Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Thursday, April 01, 2010

Meluat, meluat, meluat!

~Alangkah damainya andai manusia mengikut arus yang ditentukan Allah..

Assalamualaikum wbt.


Sistem rosak lagi merosakkan! Sehari 2 ni rasa susah hati sgt. Terdengar kisah anak2 murid sendiri yg rata-ratanya dah pun rosak. baru tingkatan 1, 2. runsing! apa nak jadi? ada lesbian, bellen, menghala nak jadi pompuan..mcm2 yg jumpa lepas 3 bulan jadi cikgu. Istilah pun pelik2.


Aku rasa nak marah ja kat semua orang. Pada budak, waris, masyarakat dan yang paling aku rasa nak marah pada mereka yang memerintah selama 50 tahun ni. Dalam 50 tahun, mereka berbangga dgn pembangunan fizikal. mereka berbangga dgn koridor raya multimedia. mereka berbangga dgn KLCC, menara KL, bangunan2 pencakar langit yang lain, jambatan pulau pinang, menjarakkan jurang antara bandar dgn luar bandar dan macam2 lagi yang mereka banggakan. Tapi mereka lupa yang mereka memandang sepi soal pembangunan insan. 50 tahun, hasilnya apa? Keruntuhan akhlak, moral, susila! Anak2 luar nikah bersepah di jalanan dan bersepai di tong sampah, surau, masjid! Bohsia bohjan. mat rempit yang bahkan dibela dan dibela. walaupun bertukar nama jadi samseng jalanan, apa ada pada nama? anak2 saya sedang rosak diperlakukan oleh mereka!


Sistem rosak aku kata! Sistem pendidikan, sistem penjanaan ekonomi, sistem sosial, sistem penyampaian maklumat, semuanya rosak! Manakan tidak, dalam pendidikan, falsafah saja yang hebat bukan main. konon nak memperkasa jasmani, emosi, rohani dan intelek. lepas 50 tahun, adakah berjaya falsafah ini? berjayakah semuanya? kalau berjaya, kenapa ramai arkitek, engineer, doktor, polis, tentera, ahli politik yang makan rasuah? kenapa ramai muslim yang tak solat? kenapa ramai orang jahat? mungkin jasmani dan intelek berjaya. tp apa ada pada emosi dan rohani?


Ekonomi. kemiskinan di bandar. kemiskinan di luar bandar. kenapa miskin? Sebab mereka yang memerintah sengaja menyusahkan rakyat. naikkan harga barang nu, barang ni, minyak nu, minyak ni. kalau si isteri tak bekerja, tak cukup duit nak tampung keluarga. makanya, si isteri pun bekerja kilang atau apa saja selama 12 jam sehari. kalau kerja kilang, p pagi, balik ptg. p ptg, balik pagi. tiada masa untuk diri dan anak2. takdak masa nak p mengaji kitab. tak dak masa nak sembang berbual bagi kasih syg kat anak2. takdak masa utk suami yang perlukan perhatian juga. p kerja, pakai bukan main lawa, baju ketat, make up berlebih, wangi2. pastu, jumpa lelaki lain. disebabkan masa di tempat kerja lebih byk daripada di rumah, lupa pada suami dan anak2. lalai dgn lelaki lain di tempat kerja. akhirnya, runtuhlah rumahtangga. anak2 merewang jadi hantu. tak siapa ambik tahu.


Sosial. Semua orang gila nak bertepuk tampar dgn bukan mahram. syok katanya. tak dapat laki or pompuan, tukar jadi lesbian or gay. jalur lebar yang semakin hebat ni, apa yang boleh halang daripada anak2 muda dapat video porno? pendidikan seks diperkenalkan konon nak bagi budak2 dapat mengelak daripada terjebak. tp apa yg jadi? aku dulu tak penah tau apa pun. elok ja alhmdulillah. zaman aku mana ada masalah ni. baru ja tadi, student aku buat2 nak kiss kat kwn pompuan dia. depan aku plak tuh! rasa mcm nak tonyoh2 ja mulut dia dgn cabai melaka.

