Assalamualaikum wbt.
Sistem rosak lagi merosakkan! Sehari 2 ni rasa susah hati sgt. Terdengar kisah anak2 murid sendiri yg rata-ratanya dah pun rosak. baru tingkatan 1, 2. runsing! apa nak jadi? ada lesbian, bellen, menghala nak jadi pompuan..mcm2 yg jumpa lepas 3 bulan jadi cikgu. Istilah pun pelik2.
Aku rasa nak marah ja kat semua orang. Pada budak, waris, masyarakat dan yang paling aku rasa nak marah pada mereka yang memerintah selama 50 tahun ni. Dalam 50 tahun, mereka berbangga dgn pembangunan fizikal. mereka berbangga dgn koridor raya multimedia. mereka berbangga dgn KLCC, menara KL, bangunan2 pencakar langit yang lain, jambatan pulau pinang, menjarakkan jurang antara bandar dgn luar bandar dan macam2 lagi yang mereka banggakan. Tapi mereka lupa yang mereka memandang sepi soal pembangunan insan. 50 tahun, hasilnya apa? Keruntuhan akhlak, moral, susila! Anak2 luar nikah bersepah di jalanan dan bersepai di tong sampah, surau, masjid! Bohsia bohjan. mat rempit yang bahkan dibela dan dibela. walaupun bertukar nama jadi samseng jalanan, apa ada pada nama? anak2 saya sedang rosak diperlakukan oleh mereka!
Sistem rosak aku kata! Sistem pendidikan, sistem penjanaan ekonomi, sistem sosial, sistem penyampaian maklumat, semuanya rosak! Manakan tidak, dalam pendidikan, falsafah saja yang hebat bukan main. konon nak memperkasa jasmani, emosi, rohani dan intelek. lepas 50 tahun, adakah berjaya falsafah ini? berjayakah semuanya? kalau berjaya, kenapa ramai arkitek, engineer, doktor, polis, tentera, ahli politik yang makan rasuah? kenapa ramai muslim yang tak solat? kenapa ramai orang jahat? mungkin jasmani dan intelek berjaya. tp apa ada pada emosi dan rohani?
Ekonomi. kemiskinan di bandar. kemiskinan di luar bandar. kenapa miskin? Sebab mereka yang memerintah sengaja menyusahkan rakyat. naikkan harga barang nu, barang ni, minyak nu, minyak ni. kalau si isteri tak bekerja, tak cukup duit nak tampung keluarga. makanya, si isteri pun bekerja kilang atau apa saja selama 12 jam sehari. kalau kerja kilang, p pagi, balik ptg. p ptg, balik pagi. tiada masa untuk diri dan anak2. takdak masa nak p mengaji kitab. tak dak masa nak sembang berbual bagi kasih syg kat anak2. takdak masa utk suami yang perlukan perhatian juga. p kerja, pakai bukan main lawa, baju ketat, make up berlebih, wangi2. pastu, jumpa lelaki lain. disebabkan masa di tempat kerja lebih byk daripada di rumah, lupa pada suami dan anak2. lalai dgn lelaki lain di tempat kerja. akhirnya, runtuhlah rumahtangga. anak2 merewang jadi hantu. tak siapa ambik tahu.
Sosial. Semua orang gila nak bertepuk tampar dgn bukan mahram. syok katanya. tak dapat laki or pompuan, tukar jadi lesbian or gay. jalur lebar yang semakin hebat ni, apa yang boleh halang daripada anak2 muda dapat video porno? pendidikan seks diperkenalkan konon nak bagi budak2 dapat mengelak daripada terjebak. tp apa yg jadi? aku dulu tak penah tau apa pun. elok ja alhmdulillah. zaman aku mana ada masalah ni. baru ja tadi, student aku buat2 nak kiss kat kwn pompuan dia. depan aku plak tuh! rasa mcm nak tonyoh2 ja mulut dia dgn cabai melaka.
Apa ni? hari merdeka, ramai2 anak muda diajak berpesta. mcm tu jugak dgn malam tahun baru. apatah lagi waktu valentine yang sesat tu. lani bila byk anak luar nikah kena buang, depa nak buat rumah kebajikan plak suruh letak budak2 tu dalam rumah tu. oih..kalau aku, lagila aku best..orang iktiraf kesalahan yang aku buat tu sebagai muliala namanya! mestila aku nak buat lagi..ada plak orang bela, kata tak boleh pandang hina kat perempuan yang terlanjur. padahal, mmg dia sengaja pi cari kehinaan tuh! tula, akhir zaman ni. yang salah terang2 dikatakan betul secara terang2! Meluat!
