintakan mak ayah..kalau utk lelaki plak, jgn ubah cinta pada mak ayah menjadi krg..even dah jumpa bakal isteri masing2..

ya Allah, kurniakan kepadaku cinta terhadap kebaikan dan bencikan kemaksiatan..dan kurniakan kepadaku cinta kepada ilmu pengetahuan yang boleh mengajar aku mengenalMu..dan kurniakanlah kepadaku cinta daripada shbt2 yg mencintaiMu, dan cinta daripada insan yang hampir denganMu..dan jadikanlah cintaku kepadaMu melebihi cintaku terhadap air yang sejuk di saat kemarau..

Terima kasih ya Allah..


..bintubahariyah..
..pg yg indah..
..17/07/08..

Wednesday, July 02, 2008

Motivasi Secara Langsung Drpd Allah..


Inilah firman Allah yang benar-benar menjawab segala persoalanku..benarlah, Al-Quran ialah motivasi yang terbaik, penawar bagi hati yang sakit, penghibur bagi hati yang bermuram..

Ya Allah, terima kasih atas nikmat yg maha besar ini..
Bismillahirrahmaanirrahim..

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TuhanMu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya. Dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (Ya Allah, masukkan aku dalam golongan ini...)

" Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu BERSABAR, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar."

" Dan bersabarlah (Muhammad). Dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah. Dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan."

" Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."


[Surah An-Nahl: 125-128]


Terkenang sewaktu menghadapi PRK yang lalu..Allah terus-menerus memotivasikanku..
Kala hebat shbt2 ku yang menggelarkan mereka 'aspirasi universiti 'memberi provokasi, kala shbt2 calon lantang memfitnah Persatuan Ilmu Pendidikan di mana aku ditakhlifkan sebagai NYDP1, kala pelbagai tohmahan yang tak dapat diterima oleh mana-mana makhluk dilemparkan bertalu-talu, lembaran Al-Quran ku selak perlahan. Kemarahan yg membara segera disejukkan oleh nasihat Allah :

"BERSABARLAH atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia sangat taat (kepada Allah)"

Surah As-Sad : 17

Seterusnya, aku mulai ucapan umumku dengan 10 ayat pertama daripada surah al-Waqi'ah. Suasana yang penuh provokasi itu bertukar wajah dgn ayatMu..walaupun pada mulanya masih ada yang terlupa aku sedang membacakan ayat-ayatMu hingga shbt bukan Islam hairan, apakah sebenarnya yang sedang ku pegang dan sedang ku baca? al-Quran kah? Mengapa orang Islam di depan sana masih tidak menghormati kitab suci mereka? Maafkanku duhai shbt..Islam itu indah tetapi ia sering diburukkan oleh orang Islam itu sendiri..Maafkanku kerana tidak berjaya menunjukkan keindahan Islam ini kepadamu..

Maafkanku juga duhai Ramadhan..kerana malam-malam yang sepatutnya diisi dengan munajat, zikir dan keindahan taqarrub dengan Allah telah menjadi medan yang menyedihkan..Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kami kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang menyayat hati itu..

Itulah malam yang paling menenangkan. Jika Allah takdirkan aku kalah sekalipun dalam merebut kerusi umum yang lalu, aku tahu yang aku sudah pun menang. Menang dalam mengawal nafsu amarahku..Ya Allah..terima kasih...terima kasih kerana memilihku untuk melalui jalan ini..dan tetapkanlah hati ini dalam jalan yg aku yakini ini..ameen..



Bintubahariyah,
Dini hari,
3 Julai 2008.

Friday, June 13, 2008

“Desperate Housewife” ~Ada pengajaran..

~Anak menakan maksu dgn kwn2 dia waktu pertndingan nasyid Pasti..omey tul..lagu intifadhoh lagi depa nasyid..heheh..syafiq, anak menakan maksu, no 2 dari kanan tukang tarik part yg tinggi2..heheh..insyaAllah, anak2 soleh solehah nii..~

“Desperate Housewife” ~Ada pengajaran.

Assalamualaikum wbt.