Apa ni? hari merdeka, ramai2 anak muda diajak berpesta. mcm tu jugak dgn malam tahun baru. apatah lagi waktu valentine yang sesat tu. lani bila byk anak luar nikah kena buang, depa nak buat rumah kebajikan plak suruh letak budak2 tu dalam rumah tu. oih..kalau aku, lagila aku best..orang iktiraf kesalahan yang aku buat tu sebagai muliala namanya! mestila aku nak buat lagi..ada plak orang bela, kata tak boleh pandang hina kat perempuan yang terlanjur. padahal, mmg dia sengaja pi cari kehinaan tuh! tula, akhir zaman ni. yang salah terang2 dikatakan betul secara terang2! Meluat!


Media sebagai sumber maklumat. Banyak yang tak senonoh dari yang senonoh. konon menghiburkan. hakikatnya, mengajak orang buat maksiat. tak paham ka, orang cakap pompuan tak boleh menyanyi melalak melolong. pakaian dibuka mana yang berketul. tua2 pun gila nak menyanyi. ya, media ajar orang suruh gila jadi artis! tu yang jadi lani. gila jadi glamour. berapa persen ja lagu2, gmbr2, drama2 yang mendidik..yang lain tu merosakkan. ramai remaja yang gila nak jadi mat rempit gara2 tgk gambar, filem yang tunjuk action merempit. ramai orang yang gila nak jadi perogol, sebab tgk cerita lucah. walaupun tak tunjuk semua adegan panas di tv, itu sudah cukup membuatkan orang ramai sengaja mencari video porno dengan sendiri. filem jalang, apa yang orang dapat? orang tak tgk pada bab insaf tu. sbb bab tu tak best. yang best tu part yang tgh2 jalang menjadi jalang tu. aku heranla. camna cerita yang buruk camtu pun bleh lepas kat bahagian tapisan filem? aku bukan kata cerita tu ja. aku kata semua cerita yang ada unsur tu. hampa paham2 la sendri.


yang aku geram lg 1. pengacara2 kat tv pun sama. dok pakai baju seksi. hampa mmg kata tak seksi. tp cuba tnya org laki yg tgk hampa. depa terangsang dak? kalau terangsang, walaupun sorang yang tgk hampa berpakaian tak menutup aurat, hampa tetap dikira seksi. budak2 sekolah pun sama. p sekolah pakaila tudung. luar sekolah, bukak tudung, kepit dgn lelaki yang nak menjahanamkan depa. ada budak yang tak pernah pakai tudng, tiba2 ja pakai tudung, bila cek2, rupa2nya ada bekas di leher. tu dah berapa kali berzina tu????


Cikgu di sekolah, 40 orang guru nak kena handle 500 orang budak. larat ka? ditambah dgn degil dan keras hati mereka yang tak mahu menerima nasihat, ditambah lagi dgn keadaaan guru yang "diikat tangan", adakah guru2 mampu mendidik, membentuk dan melentur buluh2 di sekolah? akademik, akademik, akademik! sahsiah pun tak settle, nak pulun akademik mmg susah gila la..
mak bapak..tolongla jaga anak2 hampa..jadi orang yang dengar cakap..kalau tak dengar cakap, camna kami nak mengajar anak2 hampa? kalau dengar cakap, lembap tara mana pun, iA kami akan sabar mengajar..jgan manjakan sangat..aku pun nasihat kat diri aku jugak. kalau suatu hari nnt aku jadi ibu, aku kena pukul sambal lebam pun xpa kalau anak aku tu nakai sangat. anak2 hampa dok kelas belakang xpa..tu bukan masalah. tp jgn bg anak2 hampa tu kurang ajar...jgn letakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak2 hampa kat kami..hampa mak bapak depa. hampa boleh pukul depa. tapi kami tak boleh..


Kepada pemerintah, tlgla bg senang kerja rakyat nak cari makan, nak jaga rumahtangga..kepada mak bapak, tlgla bg ringan kerja cikgu nak didik anak2 hampa dgn memberi sepenuh perhatian pada anak2 hampa di rumah..biar lembut hati mereka, biar kenal mereka dgn agama..kepada media, tlgla jangan terus rosakkan rakyat. hampa dok baca berita yang nu yang ni pasal remaja, tp hampa sedaq dak yang hampa yang jadi punca remaja tu semua jadi mcm tu? sudahla..hentikan semua yang merepek yang hampa dok buat tu. pekdahnya duit ja. tp yg buruknya melambak2..


aku ni nak lepas geram sebenarnya. menaip pun sambil menakung air mata. malangnya anak bangsaku..