Media sebagai sumber maklumat. Banyak yang tak senonoh dari yang senonoh. konon menghiburkan. hakikatnya, mengajak orang buat maksiat. tak paham ka, orang cakap pompuan tak boleh menyanyi melalak melolong. pakaian dibuka mana yang berketul. tua2 pun gila nak menyanyi. ya, media ajar orang suruh gila jadi artis! tu yang jadi lani. gila jadi glamour. berapa persen ja lagu2, gmbr2, drama2 yang mendidik..yang lain tu merosakkan. ramai remaja yang gila nak jadi mat rempit gara2 tgk gambar, filem yang tunjuk action merempit. ramai orang yang gila nak jadi perogol, sebab tgk cerita lucah. walaupun tak tunjuk semua adegan panas di tv, itu sudah cukup membuatkan orang ramai sengaja mencari video porno dengan sendiri. filem jalang, apa yang orang dapat? orang tak tgk pada bab insaf tu. sbb bab tu tak best. yang best tu part yang tgh2 jalang menjadi jalang tu. aku heranla. camna cerita yang buruk camtu pun bleh lepas kat bahagian tapisan filem? aku bukan kata cerita tu ja. aku kata semua cerita yang ada unsur tu. hampa paham2 la sendri.
yang aku geram lg 1. pengacara2 kat tv pun sama. dok pakai baju seksi. hampa mmg kata tak seksi. tp cuba tnya org laki yg tgk hampa. depa terangsang dak? kalau terangsang, walaupun sorang yang tgk hampa berpakaian tak menutup aurat, hampa tetap dikira seksi. budak2 sekolah pun sama. p sekolah pakaila tudung. luar sekolah, bukak tudung, kepit dgn lelaki yang nak menjahanamkan depa. ada budak yang tak pernah pakai tudng, tiba2 ja pakai tudung, bila cek2, rupa2nya ada bekas di leher. tu dah berapa kali berzina tu????
Cikgu di sekolah, 40 orang guru nak kena handle 500 orang budak. larat ka? ditambah dgn degil dan keras hati mereka yang tak mahu menerima nasihat, ditambah lagi dgn keadaaan guru yang "diikat tangan", adakah guru2 mampu mendidik, membentuk dan melentur buluh2 di sekolah? akademik, akademik, akademik! sahsiah pun tak settle, nak pulun akademik mmg susah gila la..
mak bapak..tolongla jaga anak2 hampa..jadi orang yang dengar cakap..kalau tak dengar cakap, camna kami nak mengajar anak2 hampa? kalau dengar cakap, lembap tara mana pun, iA kami akan sabar mengajar..jgan manjakan sangat..aku pun nasihat kat diri aku jugak. kalau suatu hari nnt aku jadi ibu, aku kena pukul sambal lebam pun xpa kalau anak aku tu nakai sangat. anak2 hampa dok kelas belakang xpa..tu bukan masalah. tp jgn bg anak2 hampa tu kurang ajar...jgn letakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak2 hampa kat kami..hampa mak bapak depa. hampa boleh pukul depa. tapi kami tak boleh..
Kepada pemerintah, tlgla bg senang kerja rakyat nak cari makan, nak jaga rumahtangga..kepada mak bapak, tlgla bg ringan kerja cikgu nak didik anak2 hampa dgn memberi sepenuh perhatian pada anak2 hampa di rumah..biar lembut hati mereka, biar kenal mereka dgn agama..kepada media, tlgla jangan terus rosakkan rakyat. hampa dok baca berita yang nu yang ni pasal remaja, tp hampa sedaq dak yang hampa yang jadi punca remaja tu semua jadi mcm tu? sudahla..hentikan semua yang merepek yang hampa dok buat tu. pekdahnya duit ja. tp yg buruknya melambak2..
aku ni nak lepas geram sebenarnya. menaip pun sambil menakung air mata. malangnya anak bangsaku..
Ya Allah, ampunilah dosaku kerana aku terlalu lemah nak berdakwah dkt anak2 muridku. ampunilah aku kerana kurang kesabaran terhadap mereka. ampunilah aku kerana tidak berjaya menjadi guru yang sejati. Aku sudahpun maafkan semua kesalahan anak2 muridku padaku..Kau tolonglah ampunkan aku..berikan aku kekuatan ya Allah..dalam menggalas amanahMu yang sungguh berat ini..dan kalaulah aku berupaya mengubah semua sistem yang merosakkan sekarang ini..
p/s: kalau ada orang nak marah kat aku, marahla. aku cakap benda betul berdasarkan pemerhatian aku. ni pendapat aku. kalau hampa marah aku, bermakna hampa tu ego nak nyatakan kesalahan hampa..
..bintubahariyah..
..1 april 2010..
..TSB..
15 comments:
Puas dah cikgu menangis dek anak murid..Mak bapak pn x penah peduli susah payah cikgu.Apatah lagi anak2 murid nak peduli hati cikgu..Alih2 cikgu jugak yg salah..
Sapa nak jadi baby sitter, jadilah cikgu.sekolah skrg dh jadi nursery...dr pukul 9am hantar anak p sekolah sbb mak ayah nak p keja. nt senang, apa2 jadi kat anak depa boleh salahkn sekolah..padahal, anak depa yg cari masalah sendiri.kalau cikgu boleh cekup anak2 depa bubuh dalam botol letak atas meja cikgu, then cikgu leh semak buku n bt keja len yg melambak, senangla..
senangnya jadi mak bapak..buatlah anak byk2, pastu campak kat sekolah..jadi apa2, saman ja sekolah n cikgu..
hu...sama2 hati sakit dek sekolah dan yg bersangkut paut dgnnya
http://nureman.blogspot.com/2010/04/alahai-anak-muridku.html
mereka yang melihat sedap mengata,
mereka yang memimpin entah mana akalnya,
mereka yang mencerca tertutup hatinya..
mereka yang menanggung parah jiwanya,
mereka yang berfikir sayu hatinya,
mengenangkan anak bangsa sehari ke sehari,
beraja di mata bersultan dihati,
agama itu apalah erti,
sahsiah diri hilang tak dicari..
pesanan buat sahabat dan juga diri,
kesabaran dan doa juga pengubat minda,
mungkin tangan terikat tidak berdaya,
namun mungkin jua kuasa doa dan kata2,
bisa menjadi setitis penawar buat selautan dosa,
Kuasa yg Esa tiada batasannya....
kepada gayah, mungkin akak tak ada di bidang perguruan..tapi entry kali ini memang meruntun perasaan.. Kudoakan kesabaran dan istiqamah dalam kehidupan...
yang pasti akak yakin gayah telah melakukan yang terbaik...keep up good work sis...
JANGAN TERLALU BANYAK MERUNGUT DAN MEMBEBEL TENTANG MASALAH. TAPI BANYAKKAN FIKIR TENTANG BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH. baru ni jumpa cikgu anas kt mrsm pendang =)
SELAMAT BERMUJAHADAH (^^)v
Nad~ yerla nad. sek = nursery. tempat mak bapak hantar masa sibuk, salahkan bila jadi apa2.
alangkah bestnya kalau boleh cekup budak2 tu masuk dalam botol. lepaskan bila kerja kita yg lain dah selesai kan? haha! very good idea!
moga kita sama2 Allah bg kekuatan nad..ikutkan ht yg tidak sabar..dah lama berhenti. huhu..betapa lemahnya diri..ada cikgu kat sekolah gyh, muda lgi dah kena darah tinggi. patutla org yg paling ramai masuk tanjung rambutan bernama 'guru'..
kak aza~ terima kasih sudi baca luahan gyh ni. gyh melihat dari semua aspek. baru gyh sedar, gyh ni ditakdirkan jadi guru dalam zaman yg berpuluh kali ganda dahsyat daripada zaman kita jadi student dulu. bukan tak syg pada mereka. bahkan anak2 cina dan india, lebih gyh bagi perhatian. berbunga rasa gembira bila depa ikut ckp gyh dan faham apa yg gyh ajar. mcm tu pun msih ada yg senang2 kata gyh tak ikhlas. apapun, thx kak aza..sbb bg semangat kat gyh..