Hari selasa baru-baru ni, sy ada tgk gambar “desperate housewife”. Tapi tgk sekerat ja sbb ada gmbr lain yg lebih menarik di tv lain. Erm, ada pengajaran rupanya. Episode kali cerita pasal housewife2 yg pi gereja setiap minggu. Kira alim la depa ni. Tp ada plak sorg housewife ni yg tak penah p gereja sejak kecil. Tp hari tu dia rasa terpanggil nak pi. Bila dia cakap kat suami dia, suami dia takmau pi. Dia kata dah bosan sejak kecik kena paksa p church. Husband dia bg alas an anak2 depa pun tak perlu p gereja sbb depa dah kenal sapa jesus dsbg. So, anak laki dia menyampuk cakap dia tahu sapa jesus, “Jesus ialah pembantu santa claus!” hahah..terus si husband kata depa kena pi church mulai hari tu. Huhu..tu anak2 org putih, yg kafir pada Allah. Kita org Islam, anak2 kita camna? Kenal nabi? Kenal Allah? Kita nak mengajar anak2 tak perlu dan tak wajib pun bawak anak2 ke masjid. Kat sekolah ada la jugak sikit silibus agama..tp tak cukup. Boleh jugak hantaq anak2 pi belajar baca quran dgn tok guru kat kampong macam mak ayah saya buat kat saya adik-beradik. Saya dgn bangchu, mak hantaq ngaji dgn tok jang kat depan rumah. Arwah tok jang dah pegi lama dah. Semoga Allah cucuri rahmatNya utk tok jang tersyg yg dah byk berjasa dlm hidup saya dan bgchu. Al-Fatihah utk tok jang.

Erm, cakap pasal silibus sekolah, teringat waktu saya jadi cikgu ganti tuisyen beberapa bulan yang lalu. Tunggu punya tunggu, adala 4 org ja anak murid yang sudi mai. Semua muslimin. Okla tu daripada takdak lgsg. Kena ajar m3 tajuk transformasi form 5. actually, kena bg soklan ja. Tak payah ajar kata cikgu asal kelas tu. Dia siap dah fotostat dah soklan utk anak2 murid dia. Legala jugak sbb cikgu siti ni bukan pro dalam m3. bidang cikgu bio and chem.. itu kalau bg iA la..

Anak murid 1st yg dtg tu bersongkok lagi. Ingatkan cikgu tuisyen gak ms mula2 tgk. Tinggi betul. Bagus budak ni. Masuk kelas ja smntara tggu kwn2 dia, dia bukak mathurat, bc pelan2. heh. Sejuk hati cikgu tgk dia. Pastu dtgla tiga org lagi. Sorg tu pakai cap. Dok sebelah yg pakai kepiah ni. Baru ja sampai dah tunjuk benda apa ntah kat kwn yg dtg sama2 dgn dia, kaler kuning. Cikgu suruhla simpan dan mintak depa bc doa. So, mulala nak ngajar. Bg ja soklan tu. Tp tgk2 mcm tak focus plak. Satu apa pun tak tulis kat ketas. kosong ja. Yg si songkok ni dah jauh tggl kwn2 dia. So, reti tak reti cikgu ct ni kenala jugak mengajar. Dah ajar byk kali pun dok tak paham situ la. Pastu dok main2. kuku pun ada taruh pnjg. Then, tak tahan dah punya pasal, cikgu pun menyatakan kesedihan tgk anak2 Islam ni jadi cmni. ~Sesi tazkirah bermula la..~ cerita2 syurga, nabi, semua keluar. Lebih setengah jam jugak rasanya. Yg sedihnya, bila tnya pasal kisah nabi Nuh pun, tak tahu apa kisahnya, terbalik dgn kisah nabi lain. Sedih…sedih…ni kisah nabi Nuh pun fail, cikgu pun tanyala pasal solat, cukup ke tak? Alhmdulillah, yg bersongkok tu mmg cukup. Yg lain, kurang sikit…kena lagi tazkirah. Lagi terukla kali ni. Nak cerita isinya pnjg sgt pulak. Sampai merah mata2. alhmdulillah, syukur sgt sbb ada peluang sampaikan dakwah camtu. Semoga ada la yg depa bawak balik hari tu. Semoga kuatla hati depa nak berubah. Bukan taknak, bukan tak sedar, Cuma byk sgt tekanan luar yg tak membina. Cikgu pun dah pesan, kalau kwn2 cabar dan perli2 bila depa nak berubah, abaikan. Yg nak dapat kebaikan, bukan depa tp kita. Kena matang dah. Dah boleh jadi bapak budak dah. Sampai solat pun tak ckp lg ni camna kan? Huhu….anak2 murid cikgu…cikgu ni ganti ja. Bkn boleh survey every week..lepas ni pi LM, camnala pulak…

Okla cerita psal tu, ada lg cerita pasal desperate housewife yg boleh jadi iktibar utk kita semua. Ada sorg lagi housewife yg mmg “alim” plak p jumpa dgn father. Dia ckp nak kawen lain. Father tu terkejut sbb suami dia baru ja mati 2minggu. Pastu dia kata dia dah lama kawan dgn Carlos (org yg dia baru nak kawen ni), beberapa bulan sblm husband dia mati. Maknanya dia curangla. Father tu terkejut sgt. Then dia cakap dia mmg seorang pengikut yg jahat dan dia pujuk gak paderi tu kawenkan dia dgn carlos. Paderi terpksa kata boleh dan suruh dia janji akan setia dgn Carlos sampai mati. Dia janji. Then, bila nak kluar dari church tu, dia ckp kat paderi tu, kalau dia curang lagi dgn suami dia, dia akan tukar agama. Then paderi tu kata thank you sambil tersenyum. Huhu….

Dalam islam, ada ka ulama’ kita senyum dan ucap syukran bila ada org islam yg jahat nak murtad? Na’uzubillah.. Itu bukan ajaran kita. Benci camna pun kita pd saudara seislam kita, kita masih kena syg dia sbg satu asset Islam. Tanpa seorang daripada dia, kuranglah seorang utk bersama-sama kita di dalam syurga nnt. Kita kena ingat, muslim, jahat camna pun, yg mengucap 2 kalimah syahadah dgn hatinya yg tulus tempat akhrnya pastilah di syurga. Kalau kita balik pada desperate housewife tadi, dia senang ja kata nak kluar agama bila dia tak boleh nak setia dgn Carlos tu. Agak2 pasaipa dia boleh berani cakap tak boleh setia camtu? Sbb agama dia tak ajar pun tujuan sebuah perkahwinan mcm agama kita. Dia walaupun boleh dikatakan alim, akhirnya tak dpt nak bg jaminan dan agamanya dijadikan cagaran. Na’uzubillah..agama kita sebaliknya tak penah ajar penganutnya jadi mcm tu dan buat mcm tu. Sbb Islam is the best. Kalau pompuan tadi nak masuk Islam takpa jugak. Sbb terang2 agama dia mmg salah. Tp kalau kita yg dah ada dlm agama sbnr, yg menjamin kebahagiaan dunia akhirat ni nak tukar2 agama, kita dah takdak pilihan yg lebih baik dari agma ini. Apa pun jadi, kembalilah kepada Allah.

Erm, sbg akhirnya, kita hayatilah sabda nabi ni:

“Engkau memegang pso penting dari pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos (terlepas) dari pengawasanmu”

Wallahu’alam. Bye..=)

Bintubahariyah,

12 June 2008, 0910 pm,

Alor Star, Kedah

Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidurrasul


Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar



Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain.


Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”


Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”


Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit.


Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.


Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.


Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”


Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.


Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”


Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.


Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala.


Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.


Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”


Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”


Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.


Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”


Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”


Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”


Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala.


Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.


Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam.


Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”


Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”


Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”


Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”


Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”


Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya.




Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.” Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”


Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”


Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.


Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”


Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”


Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya. Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.


Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”


Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”




Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.




Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?” Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia. ( Abasa: 37)


Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?” Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.” Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!” Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.” Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”




Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW. Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”


Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”


Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!” Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”


Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!” Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s.


Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”




Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.” Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.” Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!” Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat..


Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.” Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”


Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”


Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.


Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.


Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.


Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.


Kumpulan yang kelima berlari.


Kumpulan keenam berjalan.


Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!


Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.


Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.” Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.” Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.” Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.” Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka.




Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.


Sama-sama kita banyakkan selawat pada Nabi kita..iA..salam maulidurrasul buat semua umat Islam yg ana kasihi fillah..




Wednesday, February 13, 2008

Alangkah ruginya..='(



~Alangkah ruginya jika insan lain sudahpun bersedia mengangkat senjata utk Islam sedangkan diri masih terkedek-kedek mencari arah tuju dan haluan. Lebih rugi lg jika diri lgsg tak ingin mencari jalan pulang. Bukankah diri sudah jauh ketinggalan?? Masalah hati dan iman masih belum ada penyelesaian. segeralah bangun duhai insan, takut nnt yg tinggal hanya penyesalan..semoga hal itu Allah jauhkan..salam mujahadah..(^^)

Pesan ringkas buat sekeping hatiku dan utk hatimu jua duhai teman...

~Bintubahariyah~

0142 am

7 Safar 1429

USM.