Ya Allah, ampunilah dosaku kerana aku terlalu lemah nak berdakwah dkt anak2 muridku. ampunilah aku kerana kurang kesabaran terhadap mereka. ampunilah aku kerana tidak berjaya menjadi guru yang sejati. Aku sudahpun maafkan semua kesalahan anak2 muridku padaku..Kau tolonglah ampunkan aku..berikan aku kekuatan ya Allah..dalam menggalas amanahMu yang sungguh berat ini..dan kalaulah aku berupaya mengubah semua sistem yang merosakkan sekarang ini..


p/s: kalau ada orang nak marah kat aku, marahla. aku cakap benda betul berdasarkan pemerhatian aku. ni pendapat aku. kalau hampa marah aku, bermakna hampa tu ego nak nyatakan kesalahan hampa..


..bintubahariyah..

..1 april 2010..

..TSB..

Friday, March 26, 2010

Asyik2 cerita anak murid!

~Lebih mudah mengajar ponet saya yang tak berakal ni daripada ajar manusia yang berakal..

Assalamualaikum wbt..


Tergerak hati dan tgn malam ni nak mengarut dalam SH. nmpk dah suram ja dalam ni..

Tapi apa ya?


Erm...jadi cikgu ni, susah rupanya. Budak2 lani bukan mcm masa zaman saya dulu. kalaula saya jadik cikgu zaman saya jadi pelajar dulu..huhu..


Pasni, rasa mcm nak nasihat ja anak beranak saya, supaya pilih kerja yg lain. mcm cikgu Ramli kesayangan saya kat SMKAY dulu. Dia mmg tak bagi anak dia jadi cikgu. Mungkin dia dah dapat baca apa yg akan anak dia lalui bila jadi cikgu pada 10 tahun akan dtg. herh, cikgu..saya dah rasa semua tu lani.


Pagi tadi ada merentas desa. Anak2 didik saya yg pernah saya nasihatkan supaya pakai tudung, tak tahan panas...sikit ja..semua pakat buka tudung. depan cikgu, buat derk ja..tak rasa apa pun. kalau ada yg rasa, buat2 taktau jugak. ada jugak student saya yg mmg nak pakai tudung, tapi ayah dia yg berbangsa cina masuk Islam, tak bgi pakai. so, anak ni yg paham, jadi terpaksa ikut jugak. Kesian dan kecewa. entahlah..ada sorg anak murid tu, comel sgt. tp jumpa kat TESCO, tak cam dah saya. pakai seluar ketat, rambut diikat tak rapi. Ada yang saya jumpa terus terpacul soalan, "Mana tudung?" herm..


Petang tadi ms on the way nak p jalan2, stop kat traffic light. Ada sorg ayah dan ibu bersama anak lelakinya menunggang moto. Si ayah, pakai singlet pagoda kaler hitam ja. Si ibu, baju fit, seluar jin, rambut lurus dilepaskan. Hendak ke mana agaknya..MasyaAllah..bersediakah mereka menjadi ibu dan ayah?


Mungkin kerana itulah anak didik saya ramai yg sukar dididik. Siapa contoh mereka? Ibu? Ayah? dan ramai juga pelajar bermasalah datangnya daripada keluarga yg sudah berpecah. Baru tingkata 1, dah ramai yang kena gantung sekolah. Setiap kali masuk kelas, tak ptus2 nasihat cikgu2 bagi, tapi insaflah sesaat. esok, buat lagi.


UUhhhhh..........ada pulak budak, ditunggunya kita masuk dalam makmal. pastu, dia kunci kita dari luar dan lari. apa yang best pun xtau. nama ja sedap. kalaula saya ni Pengetua, dah lama saya hantar budak tu ke sekolah henry gurney. di sana, biar kena buli dgn gengster yg lagi mantap daripada depa. baru depa tau! huhuhuhuhhhhh.........



Bersabarlah..sikit masa ja lagi..


erm, tu baru anak murid di penang. di KL camnala agaknya ya?


bintubahariyah,

911 pm,

26 Mac 2010

Monday, January 25, 2010

Saya Mula Rasa Public Canning Sangat Wajar

~Alangkah mudahnya mengajar anak kecil membaca Quran, tidak seperti mengajar budak besar umpama melentur buluh yang sudah keras..~

Assalamualaikum wbt.


Sudah hampir sebulan sesi persekolahan 2010 bermula. Hari-hari yang datang ialah kerja baru. Lepas selesai satu, datang lagi 10. baru saya mengerti tugas guru. tugas yang bukan hanya berhubungkait dengan ilmu dan akal, bahkan berlegar ke seluruh ruang hati dan perasaan. Mendidik kanak-kanak zaman sekarang, tiada siapa yang mampu berkata 'mudah'. Semua orang percaya, ianya memerlukan usaha keras. Siapa yang perlu berusaha? Pastilah guru di sekolah di mana ibu bapa meletakkan 100% tanggungjawab mendidik ketika anak-anak berada di sekolah.


Saya ditakdirkan Allah ditempatkan di sekolah yang mempunyai tahap pelajar dari A ke Z sebagai sekolah kedua. Bermula daripada kelas depan-depan, agak mudah mendidik dalam erti kata yang sebenar. Tapi, semakin melangkah ke abjad tengah dan belakang, skala cabaran berubah daripada mudah ke sukar.


Walaupun pelajar baru berusia kanak-kanak ribena, hormat mereka pada guru hilang entah ke mana. Di dalam kelas, bukan belajar yang jadi fokus utama. bila ditanya apa tujuan datang ke sekolah, mesti jawapan stereotaip yang diberi, BELAJAR..tapi lagaknya bukan seperti orang yang ingin belajar walaupun sikit.


Awal-awal buka sekolah, sudah bertimpa-timpa kes jenayah. tapi guru tidak berkuasa kerana kuasa guru untuk mendidik disedut perlahan-lahan oleh kementerian. kalau dulu saya sebagai pelajar, bila disuruh menjawab soalah karangan BM bertajuk, " Wajarkah hukuman rotan di khalayak ramai?", saya menjawab tidak wajar kerana memalukan pelajar. Tapi paradigma saya bertukar seratus peratus setelah saya sendiri terlibat secara langsung untuk mendidik pelajar.


Saya mula rasa Public Canning ini sangat wajar dijalankan kerana murid-murid hari ini sudah tidak terkawal disiplinnya. lambakan guru perempuan di sekolah pula menambahkan lagi kesukaran kerana murid memandang rendah kepada guru perempuan yang dianggap lemah. Kita memang tidak mampu menahan murid daripada menerima arus kemodenan di luar sekolah, namun kita masih mampu mengimbangi pengaruh itu dengan didikan menyeluruh di sekolah.


Tapi bila kuasa yang sedikit itu juga ditarik balik, apa lagi daya guru. Pembelaan selalu tidak menyebelahi guru. Bila anak-anak berjaya, anak-anak dikatakan pandai. Tapi bila mereka gagal, guru di sekolah yang dituduh tidak pandai mengajar. Terima kasih tiada, keji pula berkunjung tiba.


Murid-murid sekarang, bila dipanggil ke depan perhimpunan kerana melakukan kesalahan, sikitpun mereka tak rasa menyesal sebaliknya berbangga atas populariti yang baru diterima. Mungkin tempias dari dunia hari ini yang gilakan populariti. Nak rotan di khalayak, jadi satu kesalahan oleh guru. tak buat, budak-budak sikitpun tak rasa malu dan insaf.


Em, tiba-tiba ja saya terfikir pasal hukum hudud. Kenapa agaknya hukum hudud tu semua dijalankan di khalayak ramai ya? Pastinya nak bg kesedaran kepada masyarakat yang melihat supaya tidak buat kesalahan yang sama. bukan nak mengaibkan tapi nak menyedarkan pesalah dan juga pemerhati.


Kalau kita analogikan dgn merotan pelajar di khalayak ramai ni, pastilah tujuannya juga sama. Supaya pelajar terbabit sedar dan pelajar yang melihat mendapat pengajaran. jadi, di mana salahnya merotan di khalayak? uhhh...susahnya hati saya..


Tujuan saya menyatakan rasa hati ini bukanlah nak memperlekeh undang-undang yang dibuat kementerian. cuma saya sekadar menyatakan hakikat menjadi pendidik pada zaman ini. Tiada siapa yang memahami profesion keguruan ini jika tidak masuk terus ke dalam pintu sekolah dan menjadi guru sebenar.


Indah khabar dari rupa. Walaupun cuti kami 'nampak' panjang. Namun, dera gelora hati ini tak pernah surut sepanjang persekolahan. bayangkanlah andai cuti kami sama saja dengan profesion yang lain, pasti ombak tsunamilah memukul hati kami.


Kesimpulannya, bilakah agaknya kuasa guru untuk mendidik diberi sepenuhnya kembali?