din~ biarla kak gyh merungut dan membebel. asalkan k gyh rasa lebih tenang nak menggagahi hari esok. mungkin din hanya menjadi org yg melihat dari jauh. so, din hanya boleh meletakkan persepsi. hakikatnya, dikelilingi anak2 yg ramai sudah tiada dara, tiada teruna, biadap, malas, keras hati, cari peluang kenakan guru, lemah, mudah terpengaruh, lesbian, rokok, gengster dll..dah cukup memedihkan. kalau tak syg, apa k gyh peduli? buatpa nak membebel? ajar ja cam besa. gaji masuk mcm tu jugak. nak hidup, nak mati, lantakla! tp kerana sygla, terlepas jugak segala rasa. andai din tidak suka post ni, biarkan saja. usah menambah pedih di dada. ikhlas atau tidak, Allah jua yg menilai.
tiap kali balik sekolah, mesti cerita pasal anak murid. mesti susah hati. sampai husband kata, tak pyh fikir sgt. nnt kita yang tak senng. biar ja..tp mungkin kerana ada darah pendidik mengalir dalam diri, tak dapat nak buang langsung apa yg sedang difikirkan.
dan jgn nak bandingkan cikgu2 di sekolah SBP, SMKA, bestari, MRSM dan semua sekolah terkawal yg lain. pasti cabarannya jauh berbeza.
penyelesaian? inilah yg sedang dicari..sbb tu berfikir dari semua arah. kerana nak selesaikan apa2. mesti tahu akar puncanya..
namun, benarlah dah nak kiamat..sbb org tahu punca permasalahan, tapi tak mampu nak buat apa2..
watever, thx sudi membaca.
nnt, terjunla dalam arena keguruan di sekolah2 yg penuh pendedahan dunia moden. pastu, baru bg pandangan pasal segala bebelan k gyh ni.
Wallahua;alam...
bintubahariyah
salam.
bukan niat nak merendahkan ka apa tidak.. tak terniat niat yang mcm tu. bila baca post ni, dari pandangan saya, nampak macam dah nk angkat bendera putih.
kalau nk diikutkan pengalaman saya jadi cikgu tusyen selama dua tahun,
mungkin saya sgt2 tak layak nak bagi komen dalam bidang perguruan, tapi bila seorang guru, tulis mcm ni saya pun keciwa jugaklah kan. rasanya k.gayah kerja tak sampai setahun lagi.
ya, budak2 zaman sekarang mmg teruk. macam2 benda kita boleh jumpa. tapi, tak bermakna kita bleh tunding jari itu ini. kerajaan, sapa tak meluat sekarang ni? dasar itu ini tapi, akhlak rakyat tak jaga. saya pn bleh kata mcm tu.nak lagi teruk pn boleh.. sebagai contoh; kalau kak gayah pernah dengar cerita ustz. hanafi nak bawa silat cekak di KL. macam2 anak murid datang kt dia. ada yang otai samseng, kaki arak, kaki judi. tapi, dia ajar dengan sabar dn hikmah. kesannya, kak gayah bleh nampak sendiri. contoh lain, sirah2 nabi n sahabat yang selalu kita baca.
tapi, kalau stkt hingaq saja, tak guna. kita pun sama2 bleh ganding tenaga. kalau rasa nak buat program, ajaklah team fasi PMI tu. banyak tenaga gerak kerja baru yang fresh dan segar sedia untuk damping anak2 bangsa. depa ternanti2 program yg nk dibuat di sekolah. asalkan cukup keperluan sepanjang program. Insya Allah, bnyak muka2 baru yang berwibawa yang sayangkan remaja kita. atur banyak program keagamaan atau program anak angkat. benda ni bukan nak jadi sehari dua. tapi kna ada istiqamah.
ini hanya pendapat seorang rakyat awam yang biasa. terpulanglah pada yang membaca. apapun, saya doakan semoga guru2 malaysia kita sentiasa sabar, tabah, dan istiqamah dlm perjuangan. dan saya minta maaf kalau ada yang terguris perasaan. sungguh, tak ada niat yang tidak baik dalam menegur. jika saya silap, betulkan.
pernah terbaca satu kata2
"taraf seorang guru hampir dengan seorang rasul"
wallahua'lam.
ilalliqa'
din~ memang kak gyh baru sgt lg. sbb barula kak gyh rasa lemah sgt tp tak bermakna k gyh surrender. kan k gyh dah ckp, tulisan ni cuma luahan ja. mudah2an k gyh lebih tabah. ruang utk k gyh share apa yg dirasa dgn rakan2 guru yg lain jugak.
kat sini kak gyh tak cerita lgsg pasal apa yg dah k gyh cuba buat. mungkin sbb tula din nmpk k gyh mcm dah nak surrender. yg tu biar Dia saja yg menilai.
din tak perlu kecewa..bila seorang guru mula membebel dan merungut, maknanya dia sedang ambil kisah. tp bila dia buat dek ja, maknanya, dia dah persetankan soal anak2 didiknya. jgn salah tafsiran. apa yg k gyh ckp kat sini, juga luahan hati kebanyakan guru walaupun mereka dah lama berkhidmat.
luahan ni cuma nak bgtau apa yg k gyh nampak, punca kenapa student jadi sedahsyat sekrang. kemampuan seorang guru juga perlu dibantu dgn sokongn segenap lapisan masyarakat. itu pointnya!
din cuma guru tuisyen dan mmg taktau apa sebenarnya yg jadi di sekolah.
watever, tq utk komen walaupun kurang membina.
kak gayah
minta maaf...
huhu.. siapalah cikgu tusyen untuk memberi komen.
mintak maaf kalau terkasar bahasa, terguris jiwa.
all the best! (^^)v
hanya ikhlas dari hati. no offense :)
Ya gayah dan den..jgn gaduh dah ler.. insyaAllah cikgu Gayah ni seorang yang sangat risaukan masa depan umat.
Den, biarkan je cikgu meluahkan isi hatinya, mungkin itu cara terbaik melepaskan segala 'runsing' yang terpendam.
Gayah, hanya Jauhari yang mengenal manikam.
Gayah pulak, jgn amek hati sgt dgn den. Anggap je dia sbg org yg krg memahami.. hehe..
Betul. Dunia pendidikan hari ni penuh dgn cabaran dan dugaan. Tambah pulak, bila apa yang dikatakan salah oleh cikgu, di pandang seperti tak salah oleh masyarakat sekeliling, dan lebih malang, ibu bapa tak ambil kisah.
Contoh : tutup aurat n pergaulan bebas.dan couple, perkara salah yang sudah menjadi seperti x salah..
Apa pun Gayah.. semoga terus tabah..
Salam..buat sahabatku,
Wan mungkin tak dapat menyelami dan memahami secara pasti apa yang gayah rasa..tapi melalui apa yang gayah tulis,wan dapat merasai keperitan itu.Patutla bila mak wan ditanya,tak nak sambung lagi ka mengajaq?..mak wan akan cakap secara pasti,'Tak nak'..no more point of discussion.
Tiada apa yang boleh wan katakan sebagai nasihat kepada Gayah, kecuali banyakkanlah bersabar..Memang kena banyak sangat bersabar..Perjalanan ini masih terlalu panjang untuk kita berhenti di sini.
Firman Allah,
"Maka berilah peringatan,kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan.Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka,kecuali orang yang berpaling dan kafir,maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar." (Al-Ghasyiyah:21-24)
Firmannya lagi,
"Boleh jadi engkau akan membinasakan dirimu (dengan kesedihan) kerana mereka tidak beriman" (As-Syu'ara':3)
Sabarlah wahai sahabat yang banyak memberi inspirasi dalam hidup wan,kerana kekuatan Gayah amatlah diperlukan..
Ayuh membangun bersama Islam.
Wan
Scotland.
salam,buat gayah.sgt terharu lepas bace luahan tu.gayah,luahan kite same je.mcm tu la yg km rase bile bace post gayah tu.actually,km pun penah jadi cikgu tusyen n la ni benar2 terjun di bidang perguruan yg mencabar ni.em,b4 tu,kite kene ingt,tak leh nak samekan udak tusyen n budak sek.sgt berbeza situasi tu.nway,gayah.kuatkan semangat.km pun
lalui mcm2 kt sek ni.emm,tambah plak,km guru kelas plg belakang.bdk2 gangster sume tak kira melayu,cina,india.tak usah tanya,depa tu semua wat.cd lucah,die siap bgtau,leh dpt kt pasar je,3 keping rm 5.emmm
buat din- biarlah kak gayah nak lepas geram die.stiap org ade care utk lepaskn luahan hatinya.n bile kite cite mslh student ni, mmg kite kene pkr punca mslh. ye la,akak rse,tak gune pun kalau dok wat yg makruf tapi kite tak cegah benda2 mungkar tu mcm media skrang ni,n persekitaran yang mempengARuhi bdak2 skrang.em,tau tak, cikgu ni berhadapan ngan student setiap hr( isnin-jum) selama 8 jam minimum.bukan just jumpa n tgk muka,tp nak ajar depa,communicate ngan depa,termasuk pihak sek,cikgu len dan ibu bapa.so,life cikgu ni byk dihabiskan bersama student.so,no wonder la,cikgu tensen, tambah2 ngan perangai bdak2 sekrg ni.kite bincang sbb kite kisahkan hal depa. klu org yg tak kisah tu,em,die wat dek je,asalkan gaji masuk.haaa,tu lg pentingkan diri.
apepun,gayah.bukan senang jadi cikgu sekarang ni..moga kite same2 diberi kekuatan untuk ditabahkan hati.
salam....
semoga sahabat kuat menghadapi dugaan ini....sebab semakin hari berapa percent jer manusia yang masih berpegang pada tali ALLAH kat muka bumi MALAYSIA ni...memang sesetangah manusia tidak nampak keadaan sebenar sebab jarang kita terjun dalam situasi sebenar untuk memahami.......banyakkan berdoa insyaALLAH DIA akan permudahkan...walaupun saya bukan dalam bidang perguruan langsung takde pengalaman....tapi situasi ni bukan hanya wujud di sekolah tapi...... sekolah sebagai gedung terkumpulnya masalah....pelbagai pihak menuding jari ke sekolah tapi persoalan asal balik kepada ibu bapa.....30% sikap ibu bapa akan diwarisi oleh anak....so kuatkan semangat sahabat kerana sahabat bukan setakat nak ubah diri pelajar tersebut tetapi terpaksa ubah 30% mak bapak budak tu sekali yang berada dalam diri budak tu.....so sahabat kena tabah...pihak "pentdbiran atasan" dan media tak boleh kita salahkan lagi sebab ini dah memang menjadi agenda yahudi sejak dahulu....ingat lagi tak tazkirah kat smkay after solat maghrib....umat islam tak dapat dikalahkan oleh mata pedang dan selagi umat islam berpegang pada benda ni( al-quran di julang)selagi itu KITA (yahudi) takkan dapat mengalahkan umat islam.....sabda rasul" takkan sesat kamu didunia ini selagi kita berpegang pada dua perkara iaitu al-quran dan sunnah"....tapi berapa banyak al-quran yang menjadi hiasan masa kini...dan berapa ramai yang boleh membaca....sedih...sedih...sedih..
bangsa lain sebenarnya ingin tahu tentang islam tapi tak ramai bangsa kita yang boleh memberi contoh teladan....malah lebih hina dari yang tak dapat hidayah lagi....sorry panjang plak tulis....semoga sahabatku kuat menongkah arus globalisasi yahudi...ingat berjuang kita kerana ALLAH patah kita bermaksud jatuh panji islam yang dipegang....semua yang berlaku adalah agenda yahudi....sama-sama kita berjuang di bidang masing2....insyaALLAH moga ALLAH permudahkan...
saya suka dgn artikel ni...skurang-kurangnya dpt meluahkan perasaan yg terbuku dlm hati saya....apa nk jadi dgn remaja sekarang.akhlaknya,astagfirullah alazhim.....
budak skrg mmg kurang ajar...kalo ikot hati y panas...nk ku pijak aje leher smua budak2 tu...dgn ckgu pon nk wt gangguan seksual..xke bangang gitu?..mak bapak die xajar pape ke kt rmh?...wt anak j tau...jaga anak xreti..
salam alaik..ye akak ..ana setuju dengan akak..memang budak2 sekarang sudh pandai kurang ajar..mungkin suasana yang mendidik mereka..
ana pun tenaga pendidik juga di sekolah swasta..tapi jauh berbeza dengan sekolah keb..memang sepatutnya guru tidak diikat tangan..sekolah islam suasana yang membentuk mereka..
ana rasa sengaja negara mahu rakyat rosak supaya rakyat jadi punah dan rosak seterusnya mudah untuk membodohkan rakyat dengan hiburan , penerbitan , ekonomi , social.etc..
setakat yang ana ngajar..alhamdulillah..sebilangan sahaja yang bermasalah..
Post a Comment