Tajuk : 1511H KOMBAT
Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors SDN BHD
Anugerah : Hadiah Sastera 2003
Sinopsis Penulis:
Mendengung, menjunam, menyengat.
Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang.
Tuan presiden rebah, kejang, terus koma.
Kombat 1511H. Ini zaman depan, tahun 2087 Masihi yang menuntut perang cara teknologi.
Bio-bots lipas dan belalang
melitup langit dalam awanan aneh,
mengepak, menyerak gelombang.
Satelit kucar-kacir, komputer huru-hara, radar kacau-bilau.
Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida, mikrob pemakan logam, laser, segala macam lagi yang dipacu teknologi, teknologi, teknologi.
Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, startegis licik yang jasadnya sentiasa diburu peluru,
yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi, bahkan sungguh-sungguh percaya kejayaan yang puncak adalah dengan futuwwah.
Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh:
Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan.
Semata-mata.
Ulasan pembaca (ct rogayah):
Sebuah novel yang mesti dibaca semua terutama mereka yang mencari roh dalam berjuang. Ini cerita perang zaman moden, kuasa teknologi digunakan sepenuhnya. Perang yang tercetus gara-gara Amerika ingin menawan pusat graviti dunia iaitu Makkah dan Madinah. Itu kiblat kita!
Faisal Tehrani membayangkan peperangan yang bakal terjadi antara kaum muslimin dgn tentera Amerika yang berhasrat benar mencuri jasad baginda Rasulullah dan menjadikan hajarul aswad sebagai cincin di jari. Amerika dipimpin oleh seorang yahudi laknatullah tetapi menggunakan topeng kristian dalam meraih undi untuk menjadi presiden Amerika.
Di sisi Muslimin pula, beberapa komander yang hebat ditampilkan. 11 orang semuanya yang datang dari pelbagai pelosok dunia dan yang paling hebat, mereka semua masih muda belia, berumur sekitar 18-35 tahun. Tersentuh hati ini bila penulis memberi pengiktirafan kepada Komander Muhammad Ameen dari Malaysia, berumur 19 tahun, sbg seorang Komander yang memimpin tentera Islam untuk mempertahankan Makkah dan seterusnya memimpin kaum Muslimin menawan Amerika.
Keakraban dgn Tuhan, ekonomi yang mantap menjadikan General Hajjah Nusaybah seorang perintis jalan, menyahut seruan Allan untuk bersiap-siaga menghadapi serangan kuffar. Makmal bawah tanah, penuh teknologi, pakar-pakar sains muslim yang hebat taqarrubnya dengan Allah, Komander-komander yang tinggi futuwwah mereka, segala alatan tercanggih, semuanya tidak terbayang lagi dan tidak terlihat lagi pada zaman ini.
Setiap Komander mempunyai peranan masing2. ada yang mengawal sistem komputer dan mengucar-kacirkan sistem komputer Amerika. ada yang bertugas mengawal jalan laut dan berjaya menawan sebuah kapal tentera besar milik Amerika. Ada yang bertugas memimpin tentera udara. Ada juga yang bertugas mencipta komponen-komponen teknologi daripada burung, belalang dan lebah yang dimasukkan cip-cip pengawal di dalam badan binatang2 tersebut dan ada lagi tugas-tugas lain.
Mereka berkomunikasi menggunakan cip yang dimasukkan di dalam kepala semata-mata. Pejamkan mata dan berkomunikasi. Maklumat disalurkan sepantas kilat.
Walaupun kelengkapan kurang mencukupi dan serangan bertalu-talu, pertolongan Allah tetap bersama dengan penolong-penolong agamaNya. Sungguh mengejutkan dunia apabila sebuah peluru berpandu yang dihalakan untuk menembak kaabah berpatah balik dan meletupkan kapal terbang yang melepaskannya. Peristiwa ini begitu menggerunkan pihak kuffar dan menyedarkan semua kaum muslimin. Roh jihad mengalir dalam diri hamba-hambaNya dan mereka beramai-ramai menyahut seruan jihad. Jihad mempertahankan Kaabah, jihad mempertahankan Islam.
Erti kasih dan cinta yang terbina atas kalimah LAILAHAILLALLAH, menyaksikan episod-episod yang sungguh menyayat hati.
Rindu pada syahid, pergi sambil tersenyum dan kalimah LAILAHAILLALLAH terukir di dahi, puas.
Semoga bertemu semula di syurga sana.
Novel yang benar-benar menginsafkan kita akan erti sebuah kehidupan, perjalanan menuju redhaNya itu sungguh-sungguh mahal.
Bacalah novel ini. Semoga roh jihad Jeneral Nusaybah, Komander Habib, Komander Salim, Komander Emrullah, Komander Bilal, Komander Mohammad, Komander Abu Bakar, Komander Abdullah, Komander Imraan, Komander Zinnera, Komander Ali Halimah, dan Komander Muhammad Ameen meresap ke dalam jiwa kita tak sikit, biarlah banyak. Ini darah muda.
Duhai orang muda 14ooH sekalian, kita di mana? Bersediakah kita untuk melahirkan generasi luar biasa seumpamanya? Pejamkan mata, berinteraksilah dengan hati, minda..tanyakan, apakah khabar imanku?
Wallahua'lam..
Terima kasih akh Faisal Tehrani,
_Bintubahariyah_
_0938 am_
_USM